Tuesday, June 26, 2012

lie to me?

ramai taksuka tengok citer korea, tapi ramai jugak yg layan.  aku mmg suko amek layan citer korea.  pernah sampai tido kol 2, 3 pagi nak nyudahkan assignment ni tauu.. hihi.  yg tak suka mmg takkan paham.. ko takyahlah explain sesusah kat dia.. kannn



baru2 ni aku tengok citer lie to me.  citer yg sgt menyentuh jiwa aku tau.. eh, jap.. semua citer koreapun menyentuh jiwa aku laa.. how?  dah mmg aku suka dengar foreign language yg lain sikit dari biasa2 dengar ni kan.. pastu jalan citer pun menarik laa.. kangkadang tak terpikir macik tauu.. mmm..
hero heroin takyah kata la, punya la ayu manis and hensem.. boleh cair tau.. one fren would say.. rembes la kakkk.. hik

sekarang cam suka plak tengok si kang ji hwan yg sgt kacak ini. dia ni kurang sikit je  kacaknya dari kanda i.. hik..


skrg ni tengah tunggu citer coffee house pulak, best tau katanya citer2 korea    nihh.  selagi tak abis 20 episod tu, selagi itulah... layannn

Monday, June 25, 2012

waist nipper

howdy gang...... korang tau tak apakah mende yg dipanggil waist nipper itu?

meh, let me explain to you.  
inilah dia waist nipper.. kita bagi special entry utk waist nipper sbb ramai yg perlukannya utk kesihatan dia dan juga posture yg baik bagi setiap org.  tak kira lelaki or wanita. haaa.. let's see..

waist nipper (wn) ni mengandungi 7 tetulang berteknologi tinggi utk membantu mengurangkan masalah tulang belakang spt bongkok, slip disc and sakit pinggang

bab mengagihkan lemak pulak, ia sgt berkesan mengalihkan lemak terkumpul dari bahagian pinggang ke bahagian dada dan punggung.  oleh itu, menghasilkan bentuk badan yg ideal you.. 

sgt sesuai utk wanita selepas bersalin bagi menggantikan barut tradisional.  sgt mudah dipakai dan sgt selesa walau apapun yg kita lakukan.

harga utk setiap keping ni bergantung kepada size setiap org ye.. ia mula dari RM676 hingga RM840 sahaja.  dapatkan harga istimewa dari saya, ok?




Sunday, June 24, 2012

dengki amat kau bedahhh...

aku baru realize why ada org yg soooo dengki with  me.  aku suka membuat apa yg aku rasa best je.  at one point mmg aku rasa  aku hot.. suka hati aku la kannn.. blog aku laa.. kau takut nak ngaku, tapi ko ngutuk2 aku yek.. dahlah ko tak mampu sgt nak beli PB pun ko hangin dgn aku .. dah tu ko nak kutuk aku bagai2.. konon2 kau la yg paling seswai dipanggil hot mama.. .. hahaha.. nak muntah!! tak heran bila aku dengar ko tak puas ati satu ketika bila aku tukar blog title aku kepada "my life as one hot mama"  ... ko cam pandang rendahhh je kan...  kahkahkah jeles la tuu.. relax la machi... definisi hot tu tak semestinya pakai baju pendek takde lengan menunjukkan tangan dan bawah ketiak.. silap2 berbulu tak trim.. hihi.. dan jugak tak semestinya pakai skirt2 pendek atas lutut pastu bila jalan buntut bergoyang akibat dah over labuh.. hihi.. tidakkkk.. pada aku tak semestinya.  pastu boobs tu.. biarlah berisi pejal okey, bukannya jatuh or kecut layut .. itu hot kah?  beraksi pakai baju mandi 2 keping and posing ngangkang tu kot yg ko nak kata hot?.. hmmm.. so the kpg punya fikiran

well.. up to you to describe your hotness.. tapi jangan dengki kat orang lain, lebih2 lagi aku.  byk benar yg ko tak puas ati kat aku ye bedah...tp musti kau susah nak bersaing, kannn..  takpelah.. ko pun bukannya sapa2 dalam idup aku, so, aku pakat ignore je lah kat ko yg sokmo perasan lawa, sexy, dah semua org lain tak setanding dgn ko kannn?  sungguh memualkan bila memikirkan kedengkian kau ituu..



pasangan yg sungguh hot di mataku!!!


Wednesday, June 20, 2012

hidup berbeza

byk perubahan berlaku sejak peristiwa itu.  sejak 11 may itu, aku dan family decided to move to opah's house.  sementelah opah itu mak aku dan aku plak the nearest to her.  opah tinggal sendirian sekarang, kami takmo dia sunyi dan takut sendirian kalu malam.  lepas bincang2 dgn along, angah, makyang and acu semua, so, aku and kanda with the boys decided kamilah yg perlu menemankan makku itu.. .  aku sayang mak akuuuuu... korang pun kannn?  

mak mmg rasa kesunyian sangat since dulu hidupnya dipenuhi dgn tugas2 menjaga abahkan, sejak abah tak sihat tuu.. bacaan yassin tu mmg boleh dikatakan tiap2 hari mak bacakan utk sedekah ke abah.  aku ni takde la berapa rajin sgt, bila2 je aku free aku bacalah.... sebagai anak aku ni mmg pemalas lah kiranya.. padahal kalu nak dihitungkan, tak terbalas jasa org tua kita dulu membela dan membesarkan kita dengar karenah baik2 kita kan.. ahaks.  mak rajin sgt ke kubur abah.  akulah supirnya sementelah dia dah uzur benar ni.  every saturday mmg dia tempah aku siap2 menjadi pengantar dan peneman.  kalu aku tak keje, ke kubur la peginya.. (org suka sebut pusara.. so the very formal to me).. sama2 dgn mak mengemas2 kubur abah dan menanam ntah pokok apa2 lah pulak mak tu.  kesian.. i cannot imagine how kitorang takde dok dekat2, i mean kalu aku tinggal penang ke apa ke kan.. pasti ada arrangement lain yg allah aturkan, ye tak.  entahlah, semua ni bersebab ditentukan Dia.  aku redha.



kami cuma ada mak sekarang, curahkan segala utk dia.. 
kat atas ni masa tahlil haritu.. 
angah, aku, along, mak yg duduk, makyang dan yg depan tu acu.



Thursday, June 07, 2012

jiwang jap melayan kebosanan

atas nama cinta - rossa

aku wanita yg punya cinta di hati
ada dirimu dan dirinya dalam hidupku
mengapa terlambat cintamu telah termiliki
sedang diriku dengan dia tak begitu cinta

chorus:
mengapa yg lain bisa
mendua dengan mudahnya
namun kita terbelenggu 
dalam ikatan tanpa cinta

atas nama cinta
hati ini tak mungkin terbagi
sampai nanti bila aku mati
cinta ini hanya untuk engkau

atas nama cinta
ku relakan
jalan ku merana
asal engkau akhirnya denganku
ku bersumpah atas nama cinta

foto sekadar hiasan.. lawa scene blakang tu kannn?

Wednesday, May 30, 2012

sibuk menyibuk

oit.. beza banyak tuuu...
tapi akak punya yg pertama tu laa..  hehehe

mcam2 jadi kat opis buat kan akak terasa perlunya bertangan lapan.. hik.. ya allah, ampunilah dosaku.. astaghfirullahhalazimmmm.. bersyukur la macik oiii.. tangan dua tuu.. tak cacatpun.. buat je keje tu..

mmg lah teruk sket.. keje banyak org sikit.. lebih pada kerahan tenaga kau... aku buat yg termampu je la kan.. tak kuasa mak nak over2 stebek just mmg tak larat k? the 8 hours in office to dah buat kepala mak wenged haaa..... 

this was one of those bad tudung days.. heheh.. nak nyanyi nasyid kah ituu??

letih fizikal membawa kepada letih mental... u agree?


Thursday, May 24, 2012

abah sudah pergi.. 1940 till 2012

harini masuk 14 hari dah abah pergi.  teringat kali terakhir aku dan mak makan buah mangga lepas aku pujuk abah makan bubur instant yg jadi feveret aku sebenarnya..   mak cuba2 tanya abah nak tak?  abah taknak.. geleng, tapi bila mak nak menyuapkan potongan mangga tu ke mulut dia, dia pun bukak mulut dan makan.  ya allah, itulah kali pertama and kali terakhir mak dapat menyuap abah.  walaupun dia sakit, mmg mak kata abah takkan mau disuapkan.  huhu.. sedey niii... tapi aku redha dan semuapun dah sedia terima yg masa abah dah tiba.  lama sudah dia menderita sakit yg disimpan2 kesakitan yg cuba disorok walaupun kami tau dia menanggungnya.   

siang2 tu dia meracau2 since awal pagi lagi.  biasalah aku kalu abah sakit, or mak yg demam or whatever conserning mak abah, aku tak keje sebab kena amik masa dgn mereka ni.  korang pun sama kan?  aku dah tengok abah tak larat nak angkat mukapun time tu.  aku layan dia pi beli teh tarik and roti canai. abah tak lalu makan sgtpun 3, 4 hari tu.  aku ada ni, aku nak pi layan depa berdua.  beli roti canai tu potong2 kekecik bagi ke dia.  eh, dia mau laa.. alhamdulillah.. adalah tenaga sikit.  tu yg aku pakat2 tanya apa yg abah tingin sgt nak makan nanti lunch aku pi cari (konsep bukannya nak buat, sebab pasti ada org jual maa.. ).. baik kan anak mcam ni.. adoii..  abah takde apa2 yg dia tingin.  dia senyum je.  aku suggest ke dia.. jom kita makan ikan bakar nak bah.. dia senyum lagi.  aku tau dia menahan sakit je tu. last2 dia kata mana nak cari?  aku kata aku taulah nak cari.  ikan kembung ke, ikan cencaru ke.. ada je org jual tu kat ketapang tuu.. haaa.. abah setuju.  aku soh dia relax dulu sambil aku picit2 badan abah.  uzur sesangat dia waktu tu.  

mak tak suka idea aku nak belikan ikan bakar tu, dia decided dia sendiri nak buat. wahhh.. tulah dia kisah hari terakhir abah.  dah siap masak ikan bakar actually ikan kukus dalam daun pisang paling hebat aku rasa mak aku buat.. abah tak makanpun.  sikitpun takmau.
minumpun susah.. tulah dia.  kenang2 mmg sedeh tapi itulah abah.  

lepas petang makan mangga tu aku tak mai lagi jenguk dia.  kat umah aku je di belakang.  lepas mak called kol 2 pagi tu aku terus terbangun angkap hp lepas first ring.  mak dah nangis2 gelabah.. abah ni haa.. ko dtg cepat tengokkan.  masa aku rushed ke depan mmg abah dah takde lagi.  dia tenang je pegi dalam tidurnya.  di malam/pagi hari jumaat yg penuh berkat.  

lepas semua dah berkumpul adik badik kami dan abah sedara mara semua sahabat handai, abah dimandikan dan dipersiapkan di surau mustaqim.  ramai membantu.. tak sangka.. anak laki dia cuma acu sorang je, tapi menantu2 semua turut sama membantu.  lepas tu solat di surau.  pastu solat lagi di masjid lepas solat jumaat.  kemudian abah disemadikan di tanah perkuburan selayang baru lepas solat jumaat itu.  walaupun hari tu panas, cuaca sgt sejuk ketika kat kawasan kubur mendengar talkin.  sebaknya masa itu.

abah, semoga abah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman ye.  semoga berbahagia di sana.  kami sentiasa merindukan abah dan akan mendoakan utk abah selaluu.. aminnn.


Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...