Thursday, March 02, 2017

aku benci pemandu2 teksi

semalam aku dapat parking kat tepi tangga komuter bc tu.  merasalah 2 hari parked situ.  harini tadi, udah tak buleh.  nampak mmg ada sebijik je keta sesat parked situ.  apalah kan.  teksi drivers pakat tak bagi keta sapa2 masuk, siap tutup dgn menatang kon tu.  ntah apa lah.  laki aku pi tanya kenapa tak bagi park situ, deme kabo menyusahkan, jam.. ek elehhh.. blah mana dalam mesia ni tak jam?  bengang betui.  aku suka kat situ dari dulu sbb dekat.  dulu situ bayar pun kita boleh je bayar.  tapi tulah.. ditutup pulak sbb teksi cilaka la punya pasal.  tu psal lah org bengang dgn teksi sekarang ni.  aku mmg bengang lama dgn teksi.. macam haghammmm..  dia buleh kata, nak dekat park la dekat dalam tu, bayar 30hengget.  ehhh.. kalu ada yg free, apa ke jadah nak pi bayar.  zaman2 ekonomi teruk ni bodohlah nak bayar2 kalu buleh dapat free, kan?  gerammmmmm

tu je lah aduan pagi ni. malam ni bawak lori, pi angkut kon2 tu, buang lombong, tentu takde lagi utk halang keta masuk parking dek driver2 teksi bangang tuuuhh!!





Wednesday, March 01, 2017

best fren shd also be your best love..

lucky i m in love with my best fren
lucky to  have been where i ve been
lucky to be coming home again
lucky to be comin home some day

lucky we are in love in every where
lucky to have stayed where we have stayed
and so i m sailin to the sea
to an island where we meet
u hear the music feel the air



















are we that lucky?  are u? am i?
meh la kita layan i berangan jap
i nak pi tepi laut yg ada resort tepi laut tu kan
bila dok kat tepi berandahnya pun dah nampak laut dan ombaknya
kita pun turun pakai selipar, or takyah.. kita lari2 je ke pantai yg sgt dekat dengan tangga resort
kita jalan2 kat pantai sambil berpegangan tangan dan u merangkul pinggang i
bergurau senda sambil melihat ombak2 pegi dan balik di kaki2 kita
berjalan sampai ke ujung sana dan menyedari kita dah jalan terlalu jauh
walau jauh tak terasa letih kerana bersama dengan you
walaupun begitu, kita pusing balik menempuh jalan sama balik ke tempat kita mula tadi
kali ni kita duduk pulak di pantai, ombak dah semakin jauh tak dapat mengejar kita lagi
sambil bercerita, kita bergelak ketawa mengingat kenangan semasa baru berkenalan dulu




di manakah you sekarang, napa tanak ikut i pi pantai sekarang?




Tuesday, February 28, 2017

pecah kepala

sejak dua menjak ni rajin benau akak sakit kepale you.  sakit yg macam nyucuk2 kat atas kepala, tengah2 tu.  atas kepala yg perlu akak tarik2 rambut tu utk kurangkannya.  akak kurang suka makan ubat kalu sakit kepala.  sebab akakpun jarang benau sakit paler weh.  tpi bila mcm takleh tahan, akak rasa sebab sejuk la kot.  selalu akak rasa if ekon opis superb sejuk, akak mmg sakit paler, peh tu selalu kat umah pun akak kalu tido kena ekon mmg kalu tak selubung, mmg shakitttt.. aduiii..

semalam rasa the whole day shakit paler.  lepas maghrib, dodok2 je, tunggu isyak tak larat rasanya nak ngaji byk2, mmg berat sgt.  lepas akak buat isyak, doa pendek je.. akak dah menggelupor gantung telekong, tutup lampu, tarik simut, totop data tenet, tido.  berapa punya padam semalam.  sibbaik bila tido tak rasa.  mmg perlu tido la gamaknnya tu ye.  sedar2 dah 5.30kau.

terlebih kopi?  tak ckup air?  tak cukup tido?  semua ni pun trigger pening nih.  harini sibbaik tak mari itu sakit kepala.  semoga Allah pelihara akak.. dan org2 yg akak sayang semua ye.. akak sayang korang yg betui2 sayang akakkkk.. akak tak tipu..

eh lupa.. akmal baru balik pagi tadi.  he wassapped me saying he's on his way back to BP dah.  akak pesan jgn lupa pesan2 akak yg selalu tu.  and pray that he will get the mara offer tu.. shian dia.. henfon rosak, but he will still use it and said he will survive sampai loan dapat katanya.. hmmm.. semoga Allah pelihara kau nakkkk... umi redha!




 


Friday, February 24, 2017

bashah

sampai opis rasa lembab je. mana taknya.. sampai je kat parking kat batu caves tadi, ujan tengah lebat betul.  kat parking tu je dah air bertakung.  kuar keta nak gerak ke jalan pun dah abis basah tenggelam kasut den.. adoiii.. sampai ke dalam stokin weh.  maklumlah kasut kain kan.  rasa nguit2 sojuk dalam kaki stokin basah.. ekekeke..





sampai opis terus bukak kasut, bukak stokin, sidai kat tepi tingkap.  cam kat umah sendiri je buat kan.  ater... opis bukan rumah kita jugak ke.. where we spend the other half of our lives, kan?  so, gantung stokin.  tiba2 cek beg pek pulak basah dik sambal tumpah.  adoi laa.. mengelap sambal pulak.  basuh mana patut and sidai jugak begpek itu.. heheh.. dugaan hari hujan dan dugaan dugaan dugaan.  harini mmg rasa sedih down semua ada.  kalu tak pakai payung tadi, dalam ujan mau je aku nangis sekali kuat2 biar basah sekali dengan ujan nangis tak perasan kot yek.. mengada2 la pulak.




bila kita lapar, kita tanya dia nak makan apa.. tak mau sokmo.  maknanya dia dah jemu makan nasik lemak along yg kita boleh belikan yg lain2 takmo pulak.  nak makan megi je katanya.  ye lah. makanlah megi.. sebab megi tu kalu tak dimakanpun byk stok tu buat apa kan.  dia pun masak megi.  tak lak tanyo kita nak ke tak.  tau2 dah siap je.. bau sedap. kita pun lapau, tapi tak buleh ke dia buatkan sekali utk kita.  huhuu.. kita bukan tak buleh buat, cuma kita akan terasa ati la, buat utk diri sendiri, bila kita tanya tak buat lebih, takde.  ajak2 ayam nak rasa?  adoih.. mmg kita sedih sbb kita pun lapau jugak.. kitapun balik keje jugak penat.  mmglah nampak awak tak amik beratpun kat kita.  pastu kita nak pi mengaji mintak awak anta, awak soh anak anta.  anak tu kita tak biasa naik moto dgn dia.  bukan tak boleh, kita boleh je pegi sendiri, tapi awak bukannya buat apa2 pun.  awak pemalas nak anto.  pegilah sendiri awak kabo.  awak penat, bagilah awak rehat.  ye, mmg saya ni boleh je pegi sendiri.  sudah 3minggu pun saya pi sendiri jugak sbb awak sibuklah, awak jumpa kawan nak belanja makanlah.. dan sebagainya.  saya boleh pegi sendiri.  mana2 pun boleh pegi sendiri.  selama ni pun mmg saya boleh pegi or buat apa2 sendiri.  tapi mmg macam takde fungsi ada laki yg bila kita balik keje sama2 awak takmo teman anto pi mengaji yg sekejap je.  sudahlah awak.  berehat sajalah awak takyahlah susah2 nak buat apa2 lagi utk saya.  tiada lagi perlu.  saya dah jemu.







kenapa awak bongok?

kenapa lah ego awak tinggi macam gunung himalaya?
kenapalah awak macam duduk sorang diri tak pedulik keliling?
kenapalah awak jadi lupa diri?
kenapalah awak selalu pikir saya tak boleh tolong awak?
kenapalah awak pikir saya ni selalu mengikut perasaan?
kenapalah awak tak pikir saya pun ada perasaan?
kenapa awak pikir saya akan diamkan saja biar awak pijak kepala saya?








Thursday, February 23, 2017

jamal abdillah bercerita kisah cintanya

biarkan gelora melanda hati
biarkan tangisan merintih
begitulah pedihnya jiwa
oh kasih

kiranya panas yg kau harapkan
tetapi derita yg tiba
begitulah suratan hidup
insan bercinta

dulu aku pernah menderita
bila hatiku kau lukakan
ohh kini kau pula merasakan
bersama dia yg kau puja

padaku usahkau merayu lagi
hatiku telah dimiliki
ckuplah yg ku rasa duka
derita cinta

lagu ni tangkap sedih and syahdu
biasalah lagu derita cinta mana tak sedihnya ye tak
lagi2 kalu abg jamal yg nyanyi, mmg kenalah dgn suara dia tu.. derita mendengarnya.. ekekeke

cam tulah, bila kita beria2 mengharapkan cahaya yg tiba dari org yg kita puja dan kita dah tak peduli apa2 jua rintangan, kita dah bersedia menghadapi apa jua yg tiba.. redha.. tetiba, kita diketepikan lagi.  sebabnya pun kita tak diberikan jawapan kenapa.. mmg belom berjodoh la tu kan?  aku terbaca kat fb tadi keluhan seorang kawan ppuan, tak berapa nak kenal sgt.. janda yg pastinya.  maybe dia telahpun dijanjikan masa depan gemilang oleh seseorang yg sangat2 diharapkannya.  seorg lelaki yg baik budi sopan santun soleh amalannya, sehingga kawan aku ni rela walau terpaksa berkongsi.  seorg lelaki yg sudi menyuntingkan dia menjadi suri hidupnya, membimbingnya ke jalan syurga yg sgt2 diidamkan oleh setiap manusia bernama isteri.  hmm.. barangkali sesuatu dah terjadi yg tak dapat dijelaskan sehingga segala keinginan terpaksa ditangguh dulu.  maybe tak dapat diteruskan.  maybe terus dibiarkan sepi tanpa perlu diberi penjelasan lagi.  aku hanya membaca dari bait2 kata2nya sejak kebelakangan ini.  dapat mengagak apa yg berlaku jika begini ayat2 nukilan hati.

kadang2 cerita2 macam ni buat kita terharu terkesan terbias.  tentang hidup dan ketidakpastian yg selalu terjadi.  semua akibat dosa2 kita sendiri Allah turunkan ujian dan dengan ujian ini Allah harapkan kita tabah dan terus meminta Allah melindungi hati kita dari terus bersedih dan berduka akibat rasa cinta mendalam hanya pada hambanya dan tidak pada Nya.  Allah sajalah yg tau bagaimana perasaan kawanku ituuu.. Allah peliharalah dia.  kau berilah dia jodoh yg baik, yg dapat beri bahagia pada dia ya Allahhh..




Wednesday, February 22, 2017

singkap tirai itu

kusingkap tirai kenangan
dalam jiwa kepasrahan
senandung rindu
seolah berlagu
kembali mengusik hati nan lara haaa

cinta yg makin terpendam
dalam meniti usia
kini kembali
berputik di hati kita yg kian ditinggalkan
jauh oleh masa
mungkinkah terulang

dalam kesamaran
kita pernah mencari
sebuah erti pengorbanan suci
dan sering itulah kita terpedaya

kerna jalanan hidup kita berbeza
penuh onak ranjau yg sering menduga
bagaikan mimpi2 di kesiangan hari
terlantar jauh di persana cinta
cuba bersama terpaksa jua berpisah

ku ingin engkau kembali
namun masih ku tak pasti
masa nan lalu
mendewasakan diri dari mengulang kesilapan semalam
biarkan berlalu




sedih benau lagu ni.. menusuk dlm benak aku tiap kali dengar.  maybe suara intan sarafina yg sedap membawakkan lagu ni buatkan ia jadi lagi sedap pada aku.  korang penah dengau tak?  ni pun lagu2 masa den muda2 dulu.  sekarang baru dapat paham lirik2 nya.  ngapalah aku lambat paham yek.. ekekke.. dulu2 mana ada masa nak mendengar lirik2nya.. tau lagu sodap je.  sekarang baru ada akai sikit kot.. huhuu..

aku mengaku aku mmg slow, tapi aku usahakan belajar.  macam kita tau kita tak berapa fasih baca quran, kita belajar lah.. kita ulang2lah membacanya.  ntah berapa ramai yg kat luar sana yg pandai membaca quran, bagus sgt, tapi berapa ramai yg masih segan nak pegi belajar.  ramai.  yg tau tapi takmo baca and amalkan pun ramai.  aku ni mmg sedar diri tak pandai, sebab tu usahakan belajar.  takpelah bayar sbb bila kita bayar kita akan lebih menghargai.  bila dah pandai baca sikit2, nak belajar buat lagu pulak, nak belajar buat dengung kasi sedap pulak... dan macam2 lenggok lagi nak belajar. seronok weh.  ustaz kat kelas al baghdadi tu pun sgt best ngajar.  suara ustaz tu mmg superb sedapnya.  walau mula2 dulu aku agak janggal belajar tajwid  dngan dia sebut dengun dengun.  now dah rasa serasi pulak.  bila dah baca quran, bacalah dengan maknanya.  kalu dapat belajar tafsir lagi bagus.  beljar berguru lain nikmatnya.  banyak cerita pulak bila dah baca makna ayat2 quran tu.  bacalah, bacalah dan teruskanlah baca.  terokailah ayat2  or kalam Allah itu, rasailah kata2nya kepada kita satu persatu.  satu ketika kita akan menangis mengapa terlalu besar nikmat Allah dah turunkan pada kita.





Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...