Friday, April 17, 2009

Aku bukan untukmu

Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku

Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Di saat ku mulai mengharapkan mu
Dan kumohon maafkan aku

Aku menyesal telah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yg lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu

Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Mestiku memohon dah meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya untuk diriku

Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Di saat kumulai mengharapkan mu
Dah kumohon maafkan aku…..

Seriously.. what?

Don't take yourself soooo seriously, no one else does!
Best, kan?

So, takyahlah beria-ia ngat nak nasihatkan org.. lebih baik kita accept je dia cemana and kita perlu perbaiki diri kita je.. how's that?


Monday, April 13, 2009

Updates monday, 13 april 2009

Apa sudah berlaku?
Aku tada masa mau update blog, itulah yang berlakuuu..
Aku sangat banyak kereja... katanya aku tak pandai manage my time, that's why aku selalu tara masa..
Aku memang asik terkejar2 ke sana ke mari, buat itu, buat ini.
Adakah semuanya menjadi?
Haaa... jawab sendiri.

Woi, dah keje, tentulah keje mesti diutamakan, kan?

Okay, ni dah kat umah, dah masak, dah aerobic, dah mandi dah basuh pinggan, dah apa lagi ek?
Ya, yang belumnya ialah, gosok baju, lipat baju, update facebook, tengok2 kot2 ada org dah terima aku ke blum.. heheh..

Syahdu bila mengingatkah yg aku dah kat rumah. Dah selamat di kawasan sendiri.
Tapi internet connection hari ni sungguh la lembapnya.. redha je la, kan? Hari2 panaspun kengkadang buleh ujan, inikan pulak internet punya connection, kan?

Keseronokan aku ini adalah:

1. Aku dah dapat surat dari akpk ngatakan bank2 dan utang2 piutang keliling pinggang/pungkok semua sudah dikurangkan bayarannya starting this month end.
Lega beb. Semoga aku dapat menyimpan untuk masa depan kuarga tercinta..

2. Organize party besday untuk semua org starting 6/4 yang lalu. Collect 3hinggit/month je sorang. Alhamdulillah, mereka semua seronok bila diraikan begitu. Makan kek beramai2, sambil bersosial, kononnya.. Yang sudah ni adalah mereka yg nyambut harijadi bulan 1, 2 dan 3 saja. Next one will be for april, may and june pulak sekali. Tentu gumbira, kan? Tapi tulah, kalu ada present, lagi beshhh, kan?
Tentu mereka terharuuuu gitu! Aku tau, aku tentunya akan leleh kalu dapat adiah, kan?
Memandangkan ekonomi yg gawat (alasan semua company) maka takdelah lagi "away day" ke, family day ke dan berbagai lagi yg turut dibekukan. Ini adalah salah satunya cara nak bagi diri aku dah org2 sekeliling aku seronok keje. Korang ada idea yg lebih bernas? Meh la kongsikan!

3. Dahpun arrangekan percutian kami sekeluarga ke Kuching. Walaupun next year Jan 2010 baru pegi, aku rasa syiok sangat. Dapatlah aku kumpulkan sikit2 duit dari sekarang demi memeriahkan percutian ini nanti.

Rasanya aku nak buat kenduri doa selamat sikitlah, memandangkan rasa bersyukur aku kerana Allah telah mengurniakan aku hidup yang bahagia setakat ini! Niat nak buat ujung bulan ni, tengoklah cemana.. Eh.. ujung bulan ni ada kenduri kat bukit mendi, nantilah, buat ujung bulan 5 je, see how, kan?

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...