Friday, February 10, 2017

Tawar hebior


Dah tak heran lagi.. gitu lah yer?

syurga ku ada pada mu?

kita panggil syurga, indon panggil surga.  sama lah tu.. ada makna yg sama.. pengakhiran yg paling baik utk semua kehidupan yg menjanjikan kebahagiaan yg tidak tergambar di pikiran kita nikmatnya.  malam tadi aku terbiar kesepian (baca keseorangan tinggal di rumah tanpa sesiapa melainkan si abam, kucenku),  maka akupun layan la tengok tivi astero berbagai siaran lepas isyak.  siapkan isyak semua barulah bleh layan tivi okey adik2.. selalu aku tak merasa nak tengok tivi kalu laki or anak aku dah kawal astro kan.. so,malam tadi kira raya hindulah aku dapat tengok tanpa gangguan.  apa ke nak citer tadi udah distracted.  hehehe.. oh ye.  nak citer pasal syurga, syurga yg tak dirindu.

arini mmg menginginkan hidup bahagia bersama suaminya, pras.  mmg best couple of the year lah deme ni dgn anak pempuan sorang yg comel sgt2.  arini merasakan dialah yg paling bertuah mempunyai suami yg terlalu sygkan dia dan familynya.  dia terlalu taksub mengatakan kisah hidupnya adalah kisah yg sgt2 bahagia, bak kata org happy ever after gitu kan.  selalu berpegang pada janji yg suaminya pernah buat semasa menikahinya dulu takkan menduakan, takkan menyakiti hatinya.  semua takdir bukan kita yg mencorakkan sendiri, kena ingat tu.  sebagaimana kamu berusahapun, andai Allah mahu menguji, siapalah kita yg bisa menahannya.

Pras tengah nak pi kat tapak projek dia drive keta, tetiba ada keta potong and terbabas masuk utan.  knowing pras ni lelaki budiman, (ada lagi ke lelaki gini yg sanggup pegi memberi bantuan kalu ada org kesusahan kemalangan dan sudi membantu? i doubt so)  pras ni tengok2 ada org masih bernyawa dalam kereta yg teruk tersadai, angkat dan bawa pi hospital.  since takde apa2 pengenalan, hospital tanya, ppuan ni boleh ke operate nak selamatkan baby dia.  baby?  terkejut pras yg ppuan tu mengandung.  dr membiarkan sesuatu yg tak baik berlaku, dia pun bg lah keizinan operation.  dia tanggungjwab je lah, katanya.  bila baby boy dah keluar, pras letak nama Akbar Muhammad, dia terpandang seseorang tengah semayang masa tu tengah angkat takbiratul ihram tu.. sedap jugak akbar muhammad kan?  ppuan yg bersalin ni, lepas dah sedar, nak pi bunuh diri pulakkk.  takajut gak.  dia dah tak larat tanggung hidup.  mak dia bunuh diri, bapak dia pulak tak balik2 since dia kecik.  dia menunggu2.  dia dah pregnant pun dia kecewa dgn lelaki yg byk songel nanti nanti katanya bagi alasan.  sblom sempat dia terjun bangunan spital tu, dia ditarik dek pras.  pras ngaku dia yg bawak ppuan ni, Mei namanya. ke hospital tu. dia kata dr Mei bunuh diri, baik mei berusaha jaga anak dia yg dah lahir tu.  jgn jadi macam pras yg masa kecik, mak dia pun mati bunuh diri jugak.. even depan mata dia tu.  kesian betui dua2 ni takde kasih syg mak/bapak.  last2 pras janji nak nikah dgn mei, masa tengah bergelut nak tarik mei dari bunuh diri.  tragis betui.. mmg kesian.  mei tu bukan islam.  pras bawak dia masuk islam, pastu pras nikah dgn mei.  just to make sure mei dapat hidup dan menjaga anak dia akbar tu, dan tak jadi macam mei dan pras sendiri yg hidup terumbang ambing. semua berlaku kat hospital tu jer.

terjadilah episod hidup sengsara bg seorg isteri.  jeng jeng.  pras dalam dilema cemana nak beritau arini.  arini lak kematian bapaknya masa pras balik ke rumah tu.  and konflik yg buat tak jadi pras bgtau pd arini tu ialah bapak arini pun sebenornya ada 2 isteri.  arini jadi bengang kenapa ayah dia buat mak dia begitu.  dia tak buleh terima.  bila dah begini, pras lagilah susah nak berterus terang pasal mei.  arini mengamuk.  akupun taktau cemana cerita ni boleh jadi agenda aku nak tonton.  org lelaki yg paham tentang poligami mmg akan tau yg mereka takkan buleh adil.  it is also stated dalam quran surah annisa ayat 129.  sapa yg berani bertanggungjawab macam pras mmg diduga macam2.  pras keluar rumah sebab katanya dia yg bersalah masa dorang bergaduh.  mei lak betul2 berusaha menjadi ibu yg baik bila dah tengok muka akbar.  janji nak jga akbar.  pras bawak buku dan tudung utk mei.  mei kata buku takyah bagi, sebagai suami, mmg praslah yg kena ajar dia tentang islam, tentang semayang.  pandai mei kan.. tunjukkan lah yg pras tu punya tanggungjwab.  and pras pun setuju.  sibbaiklah si pras tu mmg lelaki yg baik dan tau tanggungjwab suami.  dia pun mengajar.  aku bet lelaki cam ni pun susah nak jumpa dah.  yg kawen kerana Allah mmg very rare nak jumpa.  kalu laki korang macam ni punya baik, macam ni punya soleh, silalah korang peluk dan jaga baik2.. dah jadi sesuatu yg payah nak jumpa tauuu.. ekeekeke..

nanti korang cuba lah tengok.  akhirnya tu yg aku tak sangka sangat.
bahagia tu kata mei, apabila kita membiarkan org lain bahagia.. sedih ya amat.

janganlah kita sangka hidup kita ni senang2 bahagia dah tanpa diberi ujian2 dari Allah.  dan kalau ujian pulak bertimpa2 datang pd hidup kita, janganlah pulak pikir Allah dan tak sayang kita atau dengan mudahnya kita kata.. kita hopeless, kita useless.  kita macam menjauh dari rahmat dan kasih sayang Allah la kalu gitu.  mintaklah jauhkan dari pikir cam tu ye korang.  mmg korang dari golongan yg cepat putus asa, apa makna hidup lagi?  Allah test belaka.  test dari macam2 cara, korang boleh tahan belaka kalu tak takkan Allah bg kat korang, ye tak?

ha kauuu.. panjang giler aku tulis.
semoga memberi manfaat.
belajarlah ikhlas belajar lah menerima dan belajarlah bersabar lagi.






Wednesday, February 08, 2017

sudikah kau menjejakku?

it has been three days
3 hari sejak senin aku tak bukak data.
ini namanya aku nak buat test, yeah testing testing one two three four
testing mende kau su?
saja jer, aku kan suka test org2 keliling2 aku
if aku takde data, takde wassup and takde fb dalam fon la maknanya tu kan.  tapi kalu fb i can still see, i can surf tru my pc at opis, and i can oso tengok insta from my pc too.
so, i will still be contacted, aku masih boleh dihubungi.  cemanapun, if you really need me, setelah semua failed, masih boleh email kepadaku, kan?  heheh.. takde la pulak.
kot2 la ada urgent, if tak buleh wassup, and korang tak dapat hubungi aku, kira too bad lah.  sebab aku menunggu2 if korang betui2 mencari aku kerana kdg2 kita merasa sgt2 perlukan kawan2 or teman2 utk bercerita.  bila aku tak on wassup, nampaknya takde sapa yg mencari.  yg berjaya dalam test ni adalah ety, anak buah aku, yg call aku 2 kali dah sejak 2 hari.  bertanya what happened to me.
laki den mmg la dia kalu tak dapt wassup, dia tak kisah ngat, dia mmg jenis tipon je.  tapi takde la dia nak bertanya harini sapan apa, just nak bitau yg penting2 je.. cam semalam, aku dah naik tren, baru dia call kata dia dah abis keje, kot2 aku nak tumpang dia balik rempit sesama ke batu keb kan.  hehe.. too bad, aku dah dalam tren kat KL station.  jumpa kat umah je la.  pastu malam tadi aziz my school mate aka my london mate pun ada called, cuma akak tak larat nak angkat.. mato dah terlalu ngantuk sbb sakit perut and pinggang.  heheh.. anak2 takde jugak call or sms.  akmal la, i supposed mmg dia wassup, but i didnt see yet.  pobly petang ni aku bukak balik wassup.  kawan2 rapat yg kat opis ni buleh chat kat opis punya chatting line so, diorang buleh tanya why, cam ira and zai.  zai lak kemarin ada wassup aku kata dia lambat masuk.  and aku lak tak on wassup.. heheee.  itulah antara kelebihan menggunakan wassup.  we get to be in touch with people for free katanya.  if data takde, takyahlah ber"keep in touch" kannnn?

kalau aku betul2 sakit ke or fon aku kena rompak ke, or kena samun ke, cemana yek.  berserah ajerlah pada Allah SWT nampaknya. begitulah betapa kita ini berharga or not di mata org sekeliling kita.










jiwang pagi ke ngamuk pagi?

semakin aku hidup
dalam cinta
tiada kuasa mampu
menghalangnya hentikan kata2
bertulangkan dusta
keheningan malam membangunkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur
memahami
tiada ku menjauhi
dah kisahku yg masih panjang
menambahkan berat yg memandang
lantas ku pendam
ku putuskan
biarlah rahsia

kenapalak kau jiwang yek
ontah.. eh, bukan ke aku mmg selalu jiwang?
ehhehe..
pagi tadi mmg sekali lagi aku menyumpah bila susah sgt nak cari parking kat batu keb.  rasa nak turun and tebas je semua2 org dgn parang, ala2 jebat ngamuk tu..
bodo je kan?
bawak2 sabar sudah






Tuesday, February 07, 2017

syahdu lalu airmataku menitis lagiiii

ku mengerti
perpisahan ini
bukan kerana kau membenci
tapi kasih
yg pernah kuberi
tiada lagi bersama
seringkala aku terlihatkanmu
impian nan indah
bersulam bahagia
ku harungi hari demi hari
bersama wajah takmungkin akan kembali
tapi hati masih tak terima ditinggalkan sengsara
keraguan ini
bukanlah padamu
perasaan hati masih rindu
kekalutan ini hanyalah utkku
tercari-cari bayanganmu
tak sanggup aku
kehilangan
kehilanganmu
masih tercari cari

jiwang plak tiap kali dengar anuar zain nyanyi.
semalam tengok tv al hijrah citer pasal ghifari.  dia driver pada kawan sekolah dia yg dah jadi businessman yg berjaya.  sambil jd driver, boss dia selalu mintak nasihat kat ghifari.  best aku tengok ghifari, lelaki sederhana yg soleh.  rajin solat jemaah, rajin sedekah, lemah lembut dan tak kisah memaafkan dan rajin membantu sesiapa je yg memerlukan.. manis je, senyum tak lekang dari bibir, lagi pulak aqashah yg berlakon.. suko den. berbunga hati.. ekeke.. sejak jd driver, selalu imamkan boss dia.   boss dia lak dapat penyakit tak lalu makan. kesian giler bila nak makan tak boleh makan sebab Allah test dengan takde nikmat tekak nak rasa.  semua jadi tak sedap.  macam2 bini dia masak nak bg dia makan, tapi tak lalu.  diluahkan lepas dia makan.  sebab tekak dia tak boleh terima.. tak sedap.  badan makin lama makin kurus boss dia sebab tak buleh makan.  asik minum air je. turun badan sikit2, smpai kurus.  sedih mikirkan.  nangis aku bila bini dia tatau nak buat apa dah.  makan kat restoren mewahpun dia marah2 sebab tekak dia takboleh rasa nikmat sedap lagi dah.  boss dia dok pi rumah ghifari sebab dia merasakan ghifari dan family hidup bahagia makan makanan biasa2.  dia mengintai2 bila kuarga ghifari makan malam, berlaukkan ikan masin and gulai pucuk ubi.  berselera dia.  ish.. best la citer cam ni.  Allah nak tunjukkan yg dia boleh tarik satu nikmat je dalam hidup kita dan kita jadi huru hara.  kalu tak reti bersyukur, satu2 dia akan tarik, ingat tu.  syukurlah, syukurlah dan teruskanlah bersyukur akan semua nikmat kita dah dapat selama ni.

aku membayangkan if akulah jadi gitu, barangkali sudah terlantar sakit aku gamaknya.  sebab makan dan merasa makanan itu adalah satu nikmat yg teramat besar yg kita ada dalam dunia ni.  banyak2 lah bersyukur ye selagi masih menikmati walau apa saja makanan dengan penuh berselera.  apatah lagi makanan2 mewah. ucapkanlah syukur kita.. ucapkanlah alhamdulillah, berterimakasihlah pada Penciptamu Allah yg Maha Pemberi Nikmat.










selamat pagi batu caves

tak suka sesak, tak suka sangat.  lagi2 kalu bau2 memacam.
mencik bila parking pun deme nak buat tempat meniaga thaipusam.
inilah perkara yg menjengkelkan bila dodok batu keb ni.
menyampah sgt bila time2 begini.  sebulanlah bt keb akan penuh or sentiasa ada org datang.
cuti plak sehari je.  tataulah cemana aku nak balik and pegi kalu tak rempit.

nak pindah trengganu lah



Monday, February 06, 2017

pelangi


kuterjaga dari mimpi lena
sedang pipi dibasahi tangis ku sendiri
merintih perasaan ini
tiada kata mampu diungkap
tiada yg mengerti
wahai sang pelangi indah
muncul seketika
sayang takku lihat
kini tiada ohhh

lagu feveret akak nih.  korang suka tak... tak suka takper, tak semestinya kita suka orgpun sama suka.. yek?  bila dihayati liriknya mmg kono dengan akak .. perasan jap!
bila kita betui2 cintakan seseorang tu, kita anggap dia pelangi kita.  cantik je.  tak cantikpun kita sabar dan kita bersedia je terima hujan atau panas sbb pelangi kita ada sekejap2  je.  yg si pelangi ni pulak, selalu tak sedar yg kita ni sentiasa sukakan dia, selalu puja dia.. usaha nak buat dia hepi, walau selalu tak menjadik..  dia tak kisah la gamaknya.  asik kisahkan hidup dia je.  buatlah apa saja pada kita ni, katalah apa saja. kata nak pegi jauhlah..  tak rasa bahagialah. katalah apa saja.  tak dulik kita sebagai penunggu ni ada hati dan perasaan.  kata apa sajalah, lantakkan, hati kita pelangi pedulik apa.  bukan sekali, malah byk kali dah.. ayat yg sama jugak disuarakan..  asalkan puas dapat meluahkan rasa dia.  sedih benau bila dibuat seperti lebih tidak berguna dari yg rasa tak berguna.  sedih tau, sedih sangat.







Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...