Showing posts with label My life. Show all posts
Showing posts with label My life. Show all posts

Monday, July 27, 2020

Jalan2 kemeren helen..

Dapat coti dgn gang2 kaki travel kali ni seronok aih.  Time bilanya penah tak sonok kan?  This time kami pi 4org, shira, bisma, amie and me.  Tido kat zetters suite, depan pasar malam kat golden hills.. mmg heaven lahh.  Bilik cantikkkk. Mmg kalini xde lah jalan2 sgt.  Just nak lepak2 chill out and makan2 and ngopi2 jer.. Gituh.

All and all mmg best.  Byk mende baru kami kena sabar.  Byk tempat baru kami terai.  Byk cerita baru kami dengar.. Byk ayat2 baru kami belajar.  Hehee.. Sonok.. lah.  Hilang gak bosan sbb lama xleh berjalan kannn?

Day 1 Makan breakfast kat starbucks rawang
Lunch kat area lobby hotel, beriani kambing.
Tea time kat KHM strawberry n jam.. scones la pelagiii.
Dinner kat kg taman sedia, steamboat n grill.  Kena pi jumaat malam jugak sebab takmo bersesak2 ramai punuh kedai kalu sabtu malam.  Mknan x byk sgt pilihan.  Asalkan ada kambing, daging, ayam and sayur and meatballs.. kira ok lah.  We were expecting lots more vegetables like cendawan ke.. Tomato ceri ke.. Sawi2 besau ke.. Sebab mmg kawasan dia kann? Tapi itu yg tadak.  But makan jugaklah yg mana ada smpai betui2 puas.. Kann?

Day 2 bangun pagi nak makan siklomak stoberi kedai Abang, tp ya Rabbi.. terlalu pnjang org que.. So tanak buang masa, pi kat KHM sekali lagi.. Que jugak.. But not as long lah kann.. Makan nasiklemak, scones set and spagetti.  Situ spagetti dia mmg heavennnn.  Nak try mi mi lain nmpknya cam kena petang.  Takkan nak tunggu.  Jalan2 ke area herritage hotel and tumpang washroom depa.. Heheh.. Spot kencing katanya situh.
Lunch kami redah kat barrack's cafe, hujung jalan herritage tu near the junction.  Deco dalam cafe ni cantikk.  Bunga2 and tumbuhan cantik like taman gituh. Berkonsepkan berek askar.  Gituhh.
Dinner beli kat pasar malam. Udang tepung, ketam tepung, sayur2 tepung, cendawan tepung and takbleh belah.. pucuklabu tepung kauuu.. sedap lak tu semuaaa.  Tu yg xleh xbeli tuu.  Bawak balik bilik and rest jap masing2 kepenatan and i oso peninn. Tido jap.  Once semua settled.. Weols makan.. Pastu mula berborakkk.. Tv ntah apa citer pun ntah.  Borak lagi and tido!

Day 3 nak balik dah.. Bangun awai nak elak jem woii.. Also nak pi minum kat cameron tea valley odw tuh.. Nak singgah beli sesayuran and bagai2 buah yg tadak di kl.  I la tu.  Dgn pokok2 rosemary.. Pudina and donsop i beli.  Mmg susah giler for me nak tanam donsop.  Sebab suka nak letak kat sup sendiri tanam katanyaa.. Ehekk... Byk kali mati sokmo seblom sempat besau.. Baik beli jelah kann... Kot2 ia mahu membesar dan i bleh alih2 ke byk2 pasu.  Mana tau.. Kita doa n try ajer belanya kann?
Balik masuk jln lama ke bt gajah sbb nak try mi kicap recommended by bisma.  Dia n fmly punya feveret since lama dah.  So weols trylah.. and mmg sedap weyy.  Harus pi sini klu tempuh area batu gajah, okey?
Pehtu odw balik singgah tapah beli buah jambu air madu, jmbu batu and kacang kuda rebuih.  Feveret i tuhh.

Sampai umah i kol 3.15pm.  Alhamdulillahh.  Next in my list are pulau langkawi and pulau kapas and maybe kundasang lagikkk.  Jommm!!

































Thursday, November 21, 2019

penat

i sedar je body i yg gemuk or chubby bak kata somebody tu.  (nyedapkan diri). yer.. mmg diri ni dah tak menarik lagi.  x larat dah nak melayan kata2 org pd diri i ni lagi. letih.  penat.. menyampah dah.  hahaha.. dasat perasaan tu kan?  tapi itulah yg i rasa.  nak turunkan berat badan bukanlah senang.. i dah tak kisah sebenarnya naik or turun berat.  really!!  bukannya takmau kurus.. i paham bukannya mudah nak slim macam dulu.. so i dah redho gemuk.  lantaklah.  i just make sure i makan ckup.. minum air byk2.. kencin selalu2 and just be happy.  org kalu rajin menasihat soh diet cara ni cara tu or soh bersenam tu biarkanlah dia terus bercakap.  tgk jer perut dia sendiri.  jagalah dirimu sendiri.  i am just happy the way i am.  penyakit mmg i dah ada.. so i will jaga diri myself ok?








Thursday, May 17, 2018

Ramadhan tiba lagi

Alhamdulillahhhh... Allah beri lagi peluang kita menjamah udara di bulan puasa ini.  Semoga mendapat pahala puasa yg berlipat ganda dan ibadah kita menjadi bertambah2 baik menjadikan kita insan yg lebih baik akhlaknya.  kannn?

tatau nak post apa.
korang sahur makan apa?
kami takde mende nak masak.. ada  ikan duri je.. dgn ikan jeket dalam peti es.  tapi mikirkan ish, takkan nak buat lauk ikan.. akmal tak makan ikan.  actually, i yg sebenarnya sgt malas.  so, i bangun masakkan deme megi kari letak hotdog and letak telur 2 bijik.  apa sayur pun tak letak, sebab ameer pulak kata buat apa letak kalu nanti dia tak makan.  yg sebeno2 nya maleh nak motong sayur pun i.  mapuhh... tatau dua tiga harini malas giler.  nak pi keje pun bercinta.  macam takde mood, mood pi mana tatau.... huuu

maybe rasa jauh sgt dgn laki kot.  dia subuh2 kol 5 dah kuar pi keje.  he said its going to be like that for more than one month sbb dato seri yg dia bawak tu, drebarnya coti sakit.  dia pulak yg kena dipilih dek dato seri tersebut.  kol 5pgi dah keluar rumah.  i time tulah pun nak memeluk sejukkk.. kennn?  u paham tak.. di saat kita benar2 nakkan dia.. dia pulak tak kisah nak tanya.. ngada2 je kannn?

nak kuar pi keje, ira msg kata dah dapat email about our dept away day.. gi maldives kauu..  ehekkk.. no laaa.. gi penang je.  tinggal mana tu belom tau.  yg pastinya.. penang and my room mate is ira shahira lerrrr.. kenalah cancel coti yg kononnya nak bawak laki pi hanimun and tak jadi pastu nak bawak sapa ntah pi.. ada ke yg berminat temankan i hanimunnnn?





Friday, November 18, 2016

has been 21 years.. huhuuu

sonok bona raso ey
bukanlah den ni pemalas ngat, tapi since CEO bagi cuti half day lagi jumaat ni, iaitu harini, maka amiklahh.. kita kena mensyukuri nikmat yg dikurniakan.
kali ni half day sebab malam ni ada dinner ofis, so smua dibenarkan balik tengahari in case yg nak pegi tu nak bersiap2 sebab ada tema la kan.. tema apa ke akak dengar, cartoon kot.  tapi akak tak pegi ni amik kesempatan je la.. since dah dapat kan.

so, akak nak pi ikut shahira pi aked mara.  nak beli cadar.  dia nak belikan aunty dia jubah.. in sya allah.

pagi tadi nak citer, akak tunggu2 gak kot2 laki akak nak ucapkan "selamat ulangtahun kawen sayang" .. takdo pulak.. biarkan yo lah.. akak pun tak berapo nak hepi, walau lama tempoh tu.. takde mende kat akak.  alhamdulillah je melepasi tempoh yg lama tu.  korang nak kata akak tak bersyukur katalah.. akak saja yg tau betapa akak bersyukurnya dapat menjalani hidup yg begini seronok, dengan laki yg sangat special and anak2 yg comel2 dulu dan sekarang dah jadi hensem2.  akak je yg semakin gomok membela lemak di sana sini.. dengan mendapat beberapa penyakit sempena meningkatnya kesayangan Allah kepada akak.. Allahuakbar.  semoga akak tabah dan redha terus menjalani kehidupan berpenyakit.  Allah Maha adil.. semua lengkap hidup, diberi pulak penyakit.. supaya kita sedar diri yg kita ni sedang diuji dan akan terus diuji.


Thursday, April 28, 2016

keluar dari kesengsaraan

tajuk tak hengat
sapa yg mau sengsara ye tak?
so, akak sedang berusaha membaiki diri akak
cuba membawa keluar diri and roh dari kesengsaraan
bawa kepada kebahagiaan
yup.. if you are not happy with your marriage, it is not proper just to sit there or keep on complaining.  do something about it.  or if you cant help it anymore.. go out of the marriage.  
it is not as easy as saying, but, we must try, in sya Allah.


pendek aje dulu.. sibuk haa..


Tuesday, September 01, 2015

Takde rasa nak buat apa2 melainkan tido

Ptg ni abis keje mmg takde ati nak buat apa2.. nak balik tido jer.. mandi pun takmo.. apa pun takmo.. nak balik and tido.  Semua rasa hilang mood.  Konon nak pi gym la nak pi money changer la.. semua tak menjadi.  Tiada lagi perasaan nak buat apa2.  Penat badan penat otak.  Terus jalan jer dr opis.  Tak tggu van pun ke kls.  Tgk kat brader basking tu, takde lak.. ada budak2 lain.. 2 org.  Hmm.. terus gi platform 3.  Lama gak tggu.  Mata pun cam letih nak tido sgt2.  Plan nak tido je bila tren smpai.  And bila tren smpai.. mmg aku tido.  Keletihan.  Cepat dpt tren cepat gak la boleh balik.  Tetapi.. nak smpai batu keb.. dia bleh benti lakk.. huhuuu.. hujan lebat sangat.  Allah bg hujan utk menduga ketapi tanah melayu.  Lama giler ketapi stuck.  Dekat 2jam aku duduk tadi.  Nak mereput rasanya.  Mula2 tido best laar.. tapii.. bila ketapi x jalan, lama2 tak leh tido dahh.. bangun la dok mikir berapa lama lagi nak tggu ni.  Nak kuar pun x leh.  Nak mintak tolong dgn superman aku takde dia heran.. hukhuk.  So.. tggu je larr.  Dekat2 7.45 baru smpai stesen bc.  Pehtu nak keluar parking sekali lagi kacau.  Lori treler panjang nak keluar nak masuk.. huhuu.. nasib aku la harini.  Takleh keluar jalan depan.  Aku dinasihatkan keluar ikut jalan blkg nu.. jalan yg lalu kot ntah mana2 utan tembus ke kg laksmana.  Aku ingat td tu kali ke 3 aku lalu situ.  Sesat jugak nak masuk lorong yg betui.. huhuu.  Punyalah seram lalu tempat yg xde lampu.. kiri kanan utan.. tapi demi nak elakkan jem tadi aku terus jer.  Panjang giler jem tadi.  Ntah kul brapa nak lepas tu.  Aku dah la tension lama dlm tren.. ya Allahh.. dugaanMu harini utk aku, aku terima.. alhamdulillah.. by 8pm aku smpai umah.  Kalut2 mandi solat maghrib.  Ngaji and tggu isyak.  Settled isyak konon nak tido.  Tak bolehhh.  Borak dgn siti kat whatsapp pulak.  Dia sangkut kat sogo.  Sian diapun sama.  Hari2 sangkut jam.  Ni lah dilema org bekerja kann?  Nak benti keje aku tatau nak buat apa lak kang?  Nak bisnes pun ntah cemana ni.. tak tentu hala dah haa..  Tak tau apa nak jadi.  Kojo yo lah smpai bila pwc boleh terima.  Huk huk..
Dah lah.. nak bawak2 tido.  Kot2 esok semua jadi ok kan?  Ya Allah.. kau bantulah akuuu.. hanya padaMu tempat meminta.






Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...