Showing posts with label family gatherings. Show all posts
Showing posts with label family gatherings. Show all posts

Friday, December 20, 2019

Holiday mood

Tapasai2 mikir nak coti panjang je i ni kan.  Padahal coti i abih dah punn.. Tiada.. Nada.. Yilek.. Abihdohh.. Cuma nak gak coti.  Ni hari ni dah nak balik pun lg 30minit.  Esok weekend dah cotiiii.. Yahuuu.. Harapkan weekend je lah.  Apasal suka sgt?  Nak berjalan lah kannn?  Bukan nak jumpa buah hatipunn.. Bukan pi honeymoonn.. Tp bukan itulah saja utk digembirakanpun.  Asik nak berjalannnn jer.  Mana nak ada simpN duit kalu asik berjalan.. Walaupun dedekat.. duit tetap menyusutt.. Kan?

Last week pi pahang.. Kawan botak kawenkan anak kat bukit mendi.  Botak ajak sekali pi sebab i nak ziarah pak mentua yg dah ada kat sana.  Pi 3 banak dgn Azmeer.  Takde la boring sgt kalu botak tak hiraukan i pi cari kawan2 dia kann? Ameer best gak jd gang.. Bab. makan and jalan2.. dia ok..  Pastu dr sana.. lepas tgk2 ayah.. rupanya dpt tau cucu sedara dah bersalin.. Nahhhh.. Cicit loh i dah ado.. Ekekke.. Hebat benau kawen muda gituhh.. Porahh.. Saja jer bg sonok diri sendiri.. Botak pun tak dikabau dah bercicit.. kira terkesima gak dia dah takde dalam senarai ahli fmly yg diberitau.  Padan muka.  Dulu bangga ngat dialah dicark dlm kuarga walau yg bongsu saja.  Now mmg dah terketepi punn.. Cemana rasa?  Nmpk segan jer botak bila i brought that subject up.  Heheh. Sesekali dpt bg dia sakit ati i mmg suka sgt.  Kasi sedor.. Ekekek..

Balik tu pi pulak ke serting.. Negeri semilan melawat kak ipar lg sorang.  Makan laksa.  Kak yah nmpk gemok dr biasa.. Gemok dr i actually.  Dulu bab mengata i gemuk dialah no 1.   Nasib sudah berubah nampaknya.. Walaupun i maintain gemuk.. Dialak tambahhh.. Ekekek.. Jahat tak?  Kak yah bela 2 cucu dia. Taklah sunyi ngat.  Abg ipar tu 3x kena cuci buahpinggang seminggu.. Bayangkan.. Allahuakbarr.. Tp dia relax jer.. Jaga makan in shaa allah boleh tahan lama lagi buah pinggangnya ituhh.

Weekend ni nak pi ipoh lak.  Sepupu i belah mak belah bukit kuching tu ngawinkan anak di ipoh.  Ingat lepas makan kenduri nak pi melawat pakngah i kat area ipoh gak.  Adik abah tu.. Lama beno tak jumpa since makngah takde.  Pastu nak lepak semalam di ipoh makan2 jalan2.. Gituhh.  See how lah duit tak menyusut.  But yeah.. family kita kena teruskan sambung silaturahimm.  Begitulahh.


Wednesday, May 03, 2017

cuti hari pikirja kau buat apa?

ntah kenapa along bleh dgn pantasnya terpikir nak buat kenduri tahlil utk arwah2 and also doa selamat kat umah mak.  aku pun takde terpikir.  byk mende aku tak terpikirpun selama ini kan.  along sebagai akak sulung mmg baguih rasa tanggungjawabnya.  byk mende bab kekeluargaan dia lah yg akan amik tanggungjawb merangkap mak kita.  iyerlah, aku suka je bila ada org begitu.  kita yg adik2 ni follow je lah.  sumbangkan apa2 lain yg kita patut, sementelah kita takde aura kepimpinan nak mengajak and mengatur semua hal kan.  kadang nak folo pun susah gak.  nak bantah je yg ramainya.. aku suka gak bantah.  kalu aku rasa org boleh terima aku bantah je.  selalu nya org2 or adik badik aku akan lawan, if deme buleh tunjukkan deme betui, maka aku terimalah.. aku bukanlah jenis tak buleh mengalah.  aku org yg terbuka minda in sya Allah.  adik badik aku pun tak ramai, 5 ketui tu jelah.  yg selalu nak berkumpui mmg susah, so, masa2 beginilah kita usahakan.  haritu tahlil buat hari ahad malam memandangkan abg ngah emi, abg ipar aku yg dok klang cuma boleh tolong lead majlis tahlil tu lepas isyak, or 9pm lepas dia balik keje petang hari tu.  isninnya cuti lagi, so sedang eloklah buat hari ahad malam.  bukannya ada org2 lain pun, kami adik badik ipar duai je pun dengan mak.  itupun acu sham tak dapat juin, bizi menguber katanya.  biarlah.. mana nak membuatnya masa org bukan kita yg mengawalnya. udah bitau awai2, pepandailah ko ejas, nak and tanak, ye idok?

pagi2 tak pagi jugaklah kami keluar beli barang kat pasar, eh, pi sarap dulu adik badik, i mean aku along angah and am and also laki aku juin masa sapan je lah.  tak lama kaklong maza datang jugak.. oh seronok jugak kumpui makan kat pasar selayang sesekali kannn?  borak2 and makan2 memasing, suka kauuu.  peh tu aku and along angah bergegas beli bebarang.  on the way balik anto lah barang yg kawan den puspa hatiku pesan.  dia tak sihat, so, aku offer diri membelikan barang2 utk dia masak.  sian dia.  baru discaj dr hospital kemarinnya.  semoga kau cepat baik and bertugas macam biasa balik puss.


Masa along angah menambah brg2 kat sri ternak.. kami pakat selfie.. ehee nina pun suka.

dah sampai umah, kami pakat2 relax jap.  kol 12.30 nak pi kenduri kawin mimah sarimah anak cik mokhtar mengawinkan anak sulung dia.  aku pun anak besau2 dah, tapi belom la nak menantu kan.  menanglah mimah bab tu. aku and along and laki aku pilah kenduri tu dulu.  semalamnya sabtu pun pi kami bertiga gak makan kenduri, tapi sabtu tu pi umah sedara laki aku, kak yang.  org ajak, pegilah.  kenduri kawin je lah nak tengok aku berjalan dgn laki aku.  kalu lain2 rasa udah takde can.. udah takmaun.  kawan2 dia mmg beruntunglah dia mau diajak minum teh.  kalu dengan aku, samada makan kedai or pasar or kenduri kawin.  lain2 mmg tak merasalah jalan dgn laki.  udah takmau lah aku jalan sama2 kot.  keseganan barangkali.  bini dah tua and gomok. ekekek.. dia tak mau, aku sendiripun pahamlah.. takmau sudah.. aku pun boleh je pegi sendiri mana2 lain.  bawak diri dah lama.  so, kenapa lak nak terasa pulak dah sekarang ye tak?




petang balik kenduri, pakat rehat dulu.  kol 3.30 kita janji nak mulakan masak.  aku pun balik umah, tido. letih kenapa ntah nya.. ekekek.. mana tak letih malam kemarinnya balik lewat amik siti kami terus berjimba kau.. heheh.. tulah dia.  siti belanja makan.. selalu sgt org belanja aku makan kau.. rezeki aku bab makan ni alhamdulillahhh.. aku suka makan kann.. deme paham.  eh, masak apa utk majlis tahlil nanti?  kami sama2 lah pakat masak.  ayam goreng rempah, ayam masak merah, ikan cencaru bakar, sayur campur tumis dgn fisball and udang, buat cicah asam and also buah tembikai and limau sunkist.  air kopi and teh o jer.  Am sponsor ayam masak lomakcilapi dr dapur dia.


‪



Takdo lak amik pic ayam and ikan and ayam masaklomak cilapi.. huhuu.. xdo.. lupo la tu.

ahad pagi sapan apa yek. oohh.. along and angah pakat buat lempeng taruk kelapa and nasik goreng.  sedap pulak, bangun2 along mesej soh pegi depan umah mak juin sapan.  org ngantuk disorong bantal lakan.. heheh.. pegilah kami ke depan.  petang tu aku pi ajak along pi amik siti balik keje kat starhill bukit bintang tu, and kami trylah jenjalan sementara siti abis keje kol 7pm tu.  seronok gak lama tak jalan2 kat kl kan.  asik2 selayang kl sentral setapak.  tu je lah.  siti abis keje terus bawak pi setapak, ehhh.. setapak lagi kau.  siti pun setuju je aku bawak dgn mama dia (along aku) ke movie.  kami layan citer "guardian of the galaxy 2.  best giler nyah.  citer kelakau fiction.  ko mampu?  gelak banyak la aku.  lepas tu balik kami singgah nice seafood dulu makan sblom balik.







Den makan cam lapau bona lak.. nasi goreng USA.. hehee..



Monday, March 27, 2017

enjin mengaummm

jumaat malam masa tengah layan maharaja lawak, ally mai rumah.  ally kata mami dia ada kat depan umah opah.  sonoklah ameer sepupu dia mai melawat.  byklah aktiviti deme nak buat tu. ally anak angah aku, kakak nomor dua yg tinggal di klang.  cuti dah nak abish baru mai.. tu lah dia.  yg cuti anak, yg nak kena bawak berjalan ialah pak or mak, maka kenalah anak2 tu bawak bersabar2 ye tak?  tu yg sudi bawak, yg macam aku ni, takde pun nak bawak ameer gi jenjalan.  rasa bersalah pulak haa..  nak wat cemana.  aku tak senang.  padahal selalu gak aku ajak dia join kalu aku berjalan.  selalu dia rajin gak ngikut.  walau kdg2 aku yg bengang kannn?



esoknya sabtu, along ajak pi sapan kat pasar.  aku kabor kalu pasar tak dapek, sebab aku nak menganto keta aku yg dah seminggu berbunyik cam keta sport kau.. verum bum bum semacam je.  bak kata along, bunyi macam moto bot.  along nak ikut jugak pi merepair, so bawaklah dengan angah2 sekali.  workshop Ng kat area barakath tu tak bukak lagi. kami park betui2 depan tu and kami cari makan.  nak pi barakath nanti tak nampak lak kalu Ng dah mari, so kami makan je la kat warung depan workshop tu je.  propah giler nak kejo org bukak kedai kita nak terjah dia awai2 sebelom dia amik org lain punya kereta kannn?  kami makan nasik ayam kat depan tu.  along makan mi sup, tp mi nya dah semacam maybe dah lama katanya.  eh, macam2.  last2 along mengabiskan nasik ayam si nina yg tak abish.  aku lak meluru gi ke Ng bila dia dah mula bukak pagar workshop dia.  last2 Ng tengok dia stuju yg mmg ejos keta aku yg masalah.  and also, dia tak buat sebis repair ejos and mesti pi kat pakar ejos jugak. so, dia recommend satu kedai, kat area barakath near simpang bendahara... so, kami pi lahh.. ijal exhaust.  pakar exhaust it seems.  adik tu soh tinggalkan keto sbb dia kena baraikan jugak baru tau apakah masalahnya.  makin nak sampai kedai ijal tu tadi, enjin ni makin lama makin teruk derumannya, kauuu..  bila mekanik tu, nama halim tu soh tinggalkan keta and nomor tipon, maka aku takde apalah dalam pikiran, melainkan jalan ke pasar or jalan balik.  ntah kenapa alogn and angah main ikut je apa kata aku, moh la kita balik.  bukannya tak buleh tunggu cab or tunggu kat kedai2 situ je, tapi sebab aku pikir akan amik masa yg lama sgt nanti, deme ikut je la aku balikk.. sian along yg kaki sakit.  angah and nina jalan ok je, cuma peloh2.  nak buat cemana.  teksi sebijik pun takde kau.  semua dah keluar bekerja or mmg tak keje sbb byk jugak yg aku nampak teksi ada parking kat rumah2 jer. hehee.. jalan jalan berpeloh wey.. but aku dah biasa jalan jauh2, cuma this time tengah paneh near kol 11 gitu.  apa la kan.  dah sampai umah.. mmg tiak basah weyyyy.. baru betui2 exercise kau... along terus kata nak pi beli eskrim kat kedai aceh tu, beli air sarsi and macam2 lak dia beli sebab kehausan.  eheheh..







pastu kami melepak umah mak.  aku sidai kain yg basuh pg tadinya.  tetiba laki balik dari keje.  dia trus je ke blakang bawak moto.  tak lama tu mamat workshop tu called, kata "akak, keta akak dah siap" .. dalam hati aku.. wahhh.. dah siap.. cepatnya.. maknanya takdelah teruk beno masalah kembaraku ituuu.. laki aku pun dengor aku cakap tipon terus kata jom kita pi amik. semangat dia kan.  aku lagi la semangat.. seminggu bawak kembara tu dgn bunyi enjin motobot sgt tak best u know.  walau aku rasa bunyik tu best, special, tapi dia punya kelajuan terganggu giler beb.  tekan2 pun tak mau pegi melainkan berbunyi mengaum yg lebih kuat je.  lain kali beli betui2 keta sport la baru ada bunyi deruman sport itu dan kelajuan yg best jugak.. ekekekek.. mimpilah nak beli keta sport beb.  aku syg sgt kembara ni.  byk sgt kenangan yg baik indah manis semua dengannya.  akan ku jaga kau kembara.  slow2 lah aku repair yek?

malam tu senyum je along bila aku kuar bawak dia nak pi amik siti balik keje.  dia kata.. sakit kaki dia jalan kaki siang tu tak abis lagi, keta aku dah siap repair.  bagus la kann?  pehtu bawak along pi beli barang2 niaga dia.  nak makan kat donut western food, tak jadi sebab kedai tu penuh sgt, tak leh masuk kami yg ramai2 nak makan nanti dgn angah satu family and mak.  so, kami pi nice seafood.  lepas makan, kami balik, angah pun balik terus ke kelang dgn abang ngah yg balik keje tadi terus bersiap pi join kami kat nice seafood.













Friday, July 27, 2012

ingatan itu

ramadhan dah masuk hari ke 7.  akak ingat sgt first day puasa tu jatuh hari sabtu.   pi kubur la cam biasa.  mmg lewat pi sbb lepas sahur tu punyalah syahdu kalu tido balik kan, sementelah pulak hari tu cutiii.. hik.  lewat kalu panas teriklah kami pi melawat kubur abah.  kali ni akak pi dgn mak and azmeer and danial yg pakat tido umah opahnya malam tu.  dapatlah sedekah kat abah yassin and mak bacakan doa utk dia...itulah tanda kasih sayang kami utk dia di sana.  abah tido je kat situ dalam hati akak berkata.  selalu panjatkan doa supaya allah tempatkan abah di kalangan org2 yg soleh. 


abis tu, terus balik sbb mak kata nak pi beli tilam bilik tengah.  teruk takde tilam sbb katil tu sgt tak selesa tido pakai bantal and comforter saja.  kanda kata nak ikut, so, kami balik amik dia kat umah and tukar ke camry.  pi la beli tilam kat kedai perabut adik badik weng  heng tu.  best tilam itu.. syahdu giler skrg tido tauu.. hik.  pas beli tilam, mak nak beli carpet, so carilah kedai karpet yg sebelah petronas deret2 abdullah maju ituu.. mmm dapatlah karpet yg paling best in the world walaupun harganya sgt mahal pada aku for a small carpet.. bargain pun dapat rm165 je.. tapi cantik mak suka and puas hati katanya...layannnn.  dapat byk ganjaran buat org tua kita suka tauu.. 

petang tu siti pulak mai dgn mama dia (kaklong akak) dari klang.  akak kena pi amik kat komuter bt caves.  dah tu, bukan nak terus balik, but siti nak pi pasar ramadhan katanya.  opah takyah masak sbb siti nak beli je.. wahhh.. sakan.  berbagai gak beli walaupun param masa tu ujan lebat nyahhh.. kuyup seluar akak.. sbb sib baik ada payung.. kalu tak harus baju2 jugak lenjun. 
tak dilupakan, ayam golek feveret semuapun kami beli jugak utk berbuka haritu.



apa lagi yek.. minggu ni dah 2kali kami bersahur makan burger mcD.. heheh.. anak2 suka je.  kanda keje lewat so beli burger je la setiap kali tanya dgn anak2 utk bersahur.. aku tak kisah, semuapun buleh makan.  mak nak nasik je, so nasik either panaskan or just tanak sikit for sahur.. laukpun ala kadar je.  yg penting amik sunnah bersahur tu kan?

sejak mula puasa pulak, akmal, anak sulung akak, mmg buat keje sukarela kat surau mustaqim bab menolong-nolong mengemaskan surau lepas tarawih dah abis.  since taun lepas lagi.  eloklah dia mau bercampur org cara macam tu.  semoga berterusan ye mal.. umi sayang amal.. teruskan jadi anak yg rajin begitu. teruskan di rumah lagiii umi suka.  every time balik dari surau ada je teh tarik satu plastik besar dia bawak balik tuu.. mmm, akak suka sgt laaa.. buat minum time sahur nanti.  bila ada teh tarik ni musti tingat kat abah.. abah suka sgt teh tarik yg beli punya.. heheh.. tula dia!!
ramadhan ni kami terasa sgt kehilangan abah, especially mak, sbb taun2 sebelum ni, dia berdua je dgn abah bersahur.  mak kata tulah kenangan paling indah bila dapat sama2 puasa dgn abah penuh sebulan kemudian raya and kemudian tu buat pulak puasa sunat 6 hari sama2 dgn abah.. rupa2nya that was the last  ramadhan they were spending together.. huhu.. sedihnyaaaa.. huaaa



semalam kami adik badik 3org je dapat kontek sebab dekat.. makyang (akak punya kakak no. 3) and acu and fmly berkumpul buka puasa reramai.  mak pakat nak jemaah maghrib reramai pastu sebelum pi terawih nak baca yassin beramai2.  kecoh jap umah mak masa buka.  ala takde gambar la pulok.. kena buat buffet style and penuh itu meja nyahhh.. i like.  lots of food, nasib baik tak terbazir tau.. sbb buleh makan till sahur you.   adik badik kumpul tu mmg special sgt sbb masa2 gini bukan selalu dapat buat.  bila semua dah balik, kanda and anak2 pi surau tarawih.. tinggal akak dgn mak je kat umah.. sunyi balikk.. huhu..


sabar je la kan.. 

Friday, June 29, 2012

berkumpul lagi

malam tadi makku buat tahlil lagi, baca yassin and buat doa tahlil utk arwah abah and yg lain2 jugak.  mak tak berapa sihat, aku pulak cuti solat, so, mak takdelah ngajak pi surau maghrib ni.  since mak dah berniat nak baca2 yassin dgn family, mak soh aku beli makanan.. aku tingat ayam golek dpn kinik ranjit tu jela.. pelagi..balik keje tadi, dah siap singgah but mamat tu soh tunggu 20 min lagi baru masak.. aku balik dululahh.. lepas hantar azmeer and aliff yg nak ke surau jugak, aku pun pi lah menuntut ayam golek ituuu... 

tak siap lagi tauu.. tunggu lagii.. mmm.. sohih ramai yg tunggu, but muka akak ni muka dah mai tadi.. maka akak dilayanlahh.. sementelah memesan 3 ekor.  huiyooo... best betul bisnes mamat tu ek.. hari2 bakar ayam, hari2 golek... abissss je ayam2 tu.  aku ingat dulu dia mula2 bukak baru jual  8 hengget .. nowadays dah 15 hengget niiii.. berapa punya maju daaa!!! 

tinggal 2 line je ayam tu padahal baru kol 7 lebih.. 


makku masak nasi planta yg sgt sedapp.. makan sama ayam golek 3 ekor.  makan lepas solat isyak.  belum tahlil lagi tuu.. hihi.. makan dulu sebab mak dah lapar katanya kan.. lepas makan baru dema baca yassin tahlil ramai2.  

lupa amik gambar semalam, ini gambar lama.. 

aku rasa kurang je, sebab kanda takde.  kena keje lagi malam ni.  semua adik badik ada, kanda je yilek.   kanda mmg rajin keje.. tak boleh salahkan dia.. mmg tanggungjawab dia utk keje lebih dan dapatkan duit lebih.. heheh.. tingat pulak semalam aku kejutkan dia bangun sebab macam dah lewat tak bangun2.. dia bleh kata.. "harini sabtu tak kejelah.."  hik.. padahal baru khamis kauu.. heheh.. kesiann kanda!! asik balik lewat malam or awal pagi.. gitulah.. keje kuat utk lelaki sgt digalakkan okey!!  

tu yg buat aku lagi sayangggg kanda ituuu..

Monday, December 12, 2011

berombak rinduku padamu




adoii.. tak boleh belah tajuk jiwang..


makyang, iaitu kakak akak.. sibuk sgt nak tengok ombak rindu.. ntah apa ker yg syioknya.. akak pulak tak baca novel tu.. so, tak berapa kesah ngat..



banyak kali dia ajak, last2 pegi jugak last monday nite.. all girls nite katanya.. pi la dgn makyang, 2 anak pompuan dia, makcu liza and nisha and me. akak takdo anak pompuan, so akak sorang yo lah.. so, kami gerak ke brem mall kat kepong for the 9.40pm show.


best jugaklah.. cuma akak tak bekenan cara maya karin baca bismillah.. sgt pelik dipendengaran ku.. hik.. yg lain2 ok, kalu baca novel lagi best kot.... sedey!!



ni gambar2 kami masa enjoying the time, before the show and after the show.. mmg kalu dah berjumpa, abislah semua citer2 semua kita nak kongsikan.. pastu disensasikan dgn jokes semua.. tengoklah gelagat kami ni.. best time ever!!




ini gelagat sebelum show, dekat food court brem mall. siap order telo sparuh masak, roti and coffee kau.. macam bfast pulak.. hik!
























anak2 dara .. saidatul, aliaa and nisha.. manis je kan?

























ni pulak mak mak daranya..





















ni pulak scene selepas show tu.. sempat lagi tu pekena teh tarik and kopok ikan kat kedai sebelum bergerak balik.. cer cek out makyang punya mata.. bengkak2, kan lepas nangis tuu? heheeh.. tu tandanya she's enjoying.. lepas tu terus ok balik.. back to normal... bergurau senda tak hengat bila kami dah berkumpul!!




















Monday, November 26, 2007

Dah Doa Selamat

24 Nov 2007

Along & angah dah mai since the nite before, so mak advised us to mangun awai nak buat benda2 yang sepatutnya.

Aku kena antar Amal gi klinik pagi ni, nak bukak itu clamp..
Ramainyer orang bawak anak2 bersunat kat klinik tu.. meriah, bisa kaya itu dokter Khalid tiap kali menjelang cuti skolah. Sorang budak, 110, kalu 100 berapa? 200 berapa? Kalu sekampung pakat dapat ke dia? Hmmm….

Korang nak tau? Bukak plastic (clamp) kat anu si Amal tu lebih siksa dari memotongnya dulu. This time, plastic tu dah melekat benar kat kulit, sebab itulah Amal tak tahan sangat sakitnya. Seksa benar… memang benar2 seksa aku lihat anak aku menderita dan meraung menjerit menahan kesakitan. Dah buang tu, lega, nak tunggu baik jer. Akupun turut nangis bila dia meraung dan menjerit kesakitan menahan sakit. Uhhhuuuhuuu!

Anak2 mak yang, dedua Alif & Harith tak dapat buang the second part of the plastics. Dorang lagi jenuh. Mak yang ampir ilang akai, takde laki dia, bebudak naik kepala, bengang gak aku tengok! Well, bebudak ada yang lebih ngada2nyer!


Sampai kat umah, abah takde… dah janji ni, tunggu aku balik nak gi amik daging kambing sesame. Kena pulak carik dia kat kedai kopi. Dah amik daging tu kat ulu yam, terus proses, masak memasak sampailah kol 5 lebih gitu.. Letihnyer, lagi2 kanda takde.

Malam buat kenduri doa selamat, kawan2 abah datang tolong bacakan doa sambil buat kenduri aqiqah anak acu, si Mikail! Penat jugaklah malam tu! Walaupun Cuma 2, 3 kerat jiran2 yang hadir, but yang penting dapat baca doa selamat.. dah selamat!

25 Nov 2007

Hari ni kenduri siang, I mean lunch onwards pulak. Ramai yang datang, lebih pada ari raya plak, seronok melayan tetamu. Ada datang nak melawat anak2 yang bersunat dan ada yang datang just to have lunch, gitu! Layannn…

CT Zen boleh plak kena pangge keje, terpaksalah Salim & bebudak je datang. Jana pun ada sekali. From office plak, kak normah, kak tim and Mira came with family. Syiok dapat jamu kengkawan makan. Amal bagi kak normah tengok anu dia dengan syarat bayar dia RM10.. tah mana dia dapat trick tu! Anyway, Amal managed to collect RM160 sedekah! Mmm.. boleh tahan kan? Dah kuar ngan ayah dia semalam beli autobots sekali dengan untuk Ameer!

Nak tergelak kelaku Amal… teringat dia bley kata bila aku tanya dia, kenapa dia bersunat, nak tau dia jawab benda? Dia boleh kata “sebab Amal nak kawin”.. kih kih kih, sumpah aku tak pernah ajau tu, tau!

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...