Friday, October 16, 2009

Makan, borak, gelak, senak, lalak

Inilah antara aktiviti kami tengahari hari tu. Aku lambat update citer ni kenapapun aku tak ingat... adalah hal tu..

Siti masak nasi, beras wangi tauuu.. Mira masak ayam masak black pepper with mushroom bersama ngan caramel dia yg sangatttt sedapp. Ati provide buah2an. and pinggan mangkukkkk ayon. Aku masak sambal ikan bilis cilapi, sambal sardine (kanda masak) and telor mata masak kicap. Sayur pulak dibeli oleh Echah and Eskrim dibeli oleh Ira. Hmmm, lengkap tak?

Sakan kami makan. Sorang tu tak kurang 2 pinggan la kalu aku tak silap cek. Tak sabar rasanya nak tunggu 12.30 masa nak start tu. Hihi.. puas hati & perut betui. Ntah melantak tak hengat diri. Tapi sayangnya.. takde gambo. Tak sapapun hingat nak amik gambo, ada ke patut?

Petang tu lepas keje, aku ngan siti ngan mira jugak, jumpa reen kat Redbox sogo. Makan lagi, buffet kat situ... pastu dah kenyang, melalak plak. Tak banyak lagu aku dapat, since perut aku dah tak berapa selesa, sebab dah penuh ngat. Hihi.. bagi peluang kat reen je.. puas dia melayan lagu sampai siap sapu2 dinding dia nyanyi.. sungguhhhhh!

Wednesday, October 14, 2009

Nak buat ke tak buat?


Nasi Tomato Ayam

Bahan-bahan
1) Beras (2 cawan)

2) Susu Cair (1/2 cawan)

3) Dada Ayam - didadu kecil (1 keping)

4) Bawang Putih (4 ulas)

5) Halia (2 inci)

6) Bawang Besar - dibelah empat (1 biji)

7) Tomato - didadu kecil (1 biji)

8) Pelaga (4 biji)

9) Bunga Cengkih (4 kuntum)

10) Kayu Manis (1 batang)

11) Serbuk Jintan Manis (1/2 sudu kecil)

12) Serbuk Lada Putih (1/2 sudu kecil)

13) Serbuk Jintan Putih (1/2 sudu kecil)

14) Kismis (sedikit)

15) Daun Pandan - disimpul (1 helai)

16) Daun Pudina - diracik kasar (sedikit)

17) Minyak Sapi (1 sudu besar)

18) Air (1 cawan)

Caranya:


  • Kisar hancur halia, bawang besar dan bawang putih bersama sedikit air.

  • Cairkan minyak sapi dan tumis semua rempah ratus hingga naik bau.

  • Masukkan tomato, ayam dan tomato puri. Kacau dan masak hingga ayam empuk.

  • Curahkan air, susu cair, bahan-bahan kisar, daun pandan, daun pudina, dan sedikit garam.Kacau rata dan biarkannya mereneh.Masukkan beras dan kismis.

  • Masak hingga kuahnya kering. Apabila kuah kering, perlahankan api dan kacau rata nasi. Tutup periuk dan masak lagi hingga nasi empuk.

  • Apabila nasi empuk, kacau nasi supaya sebati dan tutupkan api.Hidang bersama taburan bawang goreng. Enak dinikmati bersama ayam masak merah.

Monday, October 12, 2009

KSP Dinner 2009 - Nikko Hotel

Ina, Sue, Poss and Mira

Sue and Zu.. berlaga apa?




From right, siti and me.. cowgirls for the nite..

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...