Friday, January 06, 2017

tiada hati lagi

lamanya tak menulis.  kenapa ye?  bizi kot.. eh, mmg keje sokmo bizi.  tapi aku lama cuti aritu, tak keje, tak tulis gak.  tulah dia.. bizi ke tak bizi ker.. if ada  hati akanku tulis juga.  ni kes takde hati la ni.  hatiku dah dicuri.  tak bisa menulis lagi.  huhuu.. sedihnya mikirkan takde hati nak menulis lagi.

tunggu hati datang balik.




Friday, December 16, 2016

selamanya diuji

aku cinta kamu 
lebih dari hatiku mampu
pasti jiwa takkan bisa
hidup tanpa hadirnya kamu
sungguh dahsyatnya 
cintaku kepada kamu
aku mohon jangan pergi
menyiksaku dengan rindu

cinta dua hati 
selamanya takkan terpisah
kau dan aku punya cinta
paling terindah di dunia
sungguh dahsyatnya 
cintaku kepada kamu
aku mohon jangan pergi 
menyiksaku dengan rindu
tiada yg bisa
mengisi ruang di hati
aku mohon jgn pergi

jiwa ini perlukanmu




jiwang lak potang2 jumahat nih.  system dah totop.  mata pon nak totop.  tahankan je sambil layan lagu2 kat hempon.  mmg nak tololap.  seingat aku pernah dah dulu letak lagu tu kat blog nih.. tapi takpelah.. aku suka, kan.  layankan saja.  dorang ada buat photoshoot tu kat belah sinun. amik pic utk letak kat opis punya fb wall, sempena kismas katanya.  aku dr dulu mmg takde gang nak melayan mende2 gitu.  last ntah berapa taun dulu masa nak raya ada lah sekeping dua amik dgn budak2 typist and shira.  shira best.  dept dia sporting.  semua pegi sekali gus.  dia kabo boss dia yg beria2 kumpui dulu tunggu kamera ready dia dah ready dulu.  mmg jeles dgn dept dia.  selalu sepakat.  lain org lain rezekinya kan?  lain org lain ujiannya pulak.

ujian belaka kita nih hidup.  bila baru takde ujian? bila dah mati.kann?  aku dah letih nak hadap ujian kat opis.  aku dah redha je.  cewahhh.. macamlah berat benau.  aku rasa kalu takde ujian2 cam tu kita tak kenai org yg baik or org yg betui2 baik. or.. org yg buat2 baik utk nampak cam baik.  ada je yg macam malaikat kononnya dialah yg paling baik.  kita ni semuanya tak kena kiri kanan atas bawah depan belakang.  cer tengok dia.. tengok kelakuan dia.. tengok pemakaian dia.. ikutlah dia kononnya.. pd hal.. fail.. gagal.. hampeh.. haa.. apa lagi.  terbukti hang lah yg paling hebat.. Allah nak tunjuk kat semua, sekejap je dapat balik bahagian kau yg tertunggak masa buat kat aku dulu.

aku camtu la jugak.  less talk. more smile.. less shouting more crying.. ekekekek..











Wednesday, December 14, 2016

cuti2 belum lagi

postponed lagi katanya..
apa nak buat.  kita ikut org cam tulah.
so, trip kita ditunda ke tarikh yg ditetapkan yg lain.
so, kita takmo la buang masa buang cuti.
kita pegi lah keje
sementelah kita kena ganti timing pulak
sebab kita makan gaji keje
bukan cam dia keje meniaga


hampa jugak, tapi nak buat cemana
terus teringat kata2 bijak dia
hidup ini tak semudah yg disangka
jadi aku redha jer lerr
kalu kali ni tak menjadi jugak trip
harus saja aku melupakan segalanya
kumpullah segala duit dan kekuatan
utk terus terbang meninggalkan malaysia





ebit lew

cuti2 aku amik peluang membaca buku2 tentang kasih sayang, membina keluarga mengikut sunnah Rasulullah saw.  buku2 dr ustaz ebit lew mmg best.  byk sgt yg tak pernah terpikir dalam benak ni dah dapat dirungkai.  cewahh.. bukanlah bijak mana nak memahami.  yg penting baca dan cuba pahami.. ini org membaca buku malas.. nak mintak datang mukjizat tiba2 pandai mana nak dapat?  ekekekek.. ada bini tak kasi kasih syg.. tapi pikir kenapa bini selalu melawan sentiasa hangin.  cek balik hati kita.  hati oh hati.  milik siapakah hati ini.. kata sudirman.. padahal dah tau milik Allah SWT belaka, ye tak?


Friday, December 02, 2016

akhlak

Sayyidi Habib Ali Al Jufri: ‎من ألِف النظر إلى المحاسِن؛ اجتمعت فيه المحاسن
‎ومن ألِف النظرَ إلى المساوئ؛ اجتمعت فيه المساوئ.

Siapa yang terbiasa mencari atau melihat hal hal yang baik pada orang lain, akan membuat ia bergelumang kebaikan..


Dan siapa yang berusaha terbiasa mencari kelemahan orang lain, akan membuat dirinya sendiri penuh dengan kelemahan tersebut.

Jangan fikir bahwa kita lebih baik dari orang lain kerana sikap "aku lebih baik dari dia" adalah sifat yang memerangkap syaitan dan itu adalah dosa terbesarnya yang menyebabkan syaitan di usir dari syurga, meskipun syaitan adalah makhluk yang ibadahnya banyak dan tak terhitung, jadi waspadalah.. Selalu bersangka baiklah.. Ya Allah, berilah kami cara dan akhlak terbaik dalam beribadah kepada Mu, agar kami juga bisa berhubungan dengan sesama ciptaan Mu dalam kalangan yang Engkau redhai.. Kurniakan kami dengan pengetahuan yang benar dalam mengenal diri kami, sehingga kami mampu mencintaiMu dalam hati, amalan dan akhlak kami.. 


Ya Fattah, Ya Mujiib






happy bday abah

Salam semua..
harini 2disember 1940 abah i was born.  kalu abah masih hidup, umur abah dah 76.  tapi abah dah takde, dah 4 taun abah takde.  aku tetap rindu abah.  kdg2 dtg dia dalam mimpi.  aku sgt2 rindu abah.  dialah lelaki yg tak pernah menyakitkan hati aku.  dialah yg paling sporting, walau kdg2 aku rasa jelingannya saja ckup utk mmbuat aku kecut perut masa zaman membesar dulu.  aku mmg kategori anak yg nakai.  lantak pi lah.. aku terjah semua.  aku mmg kategori memberontak saja masa kekecik dulu.  tapi abah selalu panggil aku sayang abah.  buat aku terasa disayangi sangat walaupun abah tak selalu dapat memewahkan kami dengan apa2 sgt.  hari2 kecik kami tunggu abah balik keje tu satu perkara sangat manis.  walau dia beli kendos je tiap2 hari.. ckuplah pada kami.  ada lagi org lain yg abah dorang tak beli apa2 pun utk dorang masa balik kje.  ada jugak org yg abah dia dah takde pun masa dorang kecik2.. so, abah aku tu sesuatu yg sgt berharga, sgt aku sygi.. sgt aku syukuri sehingga sekarang ni.

huhuu.. abah.. ha rindu abahhhhhh







Wednesday, November 30, 2016

meninggalkan maksiat itu berat

"Sesungguhnya untuk meninggalkan maksiat itu adalah lebih berat daripada mengerjakan taat (perkara yang diperintah oleh Allah dan Rasul Nya)." Rasulullah S.A.W. pernah bersabda : “Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah dari kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya.” Firman Allah S.W.T : “Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu).” 

-Surah An Nur : Ayat 24. 


“Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu).” 

-Surah Yassin : ayat 65.



Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...