Thursday, December 17, 2009

Tak sama macam dulu..

Dia tak pedulik dah aku ni. Dia tu adalah kanda.
Aku beria-ia ngajak dia gi tengok wayang.. takpe, aku belanja.
Nak? Mmmm, mula2 ndak, bila dah nak dekat time nya.. dia bagi alasan pulak..
Sian kat budak2 kat umah tu..

Tu je..
Hati aku? Idaknyelah dia kesian.

Then i asked myself again... why in the first place have i invited him?

My life is soooo pathetic at times...
Ntah apa2 la aku ni...

Wednesday, December 16, 2009

Taik kucing betui!

Ini adalah entry sedih tau..
Bukan entry marah, mengamuk kat orang, sumpah seranah sumer, bukan!!
Aku tak buat sesemua tu der. hehhehe..

Malam tadi kuarga makyang, and kuarga gua berkumpul kat umah mak. Alif, anak sedara gua celebrate besday ke 11 dia. Suka buat party kat umah opah, kan? Sib baik mak dan bapak dia provide kek and makanan. Kalu tak, susah gak ke opah, kan?

Anyway, lepas sumer org dah makan, kami lepak2. Mak bukak citer pasal SPCA. Dia tanya aku how much do we need to pay to SPCA kalu nak letak kucen di sana. Kenapa pulak mak?? Rupanya opah dah tak larat membela kucen2 ku itu. Mana taknya, kucen 5 ekor (dgn Cindy the mother) kalu memberak... abislah bau2. Walaupun di luar rumah, bau keharuman itu. Opah pulak, kalu dia tak buang berak kucen2 tu, dia tak bley tahan.. Jadi, last nite, dia dah confessed... tak larat dah dia. Huhu.. aku buat apa? Yelah, aku balik keje, dah petang. Ada di rumahpun only weekends je. How la weh... tentu mak tertekan sgt, kan? Since dia dah cakap, kenalah aku buat sesuatu..

Sian kat mak.
Aku sayang kucen2 tu, but.... aku lagi sayang mak.. Nantilah.. aku akan buat sesuatu jugak tentang perkara ini.


Thanks to siti konsep yang memberikan aku idea on how to handle "taik kucing" ini.

Ini Tommy, abg long kepada semua kucen2 ku!

Friday, December 11, 2009

Sudah kena, bagaimana rasanya?

Kalu keje ko asik ngenakan orang, tentu sesekali ada masa ko akan diperkenakan pulak.
Tuhan tu Maha Adil..

Sekarang ko nak ngadu kat sapa?
Ko terimalah sendiri.. org yg ko anggap kawan tu.. dah kasi bala kat ko.. tak tertanggung, kan?
Ha.. terimalah.. baru ko tau cemana perasaan orang yg pernah terkena ni dulu, kan?

Aku cuma nak kata... fadan mukamu!!!

Thursday, December 10, 2009

Besday lagiks



7hb hari tu, aku amik cuti... memang dah lama planned, sebab besday kanda. He turned 42 hari tu. Beria aku cuti, dia plak idaknya. Adaker patut?




Anyway, aku bitau anak2 aku nak bawak dorang berjalan2 dan berseronok. Aku tanya dorang nak pi mana, nak buat apa? Amal and adik nak gi Giant je la, takde tempat lain. Aku plak, cadangkan nak tengok wayang (mmg umi kaki wayang, okeh??), but di panggung sekitar Selayang je la, kan? Tak koser nak tempoh bandar, even hari Senin pun. Mula2 deme nak gi swimming, pastu aku bitau, aku dah segan nak pakai baju mandi, dah gemuk2 ni... dorang cam paham... so, to the movie we went.




Tengok citer apa.. beach boys - senario tu. Boleh laaa.. banyak pakai body pompuan and lawak slapstik gitu. Takde banyak pilihan citer, jadi... redha je lahhh.




Bosan la entry nih.. udahlah.
Dapat melepak cam kucen2 ku ini di katil Amal, pun best, kan? Sungguh syahdu deme tido petang tu lepas kenyang makannn...








Friday, December 04, 2009

Penyibuk antara bangsa


Memang tak suka sangat ngan dia ni.
Dia selalu je rasa dia je yang pandai buat keje, orang lain idakkkk..
Pastu, siap cek-cek keje aku nih.. make sure aku buat betui.. hek eleh..
Ko dapat lessen ke buat gitu? Aku layan je la, kata ye ke, betui ke aku silap, cemana aku nak buat ni?
Pastu siap bitau kat manager yg ku tolong tu, aku buat silap, macam silap besarrrrrrrr sangat. Dah mgr tu dtg kat aku, tanya why this and that and she said aku tentu tau, kan? Aku tau meh.. buat keje aku… ingat aku tak cek ke sebelum buat?
Sebenarnya si penyibuk tu yg tak fasih bab2 tu, dia gelabah, nak heret aku kot?
Kena ingat (terpaksa ungkit), dulu2 ko nak kenal mende2 pun, aku yang tunjukkan!

Dahlah… cukup!

Wednesday, December 02, 2009

Selamat hari jadi abah..

Abah harini, 69 taun yang lalu telah dilahirkan.
So, hari ni ialah besday abahlaa..

Selamat hari jadi abah.. kami semua sayangkan abahhhh!!
Apa aku nak beli kasi abah ye?


Cuba teka mana satu abah aku?

Kalu korang teka betui, aku kasi hadiah... cepatttt!

Tuesday, December 01, 2009

Umi sayang adikkkk

Malam sebelum raya itu

Malam raya aji tu.. kanda balik lewat. Sian anak2 tunggu dari siang sebab nak balik kg, kan?
Aku tak heran ngat sebab kat umah makpun kecoh ngan anak2 Makyang (akak ku) yg beramai2 memeriahkan rumah

Aliaa dtg dari pagi tolong opah buat keje apa yg patut. Masa aku balik keje, semua dah siap, rendang dan ready, kuih cornflakes pun dah siap dalam botol. Nasik impit jugak udah disejukkan dalam dulang. Apa lagi? Aku volunteer nak goreng ayam bawak balik umah aku supaya mak senang nak buat masak merah.. tu je.

Aku takde selera ngat nak masak2 ni, nak makan je, boleh? Kanda plak takde, lagilah takde selera nak buat sesemua tuh.

Kanda balik bawak kereta Pajero boss yg agak besar. Lega hati aku.. buleh la aku guna kereta nak melenjan ke mana2 nanti. Cewahhhh...

Puas aku pujuk Ameer, akhirnya dia nak tinggal di rumah dgn aku... tak jadi ikut ayah dia balik Pahang. Berattt je aku tengok dia nak buat keputusan tu. Masa dia sangkut balik baju dia dalam lemari, aku tengok meraahhhh mata dia menahan sedih. Tulah pengorbanan yg besar dia buat pada aku. Tulah tanda dia sayangkan aku. Kanda.... nak kata nak pujuk aku ajak balik kg jugak takdelah... udahlah. Not that i would give in kalu dia pujuk pun, but, at least kau pujuklah kan?
Memang udah tak kisah.. takde bini di sebelah pun takpe, ye?

Hari raya itu

Pagi raya tu aku terbabas bangun. Adik pun sama. Syahdu semacam.. Makyang dah sampai kat umah mak. Datang ngadu kat umah aku dia dah accidently tercabutkan kepala paip kat sinki umah mak. Ngamuk abah. Air melimpah, tak buleh tutup... lantak, hari raya korban, mak kena korbankan air pulak... hihi.. kesian Makyang. Tak pulak dia rasa bersalah.. "bayar je lah bill tu,".. katanya...

Lepas makan dan beberapa kali makan, acu datang dgn kuarganya. Kami decided nak gerak ke Klang, gi melawat sedara mara di sana disamping melawat nek ucu yg kena strok hari tu. Mak la yang paling tak sabar selagi tak jumpa nek ucu dan tengok keadaan dia. Sib baik dah lega sikit, dah buleh gerak2 kan kaki tangan selepas dah diurut 2, 3 kali.

Kami gerak ke rumah along lepas tu. Makan tengah hari pukul 4 lebih, mana tak lapau? Sib baik along masak, kalu tak, pakat makan kat kedai segeralah kami haritu. Dari umah along, kami pegi pulak umah aunti bibah. Dia nak tunangkan anak dia esoknya, but since kami dah datang haritu, kami pegi je lah melawat. Makyang esoknya nak keje, so takde driver. Aku plak, takmo sesat barat kalu aku yg drive, kan?

Balik umah dah malam. Elok2 je nak tengok Nurkasih episod akhir. Cam haper je citer tu. Aku dah tau sebab dah baca sinopsis.. cemanapun aku tengok jugakkkk.. Jumpa balik Adam ngan Nur kat dalam ketapi???

Sebelum tido, aku ngan adik tengok tivi citer Taubat Nasuha. Sedeynya.. aku ngan adik tangkap leleh. Aku ni mmg lah jenis senang nak nangis, rupanya, adikpun samaaaa... ada gak sorang yang ngikut emaknya ek?

Kanda sampai rumah malam tu around 12.45. Aku dah lenaaaa...

Tulah dia kisah boringku di hari raya hajiiii...

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...