Sunday, June 21, 2009

Corporate outing katanya...

Lama benau tak tulis pesal?
Aku sibuk la tu, tahap cipan nak beranak kembar 4 gitu.. ha haa.. tambah pulak ngan sakit ketumbit kat mata kanan ni, maka lambat lah sket aku nak buat entry, kan?

Aku dah jemulah tulis kat sini.. takde idea dah. Last week mmg hectic. Minggu tu diakhiri dengan outing with the dept. Katanya takde bajet, tapi entah cemana ada pulak.. aku on je bab ber"outing" bagai nih, tapi this time mmg takde spending the nite. Just lepaking kat Park Royal, KL je.
Aku tak larat nak join bab2 games2 nih, takde selera langsung, cukup je lepas lunch, kami, aku, siti shu and ahin ronda2 kat sg wang and then belah at around 4pm. Kaki aku punyalah letih tak terkata disebabkan boot alain delon aku tu dah agak ketat sket.. hik.. ade ke idak, asik makan2 and exercise kurang. Ketat boot tu jadinya... tapi bagian badan lain mantain.. iye ke?

Seronok gak jalan2 belah sg wang lepas dah dekat 7,8 taun tak ke sana.

Eh, lupo la pulak, hari ni besday aku... aku dah jadi pompuan berusia tigapuluh tuutttt, tapi aku tak kisah. Janji aku bahagia dan sihat sejahtera.


Ini anak Cindy no. 4, Keylo namanya, bulu kembang dan panjang, 3 warna.. sangat aktif... syiok tengok anak2 Cindy membesar... hilang stress balik keje tauuuu!!

Monday, June 08, 2009

Cuti sekolah datang lagi...

Yang paling best kalu cuti sekolah adalah budak2 sekolah la ye?
Yang paling tak seronok ialah anak2 yang tak dapat berseronok kalu cuti sekolah, kan?

Akupun amik cuti sempena cuti sekolah jugak, 3 hari je. Khamis, Jumaat and Senin. Dapat 5 hari relax altogether. Heheh.. buat apa? Takde mende, memang bosan giler sebab aktivitinya cuma gi kenduri.. siti shu tunang, gi besday parti anak yanti (penyewa), jalan ke pasar, beli barang2 dapur, pegi bank dan pegi rumah makyang (kakakku). Tu je. Berapa punya best ker...

Entahlah, harini last day cuti. Aku decided bawaklah budak2 ni gi tengok wayang. Deme tentunya nak nengok citer transformer... weh.. akupun ndak, tapi kenalah tunggu 24 june nanti, baru kuar kat panggung... so, at the moment, apa2 citer je la yg ada kat panggung selayang capitol tu.. Last2, kami.. (kanda takde, keje) bertiga, dah sepakat nengok citer monsters vs aliens.. best gaklah... sebab akupun mmg teringin nak spend masa ngan budak2 ni, kasi deme hepi sket dengan umi. Umi cuti 5 hari, inilah yang umi dapat bagi korang gumbira.. harap2 mereka seronok..

Udahler dulu... lenkali macik citer lagi.. buhsan bebeno nih...

Wednesday, May 27, 2009

Beach party?

Engkauu.. i had a blast evening today!

My aerobic/dancing class was organizing this party... siap bitau soh bring one fruit each person lagi. I bought dragon fruits. We had fun. Aku tak beli mende2, just pinjam pareo from siti je, beli earings panjang 3 hinggit stengah, beli bunga malar (idea Surya graphics yang sangat cool!). Aku just pakai selipar jepun beli kat Pangkor dulu, pakai key, sun glass (my driving glasses actually) and pakai baju berenang feveret ku itu.

Lepas menari, which i tot, we were not supposed to, because this is just a party where we eat and socialize, i realised, mmg letih menari 2 days berturut.-turut dengan berkaki ayam .... Walaupun takde mende, okay, but i still feel happy that i was chosen 2nd best dress for the party.. hik.. maybe aku sporting kot!

Will post some pics later if i found a good one from Yanti!

Wednesday, May 20, 2009

Makan di work station

Tadi pagi member aku kena tegur dgn seorang pempuan kat typist pool.
Sungguh kesian si nurul yang kena tegur itu.
Selama ni, siti shu selalu gak makan di sana, sib baik tak pernah kena tegur.

Memang dia tu banyak aturannya.. ye lah, pada dia, work station ialah station where u work, not a station where u eat, ahaks.. some more in working hours... patut la kan?

Terasa hati si nurul...

Tuesday, May 19, 2009

Cindy Vortex part II

Anak betina kesayangan kuarga aku nih, dah beranak semalam.. sementelah dia cam tau2 je mak dia tak keje semalam.. ahaks.


Mengiau2, menggesel2 kat aku cam nak bitau samting.. which i automatically tau yg dia ni dah sampai masa nak beranak.. Tulah org tua2 kata peribahasa "macam kucing nak beranak", kan, dia asik menggelisah tak tentu arah..


Semalam aku dah jadi nenek kepada 4 kembar kucen yg sangat cumels... 4 pattern yang berlainan. Sakan yek.. Blum taruk nama deme lagi. Nantilah dulu, biar Cindy cool down... sian dia, aku tengok menderita sangat masa nak melahirkan itu.. tingat masa aku sakit nak beranakkan anak2 aku gak dulu.. sungguh2 menyiksakan.. Alhamdulillah semua went well..


Nanti kita taruh gambar cucu2 kita tu ek? Ni gambo just buat seronok je... bukan bebetui..




Friday, May 15, 2009

Kecewa

Aku banyak kecewa lately...


Kecewa ngan dia..
Kecewa ngan keje aku and how my boss graded me...
Kecewa ngan pencapaian aku sendiri takat ni..





Tapi aku takbley terus layan kecewa nih...
Aku kena terus berusaha..



Gambar ni takde kena mengena ngan kekecewaan aku.. just syiok tengok mak, akak dan anak2 buahku di tepi pantai itu... hepi kan?

Tuesday, May 12, 2009

Sayang emak, sayang anak2 jugak

Semalam anak2 dua2 cuti sebab hari ahad tu ada sukan olahraga. Amal mmg tak masuk bahagian sukan2 ni, dia tak berapa ada talent dalam sukan2 nih... cam ayah dia gak. Aku dulu memang minat sukan. At least gangsa tu ada gaklah bawak balik medal ke haper kan?

So, dua beradik ni adalah kat umah semalam. Sedey gak, aku tak cuti untuk bersama2 mereka. Baikkk je dua beradik ni main2 sambil bergurau senda masa aku call tengahari semalam. Deme kat umah je, tak gi umah opah. Opah tak berapa sihat masa kelmarin tuh. Sian mak.. dah tua sepatutnya berehat banyak, ini tak, kena tolong menjaga anak2 aku yang sangatttttlah baik itu!

Aku ingat, kalu aku banyak wang, tiap2 hari aku nak bagi mak aku RM10,000 untuk dia beli apa2 saja. Tiap2 hari lah. So, dia takyah masak, dia call je apa2 dia nak, sebab nak melayan anak2 aku and abah jugak.

Amacam?

Heheh... aku takde mende nih nak tulis.... Eh, tingat pulak, malam sabtu yg takde api baru ni, kami kumpul depan umah mak, lepas tu hisham aka acu datang ngan liza and anak2 dia. Deme ngajak aku and family aku gi melalak malam tu. Puas mak kata tak usahlah melalak, ingatlah dunia kita ni cemana sekarang... tapi.. idaknya nak dengar, kami tetap gak pegi melalak .. sampai dedekat kol 1 pagi... baik betui perangai kami 2 kuarga 9 beranak, ni kan?

Mak, maaf la ye.. walaupun kami selalu tak dengar kata (bab karaoke la, especially) kami tetap sayangkan emak!!

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...