Wednesday, September 29, 2010

politik pejabat

tah apa apa citer aku dengar
macam2 kisah tentang politik kat opis ku ini
nak caya rasa cam teruk benau, tapi, inilah hakikatnya

politik teruk
yg patut tak berlaku jugak buleh berlaku
yg tak sangka jadi, telah jadi

so, ramai tak suka or tak setuju
sila berenti.. dah ramai pun yg angkat kaki

good for you kalu u stand for your rights and belief..
jangan pandai bercakap, tapi tak serupa bikin..
aku yg hanginnnn

Tuesday, September 28, 2010

Cantik ke kau tu?

tensen la...
konon2 ada dinner, pastu kenalah pakai lelawa katanya..
so, aku manalah ada baju2 lawa, kan?

matilahhhh berangan nak cari baju pulak lepas ni..

toksah la bitau ko nak pakai apa..
aku tau mmg style ko takkan jadi lain, musti style itu nyer..

kannnn?

Monday, September 27, 2010

naik ketapi dari gua batu part 2

seronok tau naik ketapi pi keje..

yalah, dari first station, nak tunggu tren gerak dah berapa lama, pastu..
dah gerak, nak tunggu sampai stesen aku, 9 stops, haaa.. tak tido dibuatnya?
buleh mimpi 3 episod..

bukan tu yg aku nak citer sebenarnya...
ni kisah tambang tren..
pelik tapi benar..
kalu aku beli tiket pegi balik batu caves - klc, harganya 4.00
kalu aku beli asing2, cuma 3.00 je.. entah kenapa.. deme bagi harga asing lagi murah..

tu je.. sementara deme belum sedar aku nak beli je tiap2 hari rupa iini..
tima kasih to my fren, Geena, who has discovered this thing..

Friday, September 24, 2010

hantu kau

Ada satu makhluk kat dunia opis aku ni. Aku gelar dia pompuan meroyan je.
Rupanya dia ni suka kalu ada org2 yg bergaduh / berselisih / tak bertegur.
aku ni pulak bukanlah feveret person yg org semuaaa suka. Aku sendiripun ramai yg aku tak gemor. Bila tak gemor, aku tak bertegor la, kan. Yg tak ngam ngan aku, idaklah aku berkenan nak senyumpun… tak ku sior, kata org perak.

Tapi tulah, aku ada gang2 aku sendiri, walaupn tak ramai.
Makhluk ni pulak, bila tau aku bergaduh / berselisih dgn org2, dia mulalah berbaik ngn org tu. Saja, nak tunjukkan apa ntah. Dia mmg takde kawan. Takde sapa yg suka ngan dia.. Macam2 aku dengar kisah dia. Pastu tabor fitnah sana sini, kononnya aku ni gitulah ginilah.. dey, apa daaa.. sangat bodo and budak2 nau pikirannya.

Baru2 ni aku berbaik pulak dgn sorang kawan ni, aku rasa udah nak berbaik, aku baiklah.. Tuhan tu maha kayakan, selalu bagi kita peluang utk mengeratkan semula silaturrahim. And kawan tu pulak, tak menolak, maka berbaiklah akuuu..
Si meroyan ni macam tak tentu hala, tanya kenapa aku berbaik pulak.. sedangkan dulu dah gaduh. Konon2 akak ni mmg kaki gaduh dan suka cari pasal. Sooooo the childish, la.

Makin lama, makin mencik aku kat pempuan meroyan nih. Jalankan jelah keje ko tu baik2, jgn kena buang pulak nanti, ingat sikit, ramai je yg merhatikan kita nihhh. Nak2 pulak ko tu pernah dapat surat amaran.. haaaa..

Thursday, September 23, 2010

kisah raya 2010

boring ek..
orang lain dah buat entry, aku baru terhegeh2

well.. lantaklah
akupunya sukalah

aku cuma nak citer bila aku rasa nak citer, gaya akulah

gini kisahnya..
taun ni, aku ikut kanda and family beraya di bukit mendi pahang, umah kak zizah, kak ipar ku yg no. 2. boleh katakan situ jelah yg rasa kanda macam dekat ngan kuarga, sejak mak takde dah ni.
so, sehari sebelum raya, tengahari, kami dah gerak drive ke sana.
aku tak berapa nak suka, in fact, aku sedih bila salam tangan mak abah, tinggaikan dorang berdua je kat umah masa tu. well, aku kena ikut laki, kan.. kaedahnya ada laki ginilah.
tensionnnn...
aku sabarkan hati bila ngingatkan nak menghepikan laki, aku redha jelah.
kak zizah umah dia sgt pack ngan kuarga sedara mara. abis, semua pakat nak raya situ, yg dari perlis pun turun ke situ, yg dekat jauh, semua situ, maka packlah. dia sibuk masak tu, masak ini, masak lagi dan lagi dan lagi.
yg penting, laksa and mihun sup musti ada.. kata kanda.

pening.. bila raya, tatau nak jalan ke mana. bukannya ada sedara mara dekat2 situ
pakat amik gambau reramai. tumpanglah kamera dorang, since kami tak beli lagi kamera cam tu yg tak pakai filem tuh.. hihi.. rasa kolot sangat bila semua org dah guna kamera jenis tu..
lepas puas makan2, bergambau2, kami pakat pi jalan ke rumah2 jiran sebelah kiri umah kak zizah. 4 rumah semuanya. makan best2 lah, maklumlah hari raya.. paling takhengat diri adalah umah cik limah, makan satey.. haa, umah dia mmg tiap2 taun bakar satey, sooo, satey is tajuk utama tauuu... umah korang tentu takde satey kan?

tu jelah.. lain2, melanguk kat umah.. makan, tengok tivi, borak2, makan lagi, tido..

eiiii... nak balik sangat, tapi ku tahankan jua sampaiiiilah malam raya ke dua baruuuu dapat balik selayang, beraya di umah makku pulak..


entahlah.. berpuluh taunpun aku tetap suka beraya di rumah makku jugak... lantak!

Wednesday, September 22, 2010

Back to work

Selepas puas cuti berharirayasakan... aku keje semula harini.

Aduhhh... mmg lebih seronok di rumah, walaupun tatau nak buat apa.. i still say i prefer lepak di rumah...

Heheh.. pengakuan aku yg masih malassssss..

Monday, September 06, 2010

tak sabar

aku kan.. mmg takde mood nak keje dahhh
harini pun, sebab aku takde mood keje, aku terlewat bangunnn.. hihi.
punyalah syahdunya tido lepas subuh.. amik kauuu

aku ni tak sabar nak raya dah.. cam budak2 kecik pun ada gak, kan?
nak buka puasa, pastu dengar terus org bertakbir di tivi radio semua.. pastu klangkabut mengemas rumah semua, maklumlah esok nak raya.

mak pulak, kangkabut kat dapur masak rendang, ketupat, masukkan kuih dalam bekas kuih..
pastu kami adik beradik menolonglah apa2 yg patut

seronoknyaaaaaa

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...