Tuesday, August 29, 2006

Merajuk la pulak...

Tatau kenapa sejak kanda balik tadi, apa aku katapun dia buat selamba jer. Marah kot aku tak masak...
Aku takde hati nak masak beb, penat giler. Driving pun penat gak, especially aku yang bebaru nak mahirkan diri ngan jalan2 di kelumpo nih!!

Oh God, please help me.

Sometimes kanda lupa yang aku ni pun bekerja gak, macam dia. In fact, aku lebih penat bab-bab fikirkan sehari suntuk dok ngadap PC kat opis tu. Sesekali aku nak dimanjakan juga. Aku memang tak cukup tangan nak buat sensorang semua kerja rumah. Please do not expect me to do everything alone!!

Cubalah tanya.. awak dah makan? Kenapa tak masak? Nak makan kat luar ker? Aku memang totally fenat beb, bukan purposely tak siapkan makan. I was hoping he would understand, but no.. tak de nyer, dia tau, dia nak makan, aku kenalaa do something about it. Sorry sayang, i really am tired.. please DO understand.

Bofren baru dia...

29 Ogos 2006 12.27pagi

Ni jer la masa acik ada nak layan blog. Inipun sambil gantung baju kat hanger nak sidai esok. Esok... dey bukan esok, but siang nanti. Ni dah kira hari lain la kan, i mean dah esok... tatau laa.....!!!

Semah datang tadi malam bersama bofren baru. Mat polis, boleh tahan gak. Borak ngan kanda okay jer acik tengok. Semoga Semah berbahagia di hari raya la dengan orang ittiewww, menggantikan "bear"nya yang dulu. Kisah cinta tunang tak jadik anak sedara acik yang sorang ni lebih kurang ngan kisah acik masa memuda dulu. Tunang orang lain tapi kawin ngan kanda plak. Itulah jodoh namanya beb. Jodoh acik plak orang jawuuh di utara sana. Eh, melalut plak kisah acik ni. Tadi sebenarnya nak citer pasal Semah and her new bofren. Anyway, acik rasa terpancar kegembiraan di wajah Semah bila bersama ngan mamat polis tu. Mungkin terubat sudah luka di hati dia akibat di "make donno" oleh tunang bodonya si "bear".

Apa-apapun maksu cuma nak minta Semah berhati-hati berkawan, kalo ada jodoh korang, insyaallah, tambah pulak sorang lagi anak buah den!!!

Ngantuk bonar tapi kojo banyak laei nak kono buek, acik chow dulu....

Saturday, August 26, 2006

Seronoknya...

Ni kisah semalam. Dalam kalut kat opis lari sana sini, aku paksakan diri gi klinik mentimbang badan sendirik.
Aku dah turun 8kg beb... sungguh tak sangka beb. This means that the product really works man!! First week i lost 2 kg, third week, another 6kg.. wow, cool! Kanda kata boleh rasa ringan sikit bila naik motor ngan dia... ye la tuh!! Anyway, i feel happy.

Thank you for working so hard kata si Pola bedul . Keep it up, su!!!

Skrg aku dah buat aerobic ngan pola bedul 2 kali seminggu, pastu, kalo takde aral melintang, aku nak pi berenang ngan ati dan kalo rajin aku akan pi jogging. Wow, banyak aktiviti tu, macam larat ker? Tatau la, but i must make myself busy so that i have little time to think about food.

Al-kisahla pulak... rupanya si aton pun amik product sama. Tapi katanya baru turun 5kg dalam 2 bulan, kiranya aku ni cepat jugak la turun berat yek? I cannot imagine myself being kurus again. . . hik! Pas ni aku pakat ngan aton nak promote kat sesapa jer yang nak kurus... chewaah!

I'll try to go till 60kg, that means another berpuluh kg lagi nak buang. Hopefully bulan Ramadhan yang bakal menjelma akan menambahkan kuat semangat aku ini... amin!!

Timakasey kanda (mmuuahhh) dan semua kengkawan yang banyak beri sokongan, dan anak-anak umi yang sentiasa menggalakkan umi menari bersama si pola tu. Kita kejar itu angka 60kg, boley??

Thursday, August 24, 2006

On line again


24 Ogos 2006 12.49am

Amik ko, posting gambo mawi ngan optima lagi... hik!!

Lamanya tak tulis, rasa sesangat rindunya. Since duduk kat tempat Od, aku jadi tak tentu hala. Kerja banyak sesangat. Tah apa ke benda yang buat aku tak menang tangan. Satu hal lagi, opis tu dah blocked almost anything from the internet. Aku happy sangat Eng dah dapat tukarkan modem yang baru. Hope this time i can surf/blog without problem. How i miss reading and writing blogs. Nampaknya kat umah je la tempat aku melepaskan rindu memblog (ada perkataan ini?).

Dah 20 hari kerja ngan ky, msh and amoi. Sian kat Angie .. sebab dia macam rasa asik aku je kena ganti tempat orang since aku join. Nasib baik ada temp ganti pulak tempat aku. Id namanya.. manis dan menawan. Hope she could handle all the works. Good comments on her pun ada gak aku dengar from the bosses. Kalo ko bagus, tentu people can see, tak gitu? Garf cem tu gak, bila dimintak tolong, sumer tatau.. tak pernah buat. Bencik betullah ngan pempuan tu, semua benda aku dah ajar masa dia joined dulu, kenapa susah beno nak turunkan ilmu awak tu?

Missed out banyak dates penting this month. I really want to share this with all my frens, the happiness, the joy and much more.

3 Ogos 2006 - Aku dah ada lesen memandu since umur aku 18/19 gitu ler, but kereta takde, so aku tak biasa memandu. Pastu, ada accident pelik, menyebabkan aku fobia bawak keta kat jalan... but hari tu, lepas kanda idupkan my license pagi tu (selepas mati 2 tahun), AAR kata "Mohlaa kak... aku ajar ko memandu. Aku nak sangat ko pandai drive, senangla sikit bila laki ko pi kerja ke haper nanti". Mula-mula tu, takut giler beb, lepas dua tiga hari, aku dah rasa confident pulak. Alhamdulillah, syukur bebanyak. Tuhan dah pulangkan semula keberanian aku untuk memandu kereta again. Sekarang, aku dah boleh drive and park nicely also. This morning (23/8/2006), kanda compliment me on how i parked the car. Emmm, sayang kanda. Dia la dulu takut sesangat nak biar aku drive. Sekarang, aku rasa dia dah boleh let go of me by myself. Aku dah turun KL waktu jam, malam dan jugak waktu ujan lebat giler. All happening in these 20 days time. Memang susah nak pi memana dulu, especially lepas Am dah kerja jauh dan takde orang nak bawak aku jenjalan lagi. Ingatkan aku untuk sedekah pisang kat masjid next week, please!! AAR, aku terhutang budi ngan ko. Tima kasih bebanyak kerana sabar ngan kerenah akak... Ct Z, pas ni i doakan u pulak berjaya in your mission to drive too!!

Cukup la stakat ni dulu, ngantuk giler beb.. past my bedtime lama dah ni.. adios.

Tuesday, August 08, 2006

Cuti-cuti Malaysia kita weh..

Jadi juga kami sekeluarga, 4 beranak gi pancing trip to Tg. Bidara. Nama jer pancing trip as it was inspired by Amal and me who were so teringin memancing to see how thrill it was. Kanda kan dulu selalu pegi, macam seronok jer, bawak balik ikan kecil dan besar. This time, kami nak cuba buat gitulaaa..

Siang di sana sungguh berangin, best wooo... kalo tido kat boyan, tentu syok and lentok habis. But malam, takde angin plak. I wonder why. But we didnt catch any fish at all, no, nothing. Just the feeling of tariking the pancing was so special for me. Banyak lagi yang aku nak kena belajar. Amal pun gitu gak, cam frust sangat dia bila like 3 hours to sekor ikan pun tak sangkut. In fact, sapa pun kat pantai tu tak dapek gak. Puas hati beb.
That was the Sunday morning after my kids i walked at the beach and had breakfast (ummm nasi lemak macik tu, sungguh menawan!!) on the beach jugak. Ameer tot that they want to mandi laut, but after experiencing the ombak on his feet, dia tak jadik. "Ameer takut nanti ameer tengah mandi, ikat gigit ameer!" Hik, tergelak aku dengar dia kata gitu. Kami jumpa ikan and jelly fish terdampar kat pantai dibawa ombak. Agaknya tu la sebab dia rasa takut. Baik juga, tak yah sesusah aku nak menunggu dorang mandi, sebab aku sendirik tak berapa enjoy ayaq laut... sejak tsunami tu.

Hari Sabtu masa kami mula sampai tu adalah yang best sekali. Kanda layan aku pi shopping... sakan beb. Pastu naik kapal besau at the Maritime museum, jenjalan lagi, shopping lagi, makan-makan, shopping lagi, last sekali dorang tiga beranak naik beca keliling pekan tu. Aku takmo la naik, takut nanti pacik beca tu soh aku lak yang kayuh.. boleh? Hik.

Congrates mate!!

8 August 2006, 7.54am

Aku nak kabor Od dah bersalin 3 Ogos lalu. Tahniah Od, dapat baby girl. Aku harap dia dan baby sihat. Maybe aku dan kengkawan akan berkunjung menziarah by this weekend. I miss her laa... no fren to chat with, no fren to "kutuk" me, encourange me and at the same time being my best office mate.

Dahlaa dia bersalin tercepat, belum sempat explain in details on my duties, dia dah bersalin. Betul-betul tersentak aku bila dia bersalin hari tu. Bukan aku tak suka bab dah bersalin ni, just that aku tak sangka akan pegi relief Od this soon. Anyway, my first day was a mess. Kena marah sebab fotokopi, logik? Nasib baik ada lm sebelah bitau yang orang itu memang gitu kerenahnya. Od dulupun selalu kena, katanya. Aku biasalah, kalo orang panik, aku double panik. Ko tak efficient ko nak expect efficientness in others? Matilaa... lariiii, kata fibie. Hari pertama da bagi bad impression kat den, susahlah den. Nasib baik boss-boss yang lain tak buek gitu gak. Biarkan yo lah, buat selambo yo lah. Buat yo la kojo cam biaso... buat bodoh jo. Mano ado duo orang yang samo, tak gitu?

Itulah kisahnya dengan Od. Aku kena cover mengcover dia dua bulan sampai dia balik. Tempat aku plak, diorang dah amik temp cover aku... kelass katanya. Someone to cover me while i am still around. Cool la tu, at least boleh aku relax and learn new things at my new place. Kuang kuang kuang.

Thursday, August 03, 2006

Pirates and Sparrow

3 August 2006 Thursday

CT mati-mati ingat it was Tuesday, lady's day, so bley tengok wayang half price. Apa laa, ari pun boleh lupa, tak logik yek? Takpe, anyway, thanks to her, i have safely watched the movie of the year, the Pirates of the Carribean, dead's man chest. Hik... syok, tapi i was very very very sleepy, ada scene tu aku sampai terlena like 15 minutes gitu. Tak pernah dalam sejarah hidup aku, tertidur dalam panggung. Mungkin disebabkan kesedapan dan kekenyangan makan sebelum tu. Makan nasi putih, lauk tahu jepun, ayam madu, cendawan and brocolli. Huiyo, penuh pinggan ngan lauk... tak sedar diri. Matilaa mak.... terlampau gitu. Anyway, sedap sangat makan, pastu makan buah pulak. Pastu dok dalam aircond, mana laa tak padam kejap. Tapi, i really enjoyed the show, thanks to Jack Sparrow, lanun terunggul masa kini.

Semalam jugak, aku signed up ngan maeran beli susu nak kurus, perasa stroberi to be exact. But wont start yet, only next week. Weekend ni, aku sibuk giler. The schedule will be berjalan-jalan ke Melaka, mandi manda di pantai Tg. Bidara, makan-makan seafood (that's why diet blum boleh start), malam gi memancing ikan, sotong dan yang sewaktu dengannya and lastly tido sepuas-puasnya. Harap bebudak enjoy themselves. Lama benor tak kuar cuti, kan? I also hope that my driving skills are getting better and better by the end of this week. Starting next week, sifu aku nak bawak aku to the main road, matilaa mak. But, aku suka... tepuk-tepuk, i have to take tha challenge, face it and then you will succeed. Kuang kuang.

Starting next month, aku nak masuk dance class, i repeat, dance class! Lead a healthy life ... exercise the fun way, itu katanya.. kat the brochure aku jumpa atas meja pagi tadi. Have called up, tanya, okay, RM30 hinggit sebulan, mampulah lagi tu. Bila lagi nak pegi menari-nari gitu? Aku memang suka sangat menari, cuma takut pentas jer berlubang disebabkan keberatanku. Takpe, positive thinking yek... Ar selalu ingatkan aku, to be positive in every thing i do. Baru la hidup itu menjadik, tak gitu?

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...