Thursday, May 04, 2006

Emergency

4 May 2006 2.22pm

Ari ni aku kena amik EL. Mak call sesuboh kata dia demam, soh aku cuti. Kesian mak. Bila dah call opis inform yang patut patut, aku ngan Am pun bawak mak gi klinik roszi. Memang teruk, darah tinggi naik sampai 210/110. Sakan. Dia pun kata dia makan terlampau sedap 2 tiga minggu ni. Dengan gulainya, dengan kuih muihnya, cakoi yang abah beli.. tu sumua menyumbang juga. Dah pulak doktor kata soh makan 3 kali, mak gi makan 2 kali jer. Tak cukup dos. Nasib baik doktor tu tak bertegas nak antar mak gi spital slayang tadik. Ayoyo, keshian mak. Mak, i love u always. Donno what i do without u.

Si garf called tanya password. Aku bagi, alamak, lecehlaa. Dia dok kat situ, abisla semua citer-citer aku dia bacanya. Cemana yek? Lantaklah, layannn. Hari ni pulak ada award ceremony for the top 3 secretaries. Aku tak dapat tengok... esok jer la dengar dari Od. Tak sangka plak aku kena cuti ari ni. Dah la tinggal 11stengah hari lagi cuti taunan. Takpe, mak punya pasal.

Tuesday, May 02, 2006

Di jembatan itu

2 May 2006 4.04pm
Foto ini diambil pada raya kedua taun lepas di Jambatan Seberang Tok Pi, Kuala Perlis. Itu sebelum kami bertolak ke jeti dan terus ke Langkawi, berhari raya di sana.

Itu aku dan Am, kakakku yang nomor 3. Kena bitau kerana aku ada 3 orang kakak and this is my closest sister of all. She's just 2 years older than me, but much much wiser in terms of life experience, working etc.. etc. Manyak benda aku slalu refer to her and we share almost everything. She have 4 children which she always called "my gremlins". I don't know what charm she's wearing... she doesnt like kids so much, but my two kids, they really like to go to her house and eat there. Apa-apapun am marahkan diaorang, they still love to go there. Am memang ada memakai gitu...

The secretaries survey's result is out already... i didn't win anything, even the laziest secretary pun tak dapat... anyway... a course - half day course will be given to all the secretaries to brief them about their job??? Donno laa..

Kerja tetap gitu juga... langsung ilang mood citer pasal jembatan tu!!

Slamat Hari Pekerja

2 May 2006 10.56am

Hi, pekabar? Semalam cuti hari buruh, syok tido, but petang, ujan, punya la kuat, dengan angin, ribut dan tofan segalanya. Kanda plak takde. Kata balik around 3pm, but sampai kol 5 baru abis kerja.. katanya. Reached home at about 6.30pm. Kesian bebudak, menunggu dari pagi nak kuar ngan ayahnya. Sabar ye nak, ayah cari rezeki.

Dah balik, rupanya ada problem kat tempat kerja, kena kuar balik malam nanti, sambung lagi kerja. Eeeeeei, tensen beb. Bila masa untuk kami sekeluarga? Nantila, kalau sabar, tentu ada balasannya...

Lepas maghrib, gi makan kat gerai. Pastu, gi Giant, beli barang rumah, but tak seronok, tak boleh beli dengan senang hati sebab kanda kena kerja lagik nanti. By 10pm, balik umah. Kanda bersiap nak kerja lagi. Heeeei, tensen lagi. Tadak kawan tido, huah aahahaa.

Bila fikir balik, kenapa aku tak bawak je diriku sendirik keluar bejalan-jalan dengan bebudak. I wish i could do that, but... aku tak brani bawak kreta!! Kereta ada jer kat parking depan tu. Boleh? Nasib baik Am ada, tapi aku lebih seronok kuar ngan kanda... Semuanya kanda, kanda, kanda........... how i miss him so much.

Luahan hati sorang istri yang suaminya kena kerja masa cuti umum hari pekerja.

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...