Tuesday, April 19, 2011

sakit perut

ko sakit perut tak lepas makan pedas2?





biasalah tu.. kalu perut tu jenis bagus, tentu lepas tu kena pi tandas, kan.. flush out all the unwanted things.. toxin la itu..



cemana kalu tak buleh berry tapi makan bagai nak rak? musti tak senang duduk mikirkan, kenapa tak mau lepassss?


penyakit tuu.. haaa.. aku ada jawapannya..


dan sgt berkesan dowh.. tiap kali aku makan terover sket, aku akan amik 4 biji kapsul ini.. and taraaaaa... i will flush out all the lemak2 minyak2 and segala mak nenek tokngah maklang segala mende keluar melalui berry..


haaaa.. lega tauuu... inilah dia.. inte-cleanse.. kejenya menyucikan usus kita.. aku tak risau dah.. makan banyak, kuar banyak, okey?

Monday, April 18, 2011

apple of my eyes


Kesan kekurangan berat dapat dilihat di dalam 4-5 hari. DCL GREEN APPLE DIET TEA, formulasi serat epal, teh hijau dan aloe vera yang membantu mengawal dan mengurangkan berat badan. Antara fungsi utama ~ sebagai agen pemotong lemak didalam badan dan pelawasan selain dari membantu membetulkan peredaran darah, anti penuaan serta melindungi organ-organ penting daripada toksin.


Khasiat epal hijau sudah diketahui ramai dalam membantu penghadaman dan penurunan berat badan. Ia membantu mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan, epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik iaitu satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung.


Aloe vera berfungsi membersihkan dinding-dinding bahagian dalam perut dan mengimbangi asid perut. Seterusnya ia juga membantu memperbaiki sistem penghadaman agar dapat menyerap zat-zat makanan dengan lebih berkesan.


Teh hijau secara semulajadi diperkaya dengan vitamin B, C, E dan K serta mineral yang baik untuk sistem tubuh. Pengambilan teh juga boleh meningkatkan lagi tenaga pada tubuh seseorang dalam melawan penyakit dan meredakan panas badan. Antara kandungan khasiat teh hijau adalah:

- Membantu mengawal tekanan darah tinggi

- Membantu mengawal paras gula darah

- Membantu dalam sesetengah penyakit barah

- Menguatkan sistem imun

- Menurunkan aras kolesterol

- Menggalakkan pembakaran lemak


Cara pengambilan : bancuh satu sachet dalam air suam ataupun air sejuk sukatan satu cawan. Waktu untuk minum adalah diwaktu pagi sebelum sarapan atau selepas sarapan. Boleh diminum lebih dari satu sachet sehari pagi atau malam.


HARGA RM118.00 (20 sachets)

Friday, April 15, 2011

penghulu segala hari 2

selamat pagi rakyat mesia semua... alhamdulillah, sampai jugak kita ke hari jumaat, iaitu hari terakhir bekerja bagi akak dan sesetengah pekerja lain tu.. sila tunggu setengah hari lagi atau apa2 saja lahhh.. yg penting itu adalah ibadah, lakukan dgn sebaiknyaaa.... ramai yg buat ibadah lebih pada hari ini.. bagus sgt, buatlah sebanyak2 ibadah sementara kita di dunia ini.. kerana itulah nanti yg menjamin masa depan kita di akhirat.. ada juga yg sudah bersedekah membelikan makanan utk kawan2.. dipuji sangat sifat mulia itu.. teruskannnn.. semoga mendapat berkah dari kebaikan kamu itu.. janganlah kita memecahbelahkan umat2 manusia ini, wahai kaum nabi muhammad.. sesungguhnya biarlah silaturrahim itu berkekalannnn singga bila2, okey?

Tuesday, April 12, 2011

bantu

biar akak ajar su..
biar su naik diamond director sebelum gala dinner nih..

mana tau rezeki su Allah nak bagi, kan..

boleh apa dapat 10ribu, hoi.. mmg boleh su..

ntah2 ko naik amik anugerah masa dinner nanti..



aku ingat sangat kata2 CA Anizah malam tu.. masa dia ajak aku pi seminar dcl di ulu bendul..

berbunga2 hati aku bila ngingatkan dia nak bantu aku tunjuk ajar aku mana yg perlu ..

aku akan buat sedaya upaya aku, buat dan buat sehingga Allah bagi yg aku mintak tu..

aku yakin Allah tu adalah apa yg kita sangkakan.. aku yakin sangat..




Monday, April 11, 2011

berkampung lagi

aku pegi lagi mencari pengisian ilmu di dada.. bukan mencari utk memejalkan dada (aku guna Q-she) saja.. tapi kali ni aku pegi sorang je.. heheheh.. yg penting kita musti terus mencari ilmu, okeh?? wakil dari selayang la.. selayang ada gak wakil haaa... ko ada ke? takde kan, kan?



perkampungan 1DCL, kat ulu bendul 9 and 10 april 2011 - slogannya, menang dunia menang akhirat.. best sgt aku rasa.. agak berbeza sket dari yg aku first pegi kat kemaman dulu.. this time ia lebih padat dan mantap.. hehehe.. at least for me yg tatau apa2 ni lah kan...


ada je yg dah jadi crown ambassador, CA, the highest title dalam dcl nih.. macam puan masthura razali tu (aku tabik dia.. pendapatan yg dah mantop tuuu!! ) tapi tetap nak pegi sebab nak belajar.. .wahhhh.. sgt berbeza, kan org2 DCL, sentiasa positip nak amik ilmu dari berbagai2 sudut, lebih2 lagi dari sudut kerohanian, dan berpaksikan quran dan sunnah nabi. takde akan berkurangnya diri kita ni weh.. kalu kita nak belajar.. kita ni sentiasa je berada dalam taman2 syurga kalu kita berada dalam majlis ilmu, tau.. bukan aku cakap.. ini sabda nabi kita tau.. haaa



antara intipati yg paling penting dalam kursus tu adalah silaturrahim.. ya allahhhh.. ramai betul muka2 baru aku dapat sebagai kawan, dari ipoh, dari kelantan, dari NS dari klang dsbgainya.. tengkiu to Lis and Rizal yg menyebabkan aku sampai ke ulu jendul eh.. ulu bendul ituuuu.. ahaks, jasa korang akan sentiasa ku kenang .. semalam malam baru sampai kat stesen komuter bank negara dari batang benar, NS. dalam ati, aku berkata2, mmg letih giler badan, kalu tak lega letih, aku nak amik cuti EL je senin tu... iaitu harini lah.. tapi... sementelah dah bangun pagi ni dah freshen up.. akupun pegilah keje.. best per, keje.. even hari senin... ubah mind set okay? ko tak keje sebab ko tak suka, ko nak buat apa lagi.. ko dah banyak wangg ker.. ko buleh la berenti.. aku blum cukup wang lagi nak berenti.. sementelah aku suka keje nih jugak sebab dapat jumpa ramai orang.. maka aku amik the positive side, keje jugaklah aku.. wahhhh.. alhamdulillah, aku dah buleh ajar pikiran sendirik.. pagi2 dah sms kawan2 ajak bfast.. last2 aku makan je sendirik kat kl sentral sebab takde yg available kawan2 yg selalu aku ajak... well, yg penting bfast aku amik jugak. lepas nih, aku nak buat je mana aku boleh, terus buat jangan berenti, terus berusaha sehingga Allah nak bagi, sambil aku terus jugak berdoa sebab Allah takkan menghampakan hamba2Nya yg berusaha dan berdoa terus menerus, kannnn?


gambo takde ek.. nak kena donload satu dua nihh..

Tuesday, April 05, 2011

aku tensennnnnn

apalahhh yg susah sangat? ko cuma perlu click je dah lepas.. ini tak, aku dah call mintak tolongpunnnn.. ko buleh soh aku cari org lain duluuuu? ko mmg tak patuuuutttt benci lah sistem nihhh lagi kuat semangat aku nih nak berontak.. huhu

Monday, April 04, 2011

aku letih tapi aku sukaaaa

ngantuk tau, masa kena bangun sebab sedar hari senin ialah hari keje..

rasa cam takde weekend sebab semua hari keje.. tapi aku suka.. sebab dapat apa yg aku mau dan rasanya mmg achievable asalkan aku kuatkan hati..



inilah rupa aku pagi tadi..


walaupun begitu... kita kan, peminat remy bangla.. eh, remy ishak.. so, malam tadi kita sukalah sebab remy dah menang anugerah jugak..


congrats remy.. truskan berkarya okeh?


Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...