Friday, March 04, 2011

penghulu segala hari


ada yg mengeluh letih bila tiba jumaat.. maklumlah, dah bertungkus lumus dari senin..
dah letih tenaga dicurahkan sampai jumaat..
aku plak excited bila tiba jumaat

sebab..aku nak cuti esok, sebab tulaa..
boleh ke?
eh, suka aku la kan..

bila jumaat keje, happy je sebab aku dah anggap jumaat tu sendiri dah 1/2 day cuti..
esok cuti lagi.. haaa...
gitulah aku..

korang ada pikir gitu...

Wednesday, March 02, 2011

yuk sedekah, biar berkah

dari abu hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda,

"tidaklah akan berkurang harta seseorang itu kerna bersedekah.
dan tidak pulak Allah akan menambahkan kepada orang yg suka memaafkan kecuali kemuliaan. dan tidak pula orang yg rendah hati kepada Allah kecuali Allah akan menaikkan darjatnya..

- sahih muslim

Monday, February 28, 2011

live testimony

haritu kan..
adalah sorang mamat ni, dia citer kat kami kisah mak dia..
mak dia idaklah tua benau, dalam 53 taun gitu.. tapi, mak dia ni dah sakit teruk
sakit dalam perut katanya..

pesal pulak, sakit apa.. kami tanya
dia bitau, mak dia ada ketumbuhan dalam perut.. cam fibroid, udah rupa cam ngandung 3 bulannn je..
haid tak teratur, kadang ada, kadang tidak, kadang sikit2 kadang banyakkkk pulak
kata dia..
asik sakit2 je sebab tulah.. pastu pi cek, doktor advise, kalu tak lega2 lepas kasi ubat, doktor
nak operate la..
hospital apa lagi, operate je suka deme tu.. abis, daripada menderita, macik tu setujulahhh...

tup2, mamat ni jumpa pulak ngan satu lagi mamat, nama rosman.. rosman adviselah..
kalu penyakit rupa ini, berkaitan dgn wanita, selalu sgt udah dia jumpa.
rosman soh dia bagi mak dia try set 5P, nak kasi perbetui sikit perjalanan dalaman macik tu..
dah tinggai beberapa hari je nak kena operate, last nampak perubahan..
rosman soh macik tu teruskan dgn amik bidadari pulak, sebab bidadari membaiki sistem peranakan wanita, clearkan semua haid2 terkumpul yg lama2 menjadi fibroid tu..
dah makan mende2 tu.. gi la deme cek kat spital..

tiba2 doktor kata.. sel2 fibroid tu tak menjadi laa.. dah jadi kecut, tak idup lagi katanya..
so, doktorpun amazed, dia tanya how... dia kata kalu gitu, takyahla lagi operate..
sebab itulah mamat ni kagum benau mamat ni dgn kehebatan produk2 rosman tu..

aku mendengarpun kagum gak, macik tu dah lega tak berpenyakit cam dulu.. semua dah teratur balik.. alhamdulillahhhh

tu la kisah benar yg aku dengar sendiri malam tu..

terus aku insaf..

Friday, February 25, 2011

menggelupor nih

pagi tadi kan..
kitorang kat opis ni kan..
adalah diskas sikit-sikit pasal gi jalan2 bercuti..
N kata dia nak gi matta fair bulan depan ni..
pastu dorang cadang nak gi cuti dengan amik pakej yg paling murah, sampai 10hengget...

akupun wonder.. eh, ada ke?
N siap kata lagi.. dia tak kecoh nak gi bandung ke, china ke, bali ke..
dia nak gi dalam negeri je dulu.. heheh..

akupun wonder.. a ah.. aku kelantan tak pi lagi cuti
kat NS tu, aku tak pi lagi chalet yg ada cermin nampak shark lalu kat lantai tu..
tak pi lagi pulau2 kat belah2 ganu nun...

huiyo... banyak tempat lagi aku tak pegi dalam mesia ni je haa...
haruslah aku insaf sama nih..
pastu aku tingat pulak mak aku pernah kata..
gini dia kata..
"... daripada korang pi bercuti2 banyak2 kali tu.. apalah salahnya korang kumpulkan duit tu,
korang pegilah umrah ke.. terus daftar haji ke.. "

mak aku yg paling bernas dan paling sinis kan?
tapi , memang betui tak?
sungguh betui.. kalu buleh kumpul duit jalan2 selalu, mengapa tak kumpul saja duit2 itu, dan pegi sekali ke mekah buat haji atau umrah.. bersama kuarga haaa.... barulah lebih afdhallllll.. katanya..

jadi, amik ni sebagai motivasi utk lebih keje kuat.. kumpul duittttttt

Thursday, February 24, 2011

bizi ke..

eleh.. selalu takde keje, lepaakk je
nganga, gayut and mengular most of the time...

pastu bila dia ada keje sikit, menggelupor kata dia sibuk nak mati.. haaa
ada org rupa ni..

menyusahkan org sangat.. tak suka aku!!

Monday, February 21, 2011

empayar cinta stapa
















Sengaja aku petik sikit dari petikan dalam kosmo online, segmen intuisi cinta tentang cinta pasangan idola aku sekarang nih.. dato stapa & dato' azlina, buat motivasi diri aku sendiri!!



....."Sikap suka meminta maaf dan memaafkan orang lain menjadi amalan kami suami isteri yang turut diajar kepada anak-anak, malah juga diterapkan di kalangan kakitangan kami dan pengedar.








"Saya juga amalkan pendekatan mengalah dan tidak sesekali mengecilkan hati suami di rumah ataupun di pejabat. Saya juga bukan jenis yang cepat makan hati kerana saya faham sangat lelaki ada ego tersendiri dan kalau saya sendiri tidak mampu nak mengubah apa-apa, saya kena gunakan saluran lain untuk luahkan idea saya. Itu kalau urusan DCL tapi untuk perniagaan saya, D'Navechee, 100 peratus keputusan di tangan saya," jelas Azlina berterus terang.





Mengorek rahsia keharmonian hubungan mereka yang sering tercabar dek kesibukan urusan perniagaan, Azlina memberi petua. Kelembutan wanita itu pencair kepada kekerasan lelaki.





"Saya tak boleh tidur kalau suami tak bercakap atau bermasam muka. Kalau siang hari saya tak berjaya memujuknya, saya akan gunakan waktu malam sebaik-baiknya. Setiap malam kami tidur berpegangan tangan. Dari situ pautan kasih sayang akan bertambah erat.





"Paling penting kita kena kembali kepada didikan agama. Isteri yang tidak bercakap dengan suami lebih daripada tiga hari akan dilaknat oleh malaikat. Saya pilih buat yang terbaik kepada suami kerana syurga terletak di bawah telapak kaki suami," kata Azlina.





Ibarat ular menyusur akar; kata Azlina, kehebatan seseorang wanita itu tidak akan luak jika beralah kepada suami.





Hubungan mana yang tidak bergoncang dengan masalah, suami isteri mana yang tidak pernah bergaduh dan perkahwinan mana yang tidak ditimpa gelora, begitu juga dengan pasangan jutawan ini.





Untuk bercakap tentang kesukaran dan cabaran yang telah ditempuhi bersama pula, hanya 'mati' belum mereka rasai.





"Kalau nak cerita dah jadi Hikayat 1001 Malam jadinya. Di sebalik kesukaran itu ada kesenangan, cuma kesenangan tersebut terselindung.








"Orang selalu tanya saya berapa banyak aset milik saya ketika ini. Saya kata aset ini semua hanyalah lima peratus daripada keseluruhan aset yang saya ada. Semua terkejut! Tapi saya cakap, 95 peratus lagi aset saya ialah air mata darah yang telah tumpah.





"Kami pernah dihalau keluar rumah kerana 10 bulan tak bayar sewa, kereta kena tarik, diisytiharkan bankrap dan pernah dihalau dari bangunan diduduki sekarang kerana bangunan itu dibeli oleh orang lain. Ketika itu kami ibarat berada di tengah lautan dan di sekeliling kami ada tsunami. Waktu itu, saya hanya ada dia dan dia ada saya, itu sahaja," getus Stapa, larut seketika dalam memori getirnya.





Isteri adalah kekuatan suami dan suami pula kekuatan si isteri, ini antara pelajaran yang boleh dikutip daripada kisah lampau pasangan berhati waja ini.


Kata pasangan ini, gantungkanlah impian setinggi bintang, kalau jatuh sekalipun ia tersangkut di atas awan. Rendahkan hati kita serendah mutiara di dasar lautan, seandai timbul sekalipun, ia akan tersangkut di antara batu karang.





kredit to kosmo online

Friday, February 18, 2011

have a great day guys.. coz i'm having mine now

you...




....... have a GREAT Day !!!

Life is short!
Break the rules!
Forgive quickly!
Kiss slowly!
Love truly, and
Laugh uncontrollably.


And never regret anything that made you smile!

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...