Wednesday, June 06, 2007

Takde tajuk



Hari ni aku tulis sebab lama beno rasanye tak menulis di sini. Aku rindukan mu wahai belog ku yang manis!
Wakakaka...

Tah haper mende la ko mengarut!

Hari ni hari ke 10 cuti sekolah, tapi aku takde pun spend time ngan bebudak, especially Amal. Takde bawak dia gi jenjalan ke, makan angin ke, takde! Ada bawak gi futsal court je dua kali, pastu asik kena jerit je dia. Hmm.. tentu dia tensen. Abis cemana? Sekolah cuti, budak2 je la cuti, mak kena amik cuti baru dapat cuti.. sedangkan mak dia manyaaaakk keje sesangat nak buat. Balik lewat je hari-hari. Cemana ek? Aku suka keje baru nih, banyak masa ngan sistem, kurang masa ngan orang... tapi mato den dah mulo jadik kelabu, hik.

Cemanapun, aku akan amik cuti jugak Jemaat membawak ke Senin ni. 4 hari kau, mak su, jangan jeles, sebab aku tau ko memang banyak cuti, cuma blum time nak amiknyer kan, kan? Aku nak bawak bebudak gi kolam renang, pastu nak pegi main-main kat taman, layan dorang makan-makan kat mekdonel or kfc, pastu bawak gi lebry, baca buku sambil tenangkan fikiran kat perpustakkan daerah gombak tu, dan berbagai-bagai aktiviti lain. Itu tak termasuk membeli DVD terbaru untuk diabiskan menonton bersama mereka kat umah sambil makan quaker ot. Haiyo, seronotnyer, tak sabau la weh!

Eh, before i forget, am going to write more after this. But.. who cares, kan?
tawun dulu dapat melawat pokok giant kat klcc jer, buhsan kan??

Friday, June 01, 2007

Lega

Tiga minggu lalu, aku cukup bizi memikirkan keje, membuat keje dan semua berkaitan keje. Nak bermuntah dah. Lepas kol 12 ni tadi, maka berakhirlah kesengsaraan selama ini.

Cepatlah dapat bonus, aku nak belanja-belanja nih, beli kasut opis, beli kasut futsal, beli track pants, beli, beli, beli, haaaa....

Kisahnyer

Ada satu malam tu, kemarin la kot, badan letih sesangat balik main futsal. Dah sesiap sumer, ingat nak tidola, rehat lama sket, sampai ke esoknya.. tapi, mata nih, tak maunnyo tido, maka, akupun pegilah bilik sebelah. Ameer da tido, Amal still kat depan, tengok tivi. Kanda dah lama lena. Alamatnya kena update belog la gayanyer! Tulah pasai mataku tak mau lena! Wakakaka... but, bila dah bukak blog sendirik, baca komen, baca pulak komen, pastu baca pulak blog orang yang mengkomen, jadi langsung tak peluang nak buat entry. Asyikkkkk sangat u!

Kalau tetiba ada orang tak dikenali masuk ke dalam blog anda dan meninggalkan komennyer pada malam itu, saya lah tu. Syiok betui, lompat sini, seronok, lompat sana, excited dan berbagai-bagai lagi perasaan timbul bila mula baca satu satu! Itulah sebab aku suka baca blog... penuh informasi!

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...