Friday, February 24, 2017

bashah

sampai opis rasa lembab je. mana taknya.. sampai je kat parking kat batu caves tadi, ujan tengah lebat betul.  kat parking tu je dah air bertakung.  kuar keta nak gerak ke jalan pun dah abis basah tenggelam kasut den.. adoiii.. sampai ke dalam stokin weh.  maklumlah kasut kain kan.  rasa nguit2 sojuk dalam kaki stokin basah.. ekekeke..





sampai opis terus bukak kasut, bukak stokin, sidai kat tepi tingkap.  cam kat umah sendiri je buat kan.  ater... opis bukan rumah kita jugak ke.. where we spend the other half of our lives, kan?  so, gantung stokin.  tiba2 cek beg pek pulak basah dik sambal tumpah.  adoi laa.. mengelap sambal pulak.  basuh mana patut and sidai jugak begpek itu.. heheh.. dugaan hari hujan dan dugaan dugaan dugaan.  harini mmg rasa sedih down semua ada.  kalu tak pakai payung tadi, dalam ujan mau je aku nangis sekali kuat2 biar basah sekali dengan ujan nangis tak perasan kot yek.. mengada2 la pulak.




bila kita lapar, kita tanya dia nak makan apa.. tak mau sokmo.  maknanya dia dah jemu makan nasik lemak along yg kita boleh belikan yg lain2 takmo pulak.  nak makan megi je katanya.  ye lah. makanlah megi.. sebab megi tu kalu tak dimakanpun byk stok tu buat apa kan.  dia pun masak megi.  tak lak tanyo kita nak ke tak.  tau2 dah siap je.. bau sedap. kita pun lapau, tapi tak buleh ke dia buatkan sekali utk kita.  huhuu.. kita bukan tak buleh buat, cuma kita akan terasa ati la, buat utk diri sendiri, bila kita tanya tak buat lebih, takde.  ajak2 ayam nak rasa?  adoih.. mmg kita sedih sbb kita pun lapau jugak.. kitapun balik keje jugak penat.  mmglah nampak awak tak amik beratpun kat kita.  pastu kita nak pi mengaji mintak awak anta, awak soh anak anta.  anak tu kita tak biasa naik moto dgn dia.  bukan tak boleh, kita boleh je pegi sendiri, tapi awak bukannya buat apa2 pun.  awak pemalas nak anto.  pegilah sendiri awak kabo.  awak penat, bagilah awak rehat.  ye, mmg saya ni boleh je pegi sendiri.  sudah 3minggu pun saya pi sendiri jugak sbb awak sibuklah, awak jumpa kawan nak belanja makanlah.. dan sebagainya.  saya boleh pegi sendiri.  mana2 pun boleh pegi sendiri.  selama ni pun mmg saya boleh pegi or buat apa2 sendiri.  tapi mmg macam takde fungsi ada laki yg bila kita balik keje sama2 awak takmo teman anto pi mengaji yg sekejap je.  sudahlah awak.  berehat sajalah awak takyahlah susah2 nak buat apa2 lagi utk saya.  tiada lagi perlu.  saya dah jemu.







kenapa awak bongok?

kenapa lah ego awak tinggi macam gunung himalaya?
kenapalah awak macam duduk sorang diri tak pedulik keliling?
kenapalah awak jadi lupa diri?
kenapalah awak selalu pikir saya tak boleh tolong awak?
kenapalah awak pikir saya ni selalu mengikut perasaan?
kenapalah awak tak pikir saya pun ada perasaan?
kenapa awak pikir saya akan diamkan saja biar awak pijak kepala saya?








Thursday, February 23, 2017

jamal abdillah bercerita kisah cintanya

biarkan gelora melanda hati
biarkan tangisan merintih
begitulah pedihnya jiwa
oh kasih

kiranya panas yg kau harapkan
tetapi derita yg tiba
begitulah suratan hidup
insan bercinta

dulu aku pernah menderita
bila hatiku kau lukakan
ohh kini kau pula merasakan
bersama dia yg kau puja

padaku usahkau merayu lagi
hatiku telah dimiliki
ckuplah yg ku rasa duka
derita cinta

lagu ni tangkap sedih and syahdu
biasalah lagu derita cinta mana tak sedihnya ye tak
lagi2 kalu abg jamal yg nyanyi, mmg kenalah dgn suara dia tu.. derita mendengarnya.. ekekeke

cam tulah, bila kita beria2 mengharapkan cahaya yg tiba dari org yg kita puja dan kita dah tak peduli apa2 jua rintangan, kita dah bersedia menghadapi apa jua yg tiba.. redha.. tetiba, kita diketepikan lagi.  sebabnya pun kita tak diberikan jawapan kenapa.. mmg belom berjodoh la tu kan?  aku terbaca kat fb tadi keluhan seorang kawan ppuan, tak berapa nak kenal sgt.. janda yg pastinya.  maybe dia telahpun dijanjikan masa depan gemilang oleh seseorang yg sangat2 diharapkannya.  seorg lelaki yg baik budi sopan santun soleh amalannya, sehingga kawan aku ni rela walau terpaksa berkongsi.  seorg lelaki yg sudi menyuntingkan dia menjadi suri hidupnya, membimbingnya ke jalan syurga yg sgt2 diidamkan oleh setiap manusia bernama isteri.  hmm.. barangkali sesuatu dah terjadi yg tak dapat dijelaskan sehingga segala keinginan terpaksa ditangguh dulu.  maybe tak dapat diteruskan.  maybe terus dibiarkan sepi tanpa perlu diberi penjelasan lagi.  aku hanya membaca dari bait2 kata2nya sejak kebelakangan ini.  dapat mengagak apa yg berlaku jika begini ayat2 nukilan hati.

kadang2 cerita2 macam ni buat kita terharu terkesan terbias.  tentang hidup dan ketidakpastian yg selalu terjadi.  semua akibat dosa2 kita sendiri Allah turunkan ujian dan dengan ujian ini Allah harapkan kita tabah dan terus meminta Allah melindungi hati kita dari terus bersedih dan berduka akibat rasa cinta mendalam hanya pada hambanya dan tidak pada Nya.  Allah sajalah yg tau bagaimana perasaan kawanku ituuu.. Allah peliharalah dia.  kau berilah dia jodoh yg baik, yg dapat beri bahagia pada dia ya Allahhh..




Wednesday, February 22, 2017

singkap tirai itu

kusingkap tirai kenangan
dalam jiwa kepasrahan
senandung rindu
seolah berlagu
kembali mengusik hati nan lara haaa

cinta yg makin terpendam
dalam meniti usia
kini kembali
berputik di hati kita yg kian ditinggalkan
jauh oleh masa
mungkinkah terulang

dalam kesamaran
kita pernah mencari
sebuah erti pengorbanan suci
dan sering itulah kita terpedaya

kerna jalanan hidup kita berbeza
penuh onak ranjau yg sering menduga
bagaikan mimpi2 di kesiangan hari
terlantar jauh di persana cinta
cuba bersama terpaksa jua berpisah

ku ingin engkau kembali
namun masih ku tak pasti
masa nan lalu
mendewasakan diri dari mengulang kesilapan semalam
biarkan berlalu




sedih benau lagu ni.. menusuk dlm benak aku tiap kali dengar.  maybe suara intan sarafina yg sedap membawakkan lagu ni buatkan ia jadi lagi sedap pada aku.  korang penah dengau tak?  ni pun lagu2 masa den muda2 dulu.  sekarang baru dapat paham lirik2 nya.  ngapalah aku lambat paham yek.. ekekke.. dulu2 mana ada masa nak mendengar lirik2nya.. tau lagu sodap je.  sekarang baru ada akai sikit kot.. huhuu..

aku mengaku aku mmg slow, tapi aku usahakan belajar.  macam kita tau kita tak berapa fasih baca quran, kita belajar lah.. kita ulang2lah membacanya.  ntah berapa ramai yg kat luar sana yg pandai membaca quran, bagus sgt, tapi berapa ramai yg masih segan nak pegi belajar.  ramai.  yg tau tapi takmo baca and amalkan pun ramai.  aku ni mmg sedar diri tak pandai, sebab tu usahakan belajar.  takpelah bayar sbb bila kita bayar kita akan lebih menghargai.  bila dah pandai baca sikit2, nak belajar buat lagu pulak, nak belajar buat dengung kasi sedap pulak... dan macam2 lenggok lagi nak belajar. seronok weh.  ustaz kat kelas al baghdadi tu pun sgt best ngajar.  suara ustaz tu mmg superb sedapnya.  walau mula2 dulu aku agak janggal belajar tajwid  dngan dia sebut dengun dengun.  now dah rasa serasi pulak.  bila dah baca quran, bacalah dengan maknanya.  kalu dapat belajar tafsir lagi bagus.  beljar berguru lain nikmatnya.  banyak cerita pulak bila dah baca makna ayat2 quran tu.  bacalah, bacalah dan teruskanlah baca.  terokailah ayat2  or kalam Allah itu, rasailah kata2nya kepada kita satu persatu.  satu ketika kita akan menangis mengapa terlalu besar nikmat Allah dah turunkan pada kita.





Tuesday, February 21, 2017

Merah padam muko.. peluh kuar jantan betina pondannn

haru tak tajuk?
mana tak merah padam.  aku dah lama giler tak meronggeng (bak kata akak aku, am).  last meronggeng bila pun aku tak ingat.  dalam kes ni, kat gym la last, fitness celebrity tu.  bukannya baru ok, berjinggut dah lamanya..  ingatkan kaki aku ni dah cedera teruk, tak buleh bergerak sgt2, tapi kerana nak keluarkan peluh, ku gagahi jugak ke taman sri gombak, tempat am and gang dia berjimpa aerobics.  
byk minggu dah dia buat si am, tapi tulah.. kono boto2 janji nak poey, den beringekla nak poey kan.  bangun awal2 and bersedia.  seluar and kasut sukan pun ntah mana pegi yg warna purple tu.  sapa amik yek, kasi pulangkan copek.  

sibbaik rumah tu byk kasut.  aku sarung je la kasut2 lama.  kasut lakipun bukan dia pakai sgt.. hentam sarung je la..   mana pi kasut purple aku yg aku sayang tu yekkk?  aku tak ingat lak bg sesapa pinjammm.. silalah kau pulangkannnnn.. huk huk.







yg tudung biru ni kawan am, sebaya am, sama sekolah dgn am, kat mrsm katanya.  best la ada kawan dr zaman sekolah yg sama2 buat aktiviti kan?  akak tu nama dia zerd (lizard panggilan kat sekolah katanya.. ekekke).  so, kami bertiga lah gangnya.  lepas dah bersenam baru lah berkenalan dgn kak zerd tu. boleh tahan gak, sekepala nampknya.



korang kenal abang ni?  abg  ni mmg sgt popular masa kat taman tu.  dialah owner fitness club yg anjurkan senamrobik situ.  kalu korang perasan, and kalu korang penah tengok video clips zaman 90an, brader ni salah seorang penari yg selalu dalam tivi.  ada jugak dia dalam vc wann, oh cik abang menari bossanova. ekekek.. sila cek kalu tak pecaya.. dah tuo bona, bayangkanlah den ni tuo mano, dio maso tu dalam 27, 28, sekarang ni.. slepas 30 taun.. eh.. ye ker.. ekekek.. dia tetap macam fit, sebab dia kan keje fitness .. hehehehe.. baguskannn?  cuma dia banyak relax serahkan kat budak2 dia jugak.. hehee. namapun boss kannn?





kalu suruh posing.. haa.. boleh je dia.. one two three.. one two three. kauuuuu


i met another new fren, nama dia izan soffea. heheh.. boleh tahan dia goyang haritu.. org muda la kan, mmg kuatlah lagi tulangnya.  aku tak boleh goyang sgt dah, kaki badan dah teruk bebeno dimamah usia.  sis izan ni, steady je, dia twist kauuu.. respectttttt













buleh la kalu bab nak mengeluarkan peluh, jom kita beramai2.  sabtu and ahad, 8.30 till 9.30 at taman tasik sri gombak, jom jommm..  free lagi menyeronokkannn..  nak main badminton, takde kaki takde lah nampaknya.  nak jogging, boleh je, tapi tak syiok laa.. den lari2 ni kurang sikit, unless pegi dgn org yg betui2 nak bawak den.  nak swimming, janji dgn puspa nak swim kat pool umah dia.. ntahlah jadi ke idak.. swimming best kannn?  kenalah kita berusaha sendiri menaikkan. eh, naikkan apo lak? nak menyihatkan badan yg dah mmg tuo and byk kolesterol.  sebaik2nya kita amalkan jugak puasa senin kamis and sewaktu dengannyaaa.. huhuuu.. 

kadang2 rasa cam redha je lah.  malas dah nak jaga body i yg solid molid (konon awww) ni.. tapi bila mkir kita perlu badan yg sihat utk memudahkan kita beribadah kepada Allah.. ai kuatkan jugak.. jalan2 naik tangga turun tangga. lari2 ehhh.. lari mende.. lari2 anak mmg tak ler.  hehee.. lari dari masalah pun tidak, sebab ia tetap tidak membakar kaloriiii.. ekekekeke


mana dia..

cinta adam dah hawa
satu bersama
satu terpisah
buat diriku tertanya2
kau yg aku puja kau yg aku cinta
oh kasihku di firdausi

mana dia
pujaanku yg sejati
dengarlah bisikan asmaraku

cinta adam dan hawa
satu bersama
satu terpisah buat diriku
tertanya2
kau yg aku puja
kau yg aku cinta oh
kasihku difirdausi

cinta adam dan hawa
terbit di syurga terang dijiwa
menjadi saksi impian murni
cinta adam dan hawa
satu bersama satu terpisah
buat diriku tertanya2
cinta adam dan hawa

ai suko lagu ni.. huhuu..

korang dgn adam korang ke tu?
adakah adam korang masih cintakan korang sama macam mula2 jumpa dulu.  wahhhh.. syiok larrr.. berbunga2 la ati tu kannn?  dari mula2 kenai masa bercinta konon sorok2 tanak tengok directly sampai sekarang semua dah tengok masih sama2 cinta dia kat korang?
selonoknyaaaaa...

susah nak jumpa wehh.. kdg kita beria bertambah kasih syg ke dia.. dia lak, dah tawar.  dia dah tak boleh sama.  maka bersyukurlah jika adam kamu masih bersama dan memberikan layanan terbaik buat kamu.  jgn kamu mengambil kesempatan pulakk, okey?



Monday, February 20, 2017

kesederhanaan

ku mimpikan kedamaian
di dalam kesederhanaan satu kehidupan
ku rindukan kemesraan
bersama senyum keramahan tiap pertemuan

bila renungi hari yg berlalu
menyesali dosa yg berlaku
sering di bawa kesedaran diri
kesilapan serupa berulang lagi

waktu dan persekitaran
membawa kita meniti alam kedewasaan
dan bermula dari sini
tak mahu lagi membiar diri diulit mimpi

sayang
denganmu rela kutempuhi suka duka kehidupan ini
hanya kesederhanaan dirimu
yang kuharap kau pertahankan selalu






best lagu ni.. lagu ni masa den muda2 dulu, tak ingatlah taun bilo, tapi azlina aziz dgn sapa ntah nyanyi, bukan azman la yg pastinya. sebab dia nikah dgan azman abu hassan rasanya.. ye ke?  ntah cemana kisah hidup dia sekarang azlina aziz.  masa tu byk gak gossip pasal dia.  penah bercinta dgn jamal abdillah.  pehtu mak dia normadiah cam tak setuju ke apa ntah.  aku plak baca majalah gossip tak berapa nak dapat sgt masa tu.  so, mana2 yg dapat je la cerita kann.. azlina aziz pd aku sgt cantik dan bersopan santun.  suara dia pun sgt sedap and unik kau.  adik dia pun sama, liza aziz.. suara mmg superb.  anak2 normadiah dgn aziz jaaffar (ye ke?  acik lupo) mmg masing2 berbakat cam mak pak diorang.

ayat2 liriknya bila dah tua2 ni baru kena kat kepala otak aku.  bila kita sayangkan seseorang, kita rela je buat apa saja dengan dia.. susah senang, payah derita sakit sedap dan macam2.  takkan kita mengeluh walau susah, sebab kita sama dgn yg kita sayang.  for me, and i guess for all other women out there too, kalu kita dah sygkan lelaki itu, kita mmg takkan berkira.  tapi once our trust has been broken.. takdelah lagi rasa itu.  buat apa2 pun dah tak best.  kalu bg peluang pun tak nampak berusaha bersungguh2, maka kenalah kita redha je, yg Allah mmg nak uji kita dgn lelaki yg pernah kita sayangi itu.  tahankan dan sabarkannnnn.






Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...