Thursday, June 26, 2008

Apabila berlaku kematian...


Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai-bagai
sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam a.s sehingga
keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan
sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlakunya kematian,
mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana mengidap sakit,
ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan
malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu.


Ketika itu, Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan
kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya
diutus oleh Allah SWT pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang
itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.

Walau bagaimana pun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan
kematian seseorang itu samada bersebab ataupun tidak, sebagai mana yang
dinyatakan pada awal tulisan ini bahawa ada ketikanya malaikat maut
hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat
maut sedang dalam keadaan seronok bergelak-ketawa, hingga malaikat maut
berasa hairan terhadap manusia itu. Ini membuktikan bahawa kematian itu
tidak pernah mengenal samada seseorang yang sedang sakit atau pun ketika
sihat dan segar-bugar.

Firman Allah Taala yang bermaksud :
"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka
tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula )
mempercepatkannya. " ( Surah Al-A'raf ayat 34 )


sumber dari emel..
Hari itu 21 hb, kami melawat kubur nenek di Klang, setelah hampir 2.5 bulan pemergiannya..
Semoga roh nenek dicucuri rahmatNya!


Tuesday, June 24, 2008

Birthday treats

Kanda was sooooo generous this year. Tambah sayang aku padanya..
Mula2 dia belikan cincin silver, pastu dia belanja makan sate, pastu dia belikan present (lampu tido kauu!), pastu siap belikan kek lagi pastu... bawak aku gi memancing.

Ni yang paling best nih.
Bukan saja mancing laut, malah mancing kolampun aku experience masa harijadi aku baru nih.
Udang harimau besau2, dapat 36 ekor.

Malam pulak, from 10.30 kitorang asyik sangat memancing sampai pukul 5 pagi.
Ikan apa?
Duri, duri dan duri lagi, dekat 30 ekor kauuu!
Ada ketam, which i caught and also a tapak sulaiman.. hihihhhh, cute.

This has been one unforgettable birthday treat from kanda yang amat ku sayang.. tambah lagi cintaku pada mu!

Friday, June 20, 2008

Besday lagiks

Harini besday Lis. Esok mine. So, kengkawan ofis belanja kami makan makanan pakistan/india/arab.. tataulah apa, but... sedaplah tadi masa lunch.


Tima kasihlah kengkawan kerana mengingati dan menghargai kami...






i lav u ol!






Yg gitu-gini ni la the besday girls...

Wednesday, June 18, 2008

Selamat hari jadi

Hari ni dua orang penting dalam idupku.. menyambut hari jadi ke 38 and 40.


To citizen and makyang (my sister), feliz complianos... eh, cakap sepanyol plak..


Selamat panjang umur, murah rezeki dan diberikan limpah rahmat dari Allah swt. sentiasa hendaknya..


Petang ni aku ada date ngan citizen, makan mi celup kat Sri Gombak.. Meh la join, i tell u, the mi celup is sooooo delicious..


Heheh.. lunch ni kenalah tahan2 makan sesayuran je, buat sup tau.. ingat sket diri tuh!


Inilah hadiah virtual dari ku untuk korang.. heheh.. santek tak??

Professionalisma

Apakah makna di sebalik perkataan ini?
Aku tatau.. sebab aku tak cek kamus lagi.


Bila dah cek.. ini dia makna utk professional:
- expert (adj.) and specialist (noun)

Kalu professionalisma, bermakna.. i donno how to put it into sentence, you all figure out yourself, okay?

Semalam aku tanya one of the managers, how do i get to be like him, to be a professional staff?
You know what was his answer? "Pakailah tie!", as simple as that... heheheheh.. melerek la senyum beta semalam.. ahak ahak ahak untuk dia...


Kat ofis ni aku cuma support staff, aka pelakon pembantu gitu..
Tapi, bila aku bizi, korang buleh bayangkan tak cemana tahap kebizian ituh? Lelebih lagi bila nak tutup akaun, nak kira untung syarikat.. ewahhh.. macamlah keje aku semua tu, but..

Lihat sendiri kekalutan diriku yang tak prof. nih..
Sib baik cepat sedar.. kalu tak, tentu malu kalu dah ke hulu hilir gini..



Friday, June 13, 2008

Gumbiranya aku 2




Heee.. acik nak kata acik banyak keje sebenarnya, tulah sebab acik lama tak tulis kat sini.

Ni sebab kerinduan melanda, maka acik tabahkan hati, kuatkan iman, maka dapatlah acik teruskan menulis nih..

Sebenarnya nak update kisah bercuti.. mmm, syioook sangat dapat berehat-rehat di tepi pantai, sambil melihat anak-anak dan suami membina istana dari pasir pantai.. ahaks.. pelik tul, acik guna kata-kata dan bahasa gini, macam tak real.. tak sincere, apa ke kata orang tuh?

Dua tiga hari nih berbagai citer berlaku kat opis nih. Nanti bab lain kita masukkan kisah opis pulak, ek?

Acik dah tersasar nih..
Kan tadik nak citer pasal bercuti?? Dah larik dari tajuk, susah!!

Korang tengok gegambo udahlah.. saksikan ….


Thursday, June 05, 2008

Gumbiranya aku...

Sebab apa aku gumbira dan riang ria?
Takde kena mengena dengan aku mengandung, okay?

Kengkawan kalu kita kata i'm so happy.. dorang mesti tanya, ko pregnant ke?

Kuang kuang kuang..... fikiran dorang macam sempit pun ado.. heheh..
But kali ni bukan kisah aku pregnant, okey?
Sorry kanda, blum lagi menjadi nih.. heheh..

Sebab pertama:
acik gumbira adalah kerana acik nak cuti esok, nak gi makan hangin.
Tak kirolah poei mano.. walaupun gi Melaka lagi.. sebab nakkan tempat yg dekat, pastu
sebab kanda dapat voucher kat rinaison free 1 malam, maka takdelah kuar banyak ngat
modal, melainkan untuk makan2 dan belanja2 sampingan sahaja adanya. Jangan dilupakan
karioki, kerana sudah lama acik prektis lagu zena zen dalam kereta... ahaks!

Sebab kedua ialah:
.. acik gi gym untuk kesekian kalinya petang tadi lepas abis keje, acik telah
mendapati berat acik telah turun lagi sekilo, menjadikan jumlah yang turun adolah sebanyak
8 kilo okey, acik ulangi... 8 kilogram. Betapa girang beta punya hati, usaha beta selama 3bulan ini
telah mula menampakkan hasil... Alhamdulillah, semoga Allah memberkati usaha beta menjaga
kesihatan begini. Dari tuttt kg you, and some of my friends have noticed this too.

Memang beta sudah buat banyak perubahan dari paten pemakanan beta dengan membanyakkan makan sayur2 an and bebuahan dan menjadikan aktiviti bersenam, menari dan jugak angkat berat (bonda beta bertanya..tak takut ke naik muscel? awwww, tak tahan!) sebagai rutin harian. All these have helped a lot in the process. Semangat jugak penting untuk terus mencapai berat ideal nih.. thanks a million to my good gym buddy, Ati. Dialah yang banyak bantu beta ke tahap ini.. Ti, you are the best!

Ahli keluarga and rakan taulan jugak tak kurang memberi komen2 membina, menjadikan beta lebih bersungguh dan berusaha untuk tampil sihat di usia mencecah 40-an ini...

Sehingga di lain siaran, wabillah hittaufik wal hidayah.. wassalamualaikum wbt..

panjang tul entry yang dijangkakan 2 para tadi.. ahaks!

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...