Monday, March 15, 2010

Mati idup balikkkk....







Ko tau kan betapa aku sayangnya kucing aku, si Cindy tu, kan?



Aku sedih giler bila dia mati kena langgar. Mengikut kata anak2 jiran sebelah, deme dah tanam mayat dia lepas dia mati crossing the road. Tapiii, pagi ni, dia balik pulakkkk...



Can u imagine how terkejutnya aku bila Amal tipon saying .. "Umi, Cindy dah balik!.."



Aku cam tak percaya, but.. Akmal bukan tak kenal kucen kami tu.. Nangis la kami kejap tru the fon. Hahaaaa...




Memang tak dinafikan, kami tak lihat sendiri betui ke idak kucen yg kena langgar tu Cindy. Inilah sebabnya dia balik. Dia belum mati lagi.. Sungguh besar kuasa Allah yg Esa tu..



Dia bagi lagi kami peluang menjaga Cindy.






Kata Amal lagi, dia macam dah beranak, kurus, tapi puting2 susunya menonjol sikit. I guess, tentulah dia lama tak balik tu sebab bizi menyusukan anak, which kami tatau di mana dia tinggalkan sebab nak balik jumpa kami. Maybe dia ni ada 2, 3 tuan ke apa? Tak kisahlah, memang dari dulu dia selalu buat keje gini. Lari, pastu 2, 3 minggu baru balik pulak... Nilah kisahnya..






Friday, March 12, 2010

Letih ke sakit? Atau dua2nya?

Entah kenapa bila usia dah lanjut ni.. selalu letihhh..
Mengeluh lagi.. Cuba jangan mengeluh..ko bukannya malas sgt, cuba bergerak sikit, lupakan ko sakit, terusss je buat keje tu... lagipun, dah pukul 3.30pm ha.. 2 jam lagi je.

Pala hotak aku berjambullah.. talking to myself ni... Aku sudah tidak tertanggunglah tu aku sanggup balik. Biar dapat berehat kat umah. Ko tau kan, aku bukan orang yg lemah.. sikit2 merengek, sakit, bukan... Aku pi klinik, mintak ubat tahan sakit sebab darah turun dengan banyaknya.. Aku bitau doktor, doktor cek2 semua tapi, dia tak kasi mc. Eh, sukatilah.. ko doktor, aku bukan buleh paksa. Tak dapat mc, aku EL, lah, tolak jelah cuti aku, kenapa??

Sampai umah dah 4.35pm gitu. Masuk umah, minum ubat, boommm tidoooo! Lega wehhh.
Anak2 tak balik sekolah lagi. Makpun taktau aku dah balik. Heheh..

Harini aku kejelah balik, sebab udah sihattt.

Wednesday, March 10, 2010

Bidadari dari syurga..


Aku baru balik dari dengar kawan lama Mira bercerita tentang produk yg dimakannya. Borak2 kat opis dia, Khazanah kat UEM nun. Produk tu aku tau mmg sangat berkesan. Memang nampakpun berkesan. Kawan tu dah guna produk tu since November taun lepas, tapi dia rasa sangat selesa sebab bukannya dia nampak cantek dan sihat, malah, income dia selepas kawan2 semua beli jugak produk tu udah mencapai 4 angka.

Teruja aku dengarnya.. mmg aku mencari2 sangat apa bisnes yg buleh aku buat sambil2 menggoyang2 kaki or mencabut rambut gatal & uban kat umah tu! Yelah kan.. since anak2 bujang aku tu takyah nak menetek lagi ni, kanda plak dah tak berapa kisahkan aku ni jugak, baiklah aku cuba2 cari rezeki cara ni..

Kalu kawan tu buleh dapat 4 angka duit buat sambil2, ngapa aku tak cuba, kan? Aku dapat 3 angkapun aku tak kisah, sebab, sapa yg akan senang bila ada duit lebih.... aku jugak, kan?

Barang bagus, tentu orang suka, tak gitu?

Tuesday, March 09, 2010

Rapik Merapik

Lama tak buat entry.. rindu tauuu…Tapi nak buat cemana, acik bizi, kan?
Okay, inilah entry mengenai movie.. ala ala review la katakan..

Last Sunday, acik dapat 2 tiket menonton citer yg dikatakan ramai sekarang ini.. iaitu Niyang Rapik. Thanks to Budiey.sensasi selebriti.blogspot.com, yg telah dengan berbesar hatinya menjual tiket kepada acik pada Jumaat hari tu. Mulanya acik nak gi ngan ira ira shahira, but then, ira shahira cannot make it, I got to change partner to my bofren, yg mulia tengku razak tengku sudin!

Bukan dia suka ngat pun pi berdua, but then, acik kata budak2 nak peksa (penggal pertama, kan), lagipun acik takdapat beli more than 2 (heheh..). Naklah dia dalam terpaksa. Acikpun tak paham kenapa dia tak berkenan sgt nak keluar berdua je.. Maklumlah, sejak dah menikah 15 taun ni, takbest dah dating ek? Sabar jelah. Masing2 buat tak tahu je, mmg merengsa sgt pi berdua tapi macam jalan sensorang. Tobat dah aku.. kalu anak2 takde, takleh ke treat aku cam gefren, tak do dooo, menyesalll aku tauuu.

Eh, berbalik kita pada review pasal Niyang Rapik nih. Pada aku, citer ni best, walaupun kisah2 hantu tu macam dah biasa sgt, tapi cara dia buat jalan citer tu, nampak cam kita tak sangka itu akan jadi endingnya… Haa… acik manalah reti review2 ke jadah ni, kan.. tapi itulah dia.. acik mmg buleh baca citer tu dari awal, acik dah dapat agak Liana Jasmay tu dah mati dari awal.. Dialog dlm movie tu sangat kelakar and straight forward, acik suko amek..

Zed Zaidi.. aku suka dia berlakon.. mmg best.. kalu dia tak berlakun best ke?


Lenkali acik nak tengok citer Alice in Wonderland, Wolfman, pastu… Bounty Hunter and Adnan Sempit. Ada lagi ke kat panggung citer Adnan nih? Teringiiinnnn tauuu..

Friday, March 05, 2010

Nak jugak

Dengan pantasnya acikpun menaip entry ini.. sebab member kata kenapa takde entry baru..

Takmo terima aku kata aku bizi.. tak sempat buat..
Katanya... aku kan pantas je menaip... like 100wpm kan.. takkan tak buleh buat dengan sekelip mata?

Ha.. tercabar tauuuu... org kalu nak tengok sgt entry yg hari2, haruslah entry tu tak bermutu.. ewahhhh!

Tapi ye lah, keje sini memang aku tak banyak ngat masa terluang to laze around like my ownself own this audit firm.. but, i shd find time.. just to release the feeling of putting something into words, kan?

Mampuih.. amik kau..
Aku nak citer pasal kawan2 setia2 usaha2 aku kat opis nih..
Sokmoo ngeluh ketua2 buat hallllll sokmo.
Ketua plak, baik2222 benau.
Duit gaji beribu juta lemonpun cam tak ckuuuuppp lagi..
Komplen setiausaha dia tak berusaha.. gitu.. boleh?
Adaaa jer kisahnya..

Padahal.. kalu setiausaha tu tak berusaha bersungguh2, tak dapat dia duit dia yg banyak dia dah kuarkan membelanja semua2 tu, tau...

Tu jelah.. motifnya.. hargailah setiausaha anda yg sentiasa berusaha menjadi setia selaluu...

Ha... jadilah entry nak cepat beta yg agak sibuk minggu ini...

Wednesday, March 03, 2010

Pening & jusmate

Hari ni pening since 5am.
Penat tak hengat kot, poco2 malam tadi till I sweat like nobody’s business.
Hope this is burning all the tough fat all over me body…


Hari ni jugak keje banyakkkkk giler..
Ada sapa nak tulung… harammmm..
Buat la sendiri, sementelah sorang lagi tu cuti 2 minggu ni, acik kenalah layan keje yg menimbun banyaknya..
Tapi tulah….acik tak buleh komplen, kan?

Biarlah banyak keje, dari melanguuuu takde keje, nanti acik busan plak!
Hehehe.. serba tak kena.. wahai duniaaaa…

Eh lupa nak update, acik dah beli dah sekotak jusmate 5 tuh.. Doakan acik sukses ye?

Tuesday, March 02, 2010

Kelemahan

Korang ada kelemahan?
Takde? Ngarut ah..

Kelemahan aku ialah mudah sangat percaya kat orang, sampai bagi segala hati dan perasaan bila berkawan. Memang la bagus kalau kawan tu pun sama bagi kat aku jugak gitu, but, tulah dia...

Kena buat tapisan baik2 punya kalu nak berkawan, ye tak.

Aku tak perfect, tapi .. who is kan?

Nak cari kawan biarlah yg buleh beri semangat pada kita, yg boleh sama2 nangis, kalu tak pun sama2 sedey bila kita dirundung malang.. tu baru namanya kawan.

Aku ada ramai kawan.. tapi yg betul2 kawan, berapa kerat je.

Ramai kawan suka amik kesempatan, bukan kawan aku je, kawan korangpun sama, kan?

Bila orang mintak tolong, aku cuba tolong, sebab pada aku, tak rugi tolong kawan.. maklumlah kawan, kan.. esok2, manalah tau, kita plak nak mintak tolong.. konsep tolong menolong gitu, kan?

So, senang citer, kawan biar beribu, berkasih biar satu.. eh.. relevant ke kat sini?
Hehheh.. bukan tulah.. kawan bagi aku adalah macam kuarga yg patut kita hargai.. kawan baik tu macam bayang kita, ada je kat mana2 kita ada.. kawan yg baik, kita ingat sampai ke mati, ye tak?

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...