Thursday, June 25, 2015

wahai anakku

sedihnya mengenangkan anakku menyalahkan aku.  aku mmg tak tahan rasa nak tumpah air mata bila dia kata akulah punca dia jadi begitu.

apa nak buat.  memang aku lah yg bersalah.

aku tanya dia.. kenapa tak pergi solat terawih malam2 bulan ramadan yg mulia ni.  dia kata entahlah.  aik?  kau bukannya sakit.. kau bukannya ada apa2 hal.  dia jawab, pekata umi je yg pegi?  aku kata jgn samakan aku dengan dia.. aku pompuan, aku lebih pilih yg afdhal utk solat dirumah jer.  dia kata lebih baik umi pegi solat di masjid.  aik.. anak lelaki menyalahkan maknya yg tak ke masjid utk solat sebagai alasan utk tak pergi ke masjid?  kerana kau sudah pandai maka kau melawan?

Astaghfirullahal adzim.  benar2 aku terasa hati dgn sikap dia tu.  memang aku bersalah tidak pandai mendidik anak.  sampai mudah benar dia berkata dan menyalahkan aku atas tindakannya.  dia bukannya 8taun.  dia dah 18taun oktober nanti.  nangislah hati.. nangislah bila kau mmg bersalah. mintalah pengampunan dari Allah yg Maha pengampun.

Kanda pun diam saja bila aku tanya kenapa anak sanggup buat aku begitu.  Tiada pembelaan langsung dari suami sendiri.  Apa lagi yg tinggal.. sedih ya Allah.. nangislah su.. nangissss.. inilah balasan dosa2mu..