Friday, April 01, 2011

bagaimana nak buat org suka kat kita

aku suka faizal tahir.. tapi ini tak ada kena mengena dgn ini tajuk, saja la, aku suka..

tajuk tu bukan aku cakap.. cuma dalam bahasa aku sendirilah..


aku amik dari tips usahawan berjaya, tulisan datuk dr. maznah hamid ni tau..


antara point2 tu ialah:


prinsip pertama, belajar utk mengingati nama org. kalu kita cekap ingat, ini mnunjukkan minat kita pada seseorang itu cukup tinggi. nama, kedudukan, gelaran seseorang itu amat penting bagi dirinya. kena kita hafalkan dah sebutkan ulang2 sampai ingat, ok?


2, jadilah pendengar yg baik, tunjukkan minat anda yg lebih terhadap segala cakap dan ceritanya dan bukan anda yg cakap lelebih. pujilah bila perlu dgn ikhlas kepadanya.


3, jangan ego plak.. elak dari memberi terlalu banyak pandangan macamlah kita ni saja yg tau segala2nya.. seeloknya pamerkan sifat merendah diri..


dapat?


apa lagi..


4, pupukkan kualiti diri anda yg sentiasa menarik, menggembirakan,memberangsangkan supaya org lain suka bersama anda dan mendapatkan kerjasama daripada anda.


5, tawarkan pertolongan or bantuan terlebih dahulu, sebelum anda nak mintak apa jua bantuan daripada seseorang itu. jadilah seseorang yg "diperlukan" diharapkan dan amat "berguna".


6, praktikkan sikap sukakan org, hormatkan org sehingga dia menjadi sbgai sifat semulajadi anda dan amalan anda.. haaa, susah ni.. ini human skill tauu..


7, ambil peluang utk ucapkan tahniah atas kejayaan seseorang dan nyatakan rasa simpati atas kedukaan atau kegagalannya. kongsi perasaan lah kiranya nih..


haaa.. selamat mencuba dan selamat berjaya, k?


PERINGATAN: IMPIAN HANYA AKAN TINGGAL IMPIAN SEMATA2 SEKIRANYA KITA TIDAK SANGGUP BERTINDAK MENJADIKAN IMPIAN KITA SEBUAH KENYATAAN.


Thursday, March 31, 2011

apahal?

hai...
lama tak tulis, windu tau..

pehal lama tak tulis?
adalah hal yg bizi tak hengat diri tu..
melayan diri memenuhkan ilmu mencari pengalaman gitu..
bak kata org meniaga nih, mana buleh senang2 nak jadi jutawan
tentulah kejenya lebih dari org biasa2 tuh ... haa, kannn

takpelah gagal, kerana kalu gagal maknanya aku dah semakin hampir dengan kejayaan...
aku cuba lagi!!
haaa... aku tak kesah jatuh, aku tak kisah susah.. semua ni akan buatkan aku akan belajar jadi lebih cekal..

menjual produk2 kesihatan dcl memang mencabar tapi aku seronok....
dapat bantu org lain dgn kongsi kehebatan produk2 aku.... disitulah kepuasannya!


Monday, March 28, 2011

berenang ke tepian

ahahha.. tajuk tu macam best je kan.. aku pun memang suka sgt berenang2.. walaupun blum ada kolam renang kat umahku itu... ahaks kata org, berenang paling mudah nak kurus.. ahbadden.. nak kurus tentulah kena pi berenang like every day haa.. barulah best! sabtu tu, aku lepak2 tak jadi gi meeting pibg skolah azmeer, sebab aku sakit perut nak period, giler2 punya sakit weh.. tak buleh bangun, so, how to go.. jadi aku tak pegilah skolah.. sementelah adik iparku mengantar anak2 tumpang ke rumah mak and rumahku.. seronok ni.. dorang datang, aku tak bangun dari katil lagi.. sungguhhh.. golek2 best, cutikannn? pastu lepak2 dgn adik iparku lepas dia abis hal dia tu dgn makku jugak.. kami makan mangga cicah2 kuah rojak, sedapp.. pastu makan tebu pulak.. mana dapat tebu.. along bagi semalam masa singgah umah dia.. best tau.. tup2 dapat call dari anak sedara belah kanda.. sema, kata nak lepak dirumahku sementelah mengajakku pergi berenang2 di kolam sri siantan.. suka amek tauu.. ada yg nak pegi sama2 berenang, selalu akuuu je beria ngajak orang, takde sapa yg melayan, kecuali anak2 ku.. tapi harini sema nak pegi. dia kata dia kat giant, cari baju berenang utk anak sulung dia.. sambil beli2 barang lain jugak. tak lama, diapun sampai.. dah lewat. kandapun baru balik, kanda kalu di ajak pi berenang, sokmo tak mau dia.. ntah kenapa malas bener, maybe sebab dia takde suitable attire kot.. takbest la pakai underwear kan, kan.. hahaa last2 ntah apa, tak jadi pegi berenang.. siannn anil anak sema. kami pakat lepak2, borak2, makan2 pastu pi pasar malam, jalan2, beli2, makan2 lagi, sampai tak terkira kembungnya.. hehehe.. lewat jugak sema balik malam tu... soh tido je umah kami, haram dia nak.. nak balikk jugak since masrin ada hal lagi.. well.. i had fun, lots of fun korang buat apa pulak weekend?

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...