Monday, July 03, 2017

salam aidilfitri 1438H

nak tulis pasal kemeriahan berhari raya, rasa takde mende pun yg meriah.  mmg takde yg seseronok lagi dah.  baju pun tak sedondon macam org2 lain yg beria2 beli kain buat sesama warna kaler, balik kampung, nyanyi2 dalam perjalanan balik kampung.  takde.. mmg takde dalam hidup aku lagi.  iyer.. takde bab2 tu mmg tak syiok lagi kan?

ada anak2 sama2 masa bulan puasa bangun sahur makan sesama tu je dah buat aku bahagia.  tup2 dah raya.  cam tak puas nak puasa.  dahlah aku sakit berdarah smpai tak dapat puasa lebih 20hari.  memikirkan ini semuapun hanya dugaan Allah menguji aku, maka aku bertabahlah nak mengganti setiap satu harinya nanti.  ya Allah, kau kuatkanlah aku menjalani puasa ganti ni yg rabbiiiii..

duit raya?  hahaha.. adalah jugak sikit.  baju raya tak merasa.  gamaknya soh beli dgn duit yg dibagi sekali semua tu la kot.  ontahlah.  takde pulak aku kisah. aku nak raya tak beli baju time tu.. beli awai2 niatkan utk pakai raya.. so, 2 bulan awai dah settled.  takde lah payah nak mengamuk kalu tailor tak sempat menyiapkan baju utk raya.  harap2 aku takde masalah begini sampai bila2.  laki belikan anak2 baju sedondon dgn dia.. tapi mcam tulah.. aku takde jugak dibelikan kononnyalah nak bersedondon dgn aku sebagai family.. yilek.. takde.. tupun semua last minit, kannn?

bila raya tiba, berkumpul adik badik di umah mak masak2 utk makan di hari raya itulah yg menjadi perkara yg aku tunggu2 tiap tahun.  jadi kalu tak balik ke perlis or pahang (kenapa ntah raya ke pahang umah kak ipar).  maka aku akan masak2 dgn along, and mak.  taun ni ada angah, and ety sekali.  taun ni puasa paling memenatkan dalam sejarah hidup aku.  aku berdoa semoga Allah sampaikan aku ke ramadhan taun depan.. huhuu.. sodehhhhh











apa yg kau lakukan?

macam2 berlaku.  ntahlah, mmg macam2 telah berlaku dan membuat hati tersentap.  tapi tulah..  hati aku ni dah takde apa2 rasa kotnya.  kau buatlah apa2.. kau katalah aku apa2.. takde rasa gamaknya pada kau.  kau katalah aku kasar, mulut aku mmg super celupar.. aku tak pernah jaga kata2.  aku iyerkan ajer.  aku mintak maaf.  aku terima saja kesalalahan aku ke tak salah aku ke.. kalu org nak tegor tu, maknyanya mmg lah aku yg bersalah.  so, redho jelah.  kdg2 org dah menyampah.  mmg aku sedar.  maybe org dah menyampah.  kita je yg beria nak perbaiki keadaan.  nak bagi jadi, nak usaha bg jadi.. tapi blom Allah nak bagi jadi seperti yg kita mau, so.. kita kenalah terima yg belom lagi masanya.  terima lah.. menangislah sorang2 or dalam hati je masa mengadap Allah tu.

kita berkongsipun org lama2 benci.  sebab tak jadi apa.  kita berkongsi utk hilangkan lara di hati.  org pulak maybe dah jelak cerita sama, dah basi, maka.  dia tak rasa akan ada apa2 perubahan pun  yg mampu kita lakukan.  mmg sesuatu yg belom utk kita.. kita paksakan cemanapun, takkan berhasil.  terima jelah nasib kita.. ujian kita yg sudah tertulis begini.