semalam balik lambat.. sebab laki kata tunggu dia lambat. takpelah, balik kan.. bukannya pegi keje. sebenarnya naik moto ni mmg cepat. walaupun kita lambat balik, kita akan amik masa yg singkat utk sampai. ehh.. macamlah korang tak biasa bab merempit. so, semalam, laki amik jalan duta balik selayang. ku tanya kenapa.. dia kabo saja nak cuba jalan lain. i m ok lor, but jalan baru tentu kita di belakang kena tengok2 jugak. org membonceng tentu rasanya tak sama dengan yg membawa. tiba2 sampai ke satu simpang dari jauh nak memasuk simpang, aku tengok driver keta tu mang takde intention nak berenti utk bagi kami masuk itu simpang, so kaki aku tersangkut pulak kat lobang tayar tu kau.. sakit giler rasa kaki tersangkut tu wehhh.. aku jerit kat laki.. dia buat derk jer.. macam aku sengaja buat hal pulak. aku kata ke dia.. kaki saya banggggg.. dia kabor "nak buat cemanaaa..?" dengan intonasi yg dia tak boleh buat apa2 dan aku harus lah terima. aku geram betui.. yg merasa akibatnya mmg aku.. dia cuma selamba memandu terus sambil mengangkat tangan minta maat pada pemandu kereta yg telah disagat tepi keretanya... tapi aku ni yg tercedera kaki walau di dalam kasut itu tetap menderita sakit bila dah sampai di rumah. mintak urut, buat tatau je main game hempon saja. mmg ego dia yg terlalu tinggi buat dia tak pedulikpun aku nih. bila aku kata kenapa tak berhati2 walau dah nampak keadaan tak sesuai nak mencilok, aku ingat sangat ayat dia.."biasalahhhh.. naik moto.."!!.. sakit tak hati aku?? tentulah sakitttttt.. bangang tul la!!
macamnya sudah tak pedulik aku ni di belakang as long as u get pass what u need to go pass. so selfish of u sebagai suami tak pentingkan keselamatan aku sebagai bini yg bonceng di belakang. sekurang2nya katalah sorry, ke, engkau tak dapat control moto sebaik2nya.. , lain kali kau akan berhati2 utk tak berlaku lagi ker, or katalah apa2 yg menunjukkan kau pun kesal perkara ni terjadi. ini tidak.. aku pulak kena redha dan berserah atas apa2 yg berlaku sebab inilah resam menaiki motosikal menumpang org iaitu dia. sangat sedih dan kesal rasa bila laki kau sendiri yg buat begini. org yg kita sgt2 harapkan nak berlindung dan berkasih sayang. porah sungguh perasaan aku.
so, cemana nak buat? ini bukanlah kali pertama kaki aku tersangkut dalam lobang tayar kereta org.. tersagat kereta org.. dan macam2 lagi dgn laki aku. bukan pertama kali tauuu.. aku fikir, baik aku sendiri jaga keselamatan aku, pegilah keje dgn kereta aku sendiri naik sampai batu caves. in sya allah selamat. dari terus aku mempertaruhkan diri di jalan merempit dgn org yg tak pedulikkan diri aku dan keselamatan aku di belakang. so.. kita boikot dia bagi dia tau aku seorang yg selalu berusaha menjaga keselamtan diri. jgn aku sendiri yg menyesal terpelanting di jalan selepas bergesel dgn kereta or lori or apa2 juga di jalanan selepas laki aku mengatakan.. biasalahhh.. naik moto kannn?