Friday, November 02, 2012

ceritaku semalam

tajuk tak boleh belah, macam citer jins samsudin... kenal ke jins?  yg muda2 mungkin tak kenal kot, but jins samsudin ni sgt hensem masa zaman mudanya, and dah berumur sikit dia jadi director pulak, and byk filem2 dia ada perkataan "esok" selalunya.. haa.. esok masih ada, tiada esok bagimu.. apa lagi ntah.. acikpun dah lupo.  dia uzur pulak skrg ni kabarnya.. sama2 kita doakan dia dirahmati Allah.



akak plak nak buat cerita semalam.. yelah dah past baru boleh citer pengalaman ye tak?  kisahnya, akak ni sekarang car-less tau.. kembaraku mogok daa.  kanda tak benarkan naik takut membahaya katanya.. hui, jgnlah buat pasal lawan jugak sbb aku ni bawak kereta tu utk hantar and amik mak & ameer pi balik surau, pi market (bunyik la macam org penang ckap), pi check up doktor mak, pi hantar budak2 pi CC.. and sebagainya... haruslahhh bahaya okey?

nak taknak pi keje samada naik moto or naik kereta kandalah pulak.  semalam jenisnya kanda sgt bizi, but how else nak buat, dia hantarlah jugak aku pi komuter.. pukul 6am kami dah kuar ke komuter kauu.. eh.. dah ramai org la .. terkejut gak, tapi takdelah takut sgt sbb dah ada org2.. pikir2 balik, sib baik kanda mau hantar ke komuter, kalu tak, pakat EL jelah aku semalam.. eei, tak suka tau.. kita suka keje kita tauuu..  so, yg jadi masalahnya ialah time balik nanti.  ramai je yg sama2 naik komuter ni ke batu caves, but aku ni nak tumpang org tu sangattttlah segannya.  taulah aku ni kan.. pemaluu. kah kah kah.  cari kak nita, dia kata dia tumpang husband dia.. pastu dapat nora.. dia kata ok, tapi kereta dia kecik katanya.. adoi, aku yg malu tau, sebab aku besar.. heheh.. aku dah lega, ada gak kawan nak numpangkan even smpai simpang laksamanapun jadilah.. aku akan pakat jalan je lah dalam 300 meter gitu nak ke rumah.  tup tup dedekat kol 4 tu, dia bitau dia tak sihat plak, dapat mc, dia dah nak balik.. oho... terpaksalah aku tukar plan pulak.  semua tak menjadik.  ku pikir2, haruskah ku tunggu kanda and balik sama dia?  kagak mungkin.. ntah kol berapalah.  and aku takmo keras kat opis.  huhu.. tiba2 dapat idea, tanya sheila.. ya allah.. sheila kata boleh.. lega sikit, cuma dia kata kena tunggu hubby dia bagi signal la.. oraitla tu, takdelah lama sgt.

dah dekat2 kol 6 kanda called, dia masih di PD katanya.  takpelah.. tiba2 aku pikir baik aku balik dgn tren and turun di taman wahyu sbb senang dapat taxi or bus kat situ..  terus aku bitau sheila, tak jadi mentumpang dia, nak balik dah, turun kat wahyu..  drastik tauu..  trus pi kl sentral.  beli tiket. dah dapat tiket harga najib tau.. 50sen je ke batu caves.. ha, jimat ni, sempena pru13 nii..


sekali kau.. tren sampai je kat klsentral, aku naik, dia terus tak bergerak2.. di situlah bermulanya kabut serangkai mawar kisah semalam.  it took me 2.5 hours to reach home.  sampai umah, pengsan, sebab letih, sebab kena ujan lagi almost all the way dari stesen batu caves ke rumah, walaupun tak lebat, still terasa.  lututpun sgt letih sbb berdiri lama sgt.

ya Allah.. sesekali Kau bagi dugaan beginipun aku tak sanggup dan aku dah mengeluh.. ampunkan aku ya Allah.. kau jadikanlah aku org yg kuat ya Allah dgn ujianMu.  cuma jgnlah kau bolakbalikkan hatiku bila perkara begini terjadi.


Thursday, November 01, 2012

gangguan jin & syaitan

salam semua

pagi ni i dah sampai opis awal giler nyah.. like 7.03 gitu.. baca blog ain, terkejut bila dia kata ada gangguan di rumah dia dan sampai main2 dgn adam, anak dia.. oh wow.. too much yek.  gerun gak mikirkan.. kalu akak dlm situasi ain tu, tataulah how.

akak ni mmg penakut la, bukan sikit, malah byk penakutnya... but akak ni pulak mmg sgt suka tengok/baca tentang mende2 begini.. pengalaman org dan macam2.  tapi mintak2 allah JANGANlah bukakkan mata/or bagi akak dapat tengok mende2 gitu.. harus akak pengsan.. ya allahhh.  eh, mende tu mmg ada di mana2, cuma dia je nak jelmakan diri dia kat sapa2 tu nasiblah..

harap2 ain dan fmly dia tabah menghadapi dugaan ni sebegini.  tentu ada hikmah bila berlaku perkara2 ini yg akan mengeratkan lagi hubungan keluarga dia.. insyaallah.  dia pun dah berjanji supaya nak mengaji dan berterusan baca yassin bagi mendinding rumah dan keluarga dia.. elok sesangat, kan?  

Tuesday, October 30, 2012

selepas sekian lama

haha.. tajuk tak bley belah katanya.. well.. mmg rindulah nak tulis kan.. lama bebeno macik tak tulis.  macik bukan tulis sbb org nak baca ke nak soh org baca ke haper, just memang macik suka tulis kan dari dulu.. sejak dua menjak ni je macik cam bizi nyah.. sementelah hidup ini banyak perubahan katanya.. heheh.. beria kau non!


okeylah.. kita citer kes harini.. aku aman damai tau harini, sementelah merasakan aura2 jin itu takde di keliling aku, menjadikan akulah seorang manusia yg sgt seronok menjalankan tugas di opis.. hihi. suka tau.. pastu dapat pulak membeli kasut baru, membeli shawl baru dan berbagai2 lagi baru... yg tak payahlah macik nak citerkan kat sini.. kang ada plak yg kata macik suka menunjuk.. heheh.. nasiblah.  mmg macik perlu nak beli and terlanjur tertulis sbb macik mmg suka menulis.  ya allah.. kemain aku explain... pehallll?


okaylah, ckup dulu.. sebab dlm kepala otak ni ada bykkkk citer nak share.. citer raya aji yg penuh kontroversi.. ada citer pb yg orang nak lagi dan lagi.. ada citer2 seram & paranormal yg aku rasa sgt menaikkan bulu roma, cup cakes sedap and sebagainya.. 
tapi takpe.. dah ada tajuk, senang macik nak buat ceritanya and elaborate later.. kannn..


asal terubat rindu beta nak membuat entry sudehhh..