Showing posts with label bahagia akhirat. Show all posts
Showing posts with label bahagia akhirat. Show all posts

Tuesday, September 23, 2014

bengkok

"bengkok" adalah keistimewaan & kelebihan wanita.

apabila Baginda Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa wanita itu diciptakan bengkok bukanlah satu kerendahan, bahkan hakikatnya ia satu "keistimewaan" and "kelebihan" buat wanita.  kita sedia maklum bahawa Allah telah menjadikan wanita itu diciptakan mempunya emosi dan perasaan yg tinggi serta hati y g lebih lembut berbanding lelaki.  kejadian beigni hakikatnya amat diperlukan oleh wanita dalam menunaikan tugasnya yg asasi.

tugas ibu yg mengandungkan anak, menyusu serta memelihara mereka amat memerlukan kepada perasaan yg halus, rase sensitiviti dan emosi yg tinggi.  hingga si ibu mampu untuk menyelami perasaan si anak, menjiwai kegembiraan dan kesedihan mereka dan merasai kepayahan dan kegusaran mereka.

seorang suami juga memerlukan seorang isteri atau isteri2 yg lembut dan mudah memahami dan menyelami utk menjamin kehidupan rumahtangga yg sejahtera dan harmoni.


"berwasiatlah dan berbuat baiklah kalian kepda wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan drp tulang rusuk.  bahagian yg paling bengkok pada tulang rusuk adalah bahagian yg paling atasnya.  jika kamu berusaha meluruskannya, maka kamu mematahkannya.  dan apabila kamu biarkan saja, maka dia tetap bengkok.  maka itu, berwasiatlah kepada wanita dengan baik."
(HR Bukhari, bab berwasiat dgn wanita, no. 4787)

Adakah hadis ini menggambarkan kelemahan serta kerendahan buat kaum wanita?
Baik, mari kita telusuri hadis ini..
Hadis ini hakikatnya bukanlah merendah2kan kaum hawa.  akan tetapi Baginda s.a.w ingin menegaskan dan menjelaskan tabiat semula jadi kejadian kaum hawa yg telah Allah ciptakan.  

Maka disebabkan kejadiannyha yg semulajadi bengkok itu, Baginda s.a.w melarang kita drpd melakukan kekerasan terhadap wanita sebagaimana kita tidak mungkin boleh meluruskannya walaupun dengan pembedahan kerana ia hanya akan menghancurkan tulang rusuk itu.  maka kita perlu kekalkan "kebengkokan" tulang rusuk itu sebagaimana kita perlu terima "kebengkokan" wanita.

Wanita itu bengkok?  Wanita berbeza dgn lelaki drpd segi penciptaandi mana dlm diri wanita itu mempunyai beberapa perkara yg Baginda s.a.w menyifatkannya sbg bengkok.  Wanita biasanya mudah dikalahkan oleh perasaannya sehingga mereka byk hilang sikap bijaksana dlm mengambil satu2 keputusan.  Akibat cepat emosi twesebut, perasaan wanita sering berubah2. 



Kerana itulah Baginda s.a.w meminta kaum lelaki agar bersikap sabar dlm berhadapan dgn perilaku dan jgn berkasar kerana ia tidak akan membuat kebaikan buatnya.. malah mungkin akan menghancurkannya spt mana sabda Rasulullah s.a.w "Jika kamu berusaha meluruskannya, maka kamu mematahkannya." 

Kaum lelaki haruslah ingat bhw wanita bukanlah sengaja memiliki perilaku tersbut dgn tujuan utk menyusahkan mereka.  Akan tetapi ia merupakan takdir Allah atas wanita.  Allah telah memberikan kpd wanita satu sifat khusus serupa perasaan sensitiviti yg tinggi dan cepat emosi.  Maka seoranh suami jgnlah mencaci maki akan kelemahan wanita ini.. akan tetapi mereka perlu bijaksana dlm menangani sifat halus wanita itu.


Copied from majalah iman, bil 31.. 
By S
Ustazah Suriani binti Sudi
Pensyarah jab alquran n sunnah
Kolej UIA selangor (KUIS)







Tuesday, July 01, 2014

sabar


harini rasa cam nak guna pic je buat entry..  tapi nak gak tulis.. ish ish.. ngada2 kau ni su.. tulis je lah.. baikkkk.. so... kita citer tentang kesabaran la k?
adakah aku seorang penyabar?  hmm.. i wish i am.. aku mintak Allah berilah aku kelebihan seorang penyabar.  lagi2 dalam bulan menguji keimanan.. bulan ramadhan.  bulan ini patutnya bulan menundukkan nafsu kita.. nafsu macam2 lah.. makan, minum, dengar, tengok.. segala yg kita buatlah..




satu lagi sabar ni dikehendaki bila2 saja.. sentiasa saja.. masya Allahh.. 
sabar ye su.. apa pun yg kau hadapi pagi tadi.. kau redha lah..
bukan senang nak buat org rasa senang dgn kita.. sentiasa je ada ketidakpuasan hati.. 
maka dengan bersabar, kau dapat menahan diri dari marah2 pada dia..





Tuesday, June 17, 2014

menangis

cuba cakap terus terang... pernahkah korang menangis bila teringat Allah?  tak kiralah lepas solat ke.. atau sambil tengok sesuatu yg mengharukan ker.. dan terasa kebesaranNya terhadap kita semua hamba2nya ini.  pernahkah kita tiba2 sayu bila mengingatkan semua dosa2 kita sejak kita akil baligh?  ke kita tak de dosa yg boleh buat kita nangis takutkah Allah tak ampunkan dosa kita.. 

astaghfirullahhal adzim.. korang aku tataulah.. masya Allahh.. tapi aku rasa sgt takut jika aku tak sempat nak mendapatkan keampunanNya sementara aku hidup ini dan mati dah sampai masa memanggil aku.. huuu.. mati itu mmg tade sapa tau masa bilanya kan?  baru pagi tadi sorang lagi staff ofis aku, one guy, awal 30, baru kawin not even a year pun, dah sampai ajalnya.. Innalillah hiwainna ilaihirojiun.. aku terkejut bila shila si pembuat kek termasyhur tu menelefon memberitau yg Muhammad Zulfadly tu dah meninggal dunia akibat sakit dalaman yg tak diketahui.  aku agak rapat gak la dengan zul ni.. even my fb fren jugak tu.. aku ni walau org kata garang, tapi budak2 ni suka jer datang berbual2 dan kami pun berkawan.. dah takde lagi zul.. wife dia dah jadi janda sambil mengandung tu.. baru 6 months pregnant.. semua ni buat aku terkesan jugak. taun ni ramai pulak staff offis aku yg pergi.  ya Allah tak tau bila lak turn aku.. pasti dah.. but tatau bila.. semoga Allah mengampunkan dosa2 aku ya Allahh sebelum kau ambil aku balik padaMu ya Robbiiii..


keutamaan menangis kerana rindu dan kerana takut kepada Allah.. bagaimana?
mengingat dan menyebut Allah dalam bersendirian dan matanya menitiskan air mata.. 
harga air mata yg kita titiskan sekarang ialah naungan Allah di akhirat kelak.. aku dengar syarahan ni. dari habib ali zainal abidin al-hamid..  naungan ini dapat dari dalam diri kita. dari air mata.. berapa byk yg menangis kerana mengingatkan Allah.. kerana menyesal, sedih?  kita dimuliakan dgn iman, dengan adanya nisbah hubungan kita sebagai hamba dengan Allah.. maka jgn menggantungkan hati kita kepada yg lain.. ingat.. harga utk naungan Allah ialah air mata kita.. penuhi hati kita dengan kecintaan kepada Allah, baru hati kita boleh menangis.. letakkan ketergantungan hati kita kepada  Allah.. kecintaan kepada Allah.. baru kita dapat merasakan hubungan atau connection kepada Allah.. hal2  yg melalaikan kita mmg banyak.. fb, tivi, anak2, suami, adik badik dan macam2 lagi ya Allah...

tangisan kerana takutkan Allah.. dapat memadamkan api neraka.  Rasulullah saw bersabda.. "tidaklah mata seseorang menitiskan airmatanya kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka.  dan apabila air matanya mengalir ke pipi mata wajahnya tidak akan terkotor oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati.  tidaklah ada sesuatu yg tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata.  sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka..".

Junjungan Mulia kita bersabda.. "ada 2 biji mata yg tak tersentuh api neraka, mata yg menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yg menjaga pasukan fisabilillah di waktu malam. di antara 7 golongan manusia yg akan mendapat naungan Allah dia hari kiamat.. ialah seseorang yg berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.."

yg sangat penting di sini ialah.. sudahkah Allah itu redha kepada kita?
itu pertanyaan yg harus kita tanyakan pda diri kita..



Thursday, May 22, 2014

bertahanlah..

aku mengaku mmg besar, sangat besar tanggungjawab seorang suami.. takkan dapat puaskan hati semua org setiap masa.. namapun manusia.. mananyer nak puas.. but biasalah.. rumahtangga, kalu takde rasa hampa kecewa, bukanlah namanya rumahtangga.. itupun buat pasangan lama2 lebih sayang atau lebih paham dengan pasangan masing2.. sebahagian besar pasangan berpisah tu sebab tak mau lagi tanggung rasa kekurangan diri or rasa nak lepaskan saja beban yg dirasakan disebabkan oleh pasangan masing2.. well.. pada aku di situlah perasaan kasih sayang memainkan peranan, dan berbalik kepada tujuan asal kita berumahtangga.. 

sabarlah dengan kerenah pasangan anda.. 
selalunya dia nakkan perhatian anda.. bagi sikit lebih time merajuk, in sya Allah settled.. 


maybe tu la kot aku masih bertahan dgn kanda yg dah hidup dgn aku almost 19 years (ingatkan tau november nanti).. aku mmg selalu sgt makan ati dgn dia, kecewa, hampa.. tapi itulah.. bila bitau.. kdg2 sakit ati sbb dia buat donno.. lama2 aku dah jadi kebai.. loving2 caring2 mmg takde la dah.. just for the sake of rumahtangga and anak2 je la.. layankan saja.. 


semua manusia inginkan kebahagiaan.. ye tak.. tapi tak semua org dapat kebahagiaan yg sama..



dont surrender dont give up.. i will always be here!!



Monday, May 05, 2014

dunia sebenar yg seronok

di dunia ni x perlu nak seronok2 sangat...
x sepatutnya.. keseronokan yg sebenar ialah bila kita dapat masuk syurga Allahh...
ye..
di situ tiada lagi amal2 yg soleh..
di situ hanya ada kegembiraan dan keseronokan jer
x de org yg berhasad2 dengki.. tiada penganiayaan..
yg ada hanya ucapan "salam"
Allahurobbi

takut dah harap kena ada dalam diri..



Wednesday, May 25, 2011

Jenis2 org dalam dunia ni..

Taken from majalah anis, mac 2011..



  • org soleh sentiasa berpandangan positif dan melihat sesuatu daripada sudut yg positif lalu dia menjadi orgn yg sentiasa bersyukur atas apa yg diterima sama ada nikmat atau sebaliknya.


  • sebaliknya.. org yg hatinya sakit sentiasa melihat yg negatif lalu hatinya terus bertambah sakit, iri hatinya bertambah kuat, perasaannya semakin tertekan lalu hilanglah kebahagiaan dirinya.


  • org soleh melihat org lain sebagai sumber inspirasi dan motivasi utk menjadi lebih baik


  • sebaliknya, org yg hatinya sakit menjadikanorg lain sebagai penyebab kepada bertambahnya rasa sakit hati pada dirinya.

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...