Wednesday, April 15, 2015

cuti2 jom

rasa nak pi cuti.. dah masa la ni nak kena bercuti..
bila stress keje, stress umahtangga.. kita pi bercuti
jom arrr

1.  pi ganu candat sotong
2.  pi avani sepang gold coast
3.  pi kemaman cari sata
4.  pi pulau langkawi
5.  pi korea
6.  pi frasers hill
7.  pi bali


pic kredit to mycandat.blogspot..
mahai gak pakej menyandat sotong ni wehhh.. beribu2 hengget utk 8/10 org
kalu dgn gang2 sonok kan?  never been to any of this activities.. shd try

next is Avani.. kat sepang.. soon bebehhhh














Tuesday, April 14, 2015

i love my job

harini sunyi sekali
tidak seperti yg lalu
bermula diri aku sendiri
tiada lagi kau di sisi
hilang semua bayanganmu
yg tinggal hanya kenangan bersamamu
aku hilangggg...

eh.. tu lagu dah.. lagu si adira.. hilang..
apo lak yg hilang?
permata tu dah lama ilang weh.. ekekkek
i m so unmotivated you know.. thinking about my work
ntah cemanalah gaji aku taun ni, naik ke tak agaknya
tak naik tu macam tak penah lakan.. but.. how much naik nak compare dgn kehidupan sekarang ni.. haruslah menteri soh kita semua berjimat cermat okey?  mmg kita dr azalipun kena jimat cermat, takyah tunggu menteri soh, kennn?

ntah nak citer apa ker tadi.  rasa bosan rasa down rasa tak semangat pun ada mengenangkan ntah ada bonus ke tak taun ni.  ekekek.. gaji bulan mei taun lepas pun aku tak amik lagi tau.. apa lah nak dikisahkan bab bonus.. ekekekek. behnya kalu gaji kita tak usik tapi terus bertambah dah duit belanja kita semua dibagi dek laki kita kannn.. .. oh i wish oh i am so wisshing this.. heheheh.. keep wishing su..

pepehalpun.. will always find ways to make myself seronok bekerja.  reward myself with what ever i want.  cheap or expensive.. i will try my best to make me myself and i, hepi. ngeeee.  ingatlah rezeki kita Allah yg bagi, bukan sapa2,. kalu dah takdir ada, alhamdulillah, jika takdepun belajarlah bersyukur suriiiii..





terasa sesuatu

Waktu ini aku terjaga.. mata x leh lelap lagi.  Teringat apa yg aku lalui semalam.  Ditinggal ketapi.  Bukanlah kali pertama ditinggal saat aku cuba berkejar2 utk dapatkannya.  walau tau aku akan dapat ketapi seterusnya tapi setiap kali berlaku perrkara itu aku tetap rasa hampa.  Mungkin kerana aku rasa aku dah cuba sedaya upaya.. mungkin itulah sifat manusia.  Ada rasa hampa, kecewa dan rasa gagal mencapai apa yg diinginkan.

Semalam juga aku ada terpanggil utk berfikir tentang bagaimana hidup jika aku dimadukan?  Adakah aku rela?  ini perkara besar.  Kalu Allah dah tulis utk aku hidup dgn madu, tentu lain rasanya.  Tentu Allah nak uji keimanan aku.  tentu begitu kan?  Aku sgt ingat satu masa aku pernah tanya dia, adakah dia mungkin menikah lagi.. and aku cukup ingat jawapannya tidak.  Tapi aku juga ingat manusia itu boleh  berubah kerana kita semua diciptakan baharu dan tidak sempurna.  Suami itu bukan hak milik isteri dan sebab itu islam benarkan lelaki bernikah lebih.  Ramai wanita ckup anti dgn perkara2 poligami.  Ramai lebih rela membuat syarat biarlah dia dilepaskan dr dia hidup bermadu.  itu pikiran yg biasa didengar dr mulut kebanyakan wanita.  lelaki yg fikir ingin menjaga hati isteri akan melupakan niat menambah bini  itu.  Jadi niat itu akan terpadamkah?  Mungkin ada yg boleh memadamkannya.. mungkin juga ada yg tetap berusaha kerana naluri lelaki itu yg terlalu byk rasa kasih syg cintanya.  Lalu terjadilah nikah di negara jiran.  Dan rahsia tetap menjadi rahsia kerana namanya menjaga hati.  Ish.. aku rasa bersalah pulak menuliskan kisah ini.  tapi aku tetap nak tulis.  di saat ini ada ramai  lelaki2 di luar sana yg mungkin sudahpun menikah lebih dr seorang tanpa pengetahuan isteri pertama.  sesuatu yg halal dirahsiakan demi menjaga keharmonian rumahtangga pertama.  Tentu byk kali hati2 suami  dan isteri kedua ketiga or empat (selalunya x smpai)  ini telah terluka demi menjadikan satu ikatan halal.. walau rahsia.

Bayangkan pulak if suami terus menikah dan dia setuju melepaskan isteri pertama (walaupun berat) kerana puas dipujuk utk bermadu dan masih terus berkhidmat bersama2 madunya utk melayan suami.. dia tetap ingin dilepaskan.  Tentulah dia akan jalani hidup baru sebagai janda.. dan tiada lagi pahala or keberkatan yg byk sebagai seorang isteri kepada suami.   Mmg sgt mudah mendpt pahala bila bergelar isteri dan semua gone bila sudah diceraikan.  Bagaimana?  Sedangkan kita tau jika islam telah membenarkan poligami.
Org kata boleh cakap mudah.. yeah.. itulah dia kann?   Aku cuma mahu tuliskan entry ini utk catatan dan untuk ingatan diri sendiri.

Allah itu lebih baik perancanganNya walau bagaimana hebatnya kita hamba2 ini turut merancang!!



  

Monday, April 13, 2015

ikan masak pindang

taukah korang apakah masakan paling ringkas tapi paling sedap dan paling berkhasiat?
jawapanya ialah masak pindang.  tataulah korang panggil apa, tapi aku mmg kenai lauk ni sebagai masak pindang.  laki aku kan suka lauk yg berkuah2.  kalu aku dah bosan dengan kari or ikan tu tak sesuai buat masak asam pedas, akupun mempindanglahhh.. cepat dan pantas kauu..

meh amik resepi:

Ikan selayang masak pindang

3 ekor ikan selayang (ikan sadin basah)
2 biji tomato
1 helai daun kunyit
3 cawan air
2 keping asam keping
garam seckup rasa

bahan utk ditumbuk:
2 bijik cili masak
1 inci kunyit hidup
1 sudu kecil garam
1 biji bawang besar
sedikit garam supaya senang menumbuk

cara memasak

masukkan air dlm periuk dan masukkan ikan itu utk direneh perlahan2.  masukkan asam keping dan masukkan jugak daun kunyit yg sudah diracik2.  bila bahan tumbuk/kisar sudah siap, terus masukkan dalam periuk dan biar api perlahan2.  bila hampir masak, potongkan tomato dan masukkan sekali hingga sekali lagi mendidih.  utk lebih menyedapkan, boleh juga ditambah sayur bendi.  sebab sayur bendi mmg sangat sedap bila masak masam2 begini.

cubalah.. mudah, sedap dan berkhasiat.  makan plak dengan nasik panas2.. tu je dah ckup.  eheheheh..






Sunday, April 12, 2015

ubi kayu and teh tarikkkkk

Malam tu.. aku makan ubi robuih dgn sambai tumis.  Ada jugak kelapa parut yg manis tu.  mmg syok makan kat naili's malam tu.  Ntah kenapa aku kata yes masa kak long maza ajak kuar nak ngeteh tu.  Agaknya lapau la kot.. ehehe.. taklah.. sebenarnya nak jumpa sgt kaklong.. lama dah x jumpa sepupu aku tu.  Sejak dia sibuk urusan nak nikah.. kenduri dan macam2 lagi..  lama wehh.. byk cerita nak dia share sejak dia jdi pengantin baru tauu.. ekekek.. Along and siti pun setuju.  Lepak situ first time best jugak.   Macam2 kami borakkan malam tu.. tengoklah pic2 ni ek?
















Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...