Tuesday, August 04, 2009

KK yang sangat seronok



Siti and aishah and me.., gi jalan2 ke Kota Kinabalu hari tu. Jumaat sampai Isnin.

We had fun.. Lupa jap politik opis. Memang paksa pikiran ni lupakan jap kisah tu!


Pemandangannya sangat indahhhh sekali.... nyamannnn jugak... Tengok jelah dorang2 ni posing.










Yang paling asyik kat KK ni ialah barang2 kristalnya dan jugak mutiara. Sangat hebat.. Aku and gang rasa sangatttt teruja. Tengok je lah kat kedai di pasar malam tuh.






Kami ada lah beli sikit2 barang2 kemas ni untuk koleksi kami.. seronokkkkk betui, cantekkkk sangatt, susah nak buat pilihan. Rasa cam nak beliiii semua bagi kat kawan2 buat souvenir, tapi since bonusnya dapat ciputttt, maka terpaksalah kami beli ala ala je, hik!

Friday, July 31, 2009

Nekad kerana aku sudah letih

Aku dipanggel lagi oleh how, how, mader cow untuk kali ke berapa pulak petang tadi. Sedang aku asyik menunggu masa berubah ke pukul 5, aku diarah berjumpa dia. Hilang keseronokan nak makan angin esok hari...

Aku sangat terkejut.. aku pikir dia sudah tidak peduli lagi sebab janjinya yang terakhir dulu sudah tidak dapat ditunaikan, since the position was already taken. Aku tak sedih sangat.. aku tau takde rezeki aku, but.. bila mader cow ni bitau aku sebab2 aku dipanggil dan sebab2 kenapa position tu diberi kepada orang lain, aku jadi sebakkkk sekali. Aku tak sangka sehebat itu "perempuan" itu membuat onar supaya aku disingkirkan terus dari tempat aku mencari rezeki selama ini.

Aku redha, malah aku sujud pada Allah akan apa yg berlaku ini. Memang banyak sangat dugaan aku sejak kehadiran "perempuan" ini. Memang nampak sangat dia mahukan kedudukan dan rela memijak-mijak dan menghancurkan aku asalkan dia dapat kehendaknya.

Kenapalah aku lambat benar sedar? Kenapalah aku bodoh sangat?

Aku nekad akan pergi. Bukan bererti aku kalah, tidak sama sekali, cuma aku sudah benar2 letih dengan sandiwara "perempuan" seorang ini.

Thursday, July 30, 2009

KK aku akan datang lagiiiii...

Esok kol 5 aku dah nak terbang ke KK - Kota Kinabalu, lagi.
Ini kali kedua aku ke sana. Dulu pegi ngan Sitizen and makyang (my sis). This time ngan office mate, Sitishu and Echah. Musti ada kawan nama Siti jugak, kan? Mmg aku ngan orang nama Siti ni macam agak sherashi lahhhh, hihi.

Apa nak dibuat di KK? These are what I planned to do yea.
Mula2 nak relax2 kan diri lepas penat keje for like 6months non holiday.
Pastu nak makan seafood puas2 and makanlah apa2 yg best di sebelah sanun tuh.
Jalan2, esp. di belah2 gunung Kinabalu.. I know I couldn’t get to mendaki the mount KK tuh, but, jalan2 di kakinya pun dah kira best. Been there.. done that, terasa sangat bahawasanya ciptaan Allah ni sangat cantik, sangat luas, sangat membuatkan kita rasa kita ni kecilllll sangat. Allahu Akbar..



Last sekali nak beli2 gelang Kristal. Aku memang hantu gelang2 ni semua. Kalu buleh, hari2 nak pakai lain2, cantekkkkk je pada mata aku ni.. tengoklah nanti cemana.
Ada gak kawan2 pesan belikan gelang2 ni. Insyaallah, akan ditunaikan…

Thursday, July 23, 2009

Ikut jalan Sentul

Seminggu dua ni, aku try gi keje ikut jalan sentul pulak... nak ngelak jalan kuching yg always jam, jalan duta yg begitu jugak...


Best giler.. entah kenapa buleh cepattttt je sampai ke mahameru.. tu yg aku teruskan amik jalan ni. Walau lambat kuar dari rumah, tak pernah lagi aku melampaui batas ke pukul 9am ke atas sampai ke opis. Kalu aku kuar 10 minit awal dari lambat, tentu aku cepat.. hik.. paham tak?


Mmm... esok nak pakai kereta yg mana pulak ye?

Wednesday, July 15, 2009

Tuesday, July 14, 2009

Merempit ke tempat keje anyone?


Aku pi tabung haji harini dek kerana bekalan wang sudah hamper abis manakala gaji pulak masih jauhhhh lagi.

Entahlah.. bulan ni mmg tak cukup memandangkan emergency balik kg ujung bulan lepas tuh. Sib baik lah ada tabungan lain. Semedang ke tabung aji tuh, mak pun memesan masukkan simpanannya. Aku memang tabik emak, ada je simpanannya tiap2 bulan. Yelah, belanjanya idaklah banyak, tak macam aku ni. Makan lagi, petrol lagi, anak2 lagi, makan lagi, petrol lagi… eh, mmg banyak, kan?

Aku ingat nak beli motorlah. Eh, naik motor gi keje, tentu tak banyak belanja minyaknya, kan? Takyah bayar parking jugak..

Agak2 berapa ek? Dapat tak dalam seribu dua harga deposit sebijik motor?
Emm, lepas tu aku kena piker pulak nak amik lesen motor untuk menghalalkan proses merempit ke tempat keje nanti, kan?

Monday, July 13, 2009

Laporan minggu ini


Lama ek, aku tak menulis kat blog yg kucentai ini..
Mungkin aku terlalu sibuk melayan keje2 di pejabat dan bila sampai di rumah, aku jadi terlalu sibuk melayan keletihan badan tuaku ini. Sementelah umur meningkat setiap hari, maka akupun jadi bertambah banyak lemak untuk membuka laptop dan menulis di rumah. Lebih seronok layan budak2 main robot transformer dorang yg dorang kumpul duit beli. Sungguh dahsyat kemahuan anak2, kan? Deme sanggup menahan tak belanja sekolah, demi menyimpan untuk membeli transformer di petronas. Sungguh kuat keazaman mereka. Kalaulah keazaman gitu yg digunakan waktu berusaha mendapat A di sekolah, kan ke bagus???

Baru2 ni abang Tajul, laki kak Lina, kakiparku, meninggal dunia secara mengejut. Sakit jantunglah tu biasa.. Maka beramai2lah kami naik ke kg. di Kuala Perlis bagi memberikan penghormatan terakhir pd abang Tajul tuh. Dia memang seorang peramah, baik hati dan selalu menolong sedara-mara. Not much I can say, aku teringat sgt ke dia bila dia bagi kami vocher free ke Bukit Merah Lake Town Resort dulu.. Aku siap pegi ngan Angah sekeluarga. Nama ndak beli sendiri ke sana tu, idaklah.. Tima kasih bang Tajul.. jasamu sendirias ku kenang.

Baru2 ni Lela came over to Selayang for training in KFC Holdings. Pastu Sema and family including abg Brahim & KakZizah sekali are flying to Sabah for kenduri. Seronok bila family get together, kan?

Apa lagi berlaku baru2 ni? Entah, takde yang menarik mana nye..

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...