Friday, October 06, 2006

Tensen giler



1.34am Jumaat

What do you do if you can't sleep?

I would suggest you go surfing or blogging.

That's what i'm doing now!

Why can't i sleep? Can anyone answer this?

Tense, that's why!!

Tensen (loghat melayu) or bengang giler, rasa cam nak gi shopping, larikan diri dari masalah ni. Aku bengang bener kalao orang tak pedulikan perasaan orang lain. Nyampah, benci, meluat...

ya Allah, ampunilah hamba Mu ini....

Wednesday, October 04, 2006

Kacao dawun

Bengang betul bila orang tengah penuh ngan idea, dia mai kacao... habih lari sumer idea beta!

Semalam buka kat umah Ct Zen, sempena besday Aiman ke-9. Best makan, gantung periuk semalam. Syokla, bulan bulan posa ni ada orang wat party. Anak-anak akula yang paling seronok. Ct masak nasib beriani berlauk daging, makaroni goreng, ada berbagai jenis nugget, wantan and not forgetting the chocolate cake. Siap ada pop pop mercun! Suka aku sekejap, hik.

Seorang mak akan buat apa saja untuk lihat anaknya gembira, kan? Aku sendiri rasa cam nak belik kek jugak untuk ari jadi Amal nanti. Tataulah, kalao ada rezeki, why not, kan? 17 Oktober nanti dia pulak turn 9. Tapi badan .. Masya Allah! Takpe la nak, asal ko sihat, umi pun tak kisah. Amal aku perasan, semenjak aku sibuk menturunkan lemak, diapun sama conscious. Sesama amik part bila aku buat aerobik kat umah depan video si Pola Bedul tu. Sesama pi ikut jogging and not forgetting to participate in the swimming events with this adik, Ameer. Sayang dedua anak bujang aku nih...

Bulan-bulan posa ni jugak, company aku bagi balik awai 30 minit. Syokkan? Tak semua orang dapat kelepasan begitu. Bersyukur aku kerja kat sini. Walaupun gaji aku ciput, bak kata Lis, disetujui oleh Ain, tapi memacam ada kat sini yang tempat lain belum tentu ada! Bila balik awai, aku amik kesempatan untuk pergi menjemput Amal balik sekolah (sementelah aku dah bawak kereta ni) kemudian pi amik adik plak. Pusing pusing sakan tetiap hari. Semalam, punya la bengang. Aku tunggu punya tunggu kat sekolah, si Amal tak muncul-muncul. Sampai dah lengang, aku pi la balik assuming Amal tak nampak aku, which i think is not possible...
Aku balik terus sebab nak pi amik adik pulak, dah lambat... kasut sekolah Akmal takde pulak depan umah opah, lagi la aku panik, tapi aku terus jer jalan pi amik adik kat CLC. Sampai umah, rupanya si bertuah punya anak ni, tak sekolah rupanya hari tu..., alasannya dia pening. Okayla, but punya la geram. Siapla kao kena bebel ngan umi... at least tipon la aku bitau ko monteng sekolah, taulah aku nak adjustkan time... heeeei, geram, geram! Anak, cam tu lah.. buat mak dia rasa bodo kengkadang!

Jumpa lagi

4 October 2006

Semalam dah tak relief Od lagi, dia dah balik kerja dah. Semakin cun si Od sejak balik kerja lepas bersalin.
Lega beb, lepas ni balik at my place, i miss my place sesangat.

Hmm...

Wednesday, September 27, 2006

Mari beli kereta

Hai semua...
Raya ni takmo tukar kereta baru ker?
Selalunya orang tukar langsir baru, set kursi meja baru, baju baru termasuklah kereta baru..
Jadi, apa ditunggu lagi, pesanlah kereta anda sekarang!!

Aku tengah belajar cecara nak jual kereta. Nak kena tau cemana mengira interest untuk bank loan dan sebagainya. Macam-macam juga kisahnya yek.. Si zura pun takmo ajar aku detail. Cer bitau atau just give me a list of what i need to know, then aku carik sendirikla cara nak buatnya.
Susah beb, asik asik tanya. Pastu asik-asik kena bantai lagi dengan Zura. Best gak tau pasal kereta ni. Nanti bila komisen aku dah banyak (emmm.... ewah), aku sindrik mao tangkap lagi satu kereta. Amacam, logik tak?

Bayangkan... dia dah kurus, pastu dah banyak duit, pastu berenti kerja, bisnes sendirik, then pakai kereta besar dan baru. Hmmm!! Berangan beb, bagus... tak kena bayar!!

Tuesday, September 26, 2006

Turun lagi, yeh!!

This morning i weighed myself. Sudah turun 2kg lagi. Altogether suda turun 12 kg. Ayoyo, syoknya itu perasaan. Ye la, last week, aku timbang gak, but itu timbang sudah tarak gerak. Takkan stays kat situ jer. At last, this week, sudah gerak ke belakang. Syukur Alhamdullillah. Semoga Ramadhan memberkati aku dan niatku ni... amin!





Monday, September 25, 2006

Ramadhan datang lagi dengan keberkatannya


Kata ustadz kat tivi tu, samada ia dinanti atau tidak, ia tetap akan hadir membawa keberkatan kepada manusia yang mengambil kesempatan kemuliaannya itu.. Itulah Ramadhan al mubarak.

Hari ni 2 ramadhan. Aku cuba juga untuk mula awal ngaji supaya dapat khatam dalam bulan mulia nih. Ingat nak juga ikut kanda gi terawih. Dulu adik kecik, skang dah besar, akupun kena sesama carik keberkatan tarawih.

Malam tadi semua pegi except me. I tot banyak benda nak buat, nak basuh pinggan, nak gosok baju and some more aku blum makan nasik lepas solat maghrib, maka aku takyah la pi terawih, but, rasa rugi plak. Even adik pun pegi semalam. "Banyak rakaat, umi, ameer semayang!", komen Ameer. Moga setiap hari la dia akan ikut kanda pi masjid jemaah. Biar dia belajar.

Amal plak macam tak biasa jer posa. Lepas sahur, dia nak berak pun takut, takut batal. Ayoyo... ini tambi aaa, like every tawun pun mau kena brief baik-baik, kasi tau apa boleh, apa tarak boleh buat during posa time. Bila dekat-dekat buka posa plak, dia sudah tarak tahan. Merengek-rengek. Heei, menyampah plak aku.. sabar, sabar dan teruskan bersabar wahai hati. Budak tu mahukan lebih perhatian la tu! Pupuk dia, didik dia, berikan input baik pada dia. Tunjukkan contoh baik pada dia, barulah hidup dia berkat... gitu!!

This Ramadhan, aku ada big mission. Disamping mencari keredhaan melakukan ibadah puasa, I also need to loose 30kg or more. Aku nak nampak cantik pakai kebaya disamping bofren aku yang macho dan anak-anak yang already comel-comel belaka. Boleh?

Kalo sudah sampai itu matlamat, aku kena cari itu baju kebaya la. Baju raya sudah siap, but sumer baju kurung jer. This year, aku rasa cam nak try kebaya laa, bukan apa, just to satisfy myself jer, itupun kalo kanda belikan. Takmo sendiri beli, tarak thrill, hik!



Tersangkut pertama kali

Bunyinya macam tersangkut hati, jatuh cinta, tapi sebenarnya bukan daa..
Aku pertama kali sangkut kat traffic jam la tadi pagi kat jalan kuching. Bukannya kluar lambat, just 7.15am gak, but the road tatau pasal per, sangkut plak, so, pertama kali dalam sejarah hidup memandu keretaku, aku telah merasai sangkut sejam, more than sejam actually, untuk sampai opis. Tercalar rekod kedatangan aku dek satu hari ni, boleh? Sib baiklah boss-boss takde, hik.

Serik beb.. tah cemana orang yang bagi alasan jam hari-hari tu kan?

Esok kena kuar by 6.45am gituh!! Hear me out... 6.45am.

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...