Showing posts with label motivasi nak berjaya. Show all posts
Showing posts with label motivasi nak berjaya. Show all posts

Thursday, November 24, 2011

struggle


akak sedar akak ni manusia biasa, tak sunyi dari cubaanNya..
allah jadikan akak insan yg kecik dan lemah.. tapi akak tak mudah mengalah.... akak terus bertahan dan terus tabah.. dalam bisnes ni.. biar akak susah2 dahulu, takpe, insyaallah akan senang2 di kemudian hari.. akak percaya dan yakin sangat itu!


ya allah, aku bersyukur akan nikmatMu..
kalu rezeki itu jauh, kau dekatkanlah, kalu masih di langit, kau turunkanlah, kalu masih di bumi, kau keluarkanlah.. kalu masih kotor, engkau sucikanlah...


padamu juga aku meminta ya allah.. kau bantulah aku.. tunjukkan dan permudahkan bisnesku ini.. dan janganlah kau lemahkan dan berhentikan langkahku kerana aku belum menjadi jutawan!!

Tuesday, September 06, 2011

welcome back and recharge




akak seronok beraya.. korang ado?



pasni nak buat apa?
buat bodo...

takyah.. that one comes naturally.. hhehhehehe

kita start again, kita recharge semula.. kita kayuh lagi lajuuuu!!


Tuesday, May 24, 2011

sudah sampai masanya

inilah dia ayat keramat yg aku dengar masa dalam kursus kepimpinan kat morib baru2 nih..yg buat aku rasa tertekan
inilah jugak ayat yg buat aku nak berubah
nak ubah cara pandangan aku pada dunia
nak ubah cara pandangan org lain juga
nak ubah hidup aku kepada yg lebih baik..

bukan mudah.. tapi bukanlah terlalu susah
ya Allah, kau permudahkanlah jalanku.. aminn

Friday, April 29, 2011

teruskan perjuangan...tima kaseh cikjune cantek!

malam tu kami kuar gi ampang, cari oldtown white coffee..
janji kol 9.30, so kami sekeluarga makan dulu... tak berapa suka kopi, tapi kopi situ aku suka bangatttt!!

sampai masanya cik june pun tiba... comel orangnya, masih muda tapi berkarisma dan ada aura tersendiri .. ada bakat pemimpin.. aku suka dan suka.. org macam ni yg aku cari utk bimbing aku dalam bidang ini..

dia tunjuk cara, mmg aku tak pernah tau begini.. terpancar kebenaran apa yg diluahkan oleh cik june itu... aku terima dengan hati terbuka... nak belajar dan ikut cara cik june ini..
terima kasih tak terhingga buat cik june kerana sudi meluangkan masa

buka lembaran baru..
perjuangan tetap diteruskan...


.. kalu niat utk berjaya, diikuti usaha keras, tentu Allah bantu dan tunjuk caranya.. utk terus berjaya.. yakin denganNya.. pasti akan diberiNya..

Tuesday, April 12, 2011

bantu

biar akak ajar su..
biar su naik diamond director sebelum gala dinner nih..

mana tau rezeki su Allah nak bagi, kan..

boleh apa dapat 10ribu, hoi.. mmg boleh su..

ntah2 ko naik amik anugerah masa dinner nanti..



aku ingat sangat kata2 CA Anizah malam tu.. masa dia ajak aku pi seminar dcl di ulu bendul..

berbunga2 hati aku bila ngingatkan dia nak bantu aku tunjuk ajar aku mana yg perlu ..

aku akan buat sedaya upaya aku, buat dan buat sehingga Allah bagi yg aku mintak tu..

aku yakin Allah tu adalah apa yg kita sangkakan.. aku yakin sangat..




Monday, February 21, 2011

empayar cinta stapa
















Sengaja aku petik sikit dari petikan dalam kosmo online, segmen intuisi cinta tentang cinta pasangan idola aku sekarang nih.. dato stapa & dato' azlina, buat motivasi diri aku sendiri!!



....."Sikap suka meminta maaf dan memaafkan orang lain menjadi amalan kami suami isteri yang turut diajar kepada anak-anak, malah juga diterapkan di kalangan kakitangan kami dan pengedar.








"Saya juga amalkan pendekatan mengalah dan tidak sesekali mengecilkan hati suami di rumah ataupun di pejabat. Saya juga bukan jenis yang cepat makan hati kerana saya faham sangat lelaki ada ego tersendiri dan kalau saya sendiri tidak mampu nak mengubah apa-apa, saya kena gunakan saluran lain untuk luahkan idea saya. Itu kalau urusan DCL tapi untuk perniagaan saya, D'Navechee, 100 peratus keputusan di tangan saya," jelas Azlina berterus terang.





Mengorek rahsia keharmonian hubungan mereka yang sering tercabar dek kesibukan urusan perniagaan, Azlina memberi petua. Kelembutan wanita itu pencair kepada kekerasan lelaki.





"Saya tak boleh tidur kalau suami tak bercakap atau bermasam muka. Kalau siang hari saya tak berjaya memujuknya, saya akan gunakan waktu malam sebaik-baiknya. Setiap malam kami tidur berpegangan tangan. Dari situ pautan kasih sayang akan bertambah erat.





"Paling penting kita kena kembali kepada didikan agama. Isteri yang tidak bercakap dengan suami lebih daripada tiga hari akan dilaknat oleh malaikat. Saya pilih buat yang terbaik kepada suami kerana syurga terletak di bawah telapak kaki suami," kata Azlina.





Ibarat ular menyusur akar; kata Azlina, kehebatan seseorang wanita itu tidak akan luak jika beralah kepada suami.





Hubungan mana yang tidak bergoncang dengan masalah, suami isteri mana yang tidak pernah bergaduh dan perkahwinan mana yang tidak ditimpa gelora, begitu juga dengan pasangan jutawan ini.





Untuk bercakap tentang kesukaran dan cabaran yang telah ditempuhi bersama pula, hanya 'mati' belum mereka rasai.





"Kalau nak cerita dah jadi Hikayat 1001 Malam jadinya. Di sebalik kesukaran itu ada kesenangan, cuma kesenangan tersebut terselindung.








"Orang selalu tanya saya berapa banyak aset milik saya ketika ini. Saya kata aset ini semua hanyalah lima peratus daripada keseluruhan aset yang saya ada. Semua terkejut! Tapi saya cakap, 95 peratus lagi aset saya ialah air mata darah yang telah tumpah.





"Kami pernah dihalau keluar rumah kerana 10 bulan tak bayar sewa, kereta kena tarik, diisytiharkan bankrap dan pernah dihalau dari bangunan diduduki sekarang kerana bangunan itu dibeli oleh orang lain. Ketika itu kami ibarat berada di tengah lautan dan di sekeliling kami ada tsunami. Waktu itu, saya hanya ada dia dan dia ada saya, itu sahaja," getus Stapa, larut seketika dalam memori getirnya.





Isteri adalah kekuatan suami dan suami pula kekuatan si isteri, ini antara pelajaran yang boleh dikutip daripada kisah lampau pasangan berhati waja ini.


Kata pasangan ini, gantungkanlah impian setinggi bintang, kalau jatuh sekalipun ia tersangkut di atas awan. Rendahkan hati kita serendah mutiara di dasar lautan, seandai timbul sekalipun, ia akan tersangkut di antara batu karang.





kredit to kosmo online

Thursday, July 08, 2010

To be great

kata2 OG ini yg menaikkan semangat aku lagi...

"Modal itu perlu untuk berniaga MLM, tapi bukan halangan untuk mulakan perniagaan MLM, jangan tunggu modal besar baru nak berniaga….

" U don’t have to be great to get started, u need to get started to be great"

Usaha, dan doa agar Allah beri jalan untuk permudahkan perjuangan kita….rahsia disebalik ni semua hanya Allah Maha Mengetahui....sekiranya semua laluan itu mudah buat kita, kita tak rasa nikmat kejayaan....

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...