Thursday, October 03, 2013

pinggangku yang ramping?




korang, aku nak kongsi ni.. aku ni sakit pinggang.. asik sakit pingganggg je sejak duamenjak ni. nak kata main kuat sangat idak ler pulak, biasa2 jer.. nak kata buat keje berat idak jugak, biasa2 jer, abis2 angkat badan aku je pi ke mana2 tu.. but why aku sakit pinggang sangat sekarang ni yek? maybe nak kena beli tilam baru kottt.. tilam tu dah ngikut bentuk badan aku, so hari2 tido, takde makna la sebab asal bangun je sakitttt.. haa.. tilam punyalah tebai, tapi, dah tak relevant sebab menyebabkan aku sakit pinggang. kanda takde plak komplen sakit pinggang or badan dia.. aku je ke?
ntah2 mmg pinggang aku ni dah teruk ngat.. huuu.. nak mintak ameer pijak hari2 marah pulak dia.. huuu

so, semalam,balik dari gym, terasa pulak pinggang itu berdenyut2 masa dalam tren nak balik. korang penah tak rasa begitu.. aku rasa cam oh kenapalah badan aku ni nak sakit saja.. but then, aku redha je,.. semua dugaan Allah la utk aku ni. dosa aku banyak sgt ni.. huuuu.. astaghfirullah ler bebanyak su. akupun sms siti anak buah aku yg penah keje philip wayne tu.. mntak tolong dia urutkan. dia pesan balik mandi dulu, baru datang mengurut. heheh.. kalu tak pesanpun aku pi mandi dulu jugak.. so, dengan sakit badannya, akupun terus balik umah, mandi. kanda takde time tu, bawak amer pi beli makanan kat luar. tinggal amal je main pc.. as usual. masa tengah mandi terdengar kanda balik.. oh, dah balik pun dia.

aku siap2 je.. kanda dah botak balik.. misai semua takde dah.. adoi, lagi aku tak suka dia buang misai, lagi dia buat.. mmglah aku ni tak penting pada dia.. kalu nak kira, apa2 yg dia suka aku cuba gak buat, cuba gak penuhi, kenapa bab misai dia tak penah nak buat? i like him dengan misai. lantaklah kanda.. sukatilah nak buat apa.. i am not very important pun.. huuu.. aku terus bitau dia nak pi depan, umah mak sebab nak berurut, dia ok je.. for him as long as aku balik sudah.. tak kiralah kol 2 ke 3 ker. sedih jugak. dia macam takde urat cemburupun kat aku ni.. hmm.. tak heran dah kan.. dah jelak la kot.. huuu

siti dah standby dgn tilam nipis dia. ya allahh.. punyalah sakit dia urut.. siti tu kecik je. kalu compare dgn aku ni, 1/10 ok, but dia punya urutan.. ya rabbiiiii.. tobat. macam nak koyak kulit aku bila dia urut. mak.. sakittt.. bila dah siap, rasa cam nak tido je kat situ.. tak larat nak jalan balik umah aku dah. huuu.. lembik. balik jugaklah sebab laki den kat belakang, kan? sampai umah, semua dah sunyi. cepat plak kanda tido. stiap kali aku takde, dia akan cepat tido.. kalu aku ada takpulak nak tido cepat.. hmmm.. aku pasan sgt kanda ni. well, aku takkan ganggu mu kanda, akupun dah lembik and hoping i could sleep soundly till the next morning!!








Wednesday, October 02, 2013

anak2 den harto den.. ada bantahan?



inilah dia anak2 yg menyerikan hidup aku.. walaupun dorang dah tak perlukan sangat aku except for masakkan dorang and kejutkan dorang je pepagi setakat ni.. aku rasa aku yg lebih perlukan dorang..

akmal nak masuk 16 this month, and azmeer turned 11 on august haritu. well.. dua2 pun perangai sikit punya baik kaa.. hui tak bley lawan. tapi2 dua2 ikut aku lah.. genius kannn.. in their own ways.. oit jangan ler jeles.. anak2 aku tanggungjawab aku ler nak buat dorang cemana.. if i say they are genius, they are, ok.. heheh, aku tak dulik lah korang nak kata apapunnn..

nak anak lagi? baru2 ni ada gak terpikir.. how wangi bau bayi.. heehehe.. jangan dibuat, but then u never know kan.. kanda pun cam dah lama tak discuss mende ni.. well, kami pun maybe dah selesa kot dgn hidup sekarang.. masa depan tu Allah yg tentukan, sapa aku utk menolak sekiranya aku peknen pulok.. heeeee.. aumm


Monday, September 30, 2013

pelangi senja itu cantik, kan?





Lirik Lagu Pelangi Senja - Stacy

Ku bermimpi
Engkau Kembali
Wajah tenang kau berkata,
Sayang, aku cinta

Namun kita takkan bersama,
Dikau pergi takkan kembali
Sesal...Ku kecewa...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Ku terjaga
Dari mimpi lena,
Sedar pipi dibasahi,
Tangisku sendiri...

Merintih perasaan ini,
Tiada kata mampu diungkap...
Tiada yang mengerti...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Jika mampu ku kembali,
Mengulangi masa...
Pasti ku tunaikan,
Permintaan terakhir...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Jika mampu ku kembali,
Mengulangi masa...
Pasti ku tunaikan,
Permintaan terakhir...

Kini hanya, tinggal kenangan,
Hanya waktu menentukan,
Kita kan bersama...



Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2011/12/lirik-lagu-pelangi-senja-stacy.html#ixzz2gLP9NiIo

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...