it's how i look at my life and family and my passion for good health and inner beauty!!
Friday, June 25, 2010
Takde tajuk, eh, ada.. roti telor
idaklahhh.. aku takmo dengki2, aku takmo kandungan toksik menjadi lebih tinggi dari biasa.. hahaha.
matilah.. lupa ke dengan kisah aku jadi toksiik dulu?
ye.. kisah terbaru, ameer, anak bongsu aku.. 8 taun baru, tapi udah pandai memasak roti telor.. tau roti telur?
alahhh, yg pecahkan telor, kacau2 and taruk garam, pastu masukkan roti dalam telor tu, and panas kan minyak dalam koli and masukkan roti tadi.. masak till perang2 sket.. itampun takpe..
tulah kisah terbaruuu... mmg satu keseronokan pada ameer sebab dia rasa satu kebolehan pada diaaaaa.. hampir setanding ngan abang dia yg tingkatan satu ituuuu..
bagus anak2 umi, belajar masak lagi ye.. senang sikit umi.. alhamdulillahhhh.
Wednesday, June 23, 2010
Jalan daaaa
Org lain semua buat tak betui, semua tak kena. Dia... ohhhh dia mmg bagusss, sgt perfect.. katanya.
Org cutipun salah..
org mc pun sama....
org EL tentu ada yg tak kena.
Tak boleh okay?
Jangan amik cuti, tak baik...
kalu nak sgt cutipun, amiklah 1 hari je.
Jgn sesekali amik 2 atau 3 hari berturut2, nanti boss marah..
nanti nyusahkan org lain.. katanya.. ahaks.. nak muntah aku mendengarnya.
Sebenarnya dia nak tunjuk apa?
Sedangkan kompeni ni pun bagi cuti taun tau..
Abis, kalu tak amik, buat apa? Ko takmo amik, jgnlah pikir orgpun takmo cam ko!
Kompeni ni takkan bayar kita balik, okay?
Konon tunjuk baik, kononnn...
Ko kata ko tak menyusahkan org lain kalu ko cuti.. betui ke?
Ko tau ke kesusahan org masa ko takde....
bukan main kau ye....
Takde maknanya.
Apa2pun, perbetuikan diri dulu, cermin diri sendiri maa.. sentiasalah berusaha membaiki diri sendiri dulu, okeh?
Tuesday, June 22, 2010
Patploh?
Aku semalam turned 40. Like i care. Aku amik cuti tauuu.. Syiok nya cuti. Anak2 suka aku ada di rumah. Akupun suka. Lepak2 bangun lambat, masak kot suka je. Borak2 ngan mak. Layan tivi, layan radio, layan brain challenge kat hp. Eeheheh.. suka je kan? Aku hadiahkan diri aku rumah banglo ni.. entah berapa harga dia.. tapi tetap menjadi pujaan hatiku.. Akmalpun suka, Ameerpun.. siap kata jgn lupa buat kolam mandi sekali tauuu.. ameer nak swimming.. gituuu!
Aku tak layan fb pun.. tentu ramai wish aku kat situ, kan?
Takpe, aku tengok when i come back to work je. Tulah tadi, masa bukak inbox, punyalah ramai wished me besday.. Terharu tauuu... Ramai amik masa nak buat mende2 nih.. huhuh..
Kanda balik lewat, tapi tak wish pun. Akupun entah kenapa malas nak hangin2, maybe sebab aku dah tak heran lagi kot. Janji dia beli beras dan telor and other things utk keperluan rumahtangga dah bagus... huhuh .. ada ker?
Apa nak jadi in 5 years to come? Adakah aku akan macam ni jugak? Aku dok pikir2 la sendiri nih..
Thursday, June 17, 2010
Sabarlah wahai hatiiii..
Kereta ada, simpan kat show room kat rumah buat per?Acik sabar lagi, pakat solat maghrib kat stesen Gombak la bagai, kan? Dah kol 8, still takde kabau berita kanda. I assumed mmg tak dapek nak nolong dah ni. Acikpun ontok2 la cari bas yg acik dah usha2 dulu2 ke pinggiran batu caves. Naiklahh.. entah kat manalah nak berenti bas tu, tapi yang acik tau dekat pinggiran batu caves, which is like 15 min lagi ke umah acik kat Selayang Baru, boleh? Abis dah lewat beno notis bitau tak boleh balik sesamanya, tak ke macik sengsara haa? Benci tau, timahhh!
Selalunya, kalu macik kena balik sendiri lah kan, macik kena gi naik lrt dulu dan amik bas kat central market nun, baru macik selamat trus sampai selayang. Inilah kisah kalu tempat cari makan jauh bebenau. Mmg naik lrt tu mudah, tapi tulah, macik serik kalu kena nunggu buah kanda yg tak gugur2.. hahaa.. kisahnya takmo dah nunggu2, bencik. Manyak masa macik terbuang begitu saja, sedangkan macik tak sukalah buang2 masa, yg mmg macik tau takkan menunggu macik, haaaaaa.. Since kembara macik dah okay, buleh memotong dengan kepantasan luar biasa tanpa goyang, macik rasa macik akan bayar jelah duit perlindungan 3hengget sehari kat lrt Gombak tu. Naik kereta pegi dan balik adalah lebih pantasss, stuju???
Acik tau laki acik tu terlalu taksub keje. Memang keje dia tak ikut time dia, tapi ikut time Dato dia tu.. tapi acik tetap nak hangin, entahlah, buleh ke, patut ke? Bila ngingatkan dia tu laki acik, dan dia tu keje, acik jadi kena redha dan give in. Pastu pikir2 pulak, kalu dia bagi acik separuh ke sepertiga ke dari duit OT dia tu, barulah acik lebih tenanggg di sana nanti.. heheheh.. mimpilah akuu!
Cemana ek? Entah bila la buleh dapat kanda yg balik keje sama2, on time je, pastu bila acik kata tingin nak beli itu ini, dia bagi je duit.. ater, dah mmg tanggungjawab dia menyara bini, ye tak? Hoi.. berangan lagi acik niiii, rentikanlahhhhh!!
Tuesday, June 15, 2010
Cuti sekolah lagi...
Ni dah cuti penggal kedua masuk minggu kedua, baru aku nak buat entry citer pasal ni. Apa dehal.. aku nak citer, akupunya sukalah kan?Aku ni anak2 sekolah, bila deme cuti, meriah weh. Korang yg ada anak sekolah, taulah perasaannya. Anak2 akan merengek itu ini begitu begini. Aku mana2 yg buleh layan tu, layanlah, yg idak tu, bagilah macam2 alasan. Anak2 aku pandai, mendengar kata la jugak.. Heheh.. memang betui. Deme ndengar kata aku, bukan aku yg ndengar kata deme. Patutnya gitulah ye tak?
Hari kamis and jumaat, takde aktiviti. Lepak2 sambil layan tido sebab selalu tido lewat baca buku. So aku pakat bangun lewat, like 11, haaa kauu.. baru best cuti. Kanda keje, so, senanglah sket, takyah nak masak tu ini. Anak2 ni senang, lariii je ke umah opah bila bangun. Bukan reti nak ngejut aku soh buat sarapan, deme semua paham benau.. biarkan je umi dia tido lelewat, boleh? Sayang anak2 umi, kan?
Jumaat, kanda kata buleh amik kereta, dah siap. Kan ke best kalu kanda belikan aku kereta baru, kan, kan? Idak.. repair lagi, kembara tuuu.. Lega udah siap, skrg nak mikiorkan cemana nak pegi amik kereta tu kat taman bolton.. mmm.. pakat naik bas la. Bas bongok takmo datang time aku tunggu, maka akupun tahanlah teksi.. mudah je, angkat tangan, udah dia berenti.. kena 7 hengget lebih kau.. Haaa, nak jimat tadi nak naik bas..
Malam pulak, ogy kata tak jadi pulak klas kat rawang. Alamak, aku dah planned baik2. Dia buat klas sabtu plak. Haiii.. Seminar Irfan udahlah tak dapat jawapan yes, idaklah aku dapat pergi. Kakros and zu je yg peginya, aku yg introduce ke deme, idak dapat, sedey!
Sabtu pakat gi piknik ulu yam dgn anak2 semua, except anak2 am. Ater bapaknya tak bagi pegi, idaklah ku berani membawak deme. Tak kuasa akuuu.. Syok deme berendam dekat2 6 jam. Best lepak2 ngan Liza and acu. Sporting benau deme tu.. heheh.. rock lagi! Terasa aku muda cam deme jugak.. hahaha.. kes berangan kembali muda. Kanda takde, keje, tapi aku tetap bawak anak2 gi piknik, boleh? Abis, nak tunggu dia ada je, bilanya?
Malam kanda ajak teman dia kuar jumpa sedara dia jalan2 time square. Sedara dari perlis, tapi duduk di umah sedara lain kat taman melati. Apa2 jelah.. Akupun pegilah, tak jadi klas kat rawang. Lain jadinya. Jalan jem, lepas makan sate, jalan2 balik.. boringgggg!!
Ahad, pakat gi sarapan reramai kat pasar. Kanda belanja.. heheh.. sapa lagi kan?
Masak ala2 je, tapi banyak2 sebab ramai. Seronok tengok budak2 kerumun makan kat umah aku. Petang, gi lake garden ngan acu and family. Seronok main bola, main badminton and macam2 lagi. Daniel anak acu tu mmg tangkas main bola, macam acu jugak, tak sangkaaa. Memang beza kalau dah biasa main dengan sesekali main dan mmg tatau main..kan?
Anak2lah yg seronok kalu dapat berjalan2 ni. Anak2 seronok, ibu bapakpun seronoklah jugak..
Aku harap aku dapat membahagiakan anak2 aku dan memberi kemewahan hidup pada mereka satu hari nanti. Takde apa yg lebih membahagiakan aku selain membuatkan org2 yg aku sayangi bahagia, kan?
Doakan umi berjaya dalam bisnes yg umi baru ceburi ini, ye anak2?
Wednesday, June 09, 2010
Tolong adik beradik
Dia mmg jenis rajin keje dan duit banyak.
Tapi tulah, dah tau lama.. adik beradik mmg susah nak tolong kita, even kita nak jumpa dia ngan kawan2 pun dia takut. Aku tak pernah paksa or desak dia. Aku cuma mintak tolong dia kumpulkan kawan2 dia. Aku tak katapun aku nak apa2 comitment or nak jual kat dia, but tu lah.. once org tau kita ada bisnes yg nak ditawarkan dan dia plak takut terpengaruh dgn barang baik yg aku bawak, mmg akan cuba ngelak dan cuba jauhkan diri. macamlah kita buleh tarik duit dari poket or akaun bank dia dengan cuma mendengar..
Sangat tak supportive. Memang adik beradik aku bagus sesangat. Takpe, aku teruskan saja.
Tuesday, June 08, 2010
Mengetat, meramping dan menganjal...
Malam tadi aku sms client baru aku, tanya dia dah seminggu amik jus bidadari tu, terasa tak perubahannya?
Tunggu punya tunggu takde jawapan. Aku tertido..
Pagi ni tengah asyik buat keje, tiba2 dia sms jawab:
"bukan saya je yg rasa perubahan tu kak, suami saya pun rasa jugak!"..
Memang betul kan?
Aku rasa seronok kalu dapat bantu org memeriahkan hidupnya macam baru2 kawin dulu..
Ada sesiapa yg berminat nak tau tentang bidadari ni, contact akak ye,
kak su, 014-7242 338.
Jangan malu2, kerana kesihatan kita adalah harta kita!
Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023
Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih. Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...
-
Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih. Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...
-
tajuk tak boleh belah, macam citer jins samsudin... kenal ke jins? yg muda2 mungkin tak kenal kot, but jins samsudin ni sgt hensem masa za...
-
semalam tengok lagi video clip maher zain pasal palestine tu.. ya Allah.. hati ni sedihnyaa.. mudah benar aku cengeng bila tengok mende2 mac...