Monday, October 16, 2017

sunyi itu indah di johor

tajuk tak hengat yek.
tulah yg ku rasa.. kesunyian sebb semua org takde harini.  pagi tadi ada ramlah dgn aku keje, tp dia dah balik EL.. so, seoranganlah nampaknya.

aku suka je.. tenang.. ekekke..

Nak citer apa ntah tadi.. oh yess.. nak citer aku pi diploma show akmal, anak sulung aku yg dah sem 5 kat kolej.  Project dia for final ni dia pilih comic fiesta 2018.  Macam2 tajuk budak2 sama course dia buat.  Well, akmal suka subject tu, so I guess he nailed it lah.  Suka tengok dia bersemangat.  Aku pun cam tu gak buat apa2 semangat sokmo. Ekekeke.. konon2 nak kata ke mana tumpahnya kuah kalu tak ke nasikkan?

Well, mula2 plan nak pi bt pahat tengok akmal je.  But since dah lalu muor, and abg ipar tu tak sihat, pegilah menziarah.  Kesian tengok.  Dia kabonya takde apa2 sakit yg teruk.  Maybe dia dah tak larat.  Ntahlahlah.. macam2 kan?  Tetiba akak iparku yg lama tak jumpa pun ke sana jugak, terjumpalah mereka jugak.. reunionlah jadinya.. ekekke.. ada pulak si lin anak buah yg sama2 ikut makmentuanya, so berborak sakanlah kami.  Anak2 abg zain, abg iparku pun ada ramai masa tu, jadi riuh rendahlah.  M sure yg sakit akan seronok bila keluarga berkumpul kan?  Semoga abg zain cepat sembuh.  Dulu kalu tau kami nak dtg, beria masak dianya.. karilah, asam pedaslah, dgn kupang and macam2 lah disiapkan.  Sedih jugak.


Balik dari tolong akmal bawak barang2 project dia ke rumah sewa dia, kami gerak.  Laki soh aku drive back to KL.  Ingat laki driver bini takyah susah2 dah.. ngeh.. dia nak latih kononnya.  Buat apa lah latih2 aku bukan tak biasa.  Just tak biasa bila dia ada je.. Nampak tak.  Selalu tak pernah pun susah2 soh aku bawak, 8 jam ke 12 jam ke drive dia je.  Bukan nya dia mau diam di sebelah.  Nasiblah suriani.  Ingatlah laki mu driver professional.  Bininya harus setara keprofessionalannya.. ekekek.. porahhhh.



Wednesday, October 11, 2017

mataku hampir tertutupppppp

Dua tiga harini asik penin kepala.  Tak cukup tido.  Masa kat opis mata pun rasa nak tertotop je.  Asik pegi toilet basuh muka.  Asik pi amik kopi free kat mesin kopi kat pantry tu.  Mengantukkkkkkkkkk.. ya rabbiiiii.  Tapi tak dapat juga menahan mata ini dari tertotop kerana mengantuk yg teramat.  Adoi.  Pening rasa tiap2 hari belah pagi membawak ke tengahari.  Lawan lawan bab pening tu dgn minum air masak banyak2.  Pening buleh hilang, alhamdulillah aku notis ni.. but bab ngantuk tu, tak dapat dikawal.  Nak padammmm.. sokmoooo.. ya Allahh.. Ini semua adalah kerana aku tak buleh tido lena malam2.  Terkebil2 teralih2.  

Tension wehhhh.  Abislah muka takde beauty lagi, kui kui kui... kononnn.. sbb tido aku tu utk rehat, beauty sleep katanya kannn?  Kesiankan diri sendiri nih… huaghhhhh.. 


Tuesday, October 10, 2017

kau datang ketika duka

Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya tunjukku ke jalan syurga
Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya tunjukku ke jalan syurga
Kuhaus di tengah laut
Lemas mencari tempat bertaut
Kirimkan aku kekuatan
Tetap pedoman di kesesatan
Ku sunyi dalam gembira
Perit pedih tanggung derita
Sungguh aku bukan wali
Yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya tunjukku ke jalan syurga
Terlalu lama aku mencuba
Terlalu banyak cinta yg kudamba
Tiada yg sempurna hanyalah fana
Tuhan ampuni hambaMu
Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya tunjukku ke jalan syurga
Ku rebah di dada malam
Memecah dendam yg lama diam
Kutanggalkan baju dunia
Dakap ku dengan selimut syurga
Ya Tuhanku hanya padaMu
Tempat mengadu segala rindu
Limpahiku rahmat kasihMu
Dalam tahajud cinta bersujud


-dsn-





Monday, October 09, 2017

anakku sayang

harini azmeer or amer anak bongsu aku menjalani peperiksaan PT3 dia till rabu.  dia baru tingkatan 3 in case korang tak berapa nak tau, dulu PMR, sebelum tu SRP.. entah apa2 la lagi nama nak bagi kat peksa2 kat sekolah ni.  aku dulu SRP.  zaman SRP tu pun org kata berzaman2 dah.  hahaa.. nampak tak ketuabangkaannya di sini. 

amer pi seminar 10 hari earlier.  malam tadi dia nak buat last minit ulangkaji matematik dia tanya aku.  umi pandai matematik kan?  udah menggelabah aku dibuatnya.  aku boleh la bab matematik, tapi aku kena mentelaah jugak lah formula.  so, aku kabo kat dia.. kalu berat sgt soalan tu, jgnlah berpecah kepala nak mikir, buat yg lain dulu.  hopefully anak aku yg bongsu ni, dapat menjawab dengan cemerlang.  aku tau dia dah usaha sebaiknya.  dia dah pi tusyen, dia dah kata ada improvement dalam maths dia.  but aku pun tak mau nak push2 sgt.  itu cuma pendidikan sekolah saja. 

apa nak tulis tadi.. tu je lah kot.  kita doakan je lah amer buat terbaik yer. 




kiut pulak Amer masa dia kekecik dulu kan.. in fact skrg pun kiut jugerrkk.. cuma takmo sgt bergambar dgn umi dia.  ntah dia ngikut ayah dia, benci dgn hobi umi.. nasiblah nakkkk..

Saturday, October 07, 2017

Ke pantai remis ke kita

Pg td mangun lewat sbb badan sakit2 balik motai malam td.  Pas subuh sambung tido balik sebab mmg rasa tak ckup2 tido.  Bangun pehtu sebab laki aku tanya.. tak mau masak ka?  Dia malam smlm tingin nak aku masak nasik lemak.  Since anak2 dia semua ada berkumpul katanya.  So akupun ok je ler.  Laki nak sgt tu sbb dia sudi nak potongkan cili kering utk aku blendkan.  Buat sambal dgn cili kering blend sendiri mmg beza katanya.  Hmm.. layankan.  Nak buat suami hepi bukan susah sgt kalu kita mahu.  So masaklah nasik lemak.  Masak lebih supaya boleh deme makan smpai malam.

Nak siap masak.. siti anakbuah aku wasap ajak pi pantai remis.  Aku ingat dia coti and dia kata dia dah sengkek.  Siti kabo mak dia, along aku nak sponsor minyak keto.  Kita tukar2 drive lah katanya.. macam jauh beno.  Bawak mak berjalan sesekali apa salahnya.

Waktu zohor kami benti kat kawasan rehat kundang barat sebab x sempat buat zohor tadinya.  Kami lalu lata hi way.  Sampai dlm kol 2.45 gitu kat pantai remis jeram kuala s'gor tu.  Air laut pasang.  Angah dgn abg ngah and nina dah sampai rupanya.  Ntah bila along pakat nak ajak angah tataulah dorang.  Aku tak kesah sgt asalkan jgn kecoh2 ye tak? Park lah sblah keta dorang.   Angin kemain kuatnya.  Pemandangan cantik walau air lautnya keruhh.  Bentang2 tikar terus makan dulu sbb lapau ya amat td masak2 tak sempat nak makan lepas siap2 hidang terus bersiap.  Laki aku tanak ikut katanya x selesa keta naik 5 org.. so tak pegilah dia.  Biasalah dia.. bukan mudah ngat nak jalan2 dgn kami.

Kalau selalu.. along n angah nak mencari kepah or kerang kat pantai ni.. tp sebab air pasang.. takde lah dpt.  Kami duduk2 lepak tgk laut je lah.  Ada gak yg mancing tadi.  Byk gak dorang dpt ikan saat air tengah nak naik pasang tu.  Kami siap alih tempat duduk sebab takut tak sempat tenggelam pulak.. hehee..

Time balik kami singgah kat cendoi duyan sg buluh.. kat luar sikit je dr area pantai tu.  Duyan takde musim tp deme letak pes duyan je.. jadilah.. sedap jugak.  Macam2 kami makan kat situ.  Aku makan soto.. alongpun.. siti makan laksa.. angah makan bakso and abg ngah makan mi kari.  Pastu kami balik and aku drive pulak.

All and all aku  rasa sonok sbb aku suka pantai.

















Friday, October 06, 2017

hati yang telah terluka

kadangkala kita ini bercakap tak ingat diri.  kadangkala kita ini tidak mengira perasaan org lain.  kadangkala kita ini terlalu mementingkan diri.  kadangkala kita ni terlalu mengikut emosi sendiri.  
kadangkala semua yg kita lakukan kita tak peduli pun org akan tersentap atau terasa hati.  

itulah aku  
buat hati2 yang telah terasa, buat hati2 yg pernah tersinggung, maafkanlah aku yg terlalu kerdil dan terlalu jahil sehingga tak tau nak menghargai pujian dan kata2 nasihat.   

maafkan aku...


Thursday, October 05, 2017

kerinduan kebizian kepentingan kebergantungan

Assalamualaikum uols.. dasat tak tajuk? 

lama tak menulis rasanya.  Asik tulis lirik je akak kann?  Rindu sudah datang melanda.  Korang rindu akak tak? Tak?  Ehehehh.. takperlah.  Akak mmg suka menulis, tapi tulah akak kan agak bizi keje dua tiga empat hari ni.  In fact, boleh kata bizi sepanjang bulan sebenarnya.  But tulah.. sebab akak suka menulis, akak carilah masa.  Kalu suka, gitulah kan.  Lainlah kalu kita buat sesuatu kerana ada kepentingan.  Tiadalah kita diperdulikan lagi jika kita tiadalah apa2 kepentingan kepada sesiapapun.  Bila nakkan sesuatu, berusahalah.. bila tidak lagi.. dibiarkan begitu saja bak kata haqiem rusly itu, tergantung sepi, kan kan?  Bila suka sibuk pun kata tak sibuk, melayan sokmo, bila tak pedulik dah, tak sibuk pun mengaku sibuk sokmo.  Kan kannn? Pecayalah.  So, akak pun dah tak mengharap nak apa2 dari sapa pun dah.  Sekadarnya ajer.  Kalu betui2 perlu, carilah akak, kalu betul2 nakkan akak, buatlah apa yg akak suka and gembirakanlah akak.  Cewahh.. kenapalah akak beremosi sgt pagi nih.. ontahlah.  Maybe jiwa perempuan tua sudah menguasai akak pagi ni.  Konon2 nak bermadah2 tulis, ekekek.. tidaklah menjadi, melainkan stret forward ajer ayat2 akak haa.






Tuesday, October 03, 2017

Bayangkan

Sendiri... sendiri ku diam... 
diam dan merenung
Merenungkan jalan yang kan membawaku pergi
Pergi tuk menjauh, menjauh darimu
Darimu yang mulai berhenti
Berhenti mencoba, mencoba bertahan
Bertahan untuk terus bersamaku
Bayangkan... bayangkan ku hilang, hilang tak kembali
Kembali untuk mempertanyakan lagi cinta
Cintamu yang mungkin, mungkin tak berarti
Berarti untuk ku rindukan

Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali

Ku coba meraih mimpi
Kau coba 'tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu



















-cakra khan-

makan angin kerr?

idak.. bukannya makan angin.   kalu makan angin kurang2 kena 2 malam tido, 3 hari siangnya.. ini semua macam nak pegi ke tak pegi gitulah.  laki ajak pi since last month.  pi kenduri kawen.  ku tanya sapa yg kawen, kawan opis dia katanya.  kawan opis dia tu pempuan nama intan.  hmmm.. i remember this name.  dia selalu pi ride motor dgn kawan2 dia dulu dia kabo takde ppuan tetiba nama intan ni pulak yg share byk2 picture diorang.  aku wonder.. nape bila tanya dia tak ngaku ada ppuan.  hmm.. kalu ngaku je ada, bukan aku boleh buat apa pun kann, just kabor la apa2 hal pun.  aku cuma tak suka bila aku dapat tau sendiri dia tu menipu.  mencik tau kena tipu.  direct or indirectly.

eh, nak citer apa ntah.  intan ni sebenornya dulu satu opis dgn laki aku.  skrg dah tak lagi.  but since intan ni quite close dgn grup motor diorang, maka intan dikira macam salah seorang ahli motorlah.  hmmm.. maklumlah intan tu anak dara kann..  intan ikut grup moto pun ikut dgn kereta.  kalu aku kabor aku nak ikut blkg diorang dgn keta korang rasa laki aku nak benarkan tak?  i dont think so.. ehehee.. inilah kehebatan anak dara kannn?

so, kali ni laki ikut grup moto pi kenduri kawin adik intan kat telok intan.  laki takde keta nak bawak, and tak berani bawak moto, so pinjamlah keta siti anak buah den tu.  kenalah ajak aku join.  pehtu soh aku ajak siti sekali.  pehtu bitau siti soh ajak along since lama along tak berjalan.  nampak tak laki aku macam caring? ekekek..

so, kami ke telok intan.  and then tido di pasir salak.  peh tu berkenalan lah dgn intan and the other motor gang.  ramai gak.  dorang ok je.. ramah tamah.  maklomlah aku ni bini salah seorang ahli kann.. laki aku antara yg tertua dalam grup tu.. so, kita aku ni akak2 la jugak.. ekekek.. geli weh.  anak buah aku asiklah kena kacau dgn dorang, bergurau2 senda masing2 manggil laki aku pakteh la jugak, kannn?  ekeke.. macam2 kerenah deme bergurau dgn siti.  aku seronok je dapat berjalan.  kalu siti tak ikut confirmed akupun tak hingin nak ikut sebenarnya.


On the way, singgah di Sg Klah, kat Nasi Bamboo Sg Klah, Sungkai. 
Nnti kita elaborate bab ni.. best jugak tempat ni !






takde pulak pic dgn kakak pengantin tu.. dia adalah amik pic dgn kawan2 moto.. segan lak den nak mencelah.. den moto pun takdo.. gang moto lagilah takdo.. ekekek.. so, amik pic dgn gang2 jalan den je lah.. iaitu along and siti.  laki pun cam berat je nak bergambo.  hmmm.. nyiampahhh.  ni paksa ni.. lenkali takmo dah jalan sama if takmo amik pic sama.  hahaaa.. gilo kann?


















Kalu bab posing, dah tau dah kann.. mmg i suka bergambo.. tapi tulah.. mmg suka, dah hobi.  jangan lah bencikan kami, ok? ekekeke..  mmg pemandangannya cantikkk.. biliknya pun cantik kat Pasir Salak Eco Resort tu.  kami amik bilik yg ngadap pool and sungai perak, so, mahai sikit katanya dalam RM230.  besau biliknya.. ada 2 bilik tido dalam 1 bilik tu.  kami lakibini pakai bilik double bed, and satu bilik tu ada 2 single bed, kosong je.  sebab along and siti amik bilik yg sebelah kami tu.  bilik deme pun sama, ada 1bilik lagi yg masih kosong.  kalu buat family day or just berkumpul family reramai, mmg sesuai kot bilik besau2 gini.





malam tu for dinner, kami pakat kuar ke kg gajah.. ntah apa restoren nama, but siam la jugak.  tomyamnya pekat keruh... macam2 ada dalam, ketam, kepah, cendawan and segala.  makan puas2, kami buat 3 set yg satu setnya harga RM52... but the food was marvellous.  buleh recommend to uols.. tapi nama aku dah tak ingat lerr..

balik dari makan2 kami pakat2 borak dalam bilik smbil tgk tv.  aku tak larat dah.  laki keluar borak2 dgn gang2 dia.  dia balik bilik barulah aku dapat tido.. ada gangguan kahhh? sibbaik den tak rasa apa2.. lega, alhamdulillahh.. taulah aku ni jenis penakuttt.. sbb tu buat2 tak ingat jer.

esoknya kami sapan nasi lemak and all.  ada lah kawan moto dua tiga org yg bercerita mmg ada yg mengganggu susah nak tido. macam2 la kan.. maybe mmg ada yg tinggai situ.  lepas sapan makan kenyang2 kata along.. ekekek, kami gerak check out ke Lumut and Telok batik.  Next entry lah yek.. banyaknyer nak kongsi kannnn?



Saturday, September 30, 2017

Z800

Berangan jap naik moto tangki besau camni.  Kawasaki Z800 gitu.. Hehee.. sonok tgk org ride jauh2 or even dekat2 je lah pi naik moto besau ni kan?  Cemana besau pun moto.. bila aku yg besau ni naik.. terus moto tu jadi kecik.. kann?

Cer tengok tang tangki dia.. huiyo.. ntah bila lah dpt memiliki.  Hukhuk.. hanya mampu berangan duluuu..

Pic diambil di pasir salak resort, perak.


Friday, September 29, 2017

mengalah bukannya kalah

jelaskan padaku isi hatimu
seberapa besar kau yakin padaku
untuk tetap bisa bertahan denganku
menjaga cinta ini

pertengkaran yang terjadi
seperti semua salahku
mengapa selalu aku yang mengalah
tak pernahkah kau berfikir
sedikit tentang hatiku
mengapa ku yang harus selalu mengalah
pantaskah hatiku masih bisa bersamamu

jelaskan padaku isi hatimu
seberapa besar kau yakin padaku
untuk tetap bisa bertahan denganku
menjaga cinta ini

mengapa selalu aku yang mengalah
tak pernahkah kau berfikir
sedikit tentang hatiku
mengapa ku yang harus selalu mengalah

pantaskah hatiku masih bisa bersamamu

-17-




Wednesday, September 27, 2017

Biarkan lepas semua rasa perit

Biar lena berlabuh
Biar sakitnya sembuh
Biar menghapus semua rasa yang merapuh

Biar aku memberi
Biar senyum kembali
Biar ku sentuh jari jemari pejamkan mata

Biar saja air mata menangis terus menangis
Biarkan lepas semua rasa perit, perit yang manis
Biar saja air mata mengalir terus mengalir
Biar habis semua di bahuku

Jangan mahu sendiri jangan dibiar mati
Bawa ke mari hati ke sini pejamkan mata

Bagai mimpi terindah lepaskan dirimu dalam ku taman kamu
Biar ku memberi cinta yang kan membawamu ke syurga

Biar lena berlabuh
Biar sakitnya sembuh

Biarkan lepas semua rasa perit

-FT-





Tuesday, September 26, 2017

nak rasa penumbuk aku?

saja buat tajuk cemtu.  sebagai ingatan org yg lemahpun buleh mengganas kalu dibuli hari2.  eh, sapa yg buli kau?  eh takde sapa2 la buli.  saja nak buat gempak.  buli pun bukan mesti buli fizikal, maybe buli mental.. and buli mental lebih teruk kesannya, kannnn?  lepaskan lah dengan menumbuk.. ekekek.

last week terborak dgn kawan pasal gemuk.  aku mmg tak larat kalu pikirkan nak kuruskan badan.  tapi bila dia ajak join kayuh beskal.. mm.. mmg tak lah.  knowing beskal tu.. seat dia pun aku rasa sungguh kecil dan tak selesa tengok saja.  mau sakit montot plak aku despite nak kurus.  cewahhh.. alasan la kan.  mmg beskal is out of the questions.  so, ntah cemana, tengok2 kat fb... terkenan plak nak try tomoi.  bukan nak masuk pertandingan.  tapi just nak kuarkan peluh.  contactlah kawan aku tu.  rupanya dia presiden muay thai negeri selangor kau.  dia ajak pi tengok2 dulu, and kalu tak berkenan takyahlah join.  pucuk dicita ulam mendatang.  harga pun buleh kira ok lah jugak.  aku tak mampulah amik pekej2 yg mahai, so, just yg biasa2 utk fit and if rajin bisa menguruskan badan.  cewahhhh.. but itulah.. kena ada gang.  terjumpa plak gang kat situ yg sama2 dtg mencuba.  so, melekatlah kat tomoi nih.  aku sukerrrr.

sebenarnya perasaan menumbuk dan menendang tu sgt syahdu.  lagi kuat tumbuk bunyiknya lagi best.  lain2 exercise tu trainer tu buat supaya badan kita lebih ringan.  persediaan.  but the trainings are totally or strictly on muay thai style la kan.  belajar menumbuk, lurus bengkok dari bawah, menendang yg macamana tak sakit and macam2 lagilah.  alaa.. bukannya aku reti sgt nak explain pun, aku baru 3 kali pi klas.  nak perut aku turun?  sabar.. usaha dgn gigih dan jgn cepat putus asa.  adoi.. malam tadi punya training buat aku nak semput masa tu jugak.  kena paksa jugaklah dgn trainer, ater.. rugi katanya.  aku kata takyah lak paksa2 aku cuba slow2.. no no no.. buat jugak.. mapuh aku.  tapi tulah.. sibbaik pg ni buleh bangun pi  keje.  nak matiiiiii.. tp tu malam tadilah.

skrg ni dah tua2 lah kena jaga badan.  org muda takpelah.. badan kuat lagi.  but if org muda dah rajin exercise, itulah lagi bagus.  laki aku masa aku tanya nak masuk klas muaythai or motai je lah sebut ye.. dia macam tak bagi.  katanya takde lari2, just tumbuk2 and tendang2.. eeehhhh... dia tau pulak.. dia penah pegi ke?  pastu aku kabo, aku pi dulu.. try.. if tak berkenan aku tak join and if bekenan, biarlah aku cuba buat.  aku kata coach tu kawan aku.  last2 dia kata ok.  aku kata.. nak ajak main badminton, dia taknak, ajak jogging dia lagi sedap tido soh aku pi dulu.  so, aku bagi la dia balik bab ini.  jgn kata aku tak cuba.  mmg nak sama2 laki takdelah.. buatlah sendiri.  bila bini gemuk, laki dah tak pandang, malu tapi tulah.. bini selalu tak diberi sokongan, cemana.. now.. buatlah apa yg baik utk dirikau sendiri su.. make yourself happy and if you can.. make others happy too.  buleh kannn?




Monday, September 25, 2017

mengharap itu menyakitkan

benarlah kata2 itu.  lagi byk yg kita harapkan dari org, lebih teruk perasaan kita kalu harapan tak kesampaian.  sedih beno bunyiknya.  tapi begitulah.  cerita yg sedih2 aku taknak sebab aku bukanlah org yg sedih, aku ni jenis hepi go laki.  bila aku dah mula mengharap, mmg aku kena bersedia utk kecewa.  walau aku tau mmg susah org nak paham, or maybe dia jenis bebai, aku pun tak paham.  so, kenalah tahan dgn sikap aku yg menyampah and menyentap dgn ketidakpedulikan kau pada perasaan aku. byk kali lepas kau ucap nak berubah, tapi kau tetap sama.. menyakitkan ati.  nak mengadu kat sini walaupun aku tau kau tak pernah baca.. just to keep as my life diary.  so sedih.

belajarlah menghargai aku ini.  bukankah kita sedang menuju fasa pembaikan hubungan kita.  aku bagi peluang lagi nih.  walau berat, walau menyampah, aku cuba bertahan, aku sabar.. aduh sakit tau takkkk?  buatlah sikit2 walaupun bukan sekali semua yg aku mintak.. mmg kau tak mampu nak penuhipunn.. mmg perkara yg aku buat pada kau tu adalah perkara biasa dalam rumahtangga, sekadar nak bermanja manji.. takkan cuma atas katil je buleh tunjuk manja?   inilah kesilapan kau selama ni.  takut nak tunjuk kasih syg.  kenapa kau buat aku macam bukan bini kau?  at least layanlah kehendak aku ni.  nak memeluk laki sendiri tapi ditepis dan tak disambut pelukan tu membuatkan hati aku hancur, pecah berderai. bukannya nak ajak main. bukannn. just nak peluk tanda aku nk mnja2..  laki sendiri nih.. sakitnya hati.. menangis terus masa tu jugak.. menahan dan menahan jgn keluar air mata.. apalah yg susahnya just peluk balik and peluklah lebih kuat lagi.  yg bila dipeluk mendapat pahala.., ini bini weh.. bukannya aku ini pondan yg datang kepada kau secara tiba2, bukannya aku ni jiran kau yg sukakan kau dan paksa kau, bukan bukan.. aku ni isterimu yg berusaha nak memanjakan diri.  kat sapa lagi nak manja kalu bukan dgn laki sendiri.

kalu bini dah lari or dah tinggalkan kau mmg sedihlahhh.. aku akan buat pasal, takmo layan kau lagi cemana?   mmg bini akan berdosa, tapi sebab nak bagi kau rasa tu.. maybe patut kita biarkan je laki yg macam ni, tanpa layanan.  huhuu.. ke nak ceraikan dia jugak?  menyampah lah.. back to square one again.  penatt.. ya Allah.. penattt

USS Singapore 2012

Wednesday, September 20, 2017

tak mampu

Telah sudah kucoba
Utk melupakanmu
Namun aku tak mampu oh kekasihku
Telah ku coba
Tuk jalani semua
Rasa cintaku yg tulus utkmu

Jauh sudah kujalani
Erti hidup ini
Yg kuharap dapat buatku berdiri
Biarkanlah kujalani semua
Tanpa dirimu di sisiku lagi

Ku tahu aku sungguh mencintaimu
Tak mampu redupkan luka dihatiku
Biarkan kucoba utk melupakanmu
Walau ku tak mampu

Sudah kucoba utk melupakanmu
Meski ku masih ingin mencintaimu
Biarkan kucoba utk melupakanmu

Walau ku tak mampu

-judika-


Tuesday, September 19, 2017

pada suatu hari...

pada suatu hari tu, laki i ikut i naik ketapi pi keje.  dia mmg tido sajalah dalam tren.. while i plak will dengar lagu or browse tenet cek fb, insta and segala mala berkaitan kat hp tu.  masa tu i tak perasanlah ada satu pasang mata tengah memerhatikan kami.

mula2 dia memerhatikan laki i.  since dia kenai laki i, dia tekejut sbb tak penah nampak laki i naik tren kan.  so, dia ternmpak laki i, so dia pun tengok ada awek kat sebelah laki i tu. macam duduk rapat2 lak dgn laki i, macam mesra kot la kan.  dia dah sedia nak amik gambo and wassap kat i.  sekali dia tengok yg sebelah laki i itu adalah i, selepas dia mengamati awek tu masa nak amik gambo.  ekekeke.. bagus kan kawan cam ni.  maybe kawan i ni pembaca setia blog i, and dia tau how my laki is with me..

heheh.. korang kenai ke muka laki i.  hahaa.. i dah malas nak amik pic dgn dia.  dia pun skrg kan dalam tempoh percubaan, so bila i ajak dia amik pic, dia macam "ok ok, ye lah".  so, bila dah amik gambar, i delete je.  ekekekke.. tiada apa2 yg menarik.  selalu kalu i naik keta dgn dia dulu, every time i kuarkan hempon i nak selfie, dia akan buat macam "bencinya tengok pangai kau".  camtulah.  macamnya dia tak reti2 and tak mau paham yg i ni suka amik pic.  kannn?  your annoying wife is still your wife, right, that you dont want to entertain and so she entertains herself most of the time..