Friday, January 29, 2016

adilkah begitu?


 tadi lepas system closed, aku tengok2 la kat forum gossip tu.  keluar lak kisah saleh yaakob dah ceraikan bini dia yg nomor 2.  dah cerai since lepas raya puasa haritu.  selepas 23 taun dan ada 5 anak and 1 cucu.  benarlah yg manusia ni takkan buleh berlaku adil dgn bini2nya walaupun dia ingin sekali utk berbuat begitu.  tapi tulah.. kalau bini ramai.. mmg kenalah berusaha utk berlaku adil.. jgan tak berusaha.. macam SY tu pun dia dah usaha tapi katanya dah abis jodoh.. redha lah dia.. jangan kata nak salahkan sapa2.. terima laaaahhh.. gitu.

bayangkan  ko ada 4 bini.  tentu ko tak banyak masa nak melayan seorang bini.  semua kena adil dan saksama.  dah kalu ko bermadu.. berlebih kuranglah dengan suami.  bantulah dia jadi lelaki yg soleh dan buatlah dia bahagia..  bukan dia je kena buat ko gumbira 24 seven. sama2 lah.

ada org satu bini pun tak terhandel masa dgn bini.  dgn kawan2 lagi dgn family blah dia lagi.. dgn reunion lagi.

ada org 2 bini jer rasa dah ckup la tu.. nak yg kecik dah ada.. yg besau pun dah ada.. pilih masa yg sesuai utk bini2 kau tu.  haaa.

hidup rumahtangga bukan keje yg mudah.  dua2 kena usaha utk kasi seronok dan bahagia bersama2..

k, tu jer lah





kini aku tinggal sendiri...

kanda nak gi mancing dgn kawan2 dia.  malam ni dia gerak la tu.  ameer plak gi aktiviti bercamping yg skolah dia buat.  aku buat apa?  aku tanya kanda apa aku nak buat.  dia diam jer.. takde menyahut.  dah takdir aku kot bila tua2 ni sunyi jer.  selalunya tinggal dgn ameer, tapi kalini tinggai sorang2 lak.  sedih ke?  ntah, lebih kepada tatau apa nak buat.  boshannnnn.. tahap gapan nih.. pobebli aku tido sampai lewat jer.. or maybe takyah susah2 masak.  or just takyah mandi pun.  lepak je kat umah takyah pikir apa2.. hehhe.. rehat la senang cakap.  nak jalan2 ke mana pun.  ni tengah jimat2 duit nak pi makan stroberi nanti kat cameron highlands lagi 2 minggu.  nak betui2 jimat weh.. hehehhe.. tapi esok lusa tulat, mmg aku akan keseorangan.  nak ikuttttttt..

sapa yg nak bawak aku jalan kalu aku tak sendiri pegi?

mula la nak nyanyi

angin bawalah aku pergi
pergi dari kesakitan ini
tak mampu ku menahan
peritnya perpisahan
tuhan hapuskan semua kenangan

sedaplak lagu tu.. asik2 tingat ayat2 lirik dia tu.  cam tu la aku.. asik melayan lagu2 jiwang





Tuesday, January 26, 2016

hai..

dah hari selasa
hari utk menulis semula
tapi nak tulis pasal apa ye?
semalam cuti, kemarin pun cuti, tapi aku buat apa?
mengemas rumah?  tak..
menonton wayang?  tak jugak..
abis ko buat apa su?
maybe aku layan diri je kot... bangun lewat2, gi pasar, masak, makan dan lepak2.
tengok tv, tengok rancangan masak2 and then meleleh teringin nak makan.. ekekekek..
apa la kan?
aku  kalu layan foodchannel, seharian pun takpe.  peh tu aku berangan la nak masak cam tu cam ni.. tapi then aku realise, aku takde oven, aku takde kemudahan nak masak semua2 tu.  ada cuma kuali and peti ais.. ekeekeke.. so, buat lah apa yg aku selalu buat.  masaklah yg mudah2 tapi yg selalu menjadi feveret pada laki and anak2, eh, anak jer. since ameer je yg ada kat umah skrg. heheee.




aku sendiri, suka makan daging, suka makan paru.
aku suka makan bubur nasik
aku suka makan burger, tapi tulah.. i wish i can make my own burger.. big ones and very satisfactorily to myself.  pehtu buat meatballs. dengan mushroom soup and blackpepper sauce..; ehehheee.. tak reti aku der.. aku reti makan jerrr

kalau lah ada yg rajin tolong buatkan.. aku akan sayang dia seumur hidup aku.. hehe

semalam aku malas masak
dari tengahari kanda balik dari pasar tu aku dah bitau aku malas masak harini
aku belikan kuih2 utk dia, aku belikan kuih2 jugak utk azmeer makan in case dia balik nanti
aku rasa letih semacam, mood pun ilang ntah kemana, nak tido jer..
fb pun macam hampeh jer.. ntah kenapa ilang mood plak haa