Showing posts with label abahku. Show all posts
Showing posts with label abahku. Show all posts

Friday, December 02, 2016

happy bday abah

Salam semua..
harini 2disember 1940 abah i was born.  kalu abah masih hidup, umur abah dah 76.  tapi abah dah takde, dah 4 taun abah takde.  aku tetap rindu abah.  kdg2 dtg dia dalam mimpi.  aku sgt2 rindu abah.  dialah lelaki yg tak pernah menyakitkan hati aku.  dialah yg paling sporting, walau kdg2 aku rasa jelingannya saja ckup utk mmbuat aku kecut perut masa zaman membesar dulu.  aku mmg kategori anak yg nakai.  lantak pi lah.. aku terjah semua.  aku mmg kategori memberontak saja masa kekecik dulu.  tapi abah selalu panggil aku sayang abah.  buat aku terasa disayangi sangat walaupun abah tak selalu dapat memewahkan kami dengan apa2 sgt.  hari2 kecik kami tunggu abah balik keje tu satu perkara sangat manis.  walau dia beli kendos je tiap2 hari.. ckuplah pada kami.  ada lagi org lain yg abah dorang tak beli apa2 pun utk dorang masa balik kje.  ada jugak org yg abah dia dah takde pun masa dorang kecik2.. so, abah aku tu sesuatu yg sgt berharga, sgt aku sygi.. sgt aku syukuri sehingga sekarang ni.

huhuu.. abah.. ha rindu abahhhhhh







Thursday, December 18, 2014

beli baju sekolah

Harini pi keje rempit.. balikpun rempit gak separuh jalan.  Nasib baik la dapat tumpang kanda merempit kann.. layan sajalah kecepatannya kann?

Aku macam tada apa2 plan lunch tadi.. ehh.. macamlah aku ada plan selalu kan.. hehee.. try la cuba2 msg kanda ajak lunch.. yeah.. ajak lagi .. byk kali sudah sebenarnya.. jgn la kau kata aku tak cuba spice up my married life.. i always try to make it happenings.. tapi tu lah aku je la yg selalu kann?  Maybe dah tiada keghairahan la itu.. aku lama2 dah tau.. huhuu..

Eh lalut jauh haa.. laki aku stuju lak nak lunch sama2.. so aku layankan sajalah.. dia mai 12.15 katanya.. tpi msg aku 12.25 so aku pun jalan lajulah ke kl sentral.. dia mai dgn tren la kan.. bukan jauh mana opis dia dgn aku.. sepelaung giant jerr.. ekekek.. so kami pi makan kat la cucur kau.. makan nasi tomato tuu.. sebenarnya aku lapau jugak.. aku rasa nasik tu sikit ngat.. Masya Allah.. sabau ye su.. aku belikan kanda kuih kuning rasa nenas tu.. sedap katanya.. sibbaik kanda suka.  Mmm.. korang nak rasa kesedapannya korang check out la cucur kl sentral.. kuih warna kuning ada kelapa salutnya.. nama patik tak tau.. tapi sedap.  Siap makan dalam 20 minit dia nak balik laa.. takde la nak borak2.. kalu aku tanya tentu dia jawab.. "awak ajak lunch je kan?"  .. hehee.. so aku malas tanya.. aku try mintak kanda belanja aku topup.. hehee.. dapat la 60hengget.. sonok lak.. dah reload dia kata dia bley claim .. punya lah untongkann?

Ni malam ni aku dgn kanda and the boys ada kat restoran AK 47 tepi sekolah menengah.  Ingat nak stop minum lepas beli barang dapur kat nsk dan beli baju skolah ameer kat selayang mall.  Bila order.. tiba2 dua2 anak bujang aku order nasik goreng pataya jugak nih.. adoi.. tunggu laa..  Taun sekali ni beli utk Ameer je lerr baju skolah... Amal dah tak payah beli baju dahh.. oh so grown up my first baby nii.. huuu.. lega dia dah abis spm.. ntah apa dia nak buat abiskan masa nunggu result ni.. time aku dulu mmg aku keje cari duit.. kat kedai nenek kot kat klang.. pastu ada keje kilang jugak.. kilang kayu kat jalan hassan, klang.. oh kenangan sangat kan?  Masa tu duduk dgn along.  Siti masih kecik lagi time tu.. sesekali pi tolong nenek kat kedai nasi ayam kat bandar klang.. uih mmg time remaja macam2 gak aku buat tau.. maklumlah org susah.. kalu dapat bantu mak abah cari duit.. aku takkan lepas peluang lorr.. kan kan?

Bukan main panjang citer kenangan lepas spm.. i bet korangpun da tak ingat apa korang bikin time tu kan?  Masa tu aku ingat aku terkena demam campak.  Sakit dowhh.. kat atas kepala penuh kudis2.. punyalah sakit Allah je yg tauu.. tu lah pengalaman demam campak.. jauh lak dr mak ngan abah kat selayang.. huhuu.. tapi masa atuk aku meninggal.. mak abah datang menziarah terubat jugak rindu dan mengadulah aku kat abah.. "abah ha sakit ada kudis kat kulit kepalaa.. " ..huhuu.. rindu abah pulak tiba2.. semoga abah dlm kalangan org2 yg soleh di alam sana.. ha sentiasa doakan abah ye abah.. aku mmg manja dgn abah.. abah panggil aku sayang abah.. sampai ke tua ni rasanya kasih syg abah tu pd aku.. huhuu..

Itulah antara kenangan zaman abis spm aku dulu.


Ni masa tingkatan 4 kot.. nyengeh aje kan?

Beza tak dgn sekarang?

Ok lah.  Kanda ajak balik.. ngantuknyerrrr..


Thursday, May 24, 2012

abah sudah pergi.. 1940 till 2012

harini masuk 14 hari dah abah pergi.  teringat kali terakhir aku dan mak makan buah mangga lepas aku pujuk abah makan bubur instant yg jadi feveret aku sebenarnya..   mak cuba2 tanya abah nak tak?  abah taknak.. geleng, tapi bila mak nak menyuapkan potongan mangga tu ke mulut dia, dia pun bukak mulut dan makan.  ya allah, itulah kali pertama and kali terakhir mak dapat menyuap abah.  walaupun dia sakit, mmg mak kata abah takkan mau disuapkan.  huhu.. sedey niii... tapi aku redha dan semuapun dah sedia terima yg masa abah dah tiba.  lama sudah dia menderita sakit yg disimpan2 kesakitan yg cuba disorok walaupun kami tau dia menanggungnya.   

siang2 tu dia meracau2 since awal pagi lagi.  biasalah aku kalu abah sakit, or mak yg demam or whatever conserning mak abah, aku tak keje sebab kena amik masa dgn mereka ni.  korang pun sama kan?  aku dah tengok abah tak larat nak angkat mukapun time tu.  aku layan dia pi beli teh tarik and roti canai. abah tak lalu makan sgtpun 3, 4 hari tu.  aku ada ni, aku nak pi layan depa berdua.  beli roti canai tu potong2 kekecik bagi ke dia.  eh, dia mau laa.. alhamdulillah.. adalah tenaga sikit.  tu yg aku pakat2 tanya apa yg abah tingin sgt nak makan nanti lunch aku pi cari (konsep bukannya nak buat, sebab pasti ada org jual maa.. ).. baik kan anak mcam ni.. adoii..  abah takde apa2 yg dia tingin.  dia senyum je.  aku suggest ke dia.. jom kita makan ikan bakar nak bah.. dia senyum lagi.  aku tau dia menahan sakit je tu. last2 dia kata mana nak cari?  aku kata aku taulah nak cari.  ikan kembung ke, ikan cencaru ke.. ada je org jual tu kat ketapang tuu.. haaa.. abah setuju.  aku soh dia relax dulu sambil aku picit2 badan abah.  uzur sesangat dia waktu tu.  

mak tak suka idea aku nak belikan ikan bakar tu, dia decided dia sendiri nak buat. wahhh.. tulah dia kisah hari terakhir abah.  dah siap masak ikan bakar actually ikan kukus dalam daun pisang paling hebat aku rasa mak aku buat.. abah tak makanpun.  sikitpun takmau.
minumpun susah.. tulah dia.  kenang2 mmg sedeh tapi itulah abah.  

lepas petang makan mangga tu aku tak mai lagi jenguk dia.  kat umah aku je di belakang.  lepas mak called kol 2 pagi tu aku terus terbangun angkap hp lepas first ring.  mak dah nangis2 gelabah.. abah ni haa.. ko dtg cepat tengokkan.  masa aku rushed ke depan mmg abah dah takde lagi.  dia tenang je pegi dalam tidurnya.  di malam/pagi hari jumaat yg penuh berkat.  

lepas semua dah berkumpul adik badik kami dan abah sedara mara semua sahabat handai, abah dimandikan dan dipersiapkan di surau mustaqim.  ramai membantu.. tak sangka.. anak laki dia cuma acu sorang je, tapi menantu2 semua turut sama membantu.  lepas tu solat di surau.  pastu solat lagi di masjid lepas solat jumaat.  kemudian abah disemadikan di tanah perkuburan selayang baru lepas solat jumaat itu.  walaupun hari tu panas, cuaca sgt sejuk ketika kat kawasan kubur mendengar talkin.  sebaknya masa itu.

abah, semoga abah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman ye.  semoga berbahagia di sana.  kami sentiasa merindukan abah dan akan mendoakan utk abah selaluu.. aminnn.


Friday, May 04, 2012

cuti hari buruh and abah

haritukan cuti labour day.... aku takde apa2 plan, selain pi bekfast sefamily at our usual place, pasar selayang.. mak memesan mi jawa, and also teh tarik for abah, the usual drink for abah.  awal giler haritu, like 8.30am kami dah terduduk kat ujang's tu.  mmg org ramai weh.. sementelah cuti, kan?  kanda makan lontong dgn paru, adik makan lontong kosong, amal makan nasi lemak with ayam goreng and i had mihun sup with begedel kentang.  mmm.. rasa mula2 nak makan memacam since lapau ke alah tp bila dah makan separuh je  mihun sup itu.. purutku sudah rasa sgt kenyang, lalu aku melupakanlah nak pekena laksam after that... hahaa.. sgt besar selera aku kan?  well.. suka sgt makan2 ni, so tulah badan aku pun seswai sgt dgn selera aku ni.. ahaks! nasib baik aku dah ada premium beautiful.. terkawal la sikit, rasa dah kenyang cepat dowhhh.. hik!




malam tu nak dekat maghrib, abah mengadu sakit2.  mak kangkabutlah panggil kami.  kesian sgt abah.. aku ingat abah nak pegi dah tau masa tu.. huhu.. maafkan akuuu.. mmg dia nampak menahan sakit yg amat sgt.. "sakit, sakit".. itu je yg keluar dari mulut abah.  aku sapu2 kan belakang abah.. aku soh dia tukar sebut allah, allah, jgn sebut sakit2 tuu... mmg dia sakit dalam perut and kat belakang badan.  rasa macam dihiris2 katanya.. aduhhh, tak buleh ku bayangkan cemana rasanya tu.. mak sapukan minyak kat perut abah.. angin keluar sikit2.. ya allah.. rupanya dia tak lalu makan dua tiga harini, angin sudah masuk byk la kot tu.  kesiann abah.  menitis air mata aku bila tengok dia gitu.  dahlah kaki dia kat jari2 tu dua2 pun bengkak macam buah lisut tuu.. hari2 ku sapukan minyak, ini jadi sakit begini.. aduhlahh..
ya allah, kau sembuhkanlah abahku ini.  biarlah dia tenang menghadapi hari2 tuanya.. jauhkanlah sakit2 dari badan tuanya itu ya allah... 



waktu abah macam ni, mmg aku nak bagi apa saja yg dia mintak nak makan.  dia pun kalu kita tanya.. sokmonya takde apa.. abis2 teh tarik.  tadi aku nak pi keje, dia mintak apam balik.. how incredible.. dia boleh pikir nak something.. tentu aku akan cari balik keje nanti, insyaallah.. 


sabar ye bah!!

Wednesday, January 25, 2012

abah oh abah

hari selasa aku tade appointment pagi, so decided to just blog hop and do some facebooking.  mmg inilahpun the best way i do my online business to market premium beautiful.  sdg asyik tengok2 fb, tiba2 mak mai bitau abah nak pi spital, cepat2 bawak. gelabah taik anjing la akupunnn.. cepat2 bersiap, terus bawak abah ke hospital selayang.  mmg mencungap2 abah nak bernapas masa tu.






lama jugak doktor buat checks.. takde asthma, tak bagila gas, cek jantung la, itulah nilah.. last2 dah kol 7 lebih baru dia decided nak tahan abah kat ward.


this morning my turn with hubby tunggu dia.  last nite my bro in law, dah amik turn.  abah dpt lena.. alhamdulillah.  dapat lena means dapat rehat.  i tot if he's fine, we can take him back, but no, doctor said kena cek lagi since suspected tibi or maybe cancer.  OMG.. terkejut aku dgn possibilities ini.  tapi aku redha, aku soh abah juga tabah, sebab ini semua ujian.  aku stayed dgn abah since morning.  adik2 abah semua ada datang dan tipon juga bertanya kabar.  bagus, kan.. dapat siblings yg so caring like them.. tentu abah suka adik2 dia dtg melawat.  anak sulung, tentu abah tau kerenah dorang semua.


kami adik badik, gilir2 la tunggu abah.  mak bukannya larat sgt, dia pun dah agak uzur, yelah, udah 70 umur mak.  selama ni pun mak la yg menjaga abah kat umah.  malam ni my hubby is going to accompany abah tido di ward.  saja la tunggu kan, takdelah dia rasa sorang2 walaupun ward beramai.  kesiannn abah.. sgt kesian.  first time dia dok di ward.    


abah oh abah, kami semua sayangkan abah dan semoga abah cepat sembuh!!



Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...