Kata2 pengasas DCL, April 2010 - Dato’ Stapa Omar
Assalamualaikum dan salam 1 DCL..
Berapa besarpun pendapatan yg anda peroleh, tidak menjadikan anda kaya atau jutawan jika anda tidak menabung. Dalam kata lain, pendapatan yg besar bukan penentu utama anda menjadi kaya, sebaliknya, ianya ditentukan dengan nilai yg anda simpan (tabungan).
“Hei, bagaimana saya mahu menabung sedangkan pendpatan saya tidak mencukupi utk menyara kehidupan saya dan keluarga?”.
“Hello.. pendapatan saya hanya mencukupi utk membayar bil, hutang wajib bulanan (hire purchase) dan sara hidup. Tak ada lebihpun!”.
"Ya, saya akan mula menabung bila pendapatan saya sudah besar”.
Saya sering mendengarnya sepanjang hidup saya kalimah-kalimah duka lagi maha silap di atas.
Ya, jika anda di antara mereka ini, anda memang ditakdirkan TIDAK akan kaya dan jadi jutawan sampai bila-bila pun . Bahkan anda juga tidak mampu membina org lain menjadi kaya. Lebih teruk lagi, anda tidak mempunyai simpanan utk masa kecemasan.
…. Itu sedikit dari kata2 Dato’ Stapa.. ada lagi sikit …
Menabunglah sekurang2nya 10% daripada pendapatan anda. Anggaplah jumlah itu adalah wang yg hilang atau simpan utk dilupakan.
Urus dan rancanglah perbelanjaan anda dengan bijak dan menabunglah hari ini meskipun hanya dalam jumlah yg kecil. Tambah simpanan anda setiap bulan. Perjalanan hidup anda pasti akan berubah.
Salam perjuangan!
it's how i look at my life and family and my passion for good health and inner beauty!!
Thursday, May 27, 2010
Wednesday, May 26, 2010
You think i care?
Benarkah aku tak kisah?
Tidak benar sama sekali. Memang aku kisah.
Ada mende yg sangat aku kisah.. iaitu.. kehidupan masa depan aku dan savings akuuuuu!!

Tuesday, May 25, 2010
Touch base .. ingatkan diri sekali lagi!
Ini dipetik dari Perutusan Pengasas DCL, Dato' Stapa Hj. Omar
Selamat datang ke alam kebebasan kewangan dan gaya hidup teransang DCL. Ini bermakna anda mengucapkan selamat tinggal kepada rutin hidup yang penuh tekanan. Kebanyakan insan di dunia ini hanya bergantung kepada gaji yang dibayar untuk kestabilan masa hadapan. Kebebasan kewangan kelihatan hanya satu impian kosong.
Tetapi bagaimana dengan mereka yang berjaya meningkatkan diri dan mencapai kebebasan kewangan mereka? Yang pasti mereka ini tidak mempunyai lampu ajaib. Mereka yang berjaya, bijak menggunakan ‘KUASA PILIHAN' yang dianugerah Tuhan dengan memilih pilihan yang tepat.
Bagi mereka yang melihat peluang dan terus mengambilnya semasa peluang itu tiba akan berjaya, manakala bagi mereka yang tidak nampak peluang tersebut atau hanya sekadar mencuba nasib pasti akan gagal.
Dunia sedang menyaksikan satu aliran raksasa di dalam industri pemasaran pelbagai peringkat (Networking) dengan penghasilan jualan mencecah angka melebihi US$100 Billion setahun dan ianya terus berkembang pada kadar fenomenal. Begitu juga di Malaysia dan seluruh rantau asia pasifik, menunjukkan pertumbuhan dengan kadar multi billion Ringgit, dan terus berkembang. Oleh kerana itu DCL pastinya akan menjadi satu kenderaan yang akan membawa anda menuju matlamat Kami menyediakan rancangan menarik dan berinovatif di mana prinsip-prinsip keadilan kepada pengguna dan pengedar dijadikan asas.
Dengan semangat perjuangan dan keberanian yang tinggi, percayalah tidak ada apa yang tidak boleh anda ubah. Marilah membangun bersama DCL. Jadikan hari ini sebagai permulaan bagi satu kehidupan yang lebih bermakna. Lakukan yang terbaik hari ini untuk masa hadapan yang cemerlang. Marilah melangkah ke dunia kemenangan. Bangunkan gergasi yang sedang tidur. Ayuh! Bertindaklah sebagai seorang pejuang dengan penuh keyakinan.
Walaubagaimanapun jangan sekali-kali biarkan impian anda terkubur kerana kurang keyakinan. Dan jangan sekali-kali anda menugggu sehingga cukup tahu untuk memulakanya. Orang yang sampai ke destinasi adalah orang yang memulakannya. Pengetahuan dan keyakinan akan terbina melalui proses tindakan. Bermulalah dengan apa yang anda ada. Sesungguhnya anda akan tidak akan temui hatta sehari pun, hari yang anda benar-benar bersedia. Melangkahlah ke hadapan dan jangan biarkan orang lain memindahkan ketakutan kepada anda serta menghalang perubahan.
Sayugia diingatkan, pejuang tidak pernah takut kepada rintangan dan kegagalan, justeru rintangan dan kegagalan adalah pra syarat kepada sebuah kejayaan.

Monday, May 24, 2010
Akakku yg handallll..
Akak aku (makyang) dah kuar spital semalam. Dia buat operation kat nenen dia since dia selaluuu ngat sakit kat situ. Doc kata bukan cancer. Alhamdulillah. Cemanapun dia kena lah berehat lepas ops tu kan? Semalam aku ngan mak ngan abah gi melawat dia kat umah dia.
Siannn dia tu. Memang dia handal, tapi tulah, oleh kerana kehandalannya bersukan dan keaktifannya dalam segala hal, banyaklah dia jugak dugaan dari Allah. Aku anggap dugaan je semua tu kat dia kerana Allah tau dia mmg sorang yg kentalll! Allah takkan turunkan dugaan kalau dia tau org tu tak bley accept, kan?
Dia dulu beranak 4 kali. Pastu operation kat lutut, pastu operation kat tumit lah, tapak kaki lah, berbagai lah.. This time kat nenen dia plak. .. Dia mmg selalu sgt sakit kepala ala2 migrain la bagai. Tapi dia pada aku sorang yg sgt tabah.. Aku tabikkkk!
Semoga ko dapat berehat secukupnya tu kat umah.. dan semoga cepat2lah ko sembuhhh, buleh kita goyang2 kat kelas poco2 tu balikkkk.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023
Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih. Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...
-
ku mimpikan kedamaian di dalam kesederhanaan satu kehidupan ku rindukan kemesraan bersama senyum keramahan tiap pertemuan bila re...
-
mari kita lihat apa yg istimewa tentang wanita siam ini: saya petik dari blog kawan bisnes saya, tok siak ni.. http://guaraterapi.blogspot....
-
inilah dia surat layang yg akak terima last week. best kan.. bukan calang2 org dapat surat layang ni tauu.. kalu tak artis, tak menteri ta...