Friday, January 05, 2007

Date

Called CT to ask if her offer to go out is still open as she said she wanted to buy a new pair of shoes. I also have the same intention.. beli lagi sepasang, yang baik punya, for office use, since my favourite pair udah patah tumit kat depan MJ aritu kan? Alasan yang baik nak keluar jumpa gang.. hik.

Kanda dah bagi green light so i went to batu caves to pick CT to Giant. Sampai di situ, takde sepasangpun yang sesuai dengan citarasa kami, so, tak jadi beli. CT kata however pun, kena gi midvalley gak memandangkan kat situ jer, all the odd sizes especially the giant sizes shoes are easilly found. Hmm... kena date lagi la tu.. some other time.

We went for dinner at kedai nasik ayam.. yang iklan "bukan sekadar nasik ayam" tuuu. Iyerr, kami makan lauk-lauk jer, sayur jeruk buat sup dengan cili kering (pelik to me!), sayur kailan and ayam panggang, pai tee and wan tan goreng.

Kanda sms bitau dia da sampai rumah. Baguslah, at least takdelah bebudak tu tertanya-tanya kenapa umi tak balik lagi! Lepas makan, belikan anak-anak bujangan aku sebijik kek coklat. Hantar CT and went straight home. Kanda dah keluar to fetch Amal from his "amali solat" class. Hujan turun lebat pulak and they went by motorbike jer. Tentu basah nanti.. So, i decided to come to the rescue.. alah, bukannyer jauh bener... amik Amal and adik bawak balik dengan kereta.

Kanda tak jadi keluar beli dinner. Dia makan roti planta dengan susu jer.. sian kan?

Bekal

Sebenarnya dah lama aku tak tulis. Ini entry kedua untuk tahun 2007 ni. Memang tatau apa nak tulis, tapi nak taruk jugak something.

So.. here goes:

Pagi tadi bangun, sesiap terus panaskan nasi, panaskan lauk ikan masak asam pedas, goreng nugget dan bancuh milo. Kejutkan Amal. This year Amal is in year 4, sekolah pagi. Tanya Amal apa dia nak for breakfast before school. Dia nak makan nasi jugak macam semalam. So, dia sarapan nasi ngan kicap berlaukkan nugget. Amal memang tak makan pedas, bukan setakat pedas, malah semua jenis makananpun dia tak makan, except telur, telur and telur, kuah tomyam, and all the ready to eat without having to cari/asingkan tulang, macam nugget ker, sausage ker, chicken fingers ker... ala ala masakan omputeh gitu. Lain-lain dia takkan makannyer. Kengkadang sedih bila kita makan sesedap, dia tak sudi nak jamah!

Lepas makan sepinggan, masa aku tengah sibuk mengisi bekal untuk kanda and myself, tetiba Amal mintak tambah nasi lagi. Ayoyo.. berselera dia makan pepagi nih. Then, aku bekalkan jugak dia nasi and 4 ketul nugget for his break nanti. Walaupun dia cerewet bab lauk, but bila makan, Amal akan makan dengan penuh berselera. Some times i wonder tah tah dia ngikut tabiat aku tak? Harap dia sihat wal'afiat dan membesar bagai johan.

Amal ni dari kecik memang banyak alahan... dia ada penyakit asthma (betul ejaan ni?). Bila bersin, tak pernah kurang dari dua kali, very the alah to the habuk and mata dia pun kureng, so dia kena pakai glasses all the time. Very fond of kraftangan.. orang berseni la jugak, sesikit cam aku.. (prasan la kengkadang!). Terlampau sensitif and kuat merajuk. Dengan Ameer, adik diapun, dia mesti nak menang, walaupun dia tau adik takkan bagi dia peluang punyer!

Some times, i wonder... Amal ni makan hati jugak kot. Dia selalu kena buat kerja tolong umi dia, but adik takyah. He even said to me once when i told him to take the rubbish out... "umi ingat Amal ni orang gaji ker?" . Hentahlah, dah aku takde sesapa nak mintak tolong, aku kenalah train anak-anak untuk bantu aku, tak gitu? Adik tu.. baru 4 taun, takkan dia pandai buat sesemua tu? Aku siap soh dia ingat pernah tak aku suruh dia buat apa apa tolong aku masa dia 3 atau 4 taun dulu. Dia diam.. paham kot!

Hingat senang mendidik anak? Ha.. jawab!

Dua Kosong Kosong Tujuh

Dah biasa kan tulis 6, kena berlatih pulak tulih tujuh. Sari dua lagi okay lah.

Azam? Sumer orang asik citer pasal azam jer. Aku?
Taun jer baru, aku masih belum capai yang dulu, so continue jer la, but with more efford, okay? Hmm, semangat nih...

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...