Friday, March 28, 2008

Nombor bertuah

Besday acik 21 hb, so acik dalam golongan bernombor 3:

Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan,
kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

tuanpunya tangan ni memang confirm ensem.. tapi, ini takde kena mengena ngan ini entry..


....sumber dari emel..




Jumaat yang mulia

Sabda baginda Rasulullah s.a.w:

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Itu saja untuk kali ini.. acik takde idea nak tulis di samping keje yang agak banyak...

Monday, March 24, 2008

Kan-Cheong Kitchen 2

Memang betui-betui kan-cheong.

Sebelum acik taruk entry kisah hari recording rancangan tu, acik nak umumkan bahawa acik telah tewas 35 – 16 (points) kepada pasukan lawan hari itu. Congratulations to them, Shaz & J.

Sebenarnya menu or mende yang disuruh masak punyalah senang - goreng pisang je. Yang gempaknya ia digelar Banana Fritters with Sesame Seeds & Honey.

Acik dipasangkan ngan Mikey, a 22-year malay old guy from Cheras... awww lembutt! Tak pernah masak, sumua nenek dia siapkan untuk dia. Oleh kerana dia tatau anything about cooking, dialah yang kena masak, acik plak just sit at the cookpit giving him all the instructions.

Cilaka tau, bising giler, kan-cheong gitu. Hostnyer, dua ekor ni, Rina & Fat Feb, dorang ni pulak asik ngacah, payah tul idup acik. The whole 25 minutes tu, acik jerit bagai nak rak, last2 acik terpaksa ngaku kalah sebab goreng pisang dah jadi pisang salai dalam minyak.. sedey ni, tapi acik berserah dan kata dalam ati… this is just for fun and acik redha…


the 2 hosts, Fat Fab & Rina



Korang boleh saksikan acik beraksi nanti starting Friday, 9 May 2008, kat 8TV kol 8.30 malam. Episod ke berapa tatau la pulak dorang nak tayang, but in one of the episodes laa.

Riffa.. the juri memasak tak bertauliah (jemputan)

Ameer demam sebab sejuk sangat dalam studio?

nota kaki:
to CT Zen and son, Irham yang sudi datang bersama untuk memeriahkan studio.. bersama Amal, Ameer & mostly kanda, tima kasih atas sokongan kalian..

Wednesday, March 19, 2008

Kan Cheong Kitchen

Inilah rancangan baru 8tv yang acik dapat masuk tu...
He hee.. nervous nih...

Weekend ni nak shoot for the first episode, so bila nak tayang nanti, will inform untuk korang tonton di tivi ek?

Sesapa berminat nak jadi supporter, it's this Saturday, 22 March 2008, at 9.30am at this address. Let me know and kita buleh kumpul2 di sana:

Green Cow Studio/ Filmpoint Sdn Bhd
No. 26 Jalan Tago 11,
Tago Indust rial Park,
Bandar Sri
Damansara,
52200 Kuala Lumpur.
Tel : 62 777 333

Pobebly ada makan2 lepas masak-masak itu! Tataulah.. yang pasti, acik akan nampak 5kg extra, kata org tu.. bila masuk tivi!

Jadi, saksikan kemunculan acik, wokey?

Guys, doakan acik berjaya menghadapi game show ini & menang banyak hadiah gitu..

Monday, March 17, 2008

Rindu


Rasa cam lama benau tak tulih, tapi sebenarnya baru 2, 3 ari je gitu..

Semalam bukak gak, tapi sempat baca entry mak su je, lepas komen, terus tutup...

Yelaa, kalu dah hari cuti, memang maleh nak tengok pc, nanti tak buat mende lain!


Semalam ari terakhir cuti sekolah. Aku layan anak2 je, sarapan, lunch and dinner.

Seronok bila kita gorengkan nasi, pakai perencah paling hampeh, taruk telur je gitu-gitu, plain giler, dorang dah kata sedap. Maybe sebab dah lama umi tak masakkan dorang, kan?

Aku sayang amek ngan anak2 aku ni, semua plain2 je dorang makan dah lazat. Nasik ayam, nasik saja, rebus pasta, makan plain pasta je, nasik lemak, makan nasik je, pelik jugak, but itulah anak2 aku. Kalu berbagai rencah, haruslah dorang tengok dengan perasaan kecewa.. gitu..


Kadang2 hilang mood aku nak masak berbagai kalu kanda takde nak makan...



Tuesday, March 11, 2008

Cuti sekolah dah datang lagi...

Kesian anak2. Tak bawak ke mana2 pun. Dorang main sendirik2 je kat rumah.

Nak ke manapun?
Akupun bukannya ada duit lebih nak gi makan angin ke makan air..
Dorang dua beradik tu tentu paham.


Dahlah tak cuti, balik keje asik lewat je dari biasa.. paling cepat pun kol 8.15 gitu.
Dah mak dorang kena gi bersenam kuarkan peluh, kan, jadi, kenalah lewat sket balik.


Kanda plak keje tak tentu taim. Kalu dia cepat, dialah layan anak2 tu.
Semoga aku cepat kurus dan lepas ni boleh maintain berat je dengan exercise regularly...
Huih.. bunyik cam senang, ini baru 2 minggu..




Ya Allah, ya Rabbi.. Kau perkenankanlah hajat aku ni, nak kurus dengan cepat, aminnn!!

Tuesday, March 04, 2008

Berjaya

Ni bukan entry pasal Berjaya Times Square or what. Ini adalah entry menunjukkan betapa happynyer aku setelah berjaya melepasi audition nak masuk rancangan masak2 kat 8TV tuh.


Jangan tanya tajuk apa.. aku sendirikpun tatau lagi.. tengah saspen nih.


Semalam, at approximately 3.38, cik haza called saying i hv been selected. So shooting shd start next week saturday and sunday...

Korang semua, nantikan kemunculan star baru di 8tv.. he heh!

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...