Thursday, May 24, 2012

abah sudah pergi.. 1940 till 2012

harini masuk 14 hari dah abah pergi.  teringat kali terakhir aku dan mak makan buah mangga lepas aku pujuk abah makan bubur instant yg jadi feveret aku sebenarnya..   mak cuba2 tanya abah nak tak?  abah taknak.. geleng, tapi bila mak nak menyuapkan potongan mangga tu ke mulut dia, dia pun bukak mulut dan makan.  ya allah, itulah kali pertama and kali terakhir mak dapat menyuap abah.  walaupun dia sakit, mmg mak kata abah takkan mau disuapkan.  huhu.. sedey niii... tapi aku redha dan semuapun dah sedia terima yg masa abah dah tiba.  lama sudah dia menderita sakit yg disimpan2 kesakitan yg cuba disorok walaupun kami tau dia menanggungnya.   

siang2 tu dia meracau2 since awal pagi lagi.  biasalah aku kalu abah sakit, or mak yg demam or whatever conserning mak abah, aku tak keje sebab kena amik masa dgn mereka ni.  korang pun sama kan?  aku dah tengok abah tak larat nak angkat mukapun time tu.  aku layan dia pi beli teh tarik and roti canai. abah tak lalu makan sgtpun 3, 4 hari tu.  aku ada ni, aku nak pi layan depa berdua.  beli roti canai tu potong2 kekecik bagi ke dia.  eh, dia mau laa.. alhamdulillah.. adalah tenaga sikit.  tu yg aku pakat2 tanya apa yg abah tingin sgt nak makan nanti lunch aku pi cari (konsep bukannya nak buat, sebab pasti ada org jual maa.. ).. baik kan anak mcam ni.. adoii..  abah takde apa2 yg dia tingin.  dia senyum je.  aku suggest ke dia.. jom kita makan ikan bakar nak bah.. dia senyum lagi.  aku tau dia menahan sakit je tu. last2 dia kata mana nak cari?  aku kata aku taulah nak cari.  ikan kembung ke, ikan cencaru ke.. ada je org jual tu kat ketapang tuu.. haaa.. abah setuju.  aku soh dia relax dulu sambil aku picit2 badan abah.  uzur sesangat dia waktu tu.  

mak tak suka idea aku nak belikan ikan bakar tu, dia decided dia sendiri nak buat. wahhh.. tulah dia kisah hari terakhir abah.  dah siap masak ikan bakar actually ikan kukus dalam daun pisang paling hebat aku rasa mak aku buat.. abah tak makanpun.  sikitpun takmau.
minumpun susah.. tulah dia.  kenang2 mmg sedeh tapi itulah abah.  

lepas petang makan mangga tu aku tak mai lagi jenguk dia.  kat umah aku je di belakang.  lepas mak called kol 2 pagi tu aku terus terbangun angkap hp lepas first ring.  mak dah nangis2 gelabah.. abah ni haa.. ko dtg cepat tengokkan.  masa aku rushed ke depan mmg abah dah takde lagi.  dia tenang je pegi dalam tidurnya.  di malam/pagi hari jumaat yg penuh berkat.  

lepas semua dah berkumpul adik badik kami dan abah sedara mara semua sahabat handai, abah dimandikan dan dipersiapkan di surau mustaqim.  ramai membantu.. tak sangka.. anak laki dia cuma acu sorang je, tapi menantu2 semua turut sama membantu.  lepas tu solat di surau.  pastu solat lagi di masjid lepas solat jumaat.  kemudian abah disemadikan di tanah perkuburan selayang baru lepas solat jumaat itu.  walaupun hari tu panas, cuaca sgt sejuk ketika kat kawasan kubur mendengar talkin.  sebaknya masa itu.

abah, semoga abah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman ye.  semoga berbahagia di sana.  kami sentiasa merindukan abah dan akan mendoakan utk abah selaluu.. aminnn.


Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...