Friday, December 02, 2016

akhlak

Sayyidi Habib Ali Al Jufri: ‎من ألِف النظر إلى المحاسِن؛ اجتمعت فيه المحاسن
‎ومن ألِف النظرَ إلى المساوئ؛ اجتمعت فيه المساوئ.

Siapa yang terbiasa mencari atau melihat hal hal yang baik pada orang lain, akan membuat ia bergelumang kebaikan..


Dan siapa yang berusaha terbiasa mencari kelemahan orang lain, akan membuat dirinya sendiri penuh dengan kelemahan tersebut.

Jangan fikir bahwa kita lebih baik dari orang lain kerana sikap "aku lebih baik dari dia" adalah sifat yang memerangkap syaitan dan itu adalah dosa terbesarnya yang menyebabkan syaitan di usir dari syurga, meskipun syaitan adalah makhluk yang ibadahnya banyak dan tak terhitung, jadi waspadalah.. Selalu bersangka baiklah.. Ya Allah, berilah kami cara dan akhlak terbaik dalam beribadah kepada Mu, agar kami juga bisa berhubungan dengan sesama ciptaan Mu dalam kalangan yang Engkau redhai.. Kurniakan kami dengan pengetahuan yang benar dalam mengenal diri kami, sehingga kami mampu mencintaiMu dalam hati, amalan dan akhlak kami.. 


Ya Fattah, Ya Mujiib






happy bday abah

Salam semua..
harini 2disember 1940 abah i was born.  kalu abah masih hidup, umur abah dah 76.  tapi abah dah takde, dah 4 taun abah takde.  aku tetap rindu abah.  kdg2 dtg dia dalam mimpi.  aku sgt2 rindu abah.  dialah lelaki yg tak pernah menyakitkan hati aku.  dialah yg paling sporting, walau kdg2 aku rasa jelingannya saja ckup utk mmbuat aku kecut perut masa zaman membesar dulu.  aku mmg kategori anak yg nakai.  lantak pi lah.. aku terjah semua.  aku mmg kategori memberontak saja masa kekecik dulu.  tapi abah selalu panggil aku sayang abah.  buat aku terasa disayangi sangat walaupun abah tak selalu dapat memewahkan kami dengan apa2 sgt.  hari2 kecik kami tunggu abah balik keje tu satu perkara sangat manis.  walau dia beli kendos je tiap2 hari.. ckuplah pada kami.  ada lagi org lain yg abah dorang tak beli apa2 pun utk dorang masa balik kje.  ada jugak org yg abah dia dah takde pun masa dorang kecik2.. so, abah aku tu sesuatu yg sgt berharga, sgt aku sygi.. sgt aku syukuri sehingga sekarang ni.

huhuu.. abah.. ha rindu abahhhhhh







Wednesday, November 30, 2016

meninggalkan maksiat itu berat

"Sesungguhnya untuk meninggalkan maksiat itu adalah lebih berat daripada mengerjakan taat (perkara yang diperintah oleh Allah dan Rasul Nya)." Rasulullah S.A.W. pernah bersabda : “Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah dari kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya.” Firman Allah S.W.T : “Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu).” 

-Surah An Nur : Ayat 24. 


“Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu).” 

-Surah Yassin : ayat 65.



Kisah cinta kau dan aku..

I mmg suka menulis.  Kalu kena topiknya.. laju jer tangan i menaip tet tet tett.. kalu takde hal.. i can type as many entry as i can as i have so many ideas at times.  Tp skrg time bizi la nyah.. kojo melambakk.  Elehh.. bizi kononn.. if u can spend a few minutes writing.. jadilah.

So.. lets see.  What shd i write today?  Love story best kot?  I lama dah xbercinta.  But i can still remember syoknya bercinta tu tauu.. ehekk.. meh citer pasal what i've seen in fb.



I have a very good fren.. i call her Wan je lah.  M sure her frens pun ramai mine jugak.  I known her since she's very2 young.. blom abis uni lagi.  Kenal melalui grups kat fb.  She is very frenly.. that's y kita get along very well.  She quite tahan dgn ke"direct" an i and also we talk about lots of things.. including love.  Since she is a beauty.. i nmpk mmg ramai cuba mikat dia.  And dia pun terpikat jugak to a man.  Tentulah bila bercinta all the great moments can be seen between them.  I can feel how happy she was.  Berbunga2.. and that guy plak nampk very loving2.. Then.. they broke up.  Eh.. i fojot.. before that she was in love with a hindustan doctor.  Yeah.. he is also my fren in fb.  Lastly.. sadly.. they broke up.  I know she sedih sgt2.. mmg love kalu dah terpaksa putus sedang kita benar2 cuba utk pertahankan adalah sgt sakit kan?  Fmly advised her to let go.    So.. when she was in love again i felt happy utk dia.  Rupa2nya it's another failed love.  Wan selalu jugaklah tanya2 i about how it feels.. kdg2 tanya jugak my opinions.  Selalu dia kata.. jawapan i sama dgn jawapan dr mama dia.  Nmpk tak how mom's think alike?  Semua nak tengok dia bahagia kan?  Now she is in a new relationship.  I am happy to see them in fb.  Their happiness tu kita bleh tengok.  Cara dia jawab komen2 bopren dia tu nampak yg they are loving and soooo caring to each other.  Kadang2 i bakar gak diorang sibuk2 i komen sekali since bopren dia ni pun kawan i jugak.. heheee.  Bercintaan mmg macam tu lah.. even now pun wan still chat with me.. telling how she felt bila bofren dia buat posting and most of his frens liked and comments and mostly ladies.  She got jealous also.  So i said.. well.. better be jealous.. itu tanda kita masih amik berat and takut kehilangan.  tapi i told her jugak.. not to jealous too much too often.. hehee.. macamlah i ni reti sgt nak bg nasiat.. kannn?  I pun dah x jeles2 lagi.. dah xde apa nak jeles.. dah x de peka tua2 ni.  Mmg kalu dah tua2 ni kita xboleh jeles.. bukan tanda kita syg dah katanya.. buang tebiat je dikabo.. huhuu.. lupakan ajerlah perkataan tu dr vocabulary i kann? Lepas ni.. i takkan dulik dah.. hahaa.. Pagi tadi i tanya betui2 kat laki i.. "saya ni.. jeles ke bang?"  Nak tau tak dia jawab apa?  Sekali.. dia jawab.."ya".. agaknya dia ingat masa aku muda2 dulu kottt.. huhuu..





Tuesday, November 29, 2016

kecewa

dalam sehari berapa banyak kekecewaan yg kita boleh terima?
yelah sebagai manusia
sebagai pekerja
sebagai binik
sebagai kekasih
sebagai ibu
sebagai kawan
sebagai pendengar
sebagai blogger

aku rasa tahap kecewa aku dgn org lain berbeza.  tentu2 la kan.  org beriman dan beramal soleh, boleh dengan tenang menghadapi segala yg berlaku. aku ni tahap mana iman..?  terlalu lemah lagi, cetek dan masih berusaha nak hadam apa yg berlaku.  bila aku rasa kecewa.. aku sedih, ni semua sama pada semua org macam aku.

ada org akan senyap, diam tak boleh nak ckap apa2.. tanggung sorang2 dalam hati
bagus begitu.. tak siapa tau kekecewaanmu.  lagi2 kalu ko cover dengan senyumanmu

apakah yg buat kau kecewa su?
semalam aku kecewa sikit bila dengar berita yg aku agak2 dah boleh rasa akan berlaku.  Sally bitau the group will have to shorthened the trip.  probly less than 10days.  dapat pegi few countries saja.  bukannya aku ni tak bersyukur, aku ni cuma sedehhh.. dah taqdir, sebabnya sangat kukuh utk kita terima, family dia yg sedang dalam ujian Allah sekarang ni.  asben Sally tiba2 jatuh sakit, dengan bp yg mendadak naik kemarin kena kejarkan ke spital.  di saat2 akhir kami nak fly dah kan?  Sally je yg jadi harapan asben dia.  sapa lagilah yg seorg suami akan harapkan di saat dirinya tak berdaya, buetui tak?  anak dara Sally pun baru je nak recover demam campak.  dia lah yg diharapkan Sally menjaga adik kecil dia nanti.  So, kenalah aku and gang terima keadaan ni dengan redha.  Pendekkan lah masa trip ni.  In sya Allah. Kita masukkanlah diri kita dalam situasi Sally.  Since dia leader, dia kenalah teruskan jugak, dengan beberapa kekurangan, ye tak.  If aku la tu.. probably aku tarik diri dah.  entahlah.. akupun tak taulah cemana.  Allah duga lagi hidup kita semua ni, sampai lah hari kita mati nanti.  baru takde dugaan hidup lagiii.  huhuhuu..

balik keje semalam jumpa Puspa, Sam and Siti.  itulah kami discussedkan.  Tiket tak beli lagi gamaknya.  Since all have to be re-scheduled kann?  Bertabahlah gang.. bila ramai2 kita bersatu, takdelah rasa kecewa sgt.. Allah bagi sedikit kelapangan bersama kawan2.  We are still looking forward to the trip.  In sya Allah.

Pehtu nak balik umah, anak2 dah mesej.  Nak pi CC spend the nite there.  Sedeh lagi. sebab?  Laki tak balik lagi.  sebab itu aku lambat balik and sementelah kawan2 ajak jumpa pegilah jumpa.  Anak2 pulak mintak antakan ke CC.  Deme dah pegi.. aku balik umah.. tengok "abang" kucing aku ada kat umah tido kat sofa, Jimmy lak tido kat lantai atas carpet.  Tu lah yg tinggal.  Aku siap2... terasa kosongnya rumah.. kalu aku tak piyed, aku boleh gak duduk solat lelama, peh tu ngaji barang beberapa muka surat and tunggu sampai ngantuk and tido.  semalam aku bukak astro.. citer semua tak best.  peh tu rasa lagi.. napalah sunyi sgt terasa.. bab laki tu mmg lah kalah kan. dia keje keje keje yg dia utamakan.  mmg takbley belah bab tu.. lepaskan sajalah dia.  lagi ko merempan, lagi lelaki tak suka.  so aku mmg gitulah konsep dgn laki.  if you know your way back, silakan.  if you dont feel like comin back pun.. its up to him also.  aku ni konsepnya suami pinjaman Allah.  sementara dia ada, kita gunakan sebaiknya.. dia takde, diam2 ajer.  hahaha.. letih tak.. yess.. tak dinafikan.  kecewa tak?  yess, masih kecewa, but a little bit sebab kecewa dgn anak2 yg lebih suka main game lebih besar rasanya malam tadi.






Monday, November 28, 2016

movie ni sapa belanja?

saja cari pasal tajuk camtu kan?

hehehe.. laki dah gaji.. haruslah dia yg belanja.  den lambek gaji.  anak2 nak tengok movie, so, ajaklah ayah dia.  kalu den yg ajak, haruslah tak dilayan.  ni pun bukannya selalu.. malah nak kata sebulan sekali pun idak.. ntahlah berapa bulan punya aktiviti.

after some considerations.. 2 movie kita bantai.  ayah blnja 1 movie baru, umi blanja 1 movie lama yg budak2 ni masih teringin nak tengok..  katanya kalu beli cd pun pic masih tak cantik.. hehehe.. amal la yg kata.. or nak tunggu dia donlod, lambat pulak.  by the way, citer baru tu ialah citer beautiful beasts and where to find them and satu lagi citer lama tu ialah dr strange.  dua2 best.  i kagum.  byk betul effects2 yg i suka tengok and boleh bikin pening.. ekekek..

in the middle of those 2 movies,kami pi makan2, pi cuci2 mata, tengok2 buku2 kat kedai buku and also pi mamak again to makan2 and makan.  nampak anak2 sonok, dah kurang gaduh2 sejak dah besar2 ni.. alhamdulillahhh.. jgn berenti doakan mereka dan redha lah atas diri mereka.  ingat jadi mak senang?  setakat ni bila anak2 dah teenagers, aku cuba buat mereka cam gang2 aku je.. amik tau apa yg deme suka, and cuba2 suka jugak.  deme pun shd know how their umi is by now.  ok lah tu kan.  cuma nak terapkan nilai2 islam sejati tu aku tak reti sangat lagi.  bab semayang, mmg masih jerit lagi la if dorang buat tatau je kan.. kalu nak kena tempik ngan aku, buat la pasai.  aku tegur anak2 and aku harap ayah diorang pun buatlah yg sama,  or at least bagi contoh yg terbaik utk anak2.. kennnn?



Friday, November 25, 2016

redha

tajuk best kan.. redhalah apa yg terjadi dalam hidupmu wahai suriani..
ekekeke.. ya, walau bagaimanapun yg terjadi, haruslah kau meredhakan ketentuan Allah kepda dirimu.

nak cerita pasai apa lak harini?
ohh.. nak bitau yg aku dapat tengok wayang free harini. opis den PWC bagi staff2 bertuah cam den.. ceritanya bertajuk redha, kisah pasangan yg dapat anak autisma.  aku tak berapa tau sgt apakah jenis penyakit tu.. nak google pun malas.  sementelah aku mmg pemalas, maka aku tunggu jelah nanti movie tu tunjukkan kisahnya.  mind you, pop corn tidak disediakan.. ekekeke.. lemak pulak ko kannn?

pagi tadi cuba ajak laki gi mancing esok.  kot2 la dia rasa teringin nak mancing bawak bini dia berdua2an ke bertiga or berempat2 an.. .  aku tau dia mmg suka mancing dulu. aku mmg suka..  so, aku pun saja bakar dia.  dengan selamba dia menjawab.. nak mancing barang2 kena bersiap tu ini tu ini.. paham lah sekarang, takde lagi nak pegi memancing dengan aku.  kdg2 aku wonder cemana ada pasangan yg selalu ada masa utk berdua2an dan sudi join buat hobi or just lepak2 makan2 sama2.  laki aku ni, nak bfast je la dapat kalu weekend hari sabtu or cuti2. tupun puaslah ngejutkan kata aku dah lapau and aku nak belanja.  hahaha.. the key word here is aku belanja.  if not.. haruslah buat aku masak or apa2 je lah yg mudah kat umah tu.  cemana ko kata sayang kat bini tapi ko nak memanjakan bini pun kau sangat2 berkira.  bini ni, bukannya tak tau perangai kau.. tapi, macam aku lah.. berusaha ngajak dia jugak, nak mengembalikan kemesraan yg dah terpadam tu kan.  ntahlah.. maybe dia ternyala bila main aje gamaknya.. yg lain2 takde dipedulikan padam ke malap ke or samar2. je lah.. pada aku laki aku mmg macam tu.  nama nak manja2.. tiada lagi utk ku.  ajak gi bercuti bila ujung bulan ni, sebelom aku fly ke london, ada gak aku suarakan... tapi macam biasalah.. dia kabo tak ckup, sebab dia nak kena pi kenduri anak buah dia nanti dec. 11.  nak gi mana2 tunggu lah gaji bulan december katanya.  walaupun aku tau kalu dia nak pegi and kata yes je, aku akan keluarkan belanja utk cuti2 ni.  bukannya ke mana2 pun, setakat gi pangkor ke or genting je lepak2 dengan anak2 berempat kita sementelah akmal and azmeer dah cuti skolah kannn?   so, dia kata tunggulah tunggulah tunggulah..  which aku mmg tak rasa masa itu akan tiba sebab bila masa nya dtg.. terlalu byk pulak yg nak diambil kira dgn anak2 nak masuk sekolah and so on and so forth.

aku ni sekadar dipinggiran laa.. sini pinggiran, sana pinggiran.  dah taqdir hidup aku dipenghujung usia ni, biarlah aku layan diri dgn kawan2 and membanyakkan kembali kepda Allah.. huhuu.. sedih la pulak.




Thursday, November 24, 2016

move on...

baru lepas coaching session.
tak de mood ni, terus rasa selesema
sedih pun ya
perasaan ntah apa2
keje is ok, but kena bambu jugak kerana hal2 yg berkaitan dia...   
apa nak buat.  life is like that.  u like it or not.. u move on.
u move to the next step.  find the bad things, improve, find the good things, improve and make it better.

i love my job, i want you to love me for what i m trying very hard to be.. a step better than last time.. 

yes, i love me job very much!!




Wednesday, November 23, 2016

counting days

sebenarnya tak tau nak tulis apa.. so, aku tanyalah ira shahira apa ke nak tulis kat blog haa.. ira kata, why not u tell about ur europe trip.  what is my expectations.. where to visit.. what country, what do i want to buy.. huiyooo.. tiba2 macam banyak ngat la pulak buleh tuleh.  den ni kalu tak pasti den sogan nak tulih.  lagipun kali ni trip den tak berapa tau sgt apakah itinerarynya.. sbb semua diuruskan oleh agent kawan den, Sally.  so, she said, the itinerary will be given at the airport nanti.. like more to a surprise.  actually she have already let us know earlier.  tapi dah lamo ngat.. and got so many changes after that.. so, bila byk sgt tuko2.. aku dah macam.. ala better we wait for the final later.  haaa.. gitulah.. aku ni teruk yes.. nanti org tanya.. aku kata hmm.. tatau nak kata.. aku senyum je laaa.. yg pasti, aku nak pi london, switzerland and france.. tp berapa hari kat sini situ, i really cannot tell yet.  pobly balik nanti baru buleh story.  make sure i remember to make notes on this trip every day, ok,... everyday u make notes, like ira said.. that's why she can write so kemas about her travelling trips.. hahaha.. den ni manolah organized sgt.. lagipun bukannya selalu ngat berjalan pun kan.. jadi sogan laa.. ekekekeke..

ikut hati, mmg den nak migrate overseas.  takmo dok mesia dah.  tapi nak pikir negara mana nak pi yek?  eheheh.. ada few choices.. nak pi ostrali, new zealand or syams.  dok sana lah... ni bukan nak pi je.. nak tinggal terus.  ehhhh.. termelalut lak.  nanti nak citer lagi pasal my trip later.. nak pi lunch dulu k?  tata..


aku mencintaimu

Habib Umar bin Hafidh berkata dalam suatu kesempatan,

Kalau ada orang yang berkata pada kita,kenapa perlunya cinta dan sayang kepada Rasulullah SAW sampai menangis?

Kenapa melampau-lampau seperti itu?  Maka jawab kepada mereka,Baginda Rasulullah SAW telah terlebih dahulu menangis kerana kita.Kerana Dosa kita... Tidak pernah ada manusia yang pernah mendoakan kita, yang minta pada Allah SWT untuk ampuni dosa kita seperti sebagaimana Baginda Rasulullah SAW sujud dengan lama sekali sambil menangis dan merayu pada Allah SWT agar diampunkan oleh Allah SWT atas semua kesalahan dan dosa yang kita lakukan sehingga Allah menghantar malaikat Jibril utk memujuk Baginda Rasulullah SAW agar bangun dari sujudnya.. 


"Kerasnya hati kita hari ini,kita tidak pernah menangis merindui Baginda Rasulullah SAW.... Tumbuhkanlah rasa cinta dan sayang yang lebih kepada Rasulullah SAW...


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ،