Friday, October 06, 2006

Things to do today

8.17am Friday

A casual day again, but i wear baju kurung since ada baju baru maa. Memang dah macam baju pinjam, besar gelebeh semacam jer. Takpe, baju kurung memang orang selalu buat gitu.. ye ker? Saja nak mensedapkan hati sendirik.

Let see.. what is my duty today? Need to do some bills paying for mak. Sian mak, kalo aku tak tolong dia bayarkan bill semua, harus bekalan air dan letrik dipotong. Akupun boleh biar jer orang tua tuh.. sepatutnya aku pi tanya every end of the month, nak bayar apa-apa ker, nak tolong apa ker, nak kirim benda ker dan sebagainya lagi.

Second, nak kena antar kad raya. Balas kad raya ustadz ngaji Amal.. itu kad raya pertama (by post) yang kami terima this year. Yang by hand, Amal dah terima 2, from sepupu belakang umah... hik. Amal siap buat sendiri kad raya tu.. dasat jugak kreativiti si bertuah tu. Aku ingat this year, nak antar kat mak dan abah, ayah mentuaku dan kakak iparku di Bukit Mendi, sapa lagi yek? Oh yes, my good frens, Ct Zen, Od, AAR and not forgetting si novelis fren, Mira.

Third, aku nak abiskan baca majalah. Hey, bukan senang nak carik time beb. Kerja punya time, only lunch je la boleh membaca, itupun tentu banyak halangan, dengan perasaan nak berjalan window shopping, survey itu hini... (hmmm, baju raya anak-anak bujang tak beli lagi!!), dan sebagainya. Hey, kalao kanda dapat bonus seperti dikatakan itu... tentu meriahlah hari raya ini tahun. Kelantan trip tu tah jadi ker tidak... itu kena discuss bebaik ngan kanda. Kalo ada rezki, tentu kanda tak tolak pi berjalan... hihii!

Selamat.. jeng jeng jeng
hari raya
kepada saudara serta saudari
setahun hanya sekali
merayakan hari yang mulia ini

jeng jeng jeng...

Tensen giler



1.34am Jumaat

What do you do if you can't sleep?

I would suggest you go surfing or blogging.

That's what i'm doing now!

Why can't i sleep? Can anyone answer this?

Tense, that's why!!

Tensen (loghat melayu) or bengang giler, rasa cam nak gi shopping, larikan diri dari masalah ni. Aku bengang bener kalao orang tak pedulikan perasaan orang lain. Nyampah, benci, meluat...

ya Allah, ampunilah hamba Mu ini....

Wednesday, October 04, 2006

Kacao dawun

Bengang betul bila orang tengah penuh ngan idea, dia mai kacao... habih lari sumer idea beta!

Semalam buka kat umah Ct Zen, sempena besday Aiman ke-9. Best makan, gantung periuk semalam. Syokla, bulan bulan posa ni ada orang wat party. Anak-anak akula yang paling seronok. Ct masak nasib beriani berlauk daging, makaroni goreng, ada berbagai jenis nugget, wantan and not forgetting the chocolate cake. Siap ada pop pop mercun! Suka aku sekejap, hik.

Seorang mak akan buat apa saja untuk lihat anaknya gembira, kan? Aku sendiri rasa cam nak belik kek jugak untuk ari jadi Amal nanti. Tataulah, kalao ada rezeki, why not, kan? 17 Oktober nanti dia pulak turn 9. Tapi badan .. Masya Allah! Takpe la nak, asal ko sihat, umi pun tak kisah. Amal aku perasan, semenjak aku sibuk menturunkan lemak, diapun sama conscious. Sesama amik part bila aku buat aerobik kat umah depan video si Pola Bedul tu. Sesama pi ikut jogging and not forgetting to participate in the swimming events with this adik, Ameer. Sayang dedua anak bujang aku nih...

Bulan-bulan posa ni jugak, company aku bagi balik awai 30 minit. Syokkan? Tak semua orang dapat kelepasan begitu. Bersyukur aku kerja kat sini. Walaupun gaji aku ciput, bak kata Lis, disetujui oleh Ain, tapi memacam ada kat sini yang tempat lain belum tentu ada! Bila balik awai, aku amik kesempatan untuk pergi menjemput Amal balik sekolah (sementelah aku dah bawak kereta ni) kemudian pi amik adik plak. Pusing pusing sakan tetiap hari. Semalam, punya la bengang. Aku tunggu punya tunggu kat sekolah, si Amal tak muncul-muncul. Sampai dah lengang, aku pi la balik assuming Amal tak nampak aku, which i think is not possible...
Aku balik terus sebab nak pi amik adik pulak, dah lambat... kasut sekolah Akmal takde pulak depan umah opah, lagi la aku panik, tapi aku terus jer jalan pi amik adik kat CLC. Sampai umah, rupanya si bertuah punya anak ni, tak sekolah rupanya hari tu..., alasannya dia pening. Okayla, but punya la geram. Siapla kao kena bebel ngan umi... at least tipon la aku bitau ko monteng sekolah, taulah aku nak adjustkan time... heeeei, geram, geram! Anak, cam tu lah.. buat mak dia rasa bodo kengkadang!

Jumpa lagi

4 October 2006

Semalam dah tak relief Od lagi, dia dah balik kerja dah. Semakin cun si Od sejak balik kerja lepas bersalin.
Lega beb, lepas ni balik at my place, i miss my place sesangat.

Hmm...

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...