Showing posts with label bengang. Show all posts
Showing posts with label bengang. Show all posts

Tuesday, March 31, 2020

Dok diam2 di ghomahhhh

Harini ckuplah 2mggu kita dok dighumah diam2 takleh kuar kerana arahan kjaan melalui Perintah Kawalan Pergerakan or PKP.  Pastu kjaan setelah ditimbal balik keadaan masyarakat mesia yg mmg ketegaq.. Pkp telah ditambah lagi 14 hari sehingalah ke 14 april 2020.  2mggu dah terperap ni.. i rasa bengong pun ya.. letih pun ya.. Adakah sebab xkena matahari or tak dpt melihat or berada beramai2 dgn org2.. Hehee.. Bersabarlah hati.. bersabarlah kita semua yek.  Bukan utk sesapa nih. Utk bangsa kita juga.  Ujian akhir2 zaman ni berbagai2 jenih kan?  X penah sangka dpt duduk makan. tido borak dgn botak and dua2 anak bujang i kalinih dlm jangkamasa begini lama. Tadak gaduh pun.. Cool jer i.  Hahaa.. Boleh?  Lama lagi nih nak kena bertahannnn.. yihaaa.. Ngekk

Sekali je haritu pi kuar dgn botak ke pasau cari brg dapor.  Panehnya smpai ke harini buleh ingat berdengkungnya terik panas tu kat kepala naik moto berdua.  Pastu keluar ke depan jer.. pi umah mak..borak2 smbil tgk tv dgn ety n along.  Pastu tadak keluar lagi dah.  Even ke depan rumah kat area selipar kat luar tupun idok wehhh.  Selama nih botak ajer ler kuar. Ketua kuarga sgt dia tiap hari pi cari sapan.  Akmal n  azmeer ada gak ke depan angkat kain baju or buang sampah. I tadak.. Dok di rumah keje masak2 and makan.  Eh lupa lak.. keje opis buat jugak wehh.. Udah dibawakkan laptop balik.. maka paham2 jerlah keje kenalah buat.  Byk pulak tu.  Lenguh pinggang and bahu tau dak?

1st time jugak nih merasa keje di rumah.  Pengalaman baru.  Makin letih walaupun xyah kejo masuk start 8.30 pagi and keje kat meja makan jer.  Lain betui.  Peghak sungguh masa awai2 tu.. Now dah ok.  Masak pun dah tatau apa lagi nak dimasak.  Dah la vocab lauk n resepi i sgt terhad kann.. Last2 order jer.  Janji boleh kenyang.  Ye idok?


Jajan temankan umi wat keje.. kannn? 



Monday, March 18, 2019

Masak apa malam ni?

Malam ni masak mihun goreng.  Walau balik smpai umah dah 7lebih malam... nak masak jugaklah.  i dah wasap amer anak i soh kuarkan daging and udang.  I kabo nak masak mihun ini malem.  So dia dah defrostkan bahan2 tu.. mudahlah i nak bersilat nyiapkannya.  Biasalah kalu kita nak buat.. kita usahalah buatnya kasi jadi.  Kalu kita tekad tentu menjadi.  Ni sebenonya nak citer bab apa yek?  Oh.. bab jadi tukang masak kat umah ni.  Eh dah penah tulis kot pasai ni? Jap nak cek entry marin... takde lagi la.  Maybe i tulis kat ig ke kat mana2 la kot yg kisah last week tu.  Bukan kat blog.  Okeh i tulis lah sini buat kenangan.

Senin last week tu i keje macam biasa.  Tp badan rasa cam letih lesu sgt.  Rupa2nya i sakit2 seluruh badan sbb nak piyed.  So pempuan kan?  Pobly lama tak stori pasal piyed sebab takde kisah pasalnya yg menyayat hati.  Tp kali ni ada kes la kan.. tau lah i kan.  Kadang2 sensitip tak menahan.  Badan sakit.. perut sakit.. pinggangpun masa nilah nak sakit jugak dgn melebih belah kiri pinggang ni buat cam nak patah.. duduk pastu nak bangun rasa nak tertanggal bahagian bawah and atas begitu rasanya sakit engkau.  Mesej la kat laki.. sakit perut bang.. sakit pinggang piyed.  Nak tido jer tak tahan.. i kabau ke dia.  Dia balas ok.  Huhuu.. sgt mengambil berat lakiku ini.  Ntah apa dia baca dan paham bila bini ngadu sakit and nak bermanja tak paham2.  Okehlah dah bitau dia.  Settled lah.  Bawak2 jer badan ni slow2 sampai 5.30 masa nak balik umah.  Nak luruh gak ari2 rasanya.  Kdg2 piyed ni macam ni lah sakitnya.  Kadang2 sakitnya ala2 kita bleh buat tatau.  Tapi itulah.. bila dtg sakit yg teruk.. buat2 tahankan dan usahalah utk berehat seketika membiarkan badan mengambil masa utk berlunjur.  Berapa lama nak smpai umah dr opis dgn basnya.. naik tangga kat sentulnya turun plak ke platform naik ketapi plak.. pehtu panjat tangga lagi jalan ke kereta plak.  Abis dah tenaga rasanya.  Ditambah dgn sakit tua yg sedia ada.. Allahuuu.. begitulah yg kurasa.

Sampai umah.. masuk umah.. Akmal tanya.. umi beli apa?  Tadapape.. umi letih nak relax je i kabo.  Malam ni masak apa mi?  Tanya nyer lagi.  I kata malam ni umi tak larat masak.. nak tido cepat je umi sakit perut piyed ni.  Nanti korang belilah apa2 nak makan.  Akmal dgn spontannya bleh kata.. aik.. tua2 pun piyed lagi ke umi?  Aduhhh.. sentap jugak laahh.  Apa i jawab masa tu yek? Ntah i dah tak ingat.  But tentu anak2 i ni rasa i m too old to have that excuse utk berehat?  Amal tentu tatau yg umi dia ni masih boleh beranak okey?  Cuma ayah dia je blom boleh memberanakkan umi.. ekekek.. apalah kan?  Tiba2 uols cer bayangkan... i mengandung lg selepas azmeer 17taun nak spm ujung taun ni.. dgn ayahnya umor 52 i plak umo 3taun je muda dr ayah dia.. tet tett membawak perut bunting pegi keje? Ohh.. wow.. kuasa Allah sapalah yg tau ye takk?  Segan ke bangga uols rasa i pikir?  Hehee.. ohmaigoddd.. ontahlah kann?

Ehh.. melalut la jauh haa..  i lepas explain i nak rehat i pun mandi and tido baring kat dlm bilik.  Bila laki i balik.. dia tanya i masa i sedang baring tu.. malam ni tak masak ka?  I kabo.. i sakit perut la bang.. tak larat nak masak.  Ehh.. cara dia tanya i tadipun macam.. tak caya i tak boleh masak.  Macam tgk i sihat gituh.. apolah laki.  Tu pasai i mesej dia tadi bitau.  Rupa2nya tak register jugak dlm kepala dia yg i tak larat.  Hai la suriani.. sabau je la bila org tak mau paham kan dirimu.. melainkan kau sendirlah yg merasakan apa kau rasa.  I kata nak makan beli je lah apa2.. takkan lah nak tunggu i bangun masak jugak.  Teruk betui.  Lewat malam i bangun nak pi bilik air.. i nmpk laki i dah beli satey atas meja.  Satey?  Kenyang ka beb?  Oleh kerana i dah bangun dan rasa lapau jugak.. i pun makan je la satey tu 4btg.  I mmg suka satey.. tp 4 btg je yg i lalu makan.  Lebih pada sedih jer.  Ingat adalah nasik or mi goreng ke kan.. nak lah makan sbb lapauuu .. syukurlah ada gak makanan ye tak?  Sedih pun ye jugak mikir.. adakah i ini cuma dilayan sbb nak masakkan mereka makan saja?  If takde masak.. i kena std by belikan mereka makanan?  Hmmm.. sesekali nak merempan jugak kann?  Selalunya i jadi sedih mende2 cam nilah.






Friday, February 23, 2018

apa ke dibuat tu deyyyy

aku dah lunch nasi kabu.  harini tapau je kat jualan MIDA dekat2 opis aku.  malasnya harini.  mood pun ke laut since malam tadi.  menyampah mikirkan.. bila laki bitau ahad ni dia nak pi kenduri kawin kawan kat pilah dgn kawan2 moto dia.. so, mmg takde di rumahlah lagi as most of the weekends.  kena tinggal sokmo.  mmg rasa asik sensorang.  anak2 mmg takdelah nak dodok di rumah kalu weekend kan.. tak suka betui perasaan sorang2 tu, walaupun ko kata aku duduk dekat mak, dekat along dekat siti dekat smualah.. but when in real facts.. kat rumah aku tetap seorangan.  nak lari pi ostralia.. takde pulak kawan kat sana.. ada ke tak?  nak lari setaun dua.. cemana rasa agaknya ye?  meninggalkan dia?  membiarkan dia?  eeeyy.. benciiiiii


tulah dia perasaan menyampah yg terbuku bila rasa akan ditinggalkan.  tak duliklah apapun tujuan dia pegi tu.. pada aku dia mmg nak beritau yg dia tanak aku kat situ.  bila fikir2 mmg sebenarnya aku yg nak halau dia dari hidup aku.. tapi tak boleh sebab dia tetap takmau pegi.  bebal....







Wednesday, March 22, 2017

Ye betul.. saya mmg biziiii

Apa yg kau belajar harini labu?  Cer bitau.  Tentu ada sesuatu dr perkara2 yg berlaku yg buatkan kau dpt sesuatu utk kau kenangkan sebagai pelajaran berguna?  Hmm.. apa yek?  Harini aku rasa macam byk ngat keje.. tp aku tetap gak nak balik 5.31pm.  Apakah aku kejam?  Apakah yg membuatkan aku rasa aku boleh je balik walaupun keje2 aku masih melambak2 kat opis?  Kenapakah takde rasa bersalah atau rasa perlu stebek nyiapkan keje2 yg melambak tu dan mengurangkan stress keje byk lagi bila keje2 lain ditambah lagi pd kau utk keesokan harinya?

Meh aku bitau korang nape aku jd begitu.  Bukannya aku malas sgt or aku berkira timing keje nak ikut time balik 5.31 sharp2 kena cabut.. takkk.  Aku suka keje aku.  Harini mmg aku manyaaaaak sgt keje.  Aku akui macam tak bergerak2 list yg aku tanda kalu aku dah siap aku pangkah or aku strike off.. tapi tulah... bila kol 4 je aku dah teringatkan seseorang itu.. apa ke dibuatnya skrg ni.. dah bersiap2 ke dia nak balik keje meredah jam?  Apa ke yg dia nak beli utk dia makan nanti.. beli siap2 makan ke beli kendian malam2 je makan ke.  Mmg la aku ni asik je tingat kat dia.  Dasat lak alasan aku kan..

Tak lamo tu.. laki den abg botak called .. telling me .. baliklah senirik.  Mmg aku tak kisah balik senirik.. tp aku mikir.. aku tak bawak keta la pagi tadi.  Sbb laki tak signal soh bawak.. so aku akan sakit ati pening nak mikir naik teksi dr komuter stesen nanti.  Bila mikir2 ni aku jd tak best dah.  If la kan laki kata.. dia akan amik.. tunggu kejap by 6.30 aku rasa ok bleh gak buek kojo abihkan.. ini tak.. soh balik senirik.  Hmm... ni la sifat manja aku yg aku senirik tak buleh nak elak.  Sifat manja pd laki yg tak berapa nak kisah.. terpaksalah layan diriii.. pikir nak tengok wayang la dulu sblom balik.. pikir nak singgah kat niza la makan mi bandung ke apa.. pikir tu pikir ni.. sebenaunya susah kepala serabut mikir tanak naik teksi jer.. huhuu.. uber lagi la aku tak berkenan.  Menunggu tu yg aku takleh tahann.  Haruskah aku jalan kaki?  Oh so berpeluh tiak basah takmo.. so.. hadap lah haa.  Ni dah dalam tren pun.  Jap agi smpai la kot batu keb.. meh la remy ishakkuu.. amik i kat stesen batu keb meh.. i blanja u makan sizzling mee kat giant bt keb.. pastu i bawak u pi urut kaki kat uptown srigombak jommm..



Monday, October 31, 2016

mengapa dia tak belajar?

aku mmg lah bukan isteri yg baik
aku ni tak rajin masak sangat
aku ni tak rajin mengemas sangat
sebab tu la aku tak boleh jadi bini kau yg baik... tapi aku dah bitau.. ko nak jugak terima.
aku dah kata takmo dah dengan kau kerana aku tau aku tak boleh nak penuhi kendak kau.
tak kisah konon, kau nak jugak berbaik2 dgn aku.. tapi nampaknya kau buat pangai balik
aku dah utamakan kau pun dah baik, kau kata aku macam2 pulak.
aku tak boleh baca hati kau.. jadi aku ikutlah kata hati aku mengikut situasi.  kalu ko tak puas hati, cakap elok2, jgn kata aku mcam tu.  macam aku ni tak boleh ditegur baik2.. bila aku melawan.. baru kau nak pelan2 cakap.. pegi jalan laa.. sakit ati ni tau.. aku ni takde perasaan ker?

aku mmg dah tak nak kat engkau, mmg dah menyampah
tu yg aku decided nak berpisah
tapi ko pujuk2 konon ko nak berubah.. aku ni pujuklah hati sendiri kot2 mau baik menjadi seperti yg aku harapkan.. tapi.. hampa.. hampas.. hampehhh.. bencik dah datang balik bila ingat

mananyer berubah..
bertambah ada.. org kata jgn isap rokok dlam rumah, kau dah selamba.. mmg kau nak aku mati dulu kan?  ini bini la.. bukan jiran sebelah rumah yg ko boleh buat tatau je bila kau menyampah
boleh kau bahasakan je bila kau tak suka
sakit ati aku tau tak.. aku dahulukan kau pun aku kena.. lebih baik aku kendiankan ajer ko baru kau rasa.

aku nak tengok cemana kau nak layan if aku tak pedulikkan kau lagi
aku boleh je hidup sorang2.. tapi bila kau nak berambus dari rumah aku tu?




Wednesday, December 31, 2014

terasa

Selamanya hati ini akan memujamu..
mencintaimu adalah dahagaku
Waktu dengarkanlah
selalu dekatkanku dengannya
hingga ku menutup mata.. satukanlah hati

-akim-

Intro lagu tu sebab tengah dlm keta tggu mak kat kedai spek.  Dia nak tukar cermin katanya.  Malas nak join dlm kedai sbb parking takde.. kot2 kena alih aku std by.  Dr tadi sampai la ni kat luar jer.. kdg2 rasa tanak keluar sebab inilah.. ada jer nak beli.. itulah inilah.. semua nak dibuat.  Barang2 dapur habih pulak.. nak tanak kena gak pi beli.. beli mana.. pasau la kan. Terlanjor dah keluar maka ajaklah along and siti sincr deme ada lagi kat umah mak and ct plak masih cuti.. hui sonok rasanya bila cuti and ada gang.  Aku cuti till skolah bukak 5hb.  But since skolah bukak 12hb.. aku takpeklah terus cuti sbb aku bukan keje kat sekolah.. ekekek.. logik la kan.. macam korang tatau..

Laki den awal2 pagi dah kuar.. semalam katanya nak pi service keta kawan yg kasi pinjam.  Smpai waktu ni.. 13.08 tengahari dia still x balik lagi.  Ngantar kereta dan akan balik naik train katanya.. hmm.. aku msg nak aku amik tak kat stesen komuter?  Takyah katanya.. dia balik sendiri.. huhuu.. dah tak diperlukan lagi aku rupernyer.. sedih jugak.. ataupun mmg dia nak lambat2 jer nak balik takmo cepat2 sbb jumpa kawan2.. gitulah rasanya.. takyahlah nak sedih2.. biarkan saja.. lelaki kan tak suka kalu kita terlalu sibuk nak tau dia kat mana.. jumpa siapa.. kenapa dengan dia.. atau tanya dia tu siapa.. mmglah aku tau tu.. selamanya pun aku cuba tak nak jadi bizi bodi.. lagi2 dia jenis yg takkan bitau kalu kita tak tanya.  Aku bg saja semua yg dia mau.. dia mau privacy so privacy lah yg akan ku berikan.. lantaklah sudah ku pasrah nyahhh..

Aku tau tempat aku di mana.  Sekadar isteri.. ngehh.. entahlah.. asalkan aku tak lepaskan tanggungjawab.  Lain2 ku dah cuba.. ku serahkan padaNya saja.. mudah kannn?




Tuesday, November 11, 2014

tiada apa2

Laporan utk hari ini ialah tiada apa2 utk dilaporkan.. aku mmg kuat melapor.. semuapun aku nak lapor.. sampai dah jelak aku sendiri membaca laporan itu

Nak letak cerita menarik banyak.. tapi tulah .. aku malas sgt nak retype.. taulah blog pandai aka smartblog aku ni tak benarkan aku copy paste from other sources.. nak soh aku retype the whole story mmg aku takdo maso.. tiap kali terpikir nak tampal citer best2 yg aku baco.. hmm pikir 116 kali.. muko blog ni jadi putih.. jadi pelik.. biarlah aku simpan dlm ati yo semuo cerito tu.. makan dalam tauu.. ekekek..

So apo dio yg takdo laporan tu?  Ni lah dio.. time kito tunggu orang nak berborak dengan kito sambil lipat kain.. orang tu macam bizi bonar layan game dio.. iyolah.. macam ado takdo yo kito ni.. montang2 lah kito ni sentiaso ado yo bilo2 dio nak.. nantilah den poey bawak diri.. nanti den poey.. jgn lagi cari den bilo2 ekau suko.. tergureh bona hati nih.. jadi ntah nomor beghapo dalam idup dio tu.. hampehhh.. sodehhh..

Tu yo lah..
nak offline jap.. nak bawak diri pi alam mimpi.. hati oh hati.. belajarlah sodar diri.. dilayan bilo diraso mau yo.. gunite all


Wednesday, October 13, 2010

Langkawi

aku kan, nak pi langkawi bulan 5 taun depan.
aku dah cek ngan AA nya website semalam.
sgt murah katanya, like RM368 for the whole family, 4 of us.
with hotel.. apa ke namanya Eagle bay, entah.. for 3 days 2 nite.

masalahnya tak buleh buat payment mbb2u.com
badigol sgt.. aku takde credit card la labuuu..
how la wehhh.. dah excited, tapi tak jadiii

potong stim katanya...

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...