Showing posts with label ingat mati. Show all posts
Showing posts with label ingat mati. Show all posts

Tuesday, May 02, 2017

kejoraku

hiba berbelaikan sepi
jiwa meratapi duka
desir berita hadir
kala berserinya pagi

sukar dipercayai ia
bagai berilusi mimpi
namun bukan mainan dusta
benarlah bagai dikata

Tuhan yg Maha Tahu
apa ketentuan taqdir
kita hanyalah hamba
berserah kepada Dia

Engkaulah kejora sinar zaman
menginsafkan rohani
merdu mengalun rima
bermadah dari hati

menyemaikan cinta Maha Esa
meniup kesyahduannya
menyerap di jiwa
tenggelam di alam rasa

sukar dicari ganti
murni kasih mulia
segar menghibur hati
tak mungkin dilupakan

senandung zikir kutitipkan
hadiah perpisahan
buat dirimu kasih
yg pergi selamanya
wahai  Tuhan dikau maafkanlah
hulurkanlah keampunanMu
rahmatilah rohnya
sentosa di alam sana
pulanglah bersama
ketenangan menuju Allah
damailah bahagialah
bersama kasihNya

besh lagu ni, mendayu2 menyedihkan and oso menginsafkan.  bersediakah kitaa utk kehilangan and also meninggalkan?







Monday, January 23, 2017

pergi takkan kembali

semalam waktu tengah bersiap2 nak pi kenduri nikah syafira (sepupu aku) kat kg nakhoda, laki aku dapat berita abg dia, abg hassan telah meninggal dunia.  innalillahi wa inna ilaihi rojiunnn.. pihak jabatan kebajikan masyarakat yg informed katakan dia dah takde.  masa tu aku dah pun siap.  so, aku agak. laki aku tak jadilah pi kenduri, dia kenalah uruskan hal abg dia tu.  selama ni dia yg rajin menguruskan abg hassan tu.  diorang adik beradik mmg rapat, lagi2 bab abg hassan yg tak berapa sihat sejak mai balik dari pulau pangkor dulu.  dia keje nelayan, tapi sejak berpisah dgn isteri dia di sana, dia balik dan tinggal di belah perlis balik.  haritu tinggal dgn kak lina, kak ipar aku. pehtu sejak dah tak berapa sihat, dia laki aku carikan tempat utk berlindung, ada yg menjaga dia dan dia pun ditempatkan di tempat jagaan macam rumah jagaan org2 tua tu la lebih kurang.  aku dah tak ingat apa ke nama tempat tu.  ikut laki pegi situ adalah 2, 3 kali, tapi takde masuk sebab tempat tu tertutup dan dihuni lelaki semuanya.  so, aku biasa tunggu dalam kereta jer.

last skali aku pi melawat abg hassan masa dia kat hospital kkb.  bila dia tak sihat, deme pakat hantar dia kat spital lah.  laki aku ada lah menghantar pampers utk dia.  kesian tengok tak boleh bergerak nak kena org pimpin.  and pergerakan ke tandas sgt terbatas, so, kenalah pakai pampers.  akupun taktau apakah penyakit dia yg sebenarnya.  ckup kata penyakit tualah.  tak lama lepas tu, abg hassan dapat masuk dan tinggal di jab kebajikan masyarakat kat KKB bila ada kekosongan.  Di sana at least ada yg menengokkan pakai makan dan sakit dia.  actually abg hassan ni ada kembar, nama dia abg husin.  dua2 dorang ni dipanggil paklang.  paklang husin dah lama meninggal, seingat aku masa aku baru keje pwc dalam 2, 3 taun gitu.  ni giliran paklang hassan pulak dijemput Ilahi.  seingat aku, yg dah meninggal adik badik laki aku semua yg lelaki, bermula dr abg aziz, abg husin, abg kassim, abg  che man and abg hasan last ni.  diorang 12 beradik, laki aku yg bongsu and sorang lagi lelaki ialah abg zain yg sulung.  yg lain2 semua pempuan.  alhamdulillah semua masih sihat.

tiap kita ni pasti akan bertemu mati. takkan tercepat maupun terlambat.  setiap amal akan dibalas begitu jugak setiap kejahatan akan juga dibalas setimpal.  kitapun taktau bila, so, kita lah yg kena beringat2 time kita tu dah dekat sgt.  yg sihat pun belum tentu lepas, yg sakit apatah lagi.  ye tak?  ingat mati adalah salah satu cara utk melembutkan hati kita.  ada jugak manusia bila kita selalu citer pasal mati, dia jadi kaget dan melenting katanya macam kita mintak2 pulak, padahal kita mmg kena ingat mengingatkan yg kita ni semuapun bakal jenazah.  huhuuu..

"katakanlah bahwa kematian yg kamu lari drpdnya, pasti akan menjumpaimu dan kamu akan dikembalikan kepada Allah Yg Maha Mengetahui semua yg ghaib dan nyata.  Dia akan memberitahukan kepadamu tentang perbuatan2mu"  ** (Al Jummuah; 8).

"berlomba2lah ke jalan ampunan Tuhanmu dan ke syurga yg luasnya seluas langit dan bumi yg disediakan bg org2 yg beriman kpd Allah dan rasul2Nya, yg demikian itu adalah kurnia Allah yg diberikan kepda siapa yg disukai, kerana Allah pemilik kurnia yg besar"  ** (Al Hadid; 21).





Tuesday, October 18, 2016

andainya aku pergi dulu..

ku.. menantimu saban waktu
bangkit jiwaku
kau suluh hatiku dengan sinar kudus kasihmu
kuharapkan terus bersamamu selamanya

oh hiduppun sementara, jadi selamanya utk kita manusia ni sampai saat kita matilah gamaknya yer..
cemana la agaknya anak2 aku kalu aku mati dulu kan?
akmal selalu wassup umi, nanti umi takde, wassup lah ayah selalu ye?
azmeer pernah kata.. umi asik dengan abg je.. tak sayangkan dia, katanya.. tulah dia selalu dekat dengan ayah.  salah sgt.. umi mmg sayang anak umi dua2.. syg tak lebih tak kurang.. sama.. tetap umi akan doakan korang berjaya.. umi redha dah dgn anak2 umi berdua ni.  lepas umi dah takde, ameer kena teruskan melekat dekat ayah.  ayahpun mmg sayang anak2 dia sangat2.. rasanya mmg lebih sygkan korang dari umi.

ayah dia pulak, kalu dulu tanya.. if saya mati, dia cemana?  kawin lagi tak?
kalu ikut sejarahnya dulu, kabonya takmo kawen lagi.. hehhehe.. cinta setia la tu kot ye,.. tapi kan.. if dia nak kawen lagipun silakanlah.  saya dah takde lagi.  and abang masih berkehendakkan teman, silalah.  in fact, if dia benar2 nak kawen lagipun sekarang ni pun aku relakan.. sila..   tiadalah nak tamak2 kasih syg.  semua pun cuma pinjaman belaka.. saya rela aihhh.. lagi2 pulak if saya dah meninggal dunia...


picture zaman memuda dulu.. kat ataih jematan klcc


Tuesday, June 17, 2014

menangis

cuba cakap terus terang... pernahkah korang menangis bila teringat Allah?  tak kiralah lepas solat ke.. atau sambil tengok sesuatu yg mengharukan ker.. dan terasa kebesaranNya terhadap kita semua hamba2nya ini.  pernahkah kita tiba2 sayu bila mengingatkan semua dosa2 kita sejak kita akil baligh?  ke kita tak de dosa yg boleh buat kita nangis takutkah Allah tak ampunkan dosa kita.. 

astaghfirullahhal adzim.. korang aku tataulah.. masya Allahh.. tapi aku rasa sgt takut jika aku tak sempat nak mendapatkan keampunanNya sementara aku hidup ini dan mati dah sampai masa memanggil aku.. huuu.. mati itu mmg tade sapa tau masa bilanya kan?  baru pagi tadi sorang lagi staff ofis aku, one guy, awal 30, baru kawin not even a year pun, dah sampai ajalnya.. Innalillah hiwainna ilaihirojiun.. aku terkejut bila shila si pembuat kek termasyhur tu menelefon memberitau yg Muhammad Zulfadly tu dah meninggal dunia akibat sakit dalaman yg tak diketahui.  aku agak rapat gak la dengan zul ni.. even my fb fren jugak tu.. aku ni walau org kata garang, tapi budak2 ni suka jer datang berbual2 dan kami pun berkawan.. dah takde lagi zul.. wife dia dah jadi janda sambil mengandung tu.. baru 6 months pregnant.. semua ni buat aku terkesan jugak. taun ni ramai pulak staff offis aku yg pergi.  ya Allah tak tau bila lak turn aku.. pasti dah.. but tatau bila.. semoga Allah mengampunkan dosa2 aku ya Allahh sebelum kau ambil aku balik padaMu ya Robbiiii..


keutamaan menangis kerana rindu dan kerana takut kepada Allah.. bagaimana?
mengingat dan menyebut Allah dalam bersendirian dan matanya menitiskan air mata.. 
harga air mata yg kita titiskan sekarang ialah naungan Allah di akhirat kelak.. aku dengar syarahan ni. dari habib ali zainal abidin al-hamid..  naungan ini dapat dari dalam diri kita. dari air mata.. berapa byk yg menangis kerana mengingatkan Allah.. kerana menyesal, sedih?  kita dimuliakan dgn iman, dengan adanya nisbah hubungan kita sebagai hamba dengan Allah.. maka jgn menggantungkan hati kita kepada yg lain.. ingat.. harga utk naungan Allah ialah air mata kita.. penuhi hati kita dengan kecintaan kepada Allah, baru hati kita boleh menangis.. letakkan ketergantungan hati kita kepada  Allah.. kecintaan kepada Allah.. baru kita dapat merasakan hubungan atau connection kepada Allah.. hal2  yg melalaikan kita mmg banyak.. fb, tivi, anak2, suami, adik badik dan macam2 lagi ya Allah...

tangisan kerana takutkan Allah.. dapat memadamkan api neraka.  Rasulullah saw bersabda.. "tidaklah mata seseorang menitiskan airmatanya kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka.  dan apabila air matanya mengalir ke pipi mata wajahnya tidak akan terkotor oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati.  tidaklah ada sesuatu yg tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata.  sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka..".

Junjungan Mulia kita bersabda.. "ada 2 biji mata yg tak tersentuh api neraka, mata yg menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yg menjaga pasukan fisabilillah di waktu malam. di antara 7 golongan manusia yg akan mendapat naungan Allah dia hari kiamat.. ialah seseorang yg berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.."

yg sangat penting di sini ialah.. sudahkah Allah itu redha kepada kita?
itu pertanyaan yg harus kita tanyakan pda diri kita..



Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...