Thursday, October 29, 2009

Anak buah datang dari Penang

Semalam petang kaklong Farina came with hubby dia dari Penang. Aku kena amik dorang kat hentian Duta. Gelabah gak nak ke sana dari opis, sebab tak pernah buat drive sendiri. Sekarang, semua tempat nak pegi, kena belajar sendiri, kan?

Farina dah sampai masa aku tiba tu, dah makan2 pun nasi lemak bungkus. Kanda pun ada sana jugak.

Pagi ni tadi kami pi hantar dia ke SPA kat jalan cenderasari tu, dia interview kat sanun. Nak cuba jawatan dgn gomen pulak. Mmmm.... kalu dapat, dua2 laki bini tu keje ngan gomen lah nampak gayanya.

Aku peninggg... terlebih makan karipap kot pagi nihh??

Wednesday, October 28, 2009

Lapau malam semalam

Semalam balik petang, singgah umah mak. Mak goreng ubi kayu. Potong kecik2, dan sangat rangup.. sedap. Minum petang la kiranya tu. Sampai2 tu kan lapau, kan?

Ameer plak baru balik sekolah, mandi terus makan jugak.

Balik umah, cek peti ais. Takde ikan.. apa pun takde. Sayur juga nggak ada.
Cek purse, takde duit jugak.. eh, bukan takde, ada lima hengget. Nak makan apa 5 hengget utk 4 orang?

Udah.. malas, pakat takyah makanlah.

Call kanda, dia lewat lagi katanya. Ishhh..
Dia siap tanya ada lauk apa.. aku kata je lah, takde apa2, duit pun takde nak beli.. takdepun dia rasa bersalah ke hapa... haiii la badannnn...

Pakat tengok tivi 3 beranak till adik tertido.. Tak lama tu, kanda balik.. bawak buah durian ko, ada 7 biji kot. Maka, perut yg agak lapar tu, ku isikan dengan buah duriannnn...

Kenyang jugak hingga ke pagiii.. Alhamdulilllah..

Tuesday, October 27, 2009

Kecewa

Aku pagi tadi tengah siap2 nak bawak bekai. Ikan goreng and ikan masak pindang dah masuk dalam 2 tupperware baru aku. Tiba2 nak senduk nasik, nasik pulak dah basiiiiii...

Huhuhuuu... sedey rasanya.

Memang nasik tu cam semangat, kalu lauk takde, nasik ada, kira okaylah, boleh cincai2 goreng telor ngan kicap.. ini.. nasikkk pulak basiii...

Takde mende, saja nak mencecehhhh...

Friday, October 23, 2009

Makan tengahari bersama siti..

Harini kami nak makan simple sebab badan naik lagiii lepas raya and party and all..
We decided to makan yg rebus2, stim2 and banyak2 kan sayur je.
So, aku masak lah sayur bayam merah rebus ngan serai and ikan selar kuning goreng. Makan ngan nasi putih and sambal belacan.
Ini lauk yang sangat minima minyak iaitu pada ikan goreng saja.
Esok, lusa tatau lagi masak apa... nak cuba ikan plak buat stim.. hmmmm!!





Friday, October 16, 2009

Makan, borak, gelak, senak, lalak

Inilah antara aktiviti kami tengahari hari tu. Aku lambat update citer ni kenapapun aku tak ingat... adalah hal tu..

Siti masak nasi, beras wangi tauuu.. Mira masak ayam masak black pepper with mushroom bersama ngan caramel dia yg sangatttt sedapp. Ati provide buah2an. and pinggan mangkukkkk ayon. Aku masak sambal ikan bilis cilapi, sambal sardine (kanda masak) and telor mata masak kicap. Sayur pulak dibeli oleh Echah and Eskrim dibeli oleh Ira. Hmmm, lengkap tak?

Sakan kami makan. Sorang tu tak kurang 2 pinggan la kalu aku tak silap cek. Tak sabar rasanya nak tunggu 12.30 masa nak start tu. Hihi.. puas hati & perut betui. Ntah melantak tak hengat diri. Tapi sayangnya.. takde gambo. Tak sapapun hingat nak amik gambo, ada ke patut?

Petang tu lepas keje, aku ngan siti ngan mira jugak, jumpa reen kat Redbox sogo. Makan lagi, buffet kat situ... pastu dah kenyang, melalak plak. Tak banyak lagu aku dapat, since perut aku dah tak berapa selesa, sebab dah penuh ngat. Hihi.. bagi peluang kat reen je.. puas dia melayan lagu sampai siap sapu2 dinding dia nyanyi.. sungguhhhhh!

Wednesday, October 14, 2009

Nak buat ke tak buat?


Nasi Tomato Ayam

Bahan-bahan
1) Beras (2 cawan)

2) Susu Cair (1/2 cawan)

3) Dada Ayam - didadu kecil (1 keping)

4) Bawang Putih (4 ulas)

5) Halia (2 inci)

6) Bawang Besar - dibelah empat (1 biji)

7) Tomato - didadu kecil (1 biji)

8) Pelaga (4 biji)

9) Bunga Cengkih (4 kuntum)

10) Kayu Manis (1 batang)

11) Serbuk Jintan Manis (1/2 sudu kecil)

12) Serbuk Lada Putih (1/2 sudu kecil)

13) Serbuk Jintan Putih (1/2 sudu kecil)

14) Kismis (sedikit)

15) Daun Pandan - disimpul (1 helai)

16) Daun Pudina - diracik kasar (sedikit)

17) Minyak Sapi (1 sudu besar)

18) Air (1 cawan)

Caranya:


  • Kisar hancur halia, bawang besar dan bawang putih bersama sedikit air.

  • Cairkan minyak sapi dan tumis semua rempah ratus hingga naik bau.

  • Masukkan tomato, ayam dan tomato puri. Kacau dan masak hingga ayam empuk.

  • Curahkan air, susu cair, bahan-bahan kisar, daun pandan, daun pudina, dan sedikit garam.Kacau rata dan biarkannya mereneh.Masukkan beras dan kismis.

  • Masak hingga kuahnya kering. Apabila kuah kering, perlahankan api dan kacau rata nasi. Tutup periuk dan masak lagi hingga nasi empuk.

  • Apabila nasi empuk, kacau nasi supaya sebati dan tutupkan api.Hidang bersama taburan bawang goreng. Enak dinikmati bersama ayam masak merah.

Monday, October 12, 2009

KSP Dinner 2009 - Nikko Hotel

Ina, Sue, Poss and Mira

Sue and Zu.. berlaga apa?




From right, siti and me.. cowgirls for the nite..

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...