Friday, January 20, 2017

balik dulu

time masa ni dah kol 12.51 tengahari.  aku dah boleh balik.  half day harini sbb giliran aku opis kasi cuti.  konon2 ingat nak pi tengok movie lah. ehhh.. sensorang tengok movie tak syok lerr.. ater.. sementelah den sorang je yg availablenya kann?  heheh.. semalam dah cuti.  berjimba seharian dgn kak ita norita.  byk mende kami buat tauuu.. turun naik ketapi merentas kota.. cewahhhh.

so, harini dapat cuti lagi.. apo nak buek.  raso tak jadi kot tengok movie.  haritu aku dah beli 4DVD konon nak tengok hari sabtu last week.. masa terlalu mencemburui aku.  udahlah mmg benar kata org yg masa semakin cepat berlalu bila hari2 dah akhir zaman ni.  tak sompek nengok pun lagi semuanya.  sejak ada astro.  aku pun tak sempat gak tengok cerita2nya.  ntah sapa lah yg layan astro kat umah aku tu selain laki aku sorang tu.  bila aku tengok dr dapor dia kat sofa tu konon2 bukak movie la kan.. tapi tangan asyik sgt melayan game pool dia tu.  lamaaa.. mmg macam tak fokus kat movie tu pun.  bila aku tegur "bang, tutuplah tivi tu, abang pun bukannya layan citer tupun.."  ehhh.. dia kata biarlah dia nak tengok.. ekekekek.. nampak tak kehebatan multi tasking laki den.  cuba kau tanya apa kah kisah movie tu.. mampuih dia buleh jawab.. dia selalu akan kata.. saya baru tengok ni.  mana tauu.. ekekekek.. banyak kali dah aku buat, cuba2 tengok dari jauh dan cuba2 tanya apakah jalan cerita... ekekekek.. laki aku ni pulak, mmg style dia.  jangan ditanya dia perkara yg sama ulang2. walaupun ceritanya berbeza, situasinya berbeza, dia tetap melenting.  kadang2 kita bukannya nak beria sgt tau.. sekadar bertanya nak memulakan perbualan kan,  ater berbuallah kalu dah laki bini sesama kat rumah tengok tivi kann.. itulah masa bersama keluarga ye tak.  tapi kalu dah kena sound baikkk punya.. "asik2 tanya je awak ni".. makanya apakah peranan sebagai isteri yg minta dilayan dan diberi kasih sayang?  tiada payah lagi lah.  makanya sekarang.  if dia tengok tv.. aku carilah cara utk menghabiskan masa aku.  ekekek.. so, balik ni nak lepak umah mak. nak borak2 dgn mak.  pastu nak borak2 dgn azmeer and si abam, kucin kesayanganku ituu..

eh, kita story pasal semalam lah, aku kuar dgn kak ita sbb kita sama2 nak buat investment dari duit epf.  aku mmg tak tahu yg buleh buat kau.  bila kita dapat info cam ni.. teruslah kita beria2 nak tau.  aku ada lah investment dari epf dulu2 tru public mutual.  tapi akak agent tu dah takde lagi.. dah meninggal since 2011.  aku ada 4 funds.  tapi since dia tak mai service aku lagi, takdelah lagi duit aku diamik dari akaun epf tu, utk dilaburkan.  lama tuu.. so, semalam aku dah juai balik funds tu supaya duit aku dan hasil2 investments dari public mutual itu akan ditransfer balik ke epf.  jadilah bertambah sikit.  kak italah bagi aku bukak minda sikit tentang investment.  masalah org kita ni.. eh.. bukan org kita.. masalah aku.. ehehe.. adalah susah nak buat savings.  padahal savings itulah sgt2 essential dalam usaha memudahkan perjalanan hidup kita masa kini dan akan datang.  tambah2 lagi bila anak2 nak belajar ke institusi pengajian tinggi.. uih ayat kan.  tapi tulah. nak menyambung pelajaran mmg skrg ni bukan murah2.. dulu aku belajar kat itm pun aku dah rasa mak abah aku susah nak menyara perbelanjaan tu, tapi sekarang dah tentu2lah bayarannya lagiiii lah tinggi.  bayangkan.  anak2 aku ada 2 org je.. kalu ada yg anak 8 cemana beb.  ya Allah.. Kau je lah yg maha memberi rezeki pda hamba2 mu.  aku mmg tabik org zaman ni yg ada anak lebih 4 and anak2 pulak semua nak belajar tinggi2 dan pembiayaan dr sistem pendidikan malaysia sgt susah these days.

apa2 pun, aku dah paham sikit tentang cara simpanan yg perlu kita buat.  walaupun aku dah tua dan mungkin masa menyimpan sudah tak lama.  aku tetap akan usaha menerapkan nilai2 menabung itu dalam diri aku dulu.  nanti nak kabor kan ke anak2.  betul jugak usaha aku dari dulu, buatkan akaun utk anak2 dari awal.  menabung walaupun sikit2 utk mereka.  supaya ada asas utk mereka meneruskan esok bila deme dah ada kewangan sendiri.  ini bukan tak  boleh, bukannya mustahil.  cuma perlukan ketegasan dan ketabahan, ye tak.  if kak ita buleh, aku rasa aku pun boleh, in sya Allah.  thanks kak ita.  byk bagi tunjuk ajar dan bimbingan.  tetap bersedekah tu harus diteruskan.  harus dimeriahkan.  buat kebaikan jgn dikira kepada sesiapapun yg memerlukan, cuba bantu.  lebih dekat kita kepada kebaikan, maka Allah dekatkan pintu rezeki utk kita.  jika maksiat yg kita lakukan, maka Allah jauhkan pula pintu rezeki utk kita.  aku yakin sgt bab itu.  so, teruskanlah berbuat kebaikan demi mencari redha dan memanggil rezeki.  kannnnn?

semoga bermanfaat!




Wednesday, January 18, 2017

Jerat percintaan

Tapi pabila aku sedar diri
Siapakah aku ini
Aku bertanya sendiri
Apakah akan terjadi
Oh apakah kita kan teruskan
Di dalam arus percintaan
Perlukah kita utk berkorban
Demi pertahankan kebahagiaan

Sambil dodok2 dlm tren ni.. terasa lak kerinduan nak menulis.. sambil lak telinga dengar lagu maso den mudo2 dlu.. lagu siti nohaliza yg masa tu pun tgh muda belia.  mmg syahdu kan.  haritu ada dengar dia nyanyi balik lagu ni dlm konsert dia.. mmg tetap sedap la suara siti. masih boleh tarik.  mmg dah keje dia menyanyi ye tak?  dia dah berpuluh taun jadi penyanyi.  dah terlalu byk pengalaman kan?  one of my feveret singer ever.

Akupun dah keje lebih seploh taun dgn pwc, opis aku ni.  mcam2 ragam aku dah jumpa.  mmg aku suka keje aku skrg.  walaupun tak sehebat auditor, aku tetap bersyukur cuma support staff.  aku pun bermula dari bawah jugak.  keje secretary mulanya.  ye lah background dr sectetary kat uitm dulu.. takkan nak kojo auditor kat audit firm kan?  but then.. keje secretary sgt stressful to me.  cannot cope with people and the challenges.  ada opening utk administrator aku tak agak2 menerai.. and alhamdulillah dapat.  sgt sonok rasanya takyah jaga diary boss2.. tingat gak sorang boss aku yg baik.. angie wong nama dia.. dah jd partner skrg dia.. dia tanya ngapa nak tuko keje.. ngapa tanak keje sectetary.. aku kabo.. nak cari pembaharuan.  nak fokus 1 perkara.  she at last agreed.  she not agree pun aku tukar gak.  hehe.  now dah almost 10 years aku deal dgn systems.  and i am happy.  tuko dept ke management baru je aku tak berapa nak hepi.. tapi tulah.. life goes on.  i have to make myself happy to be happy.. got it?

Terbejela lah pulok sekali tulis haa.. walau hanya guna tiponku yg tak berapa pintar ni kan.  ekekkeke..  dah la yer.. dah smpai taman wahyu.. next station dah smpai climax.. i wanna get ready.


Friday, January 06, 2017

tiada hati lagi

lamanya tak menulis.  kenapa ye?  bizi kot.. eh, mmg keje sokmo bizi.  tapi aku lama cuti aritu, tak keje, tak tulis gak.  tulah dia.. bizi ke tak bizi ker.. if ada  hati akanku tulis juga.  ni kes takde hati la ni.  hatiku dah dicuri.  tak bisa menulis lagi.  huhuu.. sedihnya mikirkan takde hati nak menulis lagi.

tunggu hati datang balik.




Friday, December 16, 2016

selamanya diuji

aku cinta kamu 
lebih dari hatiku mampu
pasti jiwa takkan bisa
hidup tanpa hadirnya kamu
sungguh dahsyatnya 
cintaku kepada kamu
aku mohon jangan pergi
menyiksaku dengan rindu

cinta dua hati 
selamanya takkan terpisah
kau dan aku punya cinta
paling terindah di dunia
sungguh dahsyatnya 
cintaku kepada kamu
aku mohon jangan pergi 
menyiksaku dengan rindu
tiada yg bisa
mengisi ruang di hati
aku mohon jgn pergi

jiwa ini perlukanmu




jiwang lak potang2 jumahat nih.  system dah totop.  mata pon nak totop.  tahankan je sambil layan lagu2 kat hempon.  mmg nak tololap.  seingat aku pernah dah dulu letak lagu tu kat blog nih.. tapi takpelah.. aku suka, kan.  layankan saja.  dorang ada buat photoshoot tu kat belah sinun. amik pic utk letak kat opis punya fb wall, sempena kismas katanya.  aku dr dulu mmg takde gang nak melayan mende2 gitu.  last ntah berapa taun dulu masa nak raya ada lah sekeping dua amik dgn budak2 typist and shira.  shira best.  dept dia sporting.  semua pegi sekali gus.  dia kabo boss dia yg beria2 kumpui dulu tunggu kamera ready dia dah ready dulu.  mmg jeles dgn dept dia.  selalu sepakat.  lain org lain rezekinya kan?  lain org lain ujiannya pulak.

ujian belaka kita nih hidup.  bila baru takde ujian? bila dah mati.kann?  aku dah letih nak hadap ujian kat opis.  aku dah redha je.  cewahhh.. macamlah berat benau.  aku rasa kalu takde ujian2 cam tu kita tak kenai org yg baik or org yg betui2 baik. or.. org yg buat2 baik utk nampak cam baik.  ada je yg macam malaikat kononnya dialah yg paling baik.  kita ni semuanya tak kena kiri kanan atas bawah depan belakang.  cer tengok dia.. tengok kelakuan dia.. tengok pemakaian dia.. ikutlah dia kononnya.. pd hal.. fail.. gagal.. hampeh.. haa.. apa lagi.  terbukti hang lah yg paling hebat.. Allah nak tunjuk kat semua, sekejap je dapat balik bahagian kau yg tertunggak masa buat kat aku dulu.

aku camtu la jugak.  less talk. more smile.. less shouting more crying.. ekekekek..











Wednesday, December 14, 2016

cuti2 belum lagi

postponed lagi katanya..
apa nak buat.  kita ikut org cam tulah.
so, trip kita ditunda ke tarikh yg ditetapkan yg lain.
so, kita takmo la buang masa buang cuti.
kita pegi lah keje
sementelah kita kena ganti timing pulak
sebab kita makan gaji keje
bukan cam dia keje meniaga


hampa jugak, tapi nak buat cemana
terus teringat kata2 bijak dia
hidup ini tak semudah yg disangka
jadi aku redha jer lerr
kalu kali ni tak menjadi jugak trip
harus saja aku melupakan segalanya
kumpullah segala duit dan kekuatan
utk terus terbang meninggalkan malaysia





ebit lew

cuti2 aku amik peluang membaca buku2 tentang kasih sayang, membina keluarga mengikut sunnah Rasulullah saw.  buku2 dr ustaz ebit lew mmg best.  byk sgt yg tak pernah terpikir dalam benak ni dah dapat dirungkai.  cewahh.. bukanlah bijak mana nak memahami.  yg penting baca dan cuba pahami.. ini org membaca buku malas.. nak mintak datang mukjizat tiba2 pandai mana nak dapat?  ekekekek.. ada bini tak kasi kasih syg.. tapi pikir kenapa bini selalu melawan sentiasa hangin.  cek balik hati kita.  hati oh hati.  milik siapakah hati ini.. kata sudirman.. padahal dah tau milik Allah SWT belaka, ye tak?


Friday, December 02, 2016

akhlak

Sayyidi Habib Ali Al Jufri: ‎من ألِف النظر إلى المحاسِن؛ اجتمعت فيه المحاسن
‎ومن ألِف النظرَ إلى المساوئ؛ اجتمعت فيه المساوئ.

Siapa yang terbiasa mencari atau melihat hal hal yang baik pada orang lain, akan membuat ia bergelumang kebaikan..


Dan siapa yang berusaha terbiasa mencari kelemahan orang lain, akan membuat dirinya sendiri penuh dengan kelemahan tersebut.

Jangan fikir bahwa kita lebih baik dari orang lain kerana sikap "aku lebih baik dari dia" adalah sifat yang memerangkap syaitan dan itu adalah dosa terbesarnya yang menyebabkan syaitan di usir dari syurga, meskipun syaitan adalah makhluk yang ibadahnya banyak dan tak terhitung, jadi waspadalah.. Selalu bersangka baiklah.. Ya Allah, berilah kami cara dan akhlak terbaik dalam beribadah kepada Mu, agar kami juga bisa berhubungan dengan sesama ciptaan Mu dalam kalangan yang Engkau redhai.. Kurniakan kami dengan pengetahuan yang benar dalam mengenal diri kami, sehingga kami mampu mencintaiMu dalam hati, amalan dan akhlak kami.. 


Ya Fattah, Ya Mujiib






Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...