Wednesday, April 30, 2008

Mari belajar inggelish

Do you know what is the “consequences” of this matter?
Mencik benar aku ngan perkataan nih..
Ini dah masuk dalam senarai perkataan besar yang aku paling meluat…

Detail tu biarlah aku simpan sendirik…hu huu.

Jadi, aku akan gunakan perkataan ini dalam dialog sehari-hari

Dah 2 taun berturut2 aku kena ngan pempuan nih… melibatkan seluruh industri perfileman eh.. department.. kononnya la kan!!

Friday, April 25, 2008

Lari

Aku nak lari!

Bukannya nak lari dari rumah, bukan jugak nak larikan diri dari tanggungjawab, cuma aku nak lari sebab nak exercise, nak lari supaya kuar peluh.

Dah 2 hari ni tak pegi, asik keje keje sampai lewat, maka aku tak sempat kejau ke gym.

Petang ni, cemana pun, aku kena bawak diri, lari di atas treadmill itu, sekurang-kurangnya 30 min. Larikkkkkkkk.......

Wednesday, April 23, 2008

Sudah jangan disebutkan lagi!

Bagaimana nak dilupakan saja dari ingatan..
Ia sudah kusut mengganggu fikiran..
Jadikan ku payah menjalani tugasan...

Buatkan diri ini nampak bodoh dan malas...
Sedangkan aku manusia yang mudah tewas...
Walaupun aku cuba sedaya upaya mengikut batas....

Kerja kerja kerja

Aku memang suka keje aku sekarang nih. Memang jauh lebih bebas (fikiran) dari keje sekehteri dulu. Walaupun cuma ngadap pc & sistem, aku suka, dan takde kena skill jaga orang sangat.. memang susah lah kalu nak soh aku balik buat keje dulu.. takmo dah! So, i tabik geng2 yang menjalankan tugas dengan penuh khusyuk dan tawaduk tu, caiyokk!

This year ada luncheon for secretaries kat hotel2 mana ntah, aku tak amik tau, sebab aku tak dijemput. Dorang tengok Khadijah Berahim & Dayang Kintan. Aku dengar sambil rasa sedey.. takde pulak keje macam aku ni nak dihargai.. aiyo.. redho je lah.. Cakappun tak guna... kena cakap kat tempat yang betul, kalu tak, takyah citer banyak, dok diam-diam, sedar diri tu.. (kata pd diri sendiri lagi nih!).

Sekarang ni keje menimbun disebabkan ketidak retian pengurus2 kat opis aku ni hah.. menguruskan keje2 mereka dan menghumban segala2nya di saat2 genting.... maka, aku tidak dapat meluangkan masapun utk menulis dalam jurnal harianku ini.. (alamak, bahasa mana datang ni?). Jadi, bila balik keje hari ni, itupun kira rekod setelah sekian lama, aku balik dari opis kol 7.20malam ari ni tadi, aku decided nak tulis jugak kat blogku yang tercenta ini..

Rindu teramat aku dengan dunia penulisan demi melepaskan keterbukuan hati ini. Sementelah keje yang tidak dapat ditangguh2kan, maka aku terpaksa menulis di rumah saja. Sib baik anak2 aku sporting, tido awal.. kanda plak, kira workaholic semacam sekarang nih.. maka diapun masih di tempat kerja walaupun jam dah menunjukkan 9.52malam waktu Mesia.

Apa nak ditulis?
Nanti kita sambung lagi... nak sidai kain dulu!

Tonyok

Pernah dengar tak panggilan ini?
Selalunya perkataan ini ada pasangannya.. iaitu b***, kan?

So, dengan ini rasmilah aku menggelarkan dia "b *** tonyok" disebabkan hobi ataupun aktiviti masa lapangnya iaitu menyondol dan mencari benda2 buruk untuk dimakan (?!) dan nyalahkan orang lain je.

Biar Allah saja membalas perbuatannya..
.
.
.
.


.... entry geram tidak terkira.....

Thursday, April 10, 2008

Pergi

Nenek dah takde. Dia meninggal dunia pada umur 82.3 taun kerana sakit tua + diabetic problem yang teruk pada minggu terakhir idupnya..




Aku sayang nenek. Dia mak kepada mak aku. Mak sempat menjaga nenek, in fact, nenek spent most of her uzur days kat umah mak. Walaupun mak tu lebey kurang je uzurnya ngan nenek, tapi since mak tau dia tu anak, and it's part of her duties, dia redha je menjaga nenek. Sekarang mungkin mak dapat rehat sendiri dengan tenang beribadat sambil melayan abah. Apa lagi nak buat, ye tak? Sayang mak and i wish i could be as patient as her.

Banyak kenangan dengan nenek masa dia di rumah mak. Anak2 aku jugak suka main2 and borak2 melayan oyang dorang.

Nenek selalu kirim beli itu ini sebab dia teringin nak makan and maklah kena masak benda2 tu. Bende feveret nenek adalah terung pipit, pucuk labu, nangka muda, siput sedut and few others. Walaupun nenek kena pantang makan, sometimes mak bagi gak dia peluang rasa skit2, jangan dia terkempunan, kan?

Aku suka gak sikat2kan rambut nenek yang putih melepak macam rambut anita "diva" sarawak pendeknya itu. Nenek suka sangat kalu kita carikkan uban/rambut gatal dia. Weh.. akupun suka gak!!

Nenek mesra sangat dengan kami sekeluarga.

Tapi, mungkin dah memang masa dia dah sampai nak pergi, dia balik Klang umah maksu aku, dia sakit, dihantar ke hospital, dan dia dipanggil ke rahmatullah, selepas tidak sedarkan diri for almost 3 days...

Aku dah tak punya nenek..

Tuesday, April 08, 2008

Pemalas

Adakah aku ni pemalas?

Aku tau sangat diri aku ni.

Aku bukan pemalas, cuma aku takmo menyusahkan diri membuat benda yang tak sepatutnya aku buat, itu saja... benci sangatlah.. hanjeng tau!



Ko dah kena bambu ngan bos ko, mulalah ko tak tentu harah... nak tarik aku plak sekali.

Aku bukan bangsat sangat.. dan inipun takde kaitan langsung ngan keje aku, okay?

Harap maklum!

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...