Thursday, March 19, 2015

but i love you

Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita,

Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if i miss you,
Even if i can’t have you ,
You know i’ll always be there for you,

Mungkin aku mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku mencintaimu tanpa lelah atau pun jemu,

Mungkin kita tak bersama di takdirkan,
Tak mengapa asal kau bahagia,

Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if imiss you,
Even if i can’t have you,
You know i’ll always be there for you.
I’m sorry but i love you..


Tuesday, March 17, 2015

surga dan neraka..

Kisah Nabi Idris AS Melihat Surga dan Neraka

sedikit renungan di hari selasa.
copy pasted from fb

****************************************************************************

Setiap hari Malaikat Izrael dan Nabi Idris beribadah bersama. Suatu kali, sekali lagi Nabi Idris mengajukan permintaan. “Bisakah engkau membawa saya melihat surga dan neraka?”

“Wahai Nabi Allah, lagi-lagi permintaanmu aneh,” kata Izrael.

Setelah Malaikat Izrael memohon izin kepada Allah, dibawanya Nabi Idris ke tempat yang ingin dilihatnya.

“Ya Nabi Allah, mengapa ingin melihat neraka? Bahkan para Malaikat pun takut melihatnya,” kata Izrael.

“Terus terang, saya takut sekali kepada Azab Allah itu. Tapi mudah-mudahan, iman saya menjadi tebal setelah melihatnya,” Nabi Idris menjelaskan alasannya.

Waktu mereka sampai ke dekat neraka, Nabi Idris langsung pingsan. Penjaga neraka adalah Malaikat yang sangat menakutkan. Ia menyeret dan menyiksa manusia-manusia yang durhaka kepada Allah semasa hidupnya. Nabi Idris tidak sanggup menyaksikan berbagai siksaan yang mengerikan itu. Api neraka berkobar dahsyat, bunyinya bergemuruh menakutkan, tak ada pemandangan yang lebih mengerikan dibanding tempat ini.

Dengan tubuh lemas Nabi Idris meninggalkan tempat yang mengerikan itu. Kemudian Izrael membawa Nabi Idris ke surga. “Assalamu’alaikum…” kata Izrael kepada Malaikat Ridwan, Malaikat penjaga pintu surga yang sangat tampan.

Wajah Malaikat Ridwan selalu berseri-seri di hiasi senyum ramah. Siapapun akan senang memandangnya. Sikapnya amat sopan, dengan lemah lembut ia mempersilahkan para penghuni surga untuk memasuki tempat yang mulia itu.

Waktu melihat isi surga, Nabi Idris kembali nyaris pingsan karena terpesona. Semua yang ada di dalamnya begitu indah dan menakjubkan. Nabi Idris terpukau tanpa bisa berkata-kata melihat pemandangan sangat indah di depannya. “Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah…” ucap Nabi Idris beulang-ulang.



Nabi Idris melihat sungai-sungai yang airnya bening seperti kaca. Di pinggir sungai terdapat pohon-pohon yang batangnya terbuat dari emas dan perak. Ada juga istana-istana pualam bagi penghuni surga. Pohon buah-buahan ada disetiap penjuru. Buahnya segar, ranum dan harum.

Waktu berkeliling di sana, Nabi Idris diiringi pelayan surga. Mereka adalah para bidadari yang cantik jelita dan anak-anak muda yang amat tampan wajahnya. Mereka bertingkah laku dan berbicara dengan sopan.

Mendadak Nabi Idris ingin minum air sungai surga. “Bolehkah saya meminumnya? Airnya kelihatan sejuk dan segar sekali.”

“Silakan minum, inilah minuman untuk penghuni surga.” Jawab Izrael. Pelayan surga datang membawakan gelas minuman berupa piala yang terbuat dari emas dan perak. Nabi Idris pun minum air itu dengan nikmat. Dia amat bersyukur bisa menikmati air minum yang begitu segar dan luar biasa enak. Tak pernah terbayangkan olehnya ada minuman selezat itu. “Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah,” Nabi Idris mengucap syukur berulang-ulang.

Setelah puas melihat surga, tibalah waktunya pergi bagi Nabi Idris untuk kembali ke bumi. Tapi ia tidak mau kembali ke bumi. Hatinya sudah terpikat keindahan dan kenikmatan surga Allah.

“Saya tidak mau keluar dari surga ini, saya ingin beribadah kepada Allah sampai hari kiamat nanti,” kata Nabi Idris.

“Tuan boleh tinggal di sini setelah kiamat nanti, setelah semua amal ibadah di hisab oleh Allah, baru tuan bisa menghuni surga bersama para Nabi dan orang yang beriman lainnya,” kata Izrael.

“Tapi Allah itu Maha Pengasih, terutama kepada Nabi-Nya. Akhirnya Allah mengkaruniakan sebuah tempat yang mulia di langit, dan Nabi Idris menjadi satu-satunya Nabi yang menghuni surga tanpa mengalami kematian. Waktu diangkat ke tempat itu, Nabi Isris berusia 82 tahun.

Firman Allah:

“Dan ceritakanlah Idris di dalam Al-Qur’an. Sesungguhnya ia adalah orang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi, dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” (QS Al-Anbiya:85-86).

***
Pada saat Nabi Muhammad sedang melakukan perjalanan Isra’ Mi’raj ke langit, beliau bertemu Nabi Idris. “Siapa orang ini? Tanya Nabi Muhammad kepada Jibril yang mendampinginya waktu itu.

“Inilah Idris,” jawab Jibril. Nabi Muhammad mendapat penjelasan Allah tentang Idris dalam Al-Qur’an Surat Al-Anbiya ayat 85 dan 86, serta Surat Maryam ayat 56 dan 57.



***************************************

p/s:
Semoga kita sama-sama mendapat rahmat Allah s.w.t agar berpeluang merasa nikmat syurga.
Amiin...

apa silapku?

kadang2 kau tak tau apa silap kau. kemarin dia baik je.  gurau senda ramah mesra.  harini langsung tanak senyum, cakap apatah lagi.  hmm.. apa pulak aku dah buat kali ni.  salah lagi salah jugak lagi.
dia menguji ketahanan dan ketabahan aku ke per?

biarkanlah dia dengan dirinya dulu.  bila dia dah lega nanti, marilah berborak denganku.  aku sentiasa ada untuk org yg mahu bersama denganku.  mahapkan lah aku kalu menyakitimu tanpa ku sedar.  akupun manusia kerdil yg penuh dosa.. huhuuu..






Monday, March 16, 2015

kung kung kung.. batuk daa

Aku dah dlm tren 7.25 nak pi keje.  Batuk n selsema masih terasa berbisa haa.  Tapi ku layankan jua sbb keje menimbun.  Aku nak je lepak rehat kat umah.. tapi aku sedar aku mmg tak boleh.  So.. tahan je laa.

Semalam balik dr kuliah badan rasa menggigil.  Masuk umah je kanda tgk tv.. amal kat pc dia.. ameer dlm bilik main hp lah cam biasa.  Aku teruih meluru masuk bilik bukak tudung and naik katil tido.. punya lembik demam kali ni.  Bawak2 je badan semalam and kemarin.  Bila sakit rasa all systems down.. so.. mood pun nak kena jaga elok2 supaya hati org tak terguris.. walau hati sendiri dah lama koyak.

Aku padam almost 2 jam.  Tingat lak kanda nak soh masak.  Sabar je la nunggu aku bangun dr tido ni.  Sibbaik buleh mangun.  Mangun2 solat zohor dulu pastu baru tgk msg kot2 ada yg cari.. eheee.. sapa la nak heran kau su.. huhuu.. then terus ke dapur masak.

Aku masak simple2 je.. ayam goreng, tomyam ayam and kacang buncis tumis dgn telor.  Sabar je anak2 and kanda nunggu aku siap masak.  Masing2 lapau dah.  Bukannya apa ngat.. bila bau masakan tu menusuk idung.. automatik jadi lapau.  Siap masak aku dah lembik balik.   Adoiyaii.. badannn..



Seriously.. i just need a hug.. from you my love!!

Saturday, March 14, 2015

suka makan

Aku mmg suka makan chinese food.  So bila dpt jemputan lunch oleh boss, mr wan hari tu.. terus la click yes.. stuju.  Yee sang lunch pulak kali ni.  Taun kedua aku join dept gst nih.. aku happy gak.  Keje melambak takpe.. asalkan kita tak dikaco dek spy2 yg mengadu domba pasal diri kita sudahlah.. ehee.. sapa la nak pedulik kau su.. buat je la keje elok2.. kann?

So .. ni la antara lauk masa yee sang lunch haritu.. kat pj hilton..










Entry ditulis waktu nunggu siti milih rantai perak kat alpha angle.  Berjanggut wehhh!


Friday, March 13, 2015

urat saraf tegang

Ada masa kita rasa sangat tegang.. ada masa kita rasa sangat relax.. ada masa kita mau dibelai2.. dan ada masa kita menyampah dengan semua mende di sekitar kita.  Yg kita mau cuma tido tido dan tido.. badan letih buat kita lupa yg kita perlu buat manyak mende sebelum kita lena.. baca bismillah jer dulu and bacalah mana2 yg sempat.. padammmm

Harini aku tak sihat.  Demam urat katanya.  Badan mmg sakit.. tulang punggong.. tulang peha.. tulang lengan sakit worr... tapi dengan batuk.. sakit tekak and selesema jugak ni.. urat sakit membawa ke demam.  Kanda kata mc lah.  Aku mintaklah dia takyah keje.. temankan aku.  Masa tu dia tengah bersiap nak pi keje.  Dia kata.. "ehh?".. yg aku paham maksudnya.. "kenapa pulak?".. huhuu.. tiada lah rasa kesian ke bini ni ye?  Kalu aku dah sakit nazak maybe kau boleh tggu temankan aku yer?  Ontahlah.. maybe dia tak rasa aku teruk sangat.. begitulah sygnya suami pd isteri yg dah dikawini hampir 20taun.. semua tahan ye syg..

Kalu tak pasal opis aku strict about cuti or mc.. maybe aku masih kat atas katil terperuk menahan sakit badan.  Tapi mc tu perlu sebagai bukti aku tidak berpura2.. maka aku terpaksa bangun nak ke kinik.. pegilah aku tadi.  Lembik badan rasanya.. dah siap2 rasa tak larat nak drive balik.  Nak tido barang sekejap dlm keta dulu..



Monday, March 09, 2015

what ever will be will be..

Takde idea nak nulis weh.. tapi rasa macam perlu hapdet supaya sentiasa ada cerita2 baru..



Meh kita hapdet pasal kisah terbaru dalam hidup suriani.  Ehem.. apo yg baru lak?  Takdo.  Latest is dapat result spm akmal and he has passed.. not with flying colors but still there is always an opportunity to shine in his future.  Itupun kalu dia usaha kuat la kan.  Must make sure i can motivate and monitor his studies.  susah beb jaga anak2.  Mak and pak kena satu hati.  Mak kata aa.. ayah kenalah ikut sama kata aa.. barulah anak tau jalan aa yg kena ikut.  M sure kita paham sapa yg lebih ariff dalam bab pendidikan anak2 dan bab membimbing keluarga.  Masing2 mak and pak patutnya ada guideline yg patut difolo..

aku memang corot la bab parenting.. and i am always open to learn new things.  Anak2 tu jgn dimanja2 tapi di tangan2 kan demi melihat masa depan dia/mereka yg cemerlang.. biarlah dia rasa susah sikit demi masa depan dia yg senang kerana ada ilmu pengetahuann.. in sya Allahh... thanks pada yg sudi memberi nasihat.  Akan ku cuba merealisasikannya..





Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...