Showing posts with label kata-kata semangat utk terus berusaha. Show all posts
Showing posts with label kata-kata semangat utk terus berusaha. Show all posts

Monday, September 14, 2015

Berkata2 yg baik atau diam

   
Aku dlm tren nak pi keje.  Jerebu kuat ni kak su, jalan elok2.. kata ira shahira bff den yg dah smpai pun kat kls.  Aku kat mana?  Takpolah.. kita buat satu entry k?  Tak tahu nak tulis gapodio.. tp nak tulis gak.  So amik satu kata2 ni and kita ulas lagi baik kan?  

Cemana buat org yg boleh bg org lain rasa macam diperlukan atau rasa penting?  Ontah.. den bukan reti ngat.  Tapi just be alert ker in what i want to say.. tengoklah situasi kan?  Kalu x tau nak kata apa.. dan takut x sesuai,  baik kita dendiam jer.  Mmg sbda nabi saw pun.. "berkata yg baik2 lah atau kamu diam".. gitu.  Jadi skill berkata2 sgt2 penting rite?  

Yang paling selamat adalah senyum jer la kan?  Tapi tu pun kena tgk situasi gak.  Takkn bila kawan tu kata dia sakit kepala migrain.. kau balas dgn senyuman sedekah.. tu tak peka lah tuu.. Contoh lain.. kau tau kawan tu baru berjinak2 dgn bisnes kau tanya lak kat dia.. kenapa tak berenti keje jer.. ehhh.. kalu dia keje lagi pun, bukannya gaji dia amik dr gaji kau tu nyahhh.. cer la guna akai sikit ye.. sblom bercakap.  Ekekek.. itulah dia antara topik2 yg paling spesel dan biasa kita hadapi.  

Udahlah tu.  Aku kalu nulis guna tipon pintar aku ni.. kojap je jadi berjela2.. kang korang takmo baca pepanjang ngat .. kannn?

Nak smpai bank negara dah.. hmmm

Ni ety anak buah den yg selalu ada time aku susah and time aku hepi.. leviu ti...

Monday, May 26, 2014

permaisuri

mahu terus menjadi jantung
menjadi nadi cintamu
sampai ku mati
kau satu di hati...

jika benar cinta itu buta
biar ku buta kerana cinta
biar hati memberi cahaya
dan kau pasti permaisuriiii...




bestnya jadi permaisuri bagi  someone kannn..  kita akan selalu dihargai.. di beri keutamaan.. diberi itu.. diberi ini.. hmm.. ada ke org nak layan kita cam permaisuri.. even permaisuri pun dia tak penah jumpa.. sekadar tngok gambar jer..  layan lebih sikit takut benar kita naik kepala, pijak kepala, ye ke?  kita nak ngadu sikit dah malas nak layan.. kita nak mintak manja skit.. hmm.. udah lemas laaa.. ish ish.. 
kalu akulah.. org layan aku baik.. aku akan layan dia 1000 kali lagi baik... takkan rugi berbuat baik pada org..  kalu org tu tak reti menghargai kebaikan kita, takpe.. teruskan jer (cewahhhh),yeah.. Allah kan ada utk membalasnya.. tak di dunia.. in sya Allah ada akhirat tuk kita merasai balasan kebaikan itu..




Thursday, April 10, 2014

Kadangkala

petikan dari fb ust. Pahrol M Juoi:
kadangkala ada suatu masalah yg Allah takdir dalam hidup ini bukan utk diselesaikan, tetapi utk kita "hidup bersamanya".  itulah saluran kita merintih dan berdoa kepadaNya.. sentiasa!!


hmm.. aku mulai merasakan aku harus teruskan hidup.. eh, kalu tak teruskan idup cemana pulak, tu kan nikmat hidup diberi Allah terus hidup.  bangun pagi2 ada tak kita ingat nak ngucapkan syukur Alhamdulillah dapat bangun dan ngirup udara dan diberi nyawa utk terus menyedut udara Allah.  bangun mandi solat, siap2, cari kanda nak cium tangan nak pi keje.. selalunya dia siap dulu.. pegi dulu.. tapi kdg2 aku pi dia dalam bilik air lagi.. kdg2 dia tengah solat subuh lagi.. so aku tinggalkan saja.. yg bestnya kalu dia nak pegi aku dah siap2 nak pegi jugak, dapatlah aku cium tangannya, aku peluk dia.. aku tak lepaskan peluk sampai lebih 20 seconds.. haaa.. baru lepas.. ada la hikmah2 peluk more than 20 seconds tu.. nanti google tauu..
anak2 pun begitu.. ameer selalu pi skolah cepat amat.. capai tangan umi, cium and belah.. naik beskal terus ke sekolah.. kdg2 je dia amik cococrunch taruk susu sejuk for bfast.. makan cecepat.  amal plak selalunya tengah mekap waktu aku pi kje.. so aku pun jerit je la. "mal.. umi pegi" and selalu gak aku kata.. "jgn tak pi sekolahhh.. ko tu nak peksa taun ni".. adoiii.. akupun tak paham apa yg best tak pi sekolah sebab amal mmg suka main game sokmo.. ya Allah.. mmg aku ni lemah sgt bab didik anak, anak2 dah remaja aku tak reti2 lagi.. ramai je nak nasihat tu ini.. but yelah.. tengok keadaan, mana aku boleh buat, aku cuba.. aku lebih pada buat kawan je anak2 ni.  hope anak2 pun sudi je berkawan and share.. kandalah kalu aku nak mintak tolong tegur anak2.. ntahlah.. mmg mendidik anak2 tu tanggungjawab yg besar.. lagi2 kalu takde ilmu cam aku nih.  aku ingat dulu aku remaja.. nak memberontak tu takdela kot.. main komputer tu jauh sekali laa.. kat sekolah je la keje aku.. if tak, kat padang or kat gerai mak menolong mak meniaga..  huuu.. itulah hidup aku masa zaman remaja.. tak delah byk sgt cubaan cam budak2 sekarang yg dgn gamenya, computernya.. dgn macam2nyer lah.. apa yek?


haaa.. dah jauh menyimpang su.. apa yg ko merepek niii?
lantaklah.. sementelah idea mai mencurah2.. ko tulih je la kannn... 

ok.. lets see what else ust. Pahrol MJ tulis kat fb dia.. yg best2..

jika dalam hatimu ada iman, kau tidak akan mudah dikecewakan
jika dalam hatimu ada cinta, kau tidak akan tega mengecewakan..
bila ada iman, pasti ada cinta.. dan di situ pasti ada bahagia!!


begitu takdir tertulis utk mu suriani.. cewahhh



Friday, June 10, 2011

motivasi diri

jika kita benar-benar ingin berjaya, harus jujur dan ikhlas dalam perjuangan. kita tidak perlu jatuhkan orang untuk berjaya, tetapi tingkatkan antibodi diri, bina kekuatan korporat, diri dan kelebihan kita. jangan percaya dengan jalan pintas, insyaallah kejayaan akan jadi milik kita


..petikan kata2 penerima anugerah SMEs CEO of the year 2010, Datuk Stapa Omar, Pengasas DCL

Tuesday, April 12, 2011

bantu

biar akak ajar su..
biar su naik diamond director sebelum gala dinner nih..

mana tau rezeki su Allah nak bagi, kan..

boleh apa dapat 10ribu, hoi.. mmg boleh su..

ntah2 ko naik amik anugerah masa dinner nanti..



aku ingat sangat kata2 CA Anizah malam tu.. masa dia ajak aku pi seminar dcl di ulu bendul..

berbunga2 hati aku bila ngingatkan dia nak bantu aku tunjuk ajar aku mana yg perlu ..

aku akan buat sedaya upaya aku, buat dan buat sehingga Allah bagi yg aku mintak tu..

aku yakin Allah tu adalah apa yg kita sangkakan.. aku yakin sangat..




Tuesday, May 25, 2010

Touch base .. ingatkan diri sekali lagi!

Ini dipetik dari Perutusan Pengasas DCL, Dato' Stapa Hj. Omar

Selamat datang ke alam kebebasan kewangan dan gaya hidup teransang DCL. Ini bermakna anda mengucapkan selamat tinggal kepada rutin hidup yang penuh tekanan. Kebanyakan insan di dunia ini hanya bergantung kepada gaji yang dibayar untuk kestabilan masa hadapan. Kebebasan kewangan kelihatan hanya satu impian kosong.

Tetapi bagaimana dengan mereka yang berjaya meningkatkan diri dan mencapai kebebasan kewangan mereka? Yang pasti mereka ini tidak mempunyai lampu ajaib. Mereka yang berjaya, bijak menggunakan ‘KUASA PILIHAN' yang dianugerah Tuhan dengan memilih pilihan yang tepat.

Bagi mereka yang melihat peluang dan terus mengambilnya semasa peluang itu tiba akan berjaya, manakala bagi mereka yang tidak nampak peluang tersebut atau hanya sekadar mencuba nasib pasti akan gagal.

Dunia sedang menyaksikan satu aliran raksasa di dalam industri pemasaran pelbagai peringkat (Networking) dengan penghasilan jualan mencecah angka melebihi US$100 Billion setahun dan ianya terus berkembang pada kadar fenomenal. Begitu juga di Malaysia dan seluruh rantau asia pasifik, menunjukkan pertumbuhan dengan kadar multi billion Ringgit, dan terus berkembang. Oleh kerana itu DCL pastinya akan menjadi satu kenderaan yang akan membawa anda menuju matlamat Kami menyediakan rancangan menarik dan berinovatif di mana prinsip-prinsip keadilan kepada pengguna dan pengedar dijadikan asas.

Dengan semangat perjuangan dan keberanian yang tinggi, percayalah tidak ada apa yang tidak boleh anda ubah. Marilah membangun bersama DCL. Jadikan hari ini sebagai permulaan bagi satu kehidupan yang lebih bermakna. Lakukan yang terbaik hari ini untuk masa hadapan yang cemerlang. Marilah melangkah ke dunia kemenangan. Bangunkan gergasi yang sedang tidur. Ayuh! Bertindaklah sebagai seorang pejuang dengan penuh keyakinan.

Walaubagaimanapun jangan sekali-kali biarkan impian anda terkubur kerana kurang keyakinan. Dan jangan sekali-kali anda menugggu sehingga cukup tahu untuk memulakanya. Orang yang sampai ke destinasi adalah orang yang memulakannya. Pengetahuan dan keyakinan akan terbina melalui proses tindakan. Bermulalah dengan apa yang anda ada. Sesungguhnya anda akan tidak akan temui hatta sehari pun, hari yang anda benar-benar bersedia. Melangkahlah ke hadapan dan jangan biarkan orang lain memindahkan ketakutan kepada anda serta menghalang perubahan.

Sayugia diingatkan, pejuang tidak pernah takut kepada rintangan dan kegagalan, justeru rintangan dan kegagalan adalah pra syarat kepada sebuah kejayaan.

Wednesday, April 28, 2010

Jangan segan untuk jadi kaya

Tidaklah salah jika ghairah menambah kekayaan, asalkan dibina bukan atas kerugian orang lain, atau dalam kata lain, hatta sebesar manapun kekayaan yang dibina itu tidak salah, bahkan ianya sangat wajar jika kekayaan dibina di atas kejayaan orang lain.

Dan jangan bakhil untuk memberi.

Pepatah Cina ada mengatakan, ""Wang kecil tak pergi, Wang besar tak mari".



... petikan dari perutusan pengasas dcl mac 2010..

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...