meh citer pasal sakit pinggang.. selalunya bila kita pompuan sakit pinggang?
bila period mari, kan? that is me.. yg lain2.. how?
lelaki pun sakit pinggang gak.. macam2 lah sebabnya.. cuba lihat apa doktor kata tentangnya.
Derita sakit pinggang
Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua
Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras
tanyadrxy@bharian.com.my
2010/05/22
DOKTOR, saya mengalami
gejala sakit pinggang kira-kira dua bulan yang lalu. Saya terasa amat sakit
setiap kali duduk terlalu lama terutama pada pinggang sebelah kiri.
Kaki saya juga terasa sakit ketika memijak lantai. Saya ingin tahu apakah ini
berbahaya atau cuma sementara. Saya mohon secepat mungkin saya diberitahu
kerana saya sudah tidak tahan menanggung sakit.
DARI apa yang saudara
ceritakan, ada dua masalah kesihatan yang perlu dipastikan sebelum rawatan
diberi. Ini membabitkan sama ada saudara mengalami masalah tulang belakang atau
masalah batu karang ginjal.
Dari segi simptom yang
saudara hadapi, iaitu sakit pinggang yang menjadi lebih teruk jika saudara
duduk terlalu lama serta kaki sakit semasa memijak, saya merasakan kemungkinan
besar saudara mengalami masalah yang berkaitan dengan tulang belakang. Masalah
yang paling sering berlaku ialah masalah slipped interveterbral disc atau
prolapsed interveterbral disc.
Dalam kedua-dua masalah ini, apa yang terjadi ialah pelapik yang terletak di
antara tulang belakang terkeluar dan menekan saraf yang keluar di sisi tulang
belakang. Ini boleh terjadi akibat trauma pada bahagian belakang, misalnya
terjatuh atau cedera semasa bersukan.
Seseorang itu akan mengalami sakit pada bahagian pinggang selalunya pada bahagian
tengah tulang belakang. Sakit ini menjadi lebih teruk semasa bergerak, duduk
lama, berdiri lama atau di dalam posisi tertentu seperti membongkok.
Sakit ini boleh dikurangkan dengan baring atau rehat atau dengan memakan ubat
tahan sakit. Sering juga sakit ini juga akan menjalar turun ke bahagian paha
dan kaki. Pesakit selalunya menggambarkan kesakitan ini seperti aliran elertrik
turun ke kaki. Pada peringkat yang teruk, ia boleh menyebabkan kebas-kebas pada
bahagian paha dan kaki malah kaki juga boleh menjadi lemah dan lumpuh.
Sakit yang berpunca dari batu garang ginjal juga boleh mempunyai tanda tanda
yang sama iaitu sakit belakang yang teramat sangat. Bgaimanapun, ia akan
dirasai pada bahagian di mana batu itu berada iaitu sama ada di sebelah kiri atau
kanan tulang belakang.
Sakit yang berpunca dari batu karang ini berbentuk memulas dan tidak ada kaitan
dengan pergerakan atau posisi badan. Malah ia boleh berlaku ketika seseorang
sedang berehat.
Ada setengah pesakit akan mengalami loya dan muntah. Jika batu karang mula
bergerak turun ke dalam ureter, sakit yang memulas ini akan dirasakan turun ke
bahagian bawah abdomen.
Pada kaum lelaki, sakit ini boleh dirasakan hingga ke buah zakar atau
penghujung kepala zakar. Kebanyakan pesakit juga akan mendapati air kencing
akan bercampur dengan darah.
Ada juga yang mengatakan terdapat ketulan batu atau pasir dilihat keluar
bersama-sama dengan air kencing .Kencing juga akan menjadi pedih dan tidak
lawas sekiranya air kencing dijangkiti kuman.
Untuk mendapat penyelesaian punca masalah sakit belakang saudara, saya ingin
menasihatkan saudara berjumpa pakar orthopedik terlebih dulu. Beberapa
penyiasatan seperti x ray dan mungkin Magnetic Resonance Imaging perlu
dilakukan untuk mengetahui status sebenar tulang belakang saudara.
Untuk mengetahui sama ada saudara menghadapi masalah batu karang ginjal pula,
ujian seperti xray dan ultrasound ginjal perlu dilakukan. Bagi sesetengah
pesakit yang disyaki mengidap masalah batu dalam ureter pula, siasatan seperti
intravenous urogram (IVU) atau CTU perlu dilakukan.
Info Kesihatan
Kesan negatif akibat masalah tulang belakang
1. Osteoporosis (bagi wanita)
2. Stress
3. Migrain
4. Rabun dekat/jauh
5. Sakit mental
6. Lemah tenaga batin
7. Kurang aktif atau kurang stamina
8. Cepat letih
9. Cepat marah
10. Lambat berfikir
11. Sakit pinggang
12. Masalah buah pinggang
Faktor Diska Tergelincir
* Mengangkat barang berat tanpa mengikut cara atau kaedah yang betul.
* Melompat dari tempat yang tinggi.
* Terbabit dalam kemalangan jalan raya.
* Kurang bersenam sehingga menjadikan tulang belakang tidak kuat.
* Sering melakukan aktiviti lasak.
Simptom
* Sakit bahagian belakang pinggang.
* Sengal dan kebas punggung dan kaki.
* Lemah kaki.
* Kesakitan berdenyut-denyut pada paha dan kaki.
* Jika diska tengkuk terbabit, kesakitan akan dirasai sehingga ke tangan dan
kebas kaki.
Rawatan
PESAKIT yang mendapatkan khidmat tukang urut, biasanya hanya pulih untuk
seketika tetapi selepas beberapa hari, keadaan itu boleh menjadi bertambah
serius.
Justeru, pesakit dinasihatkan supaya menemui doktor dan menjalani pemeriksaan
sinaran-X serta Magnetic Resonance Image (MRI). Melalui MRI, doktor dapat
melihat dengan jelas dan mengenal pasti diska yang terkeluar dari kedudukan
asal.
Selepas disahkan diska menekan urat saraf, doktor akan menjalankan rawatan
peringkat awal, iaitu rawatan konservatif ke atas pesakit. Pesakit dinasihatkan
supaya banyak berehat, tidak melakukan kerja berat atau mengangkat barang
berat.
Pesakit juga diberi ubat-ubatan dan jika kesakitan beransur kurang, mereka
dinasihatkan melakukan senaman ringan untuk menguatkan otot. Lazimnya, pesakit
akan menjalani rawatan konservatif di antara tiga dan enam minggu.
Bagaimanapun, jika tidak ada sebarang perubahan selepas tempoh itu, doktor akan
menasihatkan pesakit supaya menjalani pembedahan discectomy. Melalui pembedahan
ini, doktor akan mengeluarkan sedikit diska yang tergelincir supaya tekanan ke
atas saraf dapat dikurangkan.
Biasanya, selepas pembedahan, pesakit akan pulih dalam tempoh kira-kira dua
minggu hingga satu bulan. Mereka juga berasa lebih selesa untuk melakukan
aktiviti harian.
Bagaimanapun, pesakit dinasihatkan supaya bersenam dan tidak melakukan aktiviti
yang boleh menyebabkan diska tergelincir.
Tahukah anda?
SERAMAI 2.2 juta penduduk Britain dilaporkan menerima rawatan sakit belakang
setiap tahun dan sebahagian besarnya didapati kurang cergas serta jarang
bersenam.
Menurut pakar biokimia Hospital Royal Free, London, Prof Donald Grieve,
pekerjaan yang hanya memerlukan seseorang itu duduk terlalu lama, dipercayai
menjadi punca sakit belakang, selain kurang bersenam yang menyebabkan lemah
otot dan mudah mengalami kecederaan.
·
Elak baring terlalu lama.
Mengurangkan sakit belakang
·
Berehat.
Sebaik-baiknya berbaring di atas katil yang rata dan letakkan bantal di bawah
lutut.
Cara itu dapat mengurangkan ketegangan otot. Cuba lakukan kaedah ini tiga hari
berturut-turut.
Terlalu lama baring pun tidak elok kerana ia boleh menyebabkan otot menjadi
lemah dan ini mendedahkan ketegangan.
·
Mandi air suam
Mandi atau berendam di dalam air suam boleh melegakan sakit belakang.
Sebaik-baiknya rendam dalam air suam selama kira-kira 20 minit setiap hari.
Bagaimanapun, wanita mengandung tidak digalak menggunakan kaedah ini kerana
boleh menyebabkan keguguran.
·
Menggunakan tilam yang sesuai
Tilam lembik dan buruk boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang. Dapatkan
tilam yang lebih elok untuk menjamin keselesaan dan kesihatan.
·
Ambil aspirin
Aspirin boleh dimakan untuk meredakan kesakitan, tetapi mesti mendapat
pandangan doktor terlebih dulu kerana bimbang terhadap kesan yang boleh
dihadapi disebabkan pengambilan itu.
·
Relaks
Tenangkan fikiran kerana sakit belakang juga dipercayai berpunca daripada
tekanan emosi.
·
Gunakan kusyen
Sebahagian besar kerusi kenderaan tidak menepati ciri-ciri keselesaan dan
apabila memandu terlalu lama, kesakitan akan bertambah teruk.
Justeru, untuk memastikan kesakitan tidak berterusan, letakkan kusyen kecil di
belakang anda.
·
Berenang
Berenang adalah senaman aerobik yang paling berkesan untuk meredakan sakit
belakang. Jika tidak tahu berenang, berjalan pantas juga dapat membantu
meringankan masalah.
·
Mengangkat barang dengan cara yang betul
Apabila mengangkat barang berat, pastikan barang itu diangkat dengan cara yang
betul. Contohnya, dekatkan barang itu ke badan anda.
· Kawal berat badan
Pastikan berat badan seimbang. Badan yang terlalu berat juga boleh memburukkan
lagi keadaan sakit belakang.
ni pulak, i copy pasted this from pb2u.com.. thanks to blog owner ye!
:) Saya dh pakai BENGKUNG Premium Beautiful khas untuk lelaki dh
masuk hari ke 3 hari ni. Setakat ada beberapa kesan yang saya dh perolehi
antaranya biasanya kalo saya berdiri saya akan mengalami sakit pinggang dengan
pakai bengkung PB nie rasa tu dah takde. Lagi best bila pakai seluar saya jadi
longggar :)) . Kalo ada suami2 yang mengalami masalah pinggang, perut buncit
mmg harus pakai PB ni. Terus dapat rasakan kesannya. Anda pakai anda tahu :)) ~
En Rosli
"..shafiq start kol 1.15pm-8.30pm 2/05/2010, ni untuk kali kedua shafiq pakai..yg
ni baru cukup 8jam, so far ok. BEST!.,
xda rs melekit berpeluh,kainnya SELESA
SANGAT-SANGAT, tak nampak pakai kat perut...very easy..shafiq pakaikan sndiri
je..tidak perlu org lain tolong pakaikan..sakit pinggang/belakang
yey! dah takde sejak
dari 1st pakai itu hari walaupun baru 1/2jam pakai!..kalau anda tak percaya
hebatnya Bengkung Premium Beautiful ni boleh call direct to
shafiq..013-9010999"
dapatkan set anda - 014 -7242 338
emel: suriani0621@gmail.com