Friday, November 25, 2016

redha

tajuk best kan.. redhalah apa yg terjadi dalam hidupmu wahai suriani..
ekekeke.. ya, walau bagaimanapun yg terjadi, haruslah kau meredhakan ketentuan Allah kepda dirimu.

nak cerita pasai apa lak harini?
ohh.. nak bitau yg aku dapat tengok wayang free harini. opis den PWC bagi staff2 bertuah cam den.. ceritanya bertajuk redha, kisah pasangan yg dapat anak autisma.  aku tak berapa tau sgt apakah jenis penyakit tu.. nak google pun malas.  sementelah aku mmg pemalas, maka aku tunggu jelah nanti movie tu tunjukkan kisahnya.  mind you, pop corn tidak disediakan.. ekekeke.. lemak pulak ko kannn?

pagi tadi cuba ajak laki gi mancing esok.  kot2 la dia rasa teringin nak mancing bawak bini dia berdua2an ke bertiga or berempat2 an.. .  aku tau dia mmg suka mancing dulu. aku mmg suka..  so, aku pun saja bakar dia.  dengan selamba dia menjawab.. nak mancing barang2 kena bersiap tu ini tu ini.. paham lah sekarang, takde lagi nak pegi memancing dengan aku.  kdg2 aku wonder cemana ada pasangan yg selalu ada masa utk berdua2an dan sudi join buat hobi or just lepak2 makan2 sama2.  laki aku ni, nak bfast je la dapat kalu weekend hari sabtu or cuti2. tupun puaslah ngejutkan kata aku dah lapau and aku nak belanja.  hahaha.. the key word here is aku belanja.  if not.. haruslah buat aku masak or apa2 je lah yg mudah kat umah tu.  cemana ko kata sayang kat bini tapi ko nak memanjakan bini pun kau sangat2 berkira.  bini ni, bukannya tak tau perangai kau.. tapi, macam aku lah.. berusaha ngajak dia jugak, nak mengembalikan kemesraan yg dah terpadam tu kan.  ntahlah.. maybe dia ternyala bila main aje gamaknya.. yg lain2 takde dipedulikan padam ke malap ke or samar2. je lah.. pada aku laki aku mmg macam tu.  nama nak manja2.. tiada lagi utk ku.  ajak gi bercuti bila ujung bulan ni, sebelom aku fly ke london, ada gak aku suarakan... tapi macam biasalah.. dia kabo tak ckup, sebab dia nak kena pi kenduri anak buah dia nanti dec. 11.  nak gi mana2 tunggu lah gaji bulan december katanya.  walaupun aku tau kalu dia nak pegi and kata yes je, aku akan keluarkan belanja utk cuti2 ni.  bukannya ke mana2 pun, setakat gi pangkor ke or genting je lepak2 dengan anak2 berempat kita sementelah akmal and azmeer dah cuti skolah kannn?   so, dia kata tunggulah tunggulah tunggulah..  which aku mmg tak rasa masa itu akan tiba sebab bila masa nya dtg.. terlalu byk pulak yg nak diambil kira dgn anak2 nak masuk sekolah and so on and so forth.

aku ni sekadar dipinggiran laa.. sini pinggiran, sana pinggiran.  dah taqdir hidup aku dipenghujung usia ni, biarlah aku layan diri dgn kawan2 and membanyakkan kembali kepda Allah.. huhuu.. sedih la pulak.




Thursday, November 24, 2016

move on...

baru lepas coaching session.
tak de mood ni, terus rasa selesema
sedih pun ya
perasaan ntah apa2
keje is ok, but kena bambu jugak kerana hal2 yg berkaitan dia...   
apa nak buat.  life is like that.  u like it or not.. u move on.
u move to the next step.  find the bad things, improve, find the good things, improve and make it better.

i love my job, i want you to love me for what i m trying very hard to be.. a step better than last time.. 

yes, i love me job very much!!




Wednesday, November 23, 2016

counting days

sebenarnya tak tau nak tulis apa.. so, aku tanyalah ira shahira apa ke nak tulis kat blog haa.. ira kata, why not u tell about ur europe trip.  what is my expectations.. where to visit.. what country, what do i want to buy.. huiyooo.. tiba2 macam banyak ngat la pulak buleh tuleh.  den ni kalu tak pasti den sogan nak tulih.  lagipun kali ni trip den tak berapa tau sgt apakah itinerarynya.. sbb semua diuruskan oleh agent kawan den, Sally.  so, she said, the itinerary will be given at the airport nanti.. like more to a surprise.  actually she have already let us know earlier.  tapi dah lamo ngat.. and got so many changes after that.. so, bila byk sgt tuko2.. aku dah macam.. ala better we wait for the final later.  haaa.. gitulah.. aku ni teruk yes.. nanti org tanya.. aku kata hmm.. tatau nak kata.. aku senyum je laaa.. yg pasti, aku nak pi london, switzerland and france.. tp berapa hari kat sini situ, i really cannot tell yet.  pobly balik nanti baru buleh story.  make sure i remember to make notes on this trip every day, ok,... everyday u make notes, like ira said.. that's why she can write so kemas about her travelling trips.. hahaha.. den ni manolah organized sgt.. lagipun bukannya selalu ngat berjalan pun kan.. jadi sogan laa.. ekekekeke..

ikut hati, mmg den nak migrate overseas.  takmo dok mesia dah.  tapi nak pikir negara mana nak pi yek?  eheheh.. ada few choices.. nak pi ostrali, new zealand or syams.  dok sana lah... ni bukan nak pi je.. nak tinggal terus.  ehhhh.. termelalut lak.  nanti nak citer lagi pasal my trip later.. nak pi lunch dulu k?  tata..


aku mencintaimu

Habib Umar bin Hafidh berkata dalam suatu kesempatan,

Kalau ada orang yang berkata pada kita,kenapa perlunya cinta dan sayang kepada Rasulullah SAW sampai menangis?

Kenapa melampau-lampau seperti itu?  Maka jawab kepada mereka,Baginda Rasulullah SAW telah terlebih dahulu menangis kerana kita.Kerana Dosa kita... Tidak pernah ada manusia yang pernah mendoakan kita, yang minta pada Allah SWT untuk ampuni dosa kita seperti sebagaimana Baginda Rasulullah SAW sujud dengan lama sekali sambil menangis dan merayu pada Allah SWT agar diampunkan oleh Allah SWT atas semua kesalahan dan dosa yang kita lakukan sehingga Allah menghantar malaikat Jibril utk memujuk Baginda Rasulullah SAW agar bangun dari sujudnya.. 


"Kerasnya hati kita hari ini,kita tidak pernah menangis merindui Baginda Rasulullah SAW.... Tumbuhkanlah rasa cinta dan sayang yang lebih kepada Rasulullah SAW...


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ،




Monday, November 21, 2016

Bawak diri

Bunyik cam rajuk.. pokono la nak rajuk.  Rajuk ni berkesan kalu org ada yg tau dan akan cuba mujuk kita.  Dan kitapun mengada2 la nak manja mentelah dipujuk kann?  In my case tiada lagi lah mende2 itu.  Aku pun dah jangka yg dia tak akan pedulik aih.. so i rest my case.  I rest in peace.. in pieces also.. ekekek.  Buat tatau sajalah.

Harini akmal ada final paper.  Pobly once done, he'll take a bus back home.. i miss my no 1 son belimachhh.. dia kata nak ngaji sesama haritu bila aku tanya ada x dia ngaji kat bt pahat since masuk kolej.  Akmal boleh ngaji and lancar too.  That was dulu2 lah masa zaman dia ada kat rumah.  I wasnt shocked when i asked if he ngaji like he's supposed to.  Dia ngaku jer.. "xde umi".. maybe dia nmpak umi bersungguh.. dia pun janji.. if he gets home nak ngaji sesama.. in sya Aallahh.  Akmal dah menginjak dewasa.  Pemikiranpun dah berubah byk.  Semoga jadi anak yg soleh mal.. umi redha anak2 umi.. umi akan terus doakan dan nasihat.  We learn from each other ok?


Friday, November 18, 2016

has been 21 years.. huhuuu

sonok bona raso ey
bukanlah den ni pemalas ngat, tapi since CEO bagi cuti half day lagi jumaat ni, iaitu harini, maka amiklahh.. kita kena mensyukuri nikmat yg dikurniakan.
kali ni half day sebab malam ni ada dinner ofis, so smua dibenarkan balik tengahari in case yg nak pegi tu nak bersiap2 sebab ada tema la kan.. tema apa ke akak dengar, cartoon kot.  tapi akak tak pegi ni amik kesempatan je la.. since dah dapat kan.

so, akak nak pi ikut shahira pi aked mara.  nak beli cadar.  dia nak belikan aunty dia jubah.. in sya allah.

pagi tadi nak citer, akak tunggu2 gak kot2 laki akak nak ucapkan "selamat ulangtahun kawen sayang" .. takdo pulak.. biarkan yo lah.. akak pun tak berapo nak hepi, walau lama tempoh tu.. takde mende kat akak.  alhamdulillah je melepasi tempoh yg lama tu.  korang nak kata akak tak bersyukur katalah.. akak saja yg tau betapa akak bersyukurnya dapat menjalani hidup yg begini seronok, dengan laki yg sangat special and anak2 yg comel2 dulu dan sekarang dah jadi hensem2.  akak je yg semakin gomok membela lemak di sana sini.. dengan mendapat beberapa penyakit sempena meningkatnya kesayangan Allah kepada akak.. Allahuakbar.  semoga akak tabah dan redha terus menjalani kehidupan berpenyakit.  Allah Maha adil.. semua lengkap hidup, diberi pulak penyakit.. supaya kita sedar diri yg kita ni sedang diuji dan akan terus diuji.


Wednesday, November 16, 2016

Atas nama cinta


aku wanita yg punya cinta di hati
ada dirimu dan dirinya dalam hidupku
mengapa terlambat cintamu telah termiliki
sedangkan diriku dgn dia tak begitu cinta
mengapa yg lain bisa
mendua dengan mudahnya
namun kita terbelenggu
dalam ikatan tanpa cinta

atas nama cinta
hati ini tak mungkin terbagi
sampai nanti bila aku mati
cinta ini hanya utk engkau
atas nama cinta ku relakan jalanku merana
asal engkau akhirnya denganku
ku bersumpah atas nama cinta



lagu jiwang ni best sgt.. lagu rossa.. kisah cinta kan suami org nihh.. oh remy ishakku  eh.. remy bulum kawin lagi daa.. kui kui kui . ngekkk
menjiwang lak pepagi ni bila tutup telinga dari suara jiran sebelah pok pek pok pek..
ada je dia nak borak.. if aku tak pakai earfon.. pasti aku takkan dapat concentrate buat keje..
ya rabbi.. sampai bila dia nak berborak.. sibbaik aku ada earfon yg baik.. heheee.. terima kasih Allah menciptakan akal utk mereka menciptakan earfon.. ekekeek..







Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...