Thursday, December 27, 2007

Mutiara

Cuba kita fikirkan sejenak dan insafilah siapa kita
**************
MUTIARA MINDA
Teringat pesan ayahanda...
"sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas?
Jika tidak ingat, gantikanlah dengan mengira berapa usia kita
sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita... "
Subhanallah, betapa alpa nya kami...
sesungguhnya Engkau maha penerima taubat...
**************
Peringatan buat diriku yang sering lupa... ... ..
Adakah kita seorang Islam ?
Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai
masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan
kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia,kita
sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar..
apakah pilihan kita?
Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih
sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari.
Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada
jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah..
gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah
ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua
ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!!
Adakah kita benar-benar
seorang Islam ? Maka,adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di
Universiti dapat membawa kita ke Syurga? Adakah kita fikir bahawa
kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak
malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin ... walhal
semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita
adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan
menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.
Adakah kita yakin kita seorang Islam
Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik
sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata
kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa
kita masih leka buai perasaan... Tidakkah kita berasa rugi kerana
kurang berzikir kepada Allah.. Tidakkah kita berasa rugi kerana
kurang berselawat kepada Rasulullah... Siapa diri kita sebenarnya!!!!
Firaun
Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal
dari sekepal tanah yang hina!!!!
Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah ?
Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih
mendedahkan aurat. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu.
Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapatkah
kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita
kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita
harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan
ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan
diri. Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka
yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan
dosa.
Kita tidak takut dosa.
Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian
Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat ?
Siapakah kita menjelang hari kematian?
Adakah kita seorang Islam?
Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut?
Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya
untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar?
Kita pergi kuliah, pergi kerja ** kita yakin kita telah menutup aurat?
Kita solat ... ** kita yakin solat kita tidak tercela?
Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?
Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum
seperti yang kita minum sekarang?
Kita ketawa .. ** kita tidak malu pada Allah?
Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, ... ** kita yakin
semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah kubur?
Kita berpuasa ** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela
kita di hari akhirat?
Kita sihat .. ** kita yakin Allah muliakan kita?
Kita sakit .. ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik
nikmat kesihatan?
Siapa Kita ?
Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina..
betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa.
Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk
menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup
pintu rahmatnya.
Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI... ... !!!!
Siapa kita... . ? Wallahu'alam - JKIM :
Sembahyanglah sebelum kau disembahyangkan oleh orang lain!!!

Keputusan Piyemar

Anak sedara aku, anak makyang, si atul, dah dapat result...

Memanglah makyang seorang mak yang bertuah... anak2 semua pepandai, aku harap anak2 aku pun pandai cam dorang jugak!

Eh, berbalik pada si Atul.. dia dapat 8A, bukan main syioknya... sejuk perut mak dia mengandungkan dia.... hu huuu, terharu sungguh!

Tahun baru

Bila ingat2, rasa sekejap sangat taun 2007 kan?

Adik will turn 6, Amal will be 11, kanda 41 and i will remain tutt tuutttt.. ade ke?

Azam taun baru?

Apasal nak tunggu taun baru untuk mula berazam? Ntah, akupun tak pasti kenapa, but this is what people do, pasang azam!

Baju skolah Amal belum beli lagi. Dah gesa kanda, tapi kanda masih kata nanti, nanti and nanti. Tunggu dia gaji, tentu dia dapat banyak OT tu. Lepas tu, tadika Ameer, blum langsai lagi yuran tahunan, ada tertunggak before January ni.

Aku tengah tunggu sangat-sangat duit dividen ASB...

Memacam dalam fikiran.


Aku nak kumpul duit, nak bukak satu kedai, jual segala barang2 berkenaan handfon, topun, reload lagu, reload gamez dan sebagainyer....

Aku jugak nak tambahkan anak2 buah dalam biznes prepaid yang menguntungkan ini...

Tak ketinggalan juga, aku nak menguruskan badan. Nak teruskan main futsal and badminton and berenang and netball and etcetera etcetera..

Entry gambar rumah idaman



Kat sini lah nanti, kami buat party barbeque, sambil mandi manda bersama anak2.
Akmal and Azmeer dua2 pakat nak buat birthday party kat tepi kolam ni lah..
Kalu aku boring2, aku akan amik tilam, tido tepi kolam ni jugak!

Wednesday, December 26, 2007

Raya haji

Betapa aku taknak sangat gi beraya kat Triang ikut kanda, aku pegi jugak.

Memang aku tak sanggup berjauhan ngan kanda and anak2. Macamlah dia takde tempat lain nak pegi masa raya-raya ni kan? Aku ikutkan je la, since dia berjanji lepas makan lunch on the hari raya itself, kita akan balik Slayang... haaa, on that one condition tau!

Eleh, aku paham sangat laki aku, lepas lunch, tido dulu, pastu ujan, abis2 cepat kol 5pm lebey sket baru dapat gerak balik...

Tak seronok, aku memang tak seronok, it's much fun at my own home, nearer to my mom's jugak yang bestnyer!!

Wednesday, December 19, 2007

Qurban

Taun ni ada sesapa berqurban tak?

Aku nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya haji / qurban kepada semua kawan2 dan bloggers sekelian.

Kanda kata dia dapat cuti banyak dari esok, raya aji sampai le krismas. 26 Dec baru dia keje semula. Aku tau cuti tu banyak, tapi dia belum gaji masa tu. Tentu tak seronok, kan. Masa ada, wang plak takde... hu huuu.

Dia ajak balik Triang umah kak zizah raya ni. Aku berattttt sesangat. Tensen mikirkan kenapa nak pegi sana? I also want my peace of mind here in my own house and my mom's! Kanda even told me, kalu tak mo ikut, biar saya pegi sendiri... amacam.. biarkan dia?

Friday, December 14, 2007

Jangan memandai-mandai

Ko tau tak?
Jiran aku bangsa kelly ng sorang nih, selalu naikkan darah aku lately.

Dia fikir bila benda-benda yang aku buat, ada kaitan ngan boss dia, dia taulah semua benda.

Jadi, dia senang2 nak menyampuk kata itu kata ini. Bila aku tanya, tak tau pulak.
So, dah tak tau, jangan le memandai-mandai nak masuk campur urusan aku plak.

Dah, dia kata aku rude... shd not be saying this and that.. blaa bla blaaa blaaa...

Dah memang jenis kelly ng, payah nak dengar kata, dia saja betui..

Can somebody put her out of my view now??

Apakah yang sedang kau lakukan?

Sekarang ni tengahari. Tapi kat luar tu, hujan lebat siap ngan guruh petir kau.. takutnyer. Sib baik aku kat opis dah. Tadi kuar gi KL Central, gi bank, nak topup modal prepaid.

Lega bila dah ada dalam comfort opis nih. Walaupun takde bantal peluk or selimut tebal, namun aku rasa bersyukur tidak ada di luar sana berbasah hujan dan bersejuk.

Entah apa dibuat dek anak2 kat umah tu. Kalu Amal main komputer lagi, harap2 dia berentilah, takut kena sambar petir lagi pc aku tu...

Tuesday, December 11, 2007

Teringin

Tau tak aku teringin apa sekarang ni?

Teringin nak balik rumah, main2 ngan Azmeer, sambil peluk badan montel dia!

Teringin nak balik Perlis, jalan-jalan 6 jam.. this time, i'll be driving.
Teringin nak pegi shopping kat Padang Besar.
Teringin nak makan ikan bakar kat gerai kat pekan Perlis.

Teringin nak mandi kolam tanpa perlu fikir orang pandang-pandang aku pakai baju mandi style apa!

Teringin nak main badminton kat taman tanpa gangguan angin...

Teringin nak terjun dari helikopter pakai tali macam bungee jumping tu, then land on a very big water bed.

Teringin nak naik roller coaster tapi takmo naik kat Genting tu!

Monday, December 10, 2007

Office Arithmetic

Smart boss + smart employee = profit
Smart boss + dumb employee = production
Dumb boss + smart employee = promotion
Dumb boss + dumb employee = overtime

sumber - emel whizzdom

Wednesday, December 05, 2007

Cut short

Entah datang dari mana, tiba2 aku rasa nak potong rambut. Yelah, rambut ni dah panjang sangat dan banyak mengganggu aktiviti aku.

Leceh, tebai, susah pulak nak keringkan, pegagi nak gi keje.

Akupun sms CT, ajak dia temankan kat kedai dia selalu pegi. Eh eh, dia stuju pulak..

Oleh kerana CT lambat sangat, aku sempat balik umah dulu, layan citer Spa Q, half way.

Sekarang rambut aku dah pendek sket, lebih ringan. At least kanda kata better than before.

Len kali, nak cuba taruk warna sket, merah2 ke... haaa!!

Tuesday, December 04, 2007

Cuti-cuti Mesia lagi

Aku nak gi Cherating.

Hotel dah ada, cuma nak pegi saja.

Kanda tanya bila?

Aku kata bebilalah, asal kanda dapat cuti, kita pegilah...



Dia bingung...

Aku lagi laaaa...



Sian anak2

Monday, December 03, 2007

Bisnes

Lepas lunch tadik, Nora mai kat tempat aku deliver cincin from Zhulian yang aku order.
Cantek.. aku suka!

Bukan saja cincin dia bawak, tapi nora bawak jugak upline dia from Zhulian. Kenai Zhulian?
Tentu pernah dengar. Dulu memang aku dealer, but dah lama berenti. Males aku nak buat, but bila si upline tu tunjukkan slip gaji pertama dia, 5 ratus lebih, and sampai taun kedua, dah 7 ribu lebih, aku macam tergoda jugak.

Entahlah, dia ajak aku pegi meeting kat PJ hari Rabu malam. Eeeeei, aku maleh laa...
Kalu kanda tau nanti, tentu dia tak benarkan..
Kalu aku kata nak carik duit lebey.. cemana pulak kata dia nanti?

Kalu kanda kata yes, okay, kalu tak, nampaknya, kena biarkan si nora je lah jadi kaya!

Layan DVD

Since sabtu malam lagi kanda balik lewat nih. Dekat kol 3.30am kot dia sampai. Lepas tido sekejap, kol 5 pagi dia nak kene keje plak pi Ipoh lagi katanyer. Mmmmm... tak puas dia tido, kena bangun lagi. Sian dia... tapi nak wat cemana, aku lagi sedey, kena layan diri sendiri ngan bebudak la nampaknya.


Semalam aku tengok DVD sambil lepak2 dalam bilik. Syiok layan movie sorang2 dalam bilik. Ntah kol berapa aku tidopun tak hingat. Memula tengok citer moi thai tu, chaiya, citer tinju siam, syiok gak. Pastu citer lawan2 dragon, war of the dragon, citer mengarut, but the dragons were quite real. Pastu citer ping pong, balls of fury.. alah layan jer since kanda dah beli DVD ni kan? Last sekali tengok Shah Rukh Khan macha dalam filem pasal hockey world championship for ladies. Punya la syahdu engko.. nangis giler aku bila dorang berjaya kalahkan 6 time champion Australia.. i'm sure itu citer rekaan belaka.... entahlah. But, i really find the story very interesting, very sedey kau... huuhuuuuu!

SRK ni tetap menjadi pujaan hati ku...


Layan cuti




Korang tau aku buat apa cuti hujung minggu baru ni?

Aku bangun agak lewat... lepas kanda gi keje, aku sambung tido...


Adik dah bangun awai, tanya buleh ke tidak dia nak tengok VCD. Cam biasalah dia tu. Aku soh dia mandi dulu, baru boleh layan VCD. Diapun bersiap. Aku kena bangun jugak, dah tak buleh lena lagi... baru 9. lebey. Kanda called soh bawak Amal gi kedai mainan dia, belikan robot transformer yang dia nak sesangat since hari tu. Now that duit sedekah dia dah banyak, dia tuntut jugak kat ayah dia. Bukan pakai duit ayah or umi, so ayah dia biarkanlah, bagi dia puas hati. Lepas ni jangan lagi mintak... iyerlah tu, ko pecaya ke?


Kejut Amal pulak. Gi sarapan kat pasar Slayang. Tengok kedai mainan tu tak bukak2 lagi, so, pegi la pusing2 ngan kereta bawak budak2 ni. Tensen betui, lambat benar bukak bisnes dorang nih.


Last2 bukak jugak dedekat kol 11 gitu. Puaslah hati anak2 aku, dapat belanja RM114 hinggit untuk 2 eh, 3 autobots. 1 besar utk Amal dekat RM87 hinggit, adik dapat pulak 27 hinggit untuk 2 autobots kecik. Puas?? Amik ko, inilah mainan paling mahai pernah aku belikan utk dorang.








Friday, November 30, 2007

Apa mau buat?



Aku baru nak plan gi tengok wayang ke esok sabtu, ngan kanda and the boys. Then kanda kata dia kena keje jaga kat consert whitney, tak boleh. Ahad pun dia punya turn keje. So, apa aku nak buat.... mmm, buat taik mata la jawabnya!






Kalu kanda takde, aku nak bangun pagi pun malas, nak masak takde selera... rasa tak syiok sangat, tak bersemangat la kiranya. Nak gi shopping, dengan bebudak tu aku tak sanggup, tak kkoser nak jerit2 kat tengah orang ramai tu. Taulah anak2 aku tu, jenis anak2 bertuah.. sejuk perut bak kata arsaili.. hihik.






Tetiba CT zen called kata nak jumpa kat yohan petang ni after work, bestnyer! Dapat jugak release tensen sket. Nak ajak dia gi tengok wayang, tak bawak plak voucher tu.. Alamatnyer ajak makan2 je la.







Teringin nak makan kerabu mangga since last nite lagi! Kat mana ada kerabu mangga ek?










Pastu nak makan shushi jugak, soh CT belanje je la.. tentu dia suka makan sushi kat situ.... ai laikkkk!





Kalau hari ni dah jenjalan and makan2, tentu esok tak boring sangat. Bawak Amal & Ameer gi pasar pagi, beli sket2 barang, sudah... balik umah, tidooooooo!










Wednesday, November 28, 2007

Kenangan

Ameer tak sempat pose, still bulat!

Tak dapat stay, amik gambo sudahlah, Bukit Tinggi Resort, Oct. 2007


Lelaki hot masa kini, Zio, dari Couple or Trouble, Korean Hit series!


Pemandangan pokok2 pisang dari balkoni bilik, Selesa Hillhomes

My feveret black & white foto, ada sama tak?


Tension


Semalam kanda tak balik, outstation ke tutt katanya.


So, hari semalam tak berserilah, takde kawan aka bantal peluk.. hu hu..

Aku sms, tak jawab... sibuk sangat ke, penat sangat ke?


Sib baik si bucuk Ameer mau tido sama umi!


Tension bila memikirkan budak2 ni. Diorang seronok bitau ayah col kata lagi 2 hari baru balik. Aku jugak yang sedey. Jarang pisah ngan kanda.


Tapi, dia selamba je... lagi suka kot berjauhan, dapat menenangkan otak dia dari suara anak2 dan muka buruk bini dia..



Tuesday, November 27, 2007

Curiga lagi

Malam tadi aku dah nak lena, kanda pun sama.. tetiba ring ring ring bunyi henpon kanda. Bergegas dia bangun nak amik. Aku dengar suara pompuan, jelas. Kabornyer macam ilang kunci, gitulah lebih kurang. Dey, dah kol 11.30malam lebih, still nak col laki aku ngadu kunci ko ilang? Laki aku layan baik je.

Aku tau, mesti pompuan tu jugak tipon. Aku tanya sapa.. dia jawab, budak ofis.

Bila dia tido, aku cek, memang pompuan tu yang col...

Sakit ati aku..

Tadi aku dah cek pompuan tu bila col opis dato'. Memang dia keje situ baru lagi, around 6 months, dah kawen tapi suara agak manja!

Mungkin dia takde orang lain nak ngadu, kena col laki aku jugak, ataupun memang laki aku suka berkawan-kawan dengan perempuan lain juga, especially yang muda2 dan bersuara manja2..

Sabarlah hati...

Monday, November 26, 2007

Dah Doa Selamat

24 Nov 2007

Along & angah dah mai since the nite before, so mak advised us to mangun awai nak buat benda2 yang sepatutnya.

Aku kena antar Amal gi klinik pagi ni, nak bukak itu clamp..
Ramainyer orang bawak anak2 bersunat kat klinik tu.. meriah, bisa kaya itu dokter Khalid tiap kali menjelang cuti skolah. Sorang budak, 110, kalu 100 berapa? 200 berapa? Kalu sekampung pakat dapat ke dia? Hmmm….

Korang nak tau? Bukak plastic (clamp) kat anu si Amal tu lebih siksa dari memotongnya dulu. This time, plastic tu dah melekat benar kat kulit, sebab itulah Amal tak tahan sangat sakitnya. Seksa benar… memang benar2 seksa aku lihat anak aku menderita dan meraung menjerit menahan kesakitan. Dah buang tu, lega, nak tunggu baik jer. Akupun turut nangis bila dia meraung dan menjerit kesakitan menahan sakit. Uhhhuuuhuuu!

Anak2 mak yang, dedua Alif & Harith tak dapat buang the second part of the plastics. Dorang lagi jenuh. Mak yang ampir ilang akai, takde laki dia, bebudak naik kepala, bengang gak aku tengok! Well, bebudak ada yang lebih ngada2nyer!


Sampai kat umah, abah takde… dah janji ni, tunggu aku balik nak gi amik daging kambing sesame. Kena pulak carik dia kat kedai kopi. Dah amik daging tu kat ulu yam, terus proses, masak memasak sampailah kol 5 lebih gitu.. Letihnyer, lagi2 kanda takde.

Malam buat kenduri doa selamat, kawan2 abah datang tolong bacakan doa sambil buat kenduri aqiqah anak acu, si Mikail! Penat jugaklah malam tu! Walaupun Cuma 2, 3 kerat jiran2 yang hadir, but yang penting dapat baca doa selamat.. dah selamat!

25 Nov 2007

Hari ni kenduri siang, I mean lunch onwards pulak. Ramai yang datang, lebih pada ari raya plak, seronok melayan tetamu. Ada datang nak melawat anak2 yang bersunat dan ada yang datang just to have lunch, gitu! Layannn…

CT Zen boleh plak kena pangge keje, terpaksalah Salim & bebudak je datang. Jana pun ada sekali. From office plak, kak normah, kak tim and Mira came with family. Syiok dapat jamu kengkawan makan. Amal bagi kak normah tengok anu dia dengan syarat bayar dia RM10.. tah mana dia dapat trick tu! Anyway, Amal managed to collect RM160 sedekah! Mmm.. boleh tahan kan? Dah kuar ngan ayah dia semalam beli autobots sekali dengan untuk Ameer!

Nak tergelak kelaku Amal… teringat dia bley kata bila aku tanya dia, kenapa dia bersunat, nak tau dia jawab benda? Dia boleh kata “sebab Amal nak kawin”.. kih kih kih, sumpah aku tak pernah ajau tu, tau!

Friday, November 23, 2007

Curiga

Aku dah tanya ngan mak su... pernah tak dia rasa curiga ngan hubby dia.
Aku tak hingat plak jawapan dia, but aku ingat sangat yang dia kata dia selalu cek hp hubby dia.

Ntah kenapa tetiba datang perasaan curiga plak kat kanda, since dia dapat sms dari sorang pompuan ni, di pepagi buta, blum kol 7am pun. Aku tanya sapa.. dia jawab, budak ofis... tanya bila ofis bukak.

Hmmm.. since bila kanda keje bukak ofis? Eh, since bila jugak dia keje ofis?

Tadi, masa ada peluang, aku cek hp kanda. Nak jugak pastikan pompuan tu punya mesej tulis apa...

I wonder why kanda ada simpan pompuan tu punya no.

Ish... aku dah mula fikir yang bukan2...

Hati oh hati... cuba jangan mulakan, okay?

Thursday, November 22, 2007

Kenangan malam itu

Malam itu aku berposing sekali..

posing lagi ....

dan lagi...


tapi, posing ini je yang acik berkenan..

Tuesday, November 20, 2007

Bertuah




Malam dinner tu, aku sebenarnya sakit kaki disebabkan kasut malam tu, haaa, nak santekk la konon, maka aku layannnkan jer la kaki sakit!


Yang syioknya, bukan saja mak su menang lucky dip/draw, aku pun kira bertuah la malam tu...


Aku menang no. 11, dapatlah sebijik periuk panasonic... ko, haaa.. slow cooker gitu. Blum tuntut lagi, nantilah aku gi keje nanti, aku amiklah.




Aku cuti 2 hari nak jaga si Amal bersunat hari Ahad baru ni. Biarkan dia banyak rehat, makan, minum sumer kat tempat tido jer. Best kan? Sekali sekala dilayan gitu memang lah syiok... teringat masa aku dalam pantang dulu! Gitulah lebih kurang kaedahnya.


Semoga dia cepat sembuh dan jadi seorang anak yang solih!

Tuesday, November 13, 2007

Makan malam

Hujung minggu ni kami kat opis ni ada buat dinner, 2 taun sekali punya dinner.
Tak sabor rasanyer. Baju kat tailor dah siap katanyer, but esok baru nak antar to me, mmm…

Kita ada Sean Ghazi, ada Harith Iskandar and macam biasalah, ada lucky draw gitu.
Aku harap2 sesangat dan aku berdoa supaya aku menanglaa apa2 this time.

Aku nak melaram waktu tu nanti, nak enjoy, nak makan sakan2 and nak make sure my frens and I gelakkan orang-orang yang pelik malam itu.. heeee, jahatnyer aku!

Nak tau tak tema apa kali ni – A nite of Stars gitu.. ha, kalu tak dress up, jangan pi la ini dinner!

Monday, November 12, 2007

Piano - Summer Waltz

Weekend baru2 ni aku banyak abiskan masa tengok VCD korea lagi..
Dah pulangkan kisah ladang anggur, CT bagi pulak pinjam citer Summer Waltz.. mmm, ada Daniel Henney, aku suka sangatttt... macho giler u!


Sekali tengok, susah nak berenti, aku paksakan jugak sebab tak sabar2 nak tau ending dia... sekali sedar dah kol 2 pagi ko! Merah mata nangis sumua.. memang sedey, aku ni dahlah kuat nangis, pantang cabar aku ngan kisah2 sedey, aku mesti nangis punyalah... tataulah...

Pagi tadi masuk opis, mata merah, tak bley tido lena, nak dekat kol 5 am, baru terlena agaknya.. mana tak merah, campur ngan bengkak nangis lagi.. haaaa..

Ada lagi 5 keping VCD tak sempat tengok...

Friday, November 09, 2007

Potong 2


benci ke haper?
dah aku buat, dia buat pulak... konon nak carik harga lebih baik..

aku pulak kena cancel reservation..
takpe, okay lagi.. 10 hinggit punya pasal...


dah tu, aku dah plan bebaik 24 nak kenduri, dia pi tukar pulak date, 25, suka ati dia je... alasan, dah bitau sumer sedara mara dia, and buleh pegi beli bembarang 24 tu, adalah masa sket...

kenduri besar mana nak amik sehari beli barang weh???


hiiiiii... aku nak giler rasanyer kat pompuan sorang nih..


bengannnnnnnggggg, hanjeng giler... bencik babas!

Thursday, November 08, 2007

Potong

Kemarin, tunggu kanda balik lewat..

Dia dah balik, mandi dulu, makan pulak, dah tu baru dapat kuar.



Sebenarnya bukan aku tak boleh kuar sorang or ngan bebudak ni jer, but i want him to feel the importance of this matter to be done together as parents. Cari punya carik klinik, ada 2 klinik tak buat bersunat untuk budak lelaki, but most of them buat or terima sunat kanak2 pempuan je, so, tanya punya tanya, rupanya ada la satu klinik ni, agak dekat gak.. kg. laksamana tuh.



Horrey... lepas satu keje. Itulah, aku ingat kakak aku (Mak Yang) yang nak pegi register sesiap kat klinik dia selalu pegi tuh, tapi macam tak berapa nak menjadi and aku tak boleh nak harapkan dia dah... kena lah aku buat sendirik. Memang lecey, kan, harapkan orang, tetiba, orang tupun harapkan kita, so ...



Nak tau berapa harga menyunatkan budak lelaki sekarang? Tataulah tempat lain but klinik tu ambik RM120 seorang. Itupun starts only on 19 November nih. Aku dah registerkan Amal and his 2 other cousins (anak2 Mak Yang jugak) on 20 November, which falls on Tuesday at 11 am. Sib baik Mak Yang setuju je. Maybe on the weekend, which i've asked my mom, kami boleh buat kenduri doa selamat sempena majlis khatan ini, kat umah mak, which is just in front of my house.



Kepada kengkawan yang membaca blog ini korang dijemput hadir ke kenduri ini which InsyaAllah will be on Saturday, 24 Nov. 2007. Mungkin ini akan jadi kenduri anniversary aku sekali kot, yg ke 12 gitu! Datang, jangan tak datang!

Tuesday, November 06, 2007

Cuti sekolah

Aku ada plan since lama nak sunatkan Amal. He turned 10 last October and all grown up to be a teenager now. Diapun nak sunat cecepat.. sebenarnyer, dia macam takut pun ada! So, ingat first week of cuti sekolah, which is next week, aku nak register dia kat klinik supaya dia dapat cepat sembuh.




Bila dah sunat, his confidence will rise and i hope he will be a better person to his parents and a good elder brother to Ameer.




Sekarang ni aku asiklah bertegang urat ngan dia, mana tak nyer, asik nak melawan, jer... kengkandang bercakap balik kat umi dia nih, kengkadang dari kelakuan dia tu, memang nampak sangat dia tu nak berontak!




Well, aku sayang dia, bukannya aku marah tu aku tak sayang, kan, kan? Mak mana tak sayangkan anak? Aku dahlah susah nak beranak.. ha kau, dah dapat, dah besar, takkan aku nak sesiakan dia. Cumanyer, aku takdelah manjakan dia macam aku buat kat Ameer, si kecil tuh..


Mungkin dia terasa, ada masa aku peluk dia, aku cium jugak dia, but not as often laaa.. but he should know that i love him soooooo much!




Selamat jadi dewasa, anakku!




Thursday, November 01, 2007

Tak suci

Aku terkacau dengan perkara ini..
Dah lama tau, but ramai jugak yang tak tau.. atau buat2 tatau..
maybe bagus jugak kalau dapat sebarkan info begini.

Some people even said that kalau kandungan baby below 6 months, you can still get married, and baby boleh bin/binti the father, but, all these are bull shit man... once ia hukum, you cannot tukar sesuka hati.. buat fatwa sendiri..

Cuba baca ni...


Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.

Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana
keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat
tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu
kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak
persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda
di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis
belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu
dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia
mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu
dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak
boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana
ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk
memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu
sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah
mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu
tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK
untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada
anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak
perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita
Muslim(atau
bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan
yang
sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu
sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini,
apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi
kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian
tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang
untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang
lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah
taraf.

Tolong jangan abaikan perkara ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.

mafhumnya:
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan
matiku,
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian
alam".

Tuesday, October 30, 2007

Berkumpul

Semalam kanda called saying Kak Zizah laki bini were stopping over on their way back to Triang. I was happy. Dah lama dia tak singgah rumah sekangkang kera aku nih. On the way back, kepala aku fenin bagai nak pecah.. sebab ganti puasa without sahur ke or too long ngadap screen kemputer? Tataulah... rasa sakit ya amat!

So, sampai umah, aku terus tido sementara nak tunggu maghrib. Mak datang, aku dengar je dia bawak nasiklah, lauklah, berbagai. Aku dah beli capati for buka puasa, so aku continue lelapkan mata menahan sakit kepala!

Rupanya, kak zizah & others bukannya just singgah, ada berita lain dibawa bersama... anak Kak Yah, Kamal, dah accident on the way turun from Genting Highlands with his girlfren. They all went to visit them at Hospital Selayang.

Kanda tak bitau plak ada hal gitu, so aku pun buat biasa je layan orang datang nak beraya, tetiba Linda kata baru datang dari spital, aik... akupun tertanya-tanya. Kanda forgot to tell me this bad news, so, terpinga-pinga la aku dorang cerita kat aku.. boleh ke? I tot i'm the closest person to you, kanda, why laa.. I guess dia tak hengat aku bila dengan sedara-mara dia.. boleh? Sabar je la hati...

Kamal tak teruk, just luka kat tangan, but the girlfren was injured on the face, and kena few jahitan. Aiyakkkk, takuttt! Semoga dia cepat sembuh.

As usual, they all takdenyer bermalam kat umah aku, since it's sekangkang kera, so, again rumah Lindalah jadi pilihan dorang untuk bermalam.

Monday, October 29, 2007

Kuih feveretku

KUIH MAKMUR

BAHAN-BAHAN
450 gm tepung gamdum
125 minyak sapi
4 biji telur ( ambil putih sahaja)
185 gm gula kisar
300 gm kacang tanah digoreng
2 sudu gula

CARA MEMBUATNYA

1. Kacang ditumbuk dan digaulkan dengan gula
2. Masukkan ke dalam satu bekas untuk digunakan sebagai intinya
3.Minyak sapi dan putih telur dipukul hingga cair dan ramas-ramaskan dengan tepung hingga lembut
4.Ambil sebesar ibu jari adunan dan leperkan di atas daun pisang
5. Masukkan 1 sudu teh inti kacang ke dalamnya dan ditutupkan balik kulitnya
6. Bentukkan seperti buah durian dan sepit di atasnya
7. Bila telah siap, bakar selama 20 minit
8. Angkat, sejukkan dan taburlah gula kisar di atasnya




tetiba aku teringin nak makan kuih ini.. nak buat, hmmm oven takde, how?

kena carik ni kat memana kedai.. ngidam!

Mi kari

Ahad 28 October 2007

Mak su & family came to beraya at my house..
I masak mi kari. Opah sponsor nasik lemak seperiuk. Hope they all have enjoyed the meal and company.

Petang kluar plak gi umah FRU Linda & Masrin. Kak Zizah and husband turun KL tolong Linda masak for their open house. Most of the food dah abis when we arrived. But, bila berkumpul sekali lagi tu, rasa seronok jugak... walaupun aku tak tahan naik turun tangga 5 tingkat!

Kak Zizah laki bini meluahkan perasaan tak puas hati dengan anaknya yang seorang lagi. Sedey bila dengar mak bapak citer tentang benda yang tak sepatutnyer dibuat bila mak bapak dah tolong kita buat keje baby sit anak2 kita.

I hope i have been as good a daughter to my parents and do not hurt their feelings.... at least i've tried my very best...

Thursday, October 25, 2007

Wednesday, October 24, 2007

Makan, makan dan makan lagi

Ya Rabbi... cepatkanlah jalan jam ni, aku nak balik, tido... kalau buleh tidolah... bila dah sampai rumah, nak bersilat pulak melayan keje rumah!

Berapa punya mengantuk la ni... punya la sakan melantak masa lunch tadik.

Antara menu yang di hidangkan ialah:

nasi impit
lontong/lodeh
kuah kacang
sambal tumis
kuih-kuih raya
keropok
kerepek pisang
kerepek ubi
rojak taufu kering??


Seronok makan reramai ngan kengkawan..

Taun ni den tak buek open house, so, kami buat makan2 gini je.. okay gak...

Next time, kita buat like on a monthly basis ke.. amacam kengkawan, okay tak?

Lelaki di ladang anggur part 2

Malam tadi aku kuar beli barang nak buat lontong and nasik impit for today's lunch & makan2 raya kat opis, tetiba nampak seedless grape kat Bintang... terus beli! Manis kau! Dahlah manis, takde bijik lagi, mmm, bertambah sedaplah jadinya kat mulut aku bila makan.



Sejak tengok citer Korea tu - Man in the vineyard, aku teringin sangat nak makan anggur, ngidam gitu! Sejak tu, takde peluang nak beli buah tu, so, malam tadi, beli sakan and makan pepuaslah...



Memang syiok citer tu.. kisah seorang gadis terpaksa belajar bertani setahun di ladang anggur selepas dia nak diberikan tanah 100 hektar/ ladang anggur oleh atok sedara dia kat kawasan pendalaman. Dia belajar and cita2 nak jadi pereka fesyen, but.. terpaksa tukar bidang. Entah apa akhirnya citer ni, sebab gadis ni dah jatuh cinta ngan mamat yang assist atuk dia tu. Ada lagi 3 CD tak abis tengok nih... tak sabar, but takde masa lagi!

Tuesday, October 23, 2007

Lelaki di ladang anggur

Aku sekarang ni selalu tak shukup tido.. korang nak tau pasal apa?
Aku asik melayan citer Korea nih.. ni betul2 cakap korea tau.. Kureiiiii.

Aku memang suka citer-citer dari negeri2 lain bahasa nih... dulu2 aku giler nengok citer sepanyol, pastu filipino, even citer siam, pun aku suka tengok dan suka dengar bahasa2 lain. Aku cepat pickup, cewah, puji diri sendrik gitu... Tak, mmg aku suka sangat bahasa2 lain, selain bahasa melayu aku yang tercinta ini! Ada gak belajar sket2 kat linguaphone, tapi still tak khatam, ada halangan jer...

Sekarang aku suka citer Korea, mmg asyik!

Dulu tengok kat TV, tengok gak, but asik alih bahasa ke Mandarin, aku jemu, bohsan, asik suara2 sama je. Bila siti zen bagi pinjam VCD-VCD dia, which aku rasa sedey, tak beli sendirik, akupun apa lagi, bantai cari peluang nak abiskan 16 CD satu citer, engko.. tak ke teruk, bila each CD amik sejam... maka, pepaham je lah, tetengah malam gitu aku melayan diri sensorang sambil tersengih...

Mak su dan signal sampai nak sarapan sesama!

Chow dulu..

Monday, October 22, 2007

Raya tahun ini

Hai..

Lama tak tulis, rindu gitu. Hari ni baru masuk keje, dari 11 hb hari tu. Syiok beb, rasa cam dunia ni aku yang punya, takmo pi keje, but ngingatkan aku ada tanggungjawab, maka akupun dengan lemah gemalainyer, bangun jugak ler!!


Sebenarnya aku nak ucapkan Selamat Hari Raya pada geng-geng bloggers sumer, maaf zahir batin sekali. Aku cuti panjang, tapi sayang pc kat umah tu kaput, so tak dapatlah menghapdet berita-berita hangat semasa aku bercuti raya tuh.

Aku tak jadi pegi Hong Kong, ahak.. bukan ada passport pun!
Bila office mate tanya nak pi mana cuti pepanjang, aku kata nak pi Hong Kong. Maksudnya, tido pepuas ... alah macam tak biasa plak!

Asal cuti je, mesti nak berjalan or makan angin.. tak stujulah. Anyway, penat makan, berziarah umah sedara mara.. kirakan duit raya Amal and Ameer. Waaaaahhhh... dorang banyak betui dapat duit raya, kena control tuh. Asal ada duit je, mulalah nak beli itu ini.. tensen aku! Hari ni aku nak terus bank in duit bebudak nih. Baru senyap dorang lepas nih.

Wokey, aku chow dulu... nak carik karim nak repair pc bertuah kat umah aku tu!

Tuesday, October 09, 2007

Bapak mertuaku

Dia datang KL ikut Linda balik dari Bukit Mendi last week. Last weekend, lepas buka posa kat umah aku sama-sama linda and masrin, dia stay kat umah aku... Maybe sampai raya atau sampai Linda decide nak amik bawak balik Bukit mendi semula.



Aku respect sesangat kat ayah aku ni. Anak2 aku panggel dia Wan a.k.a Tok Wan. Walaupun dah lebih kurang 5 ke 6 taun tinggal sendirian takde pasangan, lepas mak mentua aku meninggal, dia tetap cool jer. Apa2 hal dia steady jer, always calm! Badan dia tak berapa sihat la dah, mana tak nyer, umur pun dah almost 90 gitu. Donno the exact number, but dia rajin makan ubat, rajin jaga makan and that's why dia maintain sihat.

Lauk feveret dia ialah ikan bakar cicah asam/sambal belacan. Semalam, kat pasar ramadhan, tak dapat carik ikan bakar but dapat ikan percik je, but takde cicah. Walaupun lambat sampai umah, almost 6.30pm, aku bantai buat jugak buat sambal belacan amik cili kat umah opah. Along advised soh taruk mangga muda. Ayah kata sedap and kena ngan selera dia. Berbunga hati aku pak mertua aku puji and mau makan sambal belacan aku yang jarang-jarang sekali aku buat!


Aku rasa berbesar hati sangat dia nak lepak kat umah aku tiga pat hari ni. Sebenarnya, aku rasa sedey, semenjak rumah Linda ada, orang2 Pahang tak berapa nak gemar pi umah aku. Almaklumlah rumah aku sekangkang kera, gitukan? Selalu cakap kat kanda, kanda kata bukan dorang takmo datang, dorang kesian kat kita, rumah kita sempit, so dorang lebih rela tido kat rumah Linda jer, yang lebih luas and convenient. Hmm...



Cemanapun aku rasa, kalu orang takmo datang umah kita, maknanyer, kurang rezeki, kan? Aku bersyukur ada rumah untuk tinggal.. walau sempit, tetap ada tempat berlindung kami 4 sekeluarga. Alhamdulillah....



Entry melalut.. from pak mentua to rumah sekangkang kera.. tu yang maleh tulih tu!


Wednesday, October 03, 2007

Rindu


Assalamualaikum...
Lama aku tak menulis kat sini.
Bukannya aku takmo, tapi aku sedikit bizi gitu.
Pindah opis baru, banyak cabaran baru... haaa.. ala2 pindah ke kawasan baru yang nak mula diteroka la katakan. Terus terang aku katakan, aku suka tempat baru kat 1 Sentral nih.

Walaupun workstation aku bebetui depan pintu, dan kebanyakan orang akan stop by to ask who's where, what and also why, namun aku suka... Ha, bak kata orang tuh, amik kesempatan ni tuk membantu orang lain.. ala-ala Information Counter gitu. Mak su tentu paham situasi ni!


Keje cam biasalah, banyak tak banyak jer.. boleh handel lagi, chewah..


Semalam
Tak ada masa lagi nak belikan baju anak2 since last weekend. Baju aku dah lama siap. Untuk shopping baju raya nih, since takde time, iyerlah, kanda asik bizi keje jer, aku pun sama jugak, maka tertangguhlah masa untuk membelikan baju raya Amal and Ameer. Tapi, malam tadi, aku gagahkan juga mengajak kanda keluar ke pusat pakaian hari-hari raya dekat Warta lama tuh.

Puas hati, walaupun kat pusat pakaian hari-hari jer, kira kedai murahlah tu, anak2 aku dapat jugak bertukar baju raya taun ini. I wish i could go shopping kat Pasaraya Jimat kat Triang, Pahang. Aku suka sangat situ. Aku suka beli baju murah2 dan bila peluang naik ke Bukit Mendi, umah kak Zizah, aku akan peruntukkan masa nak beli baju-baju anak2 kat pasaraya tu. Even baju akupun aku beli sekali. Tapi anak menakan kanda, H, yang tinggal di Bukit Mendi pulak, akan amik peluang nak beli belah kat KL, especially Sogo. Hentah, aku ni tak pentingkan quality ker? Tapi, adakah baju2 beli kat Sogo tu bagus qualitynyer? Cer jawab? Aku rasa lebey kurang jer! Aku sebenarnya kedekut ke suka berjimat? Jawab lagi?

H, selalu tanya aku, mana nak sopping bagus kat KL, mak su? Aku plak tak tau nak kata, dia selalu bengang!

Takkan ko tak kenal lagi maksu kau nih!

Friday, September 21, 2007

Last day

Hari ni last day aku kat sini...
Semua dah siap packed and tunggu lori jer mai angkut.

Huaaaaaa... sedey ni.
Walau aku tak lama kat sini, 4 taun jer, tapi aku rasa sungguh sedey nak tinggalkan opis ni.
5pm hari ni, i will swipe out, and say bye bye to wisma sime darby.

Next week, i will be in my new office in 1 Sentral.

Last day blogging from here!

Tuesday, September 18, 2007

Ah Long

Aku telah berkenalan dengan satu ah bank nih.

Memang baik sangat dengan aku. Tak sangka bila aku apply loan, dia approve pulak. Bukanlah banyak mana, sekadar meringankan beban utang, kan?

Tapi, bila aku kira-kira, memang sohih dia ni bersaudara jugak dengan the famous "ah long" tu.

Apa tidaknyer, bayar balik loan nyer jadik lebih dari dua kali ganda daaa...

Bezanyer cuma, ah bank ini ada mempunyai lesen gitu a.k.a ah long berlesen!

Should i accept or should i not?

Manjakan diri

Pagi tadi sebelum pegi keje, aku dapat sms dari cikpuan butterandbanana, my fren.
Katanya gini .."Kedai aku dah ready utk buat facial & sauna & massage. Nanti dtg ye. Cal dulu tau."

Berbunga hati aku nak pegi, tapi tatau bila and also tatau cemana. Belah2 Melawati ni, aku memang tatau jalan. Harap kanda sudilah menunjuk jalan nanti.

Aku membayangkan kalau dapat relax dua jam tiga kat situ, sambil memanjakan diri, hmmm... ditambah pulak dengan urut-urutan satu badan... boleh lena 3, 4 jam lagi mau jugak tu, hik.

Harus dapat semangat baru lepas tu kan?

Monday, September 17, 2007

Pesanan

Hari ni kat opis, anak2 aku col ada la 5 kali kot.

Amal col tanya, "Umi, nak suruh amal kuarkan apa dari peti ais? Nanti balik umi nak masak, kan?"
Aku jawab, "kuarkan ayam and hot dog kalau ada lagi, pastu kuih-kuih tu jangan lupa kuarkan sekali!"

Aku tak ingat nak col dia, sib baik dia ingat, kalu tidak, harus beli jer makanan untuk berbuka hari ni. Aku jemu jugak, asik2 makan kari ikan, sambal ayam percik dan kuih tah haper-haper. Amal bukan makan sesumer tu, dia still soh aku gorengkan telurlah, cam biasa. Tensen tak? Makanan berbagai, dia cuma ambik telur goreng ngan nasik masa buka puasa. Sian..

So, petang ni, aku balik, terus masak nasik, masak tomyam sikit. Goreng telur lagi, dan lagi, dan lagi. Hmmm....

Kanda tentu tak puas hati lauk tomyam ngan telur, tentu dia beli lain kot.. tah tah, tak dapat buka sesama. Allah..... dah keje dia gitu, biarkan, relakan je la kan, kan?

Teringat amal tadi, dia bukan col untuk tanya itu saja, dia nak mintak aku belikan watercolour bersama brush untuk keje-keje seni masa lapang dia la tu. Hai.. anak ku yang seorang nih...

Adik col jugak, mintak aku belikan coklat cadbury... tapi dia cakap gini... "Umi, balik nanti umi belikan ameer coklat cadbury, tau? Ameer tak nak yang ada kacang, "

Aku tanya pulak, "Kalau ada kismis, boleh tak?"

Ameer jawab, "Takmo mi, ameer nak yang coklet je, takmo lain-lain, tau?,"

Amboi, amboi... sakan dorang memesan ek?

Puasa

Taun ni dalam bulan puasa inilah kami kena berpindah ke opis baru. In fact 1/2 of the office have moved last week. Banyak mende nak kena buat before moving. Aku penat bila fikirkan nak pindah ni.

Tah kenapa tugas aku pulak sebagai move administrator, maksudnyer penjaga kotak kalu bahasa kasar. If you want to get you things packed, get the boxes from me.... gitulah adanyer!


Cecepatlah pindah. Aku pun tatau how to get to our new office parking lot starting next week. Semalam kanda kata nak bawak cuber jalan ke opis baru, but since penat, and layan mata tido, maka kami tak jadi lagi pegi.... next week la pulak kot.. entahlah!

Friday, September 14, 2007

33112

Benci sangat tau...
Akak dapat mesej gini semalam, in fact tiga patbelas kali dah before this, but akak tatau whether this is the case.

Lepas reload topup 10 hinggit, tentulah boleh pakai 5-7 hari, kalu ikut pensejarahan prepaid la kan? Ini tak, akak baru buat col sekali, probably 50 sen je kot, but lepas dapat mesej dari this 33112 ni, not one, but 27
messages katanya - "Free msg, sorry your account balance is not sufficient to do this transaction" - logic tak?



Kata free, but cannot do plak... then, bila akak cek balik betui ke account aku da abis, since baru sangat lagi reload, rupanya, dah tinggai 0.82 ringgit, buleh?



Ada sesiapa ada any idea why am i getting all the stupid messages, but then, my account was credited sampai almost zero... terukkkkkk!!!!


Nak ngadu kat sapa ek? As far as i'm concerned, aku tak pernah pulak signed up untuk bebenda yang aku tatau.

Ini betul-betul kes memakan duit aka cekik darah punya service.

Wednesday, September 12, 2007

Motivasi di hari Ahad

Kami di beri cuti last monday. No, bukan cuti, but motivasi... hehehhh..
Hari khidmat kewangan? Say what? Hentahlah, dept aku ada buat bebenda ni dah banyak taun since aku join, but this is the first time kami kena stay overnite. Buat plak kat Selesa Hillhomes... can you imagine how comfy we get once we reached there? Mmmm... bila nak motivasinyer kalu dah bagi feeling comfy-comfy gitu?

Sayang mak su cannot make it to this event, kalu tak, tentu lagi syiok, tau! Aku sebilik ngan N and Reen. Nyesal aku larik2 beria masa first day tuh. Dah la aku ni osteoperosis tahap 18! Ko bley bayangkan tak betapa tersiksanya tumit aku bersama tulang-temulang aku bila dipaksa lari sana sini buat treasure hunt bodo, ngan riddles yang aku boleh baca sajork, tanpa memahami butir2nyer. How to get the answer? Memang aku dah tinggalkan otak bernas kat umah, sebab nak comfy comfy kan??? Bencik tau.. sebab tumit ni lah, aku tido awai kau... like 10.30 aku dah padam...

Esok paginyer, ujan punya la lebat, so my water tube rafting session at 9am have to be postponed till the afternoon, which has already demotivated me to take part... Aku bimbang takde tube big enuf to cover my big butt.. but that was just an excuse, kan? Last nyer, aku tak amik apa2 aktiviti pun... pagi hingga ke petang, just aktiviti best, iaitu bekfest and lunch... pastu balik umahhhh.

Main ngan anak2 aku... lagi motivasi tau, hmmm, tak terlayan you!

Wednesday, September 05, 2007

Rahsiakah itu?

Ada kawan kita tu kan, rupanyer rahsia dia sudah diketahui orang...
Alamak, sekarang bukanlah rahsia lagi.

Tapi, cemana boleh terbuka? I wonder laaa... sapa jenis manusia yang rajin buat kerje korek-korek rahsia orang.. pastu bila dapat tau.. britau pulak dia dah dapat rahsia itu...

wakakakakaka..... marilah kita bersama-sama mencegah jenayah!

p/s: aku suko sangat citer citer macam CSI nih.. nyiasat, jangan tak siasat!

p/s 2: ada pulak member tu aku tau lamo dah tabiat buruk dia, mati-mati mau kasi cover jugak... ayo yo.. aku tau sudaaa... ko punya pasallaaa, aku tara kisah punyaaaa!

Monday, September 03, 2007

House warming

I went to a fren's house last friday, kebetulan merdeka day, cuti...
My fren tu, mak su, invited my family to Hulu Langat.. dari pagi sampai ke petang ko!
Puas hati aku.. hik, alang-alang bejalan, pegi la sesakan you! Umah mak su cantek, siap chandelliar lagi (betui spelling?)..

I had a great time.
Amal & Ameer also had a wonderful time. Ketidaknyer, bantainyer main ps2 ke 3 ntah game transformer yang tak pernah dorang jumpa!
Kami even pegi piknik kat pansun, which was an enjoyable moments for the boys & girls .. ye la, dorang dapat mandi manda, mak bapak ni cuma main2 air sambil jaga aiskrim... ahaks.

Kanda.. he's okay, enjoying the cempedak goreng which he requested me to goreng at mak su's house.. amboi boi boi... buat cam umah sendirik ek!!

Sian mak su and hubby, terpaksa tahan dengan kerenah kami sekeluarga.

Wednesday, August 29, 2007

Bagaimanakan ku mula, dan apakah kata-kata...

Pernah dengar lagu m.nasir ni?

Teringat plak kat akak den, minat bonar kek m.nasir nih.
Apa pulak kisah m.nasir ni? Hentah, tetiba itu pulak timbul di fikiran kusut aku ni.

Kat opis dua tiga ari ni tak meriah, tatau kenapa. Memang selama ni aku jenis ceria, tapi semenjak dua menjak dapat boss baru, balik ke dulu sebenarnya, hati aku tak tenteram je.
Asik teringat keje2 yang asik tak siap. Melambak-lambak sangat. Asik komplen aku tak pandai manage masa je. Malas nak cakap dah.. buat je... kalau dia mai lagi ngarut kat aku, aku nak senyum je sambil angguk2 setuju...

"donno, don't care!"
"Kalu tak suka, baik berenti, reti?"..

Boleh ke? Tak seswai, kan.. better i shut my sweet sugary mouth.

Wednesday, August 22, 2007

Berpindah

Aku baru mula nak suka opis ni.. dah kena pindah.
Pindah kat bangunan sendiri ke? Tak.. sewa jugak, but sewa bangunan barula...
Kali ni dekat ngan KL Sentral, kat 1 Sentral.

Ten si on mikirkan nak pindah randah ni. Dengarnyer kat KL ni je, opis aku ni dah berpindah 3 kali.
Semalam gi site visit kat 1 Sentral. Canggih la gak lif situ.. lif je tau! Lelain takde la plak yang aku nampak.
Lepas ni kena buat lawatan carik tempat mana mau parking...

Bencikkkkkkkkkkkkkkkk....

tapi aku still tak bley quit sebab aku masih waras.

Tuesday, August 21, 2007

Konsert

Kanda sms, bitau dia balik lambat malam ni, ada konsert...
Tengok gwen steffani tuh...
Dulu dapat tengok the police lah, pussy cat dolls lah, memacam lagilah..

Hulamak, bestnyer.. dia dapat hiburan sambil bekerja...
Aku cuma dapat layan buat keje rumah sambil menjerit-jerit kat anak2 je la gamaknyer malam nih..

Sib baik CT zen bagi pinjam VCD citer Korea tu.. ai laikkkkk!
14 down, 2 to go.. lepas ni khatamlah kisah foxy lady ni..
Nak pinjam citer lain pulak, hik.. tak malu!

Monday, August 20, 2007

Kawin kawin kawin






Cantek si linda nih...
aku suka amik gambar kawin dia bebanyak..
bertuahlah si masrin dapat dia..

Adik oh adik

Kanda tak keje.. amik cuti sengaja sebab penat keje kat umah kak zizah semalam. Kenduri kawin memang memenatkan. Even for the couple tu sendirik. Dorang pun turun padang membasuh/sental periuk belanga.. he heh.. teringat kenangan aku ngan kanda dedulu... gitu gak.

Aku col kanda kat umah, bunyik cam seserak suara, tidolah tu. Kata kat dia, nak cakap ngan adik, nak tanya buat aper? Adik jawab.. "Ameer tengok VCD, best, abang main komputer.." Mmm, sakan bebudak dua orang nih.

Bila ditanya, dah makan ke belum, dia menjawab... "belum lagi, mi"
"Kenapa tak makan lagi, dah kol berapa nih?"
"Macamana nak makan, umi tak tinggalkan laukpun!"

Sedih pulak rasanya.. takkan la tak makan sebab umi takde. Ayah tentu dah bagi makan sesiap tapi adik buleh kata gitu.. marahlah ayah kalu tau dorang kata gitu..
Iyer ke dorang tak makan lagi.. alahai kesian anak2 umi....

Cuti sekolah datang lagi

Hai...

Aku suka sangat cuti sekolah. Semalam anak sedara kanda (anak sedara aku jugak) kawin di Bt. Mendi.

Tulah kelebihan cuti sekolah. Asal cuti je, ada orang kawin, asal orang kawin je ada cuti sekolah... hik, ngarut. But, semalam memanglah hari yang sentiasa menjadi kenangan kepada pasangan linda & masrin. Semoga korang terus hepi dengan cara korang, and toksah kesah orang lain nak kata apa.. yang penting, hidup hepi to the fullest...



Sebulan kawin, tiba plak time puasa.. haaaa...

masa ni lagi lah terasa cabarannyer!

Good life


"Good Life starts only when you stop wanting a better One"

Thursday, August 16, 2007

Rindu

Lama aku tak memblog.... lebih kurang 8 hari.
Lama tu... ye la, bagi orang2 yang rajin tuh, sehari 2,3 entri.. hmm.. sungguh produktif.
Entahlah.. aku cam takde idea, suka baca2 and komen jer..
Entry sendirik, non ado...

Wednesday, August 08, 2007

Rat race

Semalam aku pegi Bursa Mesia nak sorakkan kompeni aku sebab take part dalam ini rat race. Korang tau tak mendenyer rat race nih?

Tatau takpe, takkan tanya kat akhirat. Walaubagaimanapun, aku tetap akan bitau...
Rat race adalah di mana pekerja2 dari sektor swasta akan berlari-lari marathon untuk mendapatkan nama bagi kompeni mereka. Running attire mestilah baju keje.. gitulah konon. Eleh, aku tengok sumer pakai kasut sukan, tak kena la pulak... kalu office attire, biar bebetul, still tak compliance.. wakakakaka... sukati koranglah.. aku pegi nak support gitu!!

Lepas sorak2 dorang lepas larik, ujan pulak turun dengan lebat, bak kata omputih kucing anjing lah lebatnyer, maka bertempiaranlah sumer hamba Allah cari tempat berteduh...
Kompeni aku takde la pulak supply payung, so, cramp la kat kemah tu. N dah nak terpengsan, sian dia, tak berapa sihat.. so we ol decided to belah from the scene..

Maka we ended up at KLCC...
Nak carik sluar keje, dah abis pulak stok.. aku balik jer dengan ati sedey, sayu dan letih sesangat.
Sib baik N and tunang dia, Fahmi mau nganto aku balik sampai depan pagar, lega, Alhamdulillah...

Kanda lewat, frust giler!

Management lessons

In the context of the working world:

1. If you want to know why someone undeserved is promoted; look at the work of his subordinates

2. It doesn't matter how bad your performance is; what matters is whether your boss likes you or not.

Password

Password masuk Komputer - sila baca dengan loghat indon sikit!

Seorang ahli komputer perempuan yang sangat sexy sedang menginstall program komputer di suatu perusahaan. Direktur perusahaan tersebut seorang lelaki yang sangat tertarik kepadanya. Setelah perempuan itu selesai menginstall program, dia bertanya kepada direktur tadi, password apa yang ingin digunakannya. Dasar usil, si direktur menjawab, "Passwordnya tolong ditulis pen**." Sambil tersenyum menggoda. Namun tanpa ekspresi, si perempuan itu memasukkan password ke dalam program tersebut.

Tidak berapa lama kemudian si perempuan datang kepada direktur tadi dan berkata, "Password bapak ditolak." "Bagaimana mungkin?" si direktur balik bertanya. "Silahkan bapak lihat sendiri," sahut perempuan itu sambil beranjak pergi. Dengan rasa penasaran si direktur melihat ke layar monitor dan terbacalah tulisan yang terpampang di sana :"your password rejected, not long enough".

entry takde idea.. just copy paste

Tuesday, August 07, 2007

Riang ria di hari raya

Lunch tadik Od belanja makan..
Syiok sangat.. terharu, member belanja kat hotel tau..
Rasa cam bergembira makan, makan, makan dan makan, seperti di hari raya yang mulia..
walaupun sebenarnyar belum puasa lagi adanya...

Semalam N belanja lunch gak.. syiok adanya!

Tima kasihlah wahai kawan-kawan.. korang memang kelasss gitu! I laikkkk!

Esok ada ke sesapa pulak nak bermurah hati membelanja?
Beritaulah ye!

Friday, August 03, 2007

Sweet things


Sweet things are easy 2 buy,
but sweet people are difficult to find.
Life ends when u stop dreaming, hope ends when u stop believing,
Love ends when u stop caring,
Friendship ends when u stop sharing...

To love without condition... ......... .........
to talk without intention... ......
to give without reason...... ......and
to care without expectation. ......is the heart
of a true friend......

Wednesday, August 01, 2007

Kerja semula

Aku dapat berita tak berapa nak gembira.. do not reach my expectation.
Aku kena marah sebab kerja tak betul... kenapa keje bulan 5, ujung bulan 7 baru dapat tau salah buat?
Aku tak sukaaaaaaaaa....
Aku nak lariiiiiiiiiiii....
Nak balik main ngan Ameer & Amal lagi best.. bencikkkkksssss..
Rasa cam nak berenti sekarang jugak!











Tapi aku waras lagi!

Monday, July 30, 2007

Kenangan di Kota Kinabalu

Depan cabin, lepas lunch... plan for the nite!



Di pantai Tg. Aru.. tak best, taknampak aper2 pun kat laut.. makan je kat kedai seafood.

Pemandangan gunung dari dalam bas ke Kinabalu National Park.


Hujan mengecewakan kami... tapi kami tetap meneroka kawasan kaki gunung itu.


Hujan berenti kejap, dapat amik gambar, pastu ujan lagi...

Pengalaman itu



Tingkap cabin North Borneo Cabin, tempat mat-mat salleh and other tourists melepak


28 July 2007 - Sabtu


Dapat buat reservation kat Perkasa Hotel kat Kundasang. Tatau berapa star itu hotel, tapi tempat itu sungguh tinggi.


Lepas sarapan kat Cabin bersama sepasang mat salleh dari Belanda, kamipun terus angkut beg gi bus stop ke National Park. Tambang 10 hinggit jer ke sana. Bayangkan, kalo amik kereta sewa, dorang charge RM150 per head. Aiyoyo, why waste if we can find a cheaper alternative, kan? Sama gak tempatnyer, just a bit rougher, melantun-lantun naik bas... hik, sakit pungkok tau! Eh, kami berkenalan ngan sepupu Linda Nanuwil, AF tu. Dia nak balik kg kat Ranau dari Tamparuli. At least kami dapat kenalan baru dalam bas ituh!


Cuaca tak menyebelahi kami. Sampai kat Kundasang, near the National Park, mendung. Kami siap sarapan dulu kat satu lodge di sana. When we called, our room blum siap lagi kat Perkasa Hotel, so we decided to just go up the National Park before we check in. Oleh kerana tidak membuat persediaan, rupa-rupanya bukan sesenang nak mendaki gunung kinabalu ni. Kena buat reservation at least 2 months in advance, kena ada 3 days di sana becoz once you climb, you might need to spend the nite at the top at Laban Rata and only continue the journey the next day. Kena amik insurance, permit dan sebagainyer. Hmmm, hancur harapan Mak Yang nak mendaki. Aku ngan CT tak kisah sangat, yang penting, di kaki gunung itu kami dah sampai pun, aku dah bersyukur. Lagipun, aku sedar kaki dan lutut aku cemana... cedera tauuu!


Hujan bebetul menguji kesabaran. Asik tunggu ujan berenti, maunya sampai ke petang. Last resort, beli raincoat plastik dan kami redah je ujan nak ikut trail ke kawasan kaki gunung kinabalu. Sejuk, ujan pulak, takut pun ada masa jalan2 tu... iyerlah, kami tiga makdara je. Awek kat reception tu kata average normal person would take 3 hours to get to the end of the trail and come back... so, we just tried our best.


Scenery memang kelassss, i likeee.. kata CT.

Bila sampai hotel, kami makan lunch, a very late one and then straight to the room to relax.. Penat sakan. Lepas mandi, orang refleksologi kaki dah datang. Aku ngan Mak Yang amik kesempatan urut seluruh badan while CT cuma kaki dan kepala jer. Hmm... syiok.. but aku rasa sakit sangat bila di urut di tumit.. . macam nak menangis rasanyer.


Will continue later.. upload gambar next!



Friday, July 27, 2007

Aku sudah di sini

Alloooo...
Huiyo, it is really tiring...
2.5 hours flight, memang memenatkan badan tua aku nih.
Jenjalan kat sini, sambil jamu mata.. huiyoooo.

Sekarang dah dekat kol 6. Kami dah balik ke bilik, rerehat...
Malam lepas maghrib, nak gi Tg. Aru Beach.. tatau ada apa di sana, just excited to go jerr.
Ingat nak makan ikan bakar ke sotong bakar ke, yang penting, seafood.
Will try to upload some photos..

Thursday, July 26, 2007

Takde hati

Aku sebenarnya dah takde hati nak keje ni woi....
Aku dah berangan nak cuti.. aku nak pi KK laaaa. Fanjat itu gunun' laaa!
Boleh aku balik tak? Rasa macam nak berkemas beg je, ni satu haper tak buat lagi nih.
Dua tiga ari nih asik plan the itinerary, accommodation problem pulak, transportation kat sana dan sebagainyer.

I really hope everything will be just fine. The Momma Grup first trip will be a very enjoyable moment... I really hope!

Kota Kinabalu, tunggulah kehadiranku di sana....

Peristiwa pagi Khamis

Ini yang aku lihat pagi tadi on the way to work:

1. Satu van nak masuk selekoh, nak buat U turn, tetiba enjin terberenti, sian, tersengguk-sengguk van tu.

2. Kat Tadika Kemas tepi padang sekolah kat Jalan Sg. Tua, orang ramai berkumpul, takut gak, tetiba.. ada FRU, ada RELA, ada polis dan ada ramai indon... ini pasti kes PATI kena tangkap reramai and kumpul sebelum dihantar balik kampung dorang.

3. Budak-budak sekolah menengah dand rendah, berkumpul di tepi jalan menunggu lampu tukar merah untuk mereka melintas... bila melintas, berduyun-duyun gitu.. teringat zaman sekolah aku dulu, mana ada lampu-lampu, main lintas je! I miss that schooling time!

Lain-lain sumer biasa, tak perasan pulak kot-kot ada laki bini ke bofren gefren gaduh dalam kereta, tak nampak plak. Kebanyakan mereka dok senyap je memasing.

Ini entry bosan. Sampai opis awai, like 7.21am, ada sorang je kat sini tadi, si AA. Lepas baca blog, akupun tulis la sesikit! Inipun dapat idea dari baca blog orang gak... hik, copy gitu!

Wednesday, July 25, 2007

WHAT THE OTHERS SEE IN YOU

This is what i scored: 35


31 TO 40 POINTS

Others see you as sensible, cautious, careful and
practical. They see you as clever, gifted or talented,
but modest. Not a person who makes too quickly or
easily but someone who is extremely loyal to
friends you do make and who expect the same
loyalty in return. Those who really get to know you
realize it takes a lot to shake your trust in
your friends, but equally that it takes you a long
time to get over it if that trust is ever broken.

my frens shd know me.. how, true or false?

Monday, July 23, 2007

Borak-borak

Entry bosan tahap cipan..

19 Julai 07 - pagi

sakura sugitani: Assalamualaikum.. pembuka tirai bicara
sakura sugitani: pekabar orang di sana?
od: waalaikumsalam pembuka tirai langsir bicara, baek baek saja, are u in the well?
i am in the well too
sakura sugitani: tengkiu
sakura sugitani: ko suka rendang?
sakura sugitani: mak aku buat rendang ayam tuo semalam
sakura sugitani: aku bawak opis
sakura sugitani: aku nak makan ngan korang masa lunch nanti, buleh ko
od: posa ler plaks
od: cam no nak makan?
od: amik bau
sakura sugitani: oh, gud,
sakura sugitani: aku tak jadi poser sebab kata nak makan lepas keje, gitu
sakura sugitani: sabau je la
od: oh... kalai kan? laa.... eden betul betul tak ingat
od: so ri ek
sakura sugitani: cis las kas betui si bontot longkang aka garf
sakura sugitani: dah buat kotor takmo ngaku, blaming on N,
sakura sugitani: boleh?
od: kotor? gapo?
sakura sugitani: buat salah booking ke haper tatau, but takmo responsible, soh N pulak tolong cover
sakura sugitani: nanti i find out details
sakura sugitani: dia mmg selalu soh ain buat bebenda tau
sakura sugitani: pelik punya betina
od: aik...abihs tu camno? N layan je ke?
sakura sugitani: tak, N sekarang protect la diri
sakura sugitani: sejak kena stab, dia kena protect la
sakura sugitani: pegi cek2 mmg bontot punya salah, but still takmo ngaku
sakura sugitani: client call N cakap je la, bukan dia buat, it's bontot's fault, her doings,
so takbley salahkan dia lagi, gitulah
sakura sugitani: tamatlah kisah politik pejabat
sakura sugitani: pompuan tu....
od: ek eleh... tapi garf tu blur giler.... apa apa pun dia blur... blurry vision
sakura sugitani: tau takper
od: aku kalu mtg apa apa pun kena ckp byk byk kali explain kat dia... dia tu sssh nak phm ler
sakura sugitani: all the time, but lagak sokmo, aku tau sgt, sbb dok sebelah aku
lama gak aku ngajarnyer dulu
sakura sugitani: chewahhhhh
od: masih the same... tak de perkembangan
sakura sugitani: i know yang kembang... just idung and bontot
sakura sugitani: wakakakaa
od: hihihi.... tak, ada lagi yg berkembang. pesen dia sentiasa berkembang...
dia tu kan peka. ikon fesen.. mcm lm jugerk ler dari segi pesen tu
sakura sugitani: lm tadak la, gitu gitu gak, bosaan aku
sakura sugitani: samo jo
sakura sugitani: woit
sakura sugitani: ko tu poser, jaga sket
od: sama je tu
sakura sugitani: hati2 di jalan raye
od: wha.. baru ko ingat?
sakura sugitani: astagfirullah
sakura sugitani: hal azim
od: cheh cheh cheh..... masyallah
od: subhanallah
sakura sugitani: alhamdulillah
sakura sugitani: laaa ila ha illallah
od: cheh cheh cheh
sakura sugitani: ko kena la ingatkah haku yagn lemah ni
sakura sugitani: sokmo leka

Friday, July 20, 2007

Nostalgia lagi nih

Bila kenang-kenangkan opis ni, dah lebey 3 taun aku stay. Kira lama la tu. Well...
Tak lama lagi aku nak kena pindah opis. Dari WSD nak pi ke KL Central pulak. Tensenlaa! Baru nak enjoy, dah kena pindah randah plak... tak suka tau!

Ramai orang dah start packing sesikit, tapi aku buat donno je. Aku tak looking forward to it, pun.
Memula kata July, ini dah July, takde berita pindah, then tunda, ke bila ntah, aku tak periksapun, but
maybe we are moving during bulan puasa. Hmm... harus aku amik cuti nanti tu, hik!

Hmm....
Latest updates on my frens/families:

1. CT Zen, has finally tendered her resignation from GP (taken over by liquor co.) to join another company starting 20 August 07. We'll be celebrating this in KK, insyaAllah.

2. CT Zaiton is now a full time housewife and mother kat Semenyih nu, dah pindah umah baru gak.
I wish you all the best la Ton. Cita-cita ko nak jadi isteri & ibu mithali, insyaAllah akan tercapai jua!

3. Adik aku Sham, telah dikurniakan seorang lagi anak last Thursday - Muhammad Ilham Mikail. Anak no. 3 ni tau! Semoga Acu bertambah matang menghadapi hari-hari mendatang dan rerajinlah membantu isteri, ok?

4. Mira, my sweet and chubby fren, was admitted at Tawakkal yesterday - 19/07/07, due to her blood cell problem... semoga Mira tabah dan bersemangat cekal menghadapi ujian Allah ini ek?

5. Kalai is going to leave M'sia to join her husband in one of the arabic country. She also tendered resignation recently. Tanggaci, jangan lupa bahsa Malaysia udah, k?

Huiyo... memacam happened kan?

Panjang nyer......





Nostalgia nih

Cafe@10 - entry posted on April 2006 - ulangan

Di sinilah sejak beberapa bulan lalu tempat aku melepak, borak borak, makan, minum, tengok tv, astro, gossip, tanya kabar selama sejam almost every day. Antara my favourite place in the office. Salah satu nya sebab opis tu ada buat kempen "great place to work (gpw)". Memangla kelas opis ni. Aku suka, kemudahan yang disediakan tip-top gitu. Walaupun begitu, ramai juga yang belah ke tempat lain. Ada kata, kerja terlampau banyak. Ada kata, gaji terlampau ciput. Kebanyakannya semua kata, dapat kerja yang lebih baik di tempat yang lebih baik. Onother reason for people to leave is that they have got good trainings before and on the job and a few years of experience, but as the company, how shall i say it ... sentiasa membiarkan staff dijenguk oleh majikan lain, sedangkan kebajikan staff kurang diberikan perhatian. Pintu depan buka, but pintu belakang tak berkunci, gitu laa. Ramai staff pegi coz they feel less appreciated. Apa-apa pun, kalao hijrah untuk yang lebih baik, well, go ahead. Your life, you make the choice.

Suddenly, i remember my 2 good frens. CT Zainab and CT Zaiton. Both have found out things that have changed their lives completely. Dedua nama pun dekat dekat yek? Zainab have been working with Company A for almost 15 years. Last 2 years, the company has been taken over by a "liquor" company. Kenapa nak subahat kalau dah tau terang-terangan? I really "tabik spring" on her decision to leave. Bak kata mak dia, rezeki ada di mana-mana. Zaiton plak, memang still kerja ngan Company Omputih. She was the one who organized the company's annual dinners, company trips and many other functions. Tapi recently she backed out.. knowing ("dah terbuka hati") the fact that dia pun subahat sama bila dalam majlis-majlis tu kebanyakan staff yang attend, akan mabuk-mabuk selepas makan dan berparty. Dia dah lepas tangan dalam kerja-kerja organize mengorganize ni. Syabas to my 2 frens... kata iklan teh tu... yang baik berterusan.

Buang anak - patutker?

Sampai ati pi buang anak-anak ni...

Monday, July 16, 2007

Pagi Isnin yang sungguh memenatkan

Aku kuar dari rumah kol 6.45am. Hari ni takmo naik moto ngan kanda.. saja, sebab nak balik cepat nanti. Nak buat tu, buat ni, bitau kanda. Kanda macam tak hepi tapi katanya "suka ati awaklah.." gitu..

Idup enjin tak tunggu panas, aku cecepat belah, malas nak layan kot-kot Alia nak mentumpang gi sekolah. Pegi lah sendirik, aku tak koser nak tunggu, nak cepat, nak ikut Jalan Kuching. Haaa... okaylah, tak clear jugak, sangkut sangkut, but by 7. 17am aku dah siap parking sumer. Sekarang dah rasa cam nak tido plak... sib baik aku ada belog nak update, kan best tuh?

Sampai opis tadi, AW ada tinggalkan notes on my desk. Baru nak bagi keje.. bencikkkkkk, sumer last minute. Aku paling nyampah keje gini. Lagi nyampah kalo dia yang bagi. Tapi.. aku teringat plak, dia one of the SM sini, boleh soh itu ini, aku cuma golongan marhaen, aka kuli batak, maka aku redhakan je lah. Buatla pempelan, but, make sure i start by 8.30am, kay, coz opis starts at 8.30 and i dont feel like doing the work now. Entah biler dorang sumer ni nak paham... hari ni closing 12 noon. Kalo lepasni ada orang bagi lagi keje, i'll just say, wait till tomorrow.. boleh?

Saturday, July 14, 2007

Kulit


Ini koleksi terbaru aku...

Lama dah aku ngidam nakkan boot ni. Dulu-dulu, masa naik motor gi jenjalan jauh teringin sangat nak pakai gini, tapi tak kesempatan... kenapa ek, ntahlah, masa tu blum ada rezki lagi kot.
Hmm... skarang aku dah ada, aku nak kena ada attire yang sesuai nak pakai dengannya...


Mak Su pun excited bila aku dah dapat kasut ni.
Kanda plak, macam tak caya... boleh ke aku pakai... selalunya orang kurus selim je pakai kasut cam nih... aduhhhh tercabar aku!! Last2 dia admit, kalau takde heels ni, nak gak dia pinjam... hmmm, itu sebenarnya maksud dia, ahaks.



























Tuesday, July 10, 2007

Dating

Semalam aku dapat col from bofren, kata boleh jumpa at 6.30pm. Since aku masih kat opis, aku kata OK, la, tunggu dia je. Aku ingat nak buka puasa ngan dia la since lama betui tak dating nih.
Hati ada bunga-bunga juga (baca gaya Sammy Vellu tau..). Iya la, suda lama tarak dapat jumpa berdua sama ini bofren, selalu kuluar ramai-ramai, mana ada chance!

Sekali lambat daaa... janji kol 6.30pm, dia mai 7. 40pm. Betapa sedeynya hatiku...
Layan diri sensorang, makan nasik ayam kat kedai mamak. Dia datang, aku mintak tolong bayar jer, boleh?
Aku soh dia carik kedai lain kalau nak makan... sian pulak, tapi, dia memang tak minat ngan kedai mamak nih.

Begitulah kisah dating yang boring!!!

Aku nak ajak dia kuar lagi, amik cuti one day, just to spend the day together, agak-agak dia mau tak?
Cariklah alasan gi EPF tukar penama ke haper, wakkakaaaaa... Yuol think it will work?

Sunday, July 08, 2007

Tempat ke tiga lagi

Kali ni entry bergambar la..
Masa Inter Dept kat FRIM 7hb 7 ari tu
!
ini sessi stretching.. warm up, wakaka.. belum main, kena paksa tukau baju oren jugak..
baru ngam ngan team member yang lain..


main 3 minit, injured, lari keluar, panggil red cross tu, tapi dorang takde ubat spray terkehel... panadol extend lagi la takde, maka pakat urut jer la sendirik taruk minyak geliga.. hik.



yea yea... dapat no. 3 jugak, itupun dah kira baguih la, asik kena marah ngan captain, main macam haper... sabor je la ek..


nota kaki:

kita main suka-suka nak seronot, tapi kena marah cam nak main untuk Mesia jer, hik! - ni macam punya kena marah, Nicole David pun tentu takmo main dah!!



Wednesday, July 04, 2007

Tempat ke tiga

Eh, ada entry baru ni. Tapi aku still tak jawab tag mengetag mak su. Aku takde mood la nak buat lagi.. later la ek, mak su?

Aku nak hapdet tentang pasukan futsal aku cuma dapat tempat ketiga kejohanan jutsal antarabangsa antara dept. kat opis aku nih. Tak ramai yang datang bagi sokongan, beberapa kerat jer, lelain, sumer sorak sendiri jer.

First time main, team mak-mak orang, dapat no. 3! Not so badlaa.. hik, malu cakap sendirik, but please bear in mind that we are going to strike again next year!

Majulah sukan untuk negaraku Malaysia!

Lopaih dah abih futsal, aku kono amik tompat main netbal plak. So, marilah kita meloncat-loncat mendapatkan bola untuk dijaringkan pulakkkk.

Kengkawan, meh turun kat FRIM this Saturday, kita sorakkan pasukan kita!

Monday, July 02, 2007

Pesanan ibu dan anakku

Balik lunch, terus sambung keje... keje agak banyak. Mmmm, maleh tulis pasal keje dah!

Called rumah, saja nak cek how Ameer is doing. Dia memang bunyik cute sangat kat telpon. Hmmm.. anak aku, tentulah aku rasa cute, dok? Hehehhh.. dia siap pesan soh beli kit kat and milo bila balik nanti... ahaks. Cam biasalah, kalo ada peluang mintak, dia tak pernah miss mintak, mintak dan terus memintak! Pastu, Ameer passed the phone to my mother. Mak requested me to buy her sate.. sian dia, dah teringin sangat nak makan sate ni lama, katanya! Sedey aku mendengarnya.. aku mesti amik peluang ni untuk menggembirakan dia.

Mak, tunggu ek, anak mak ni akan bawakkan sate untuk mak malam nih...
Mak, ha sayang makkk!!!!!

Gerammmmmm...

Kenapa ko harus pindah?

Ko tau aku tak suka jalan-jalan di tengah hari pepanas gini. Berpeluh-peluh jantans betinas semua. Bawak geng plak tu, habis kena sumpah seranah sebab tak cek ada lagi ke tidak ko kat situ sebelum pegi!

Aku bengang, aku gerammmmmm sesangat. RHB Bank, memang takde cawangan kat sekitar Chokit nih, ada satu tu pun pi pindah gak, ces las kers sangat! Keji tau! Hanjeng sangaaaattttt! Waaaaaaa....

Wednesday, June 27, 2007

tag tag tag

wa sibuk giler, wa kena tag lak, nanti la wa layan tagging line nih!
wa harap mak su yang ngetag wa, buleh bersabar, ahaks!

Monday, June 25, 2007

Big girls don't cry

Big Girls Don't Cry lyrics - ni kes takde time, but still nak buat entry, ahaks!

Da Da Da Da
The smell of your skin lingers on me now
Your probably on your flight back to your home town
I need some shelter of my own protection baby
To be with myself and center, clarity
Peace, Serenity

[CHORUS]
I hope you know, I hope you know
That this has nothing to do with you
It's personal, Myself and I
We've got some straightenin' out to do
And I'm gonna miss you like a child misses their blanket
But Ive got to get a move on with my life
Its time to be a big girl now
And big girls don't cry
Don't cry
Don't cry
Don't cry
The path that I'm walking
I must go alone
I must take the baby steps until I'm full grown
Fairytales don't always have a happy ending, do they
And I foresee the dark ahead if I stay
[CHORUS]
I hope you know, I hope you know
That this has nothing to with you
It's personal, Myself and I
We've got some straightenin' out to do
And I'm gonna miss you like a child misses their blanket
But I've got to get a move on with my life
Its time to be a big girl now
And big girls don't cry

Like the little school mate in the school yard
We'll play jacks and uno cards
Ill be your best friend and you'll be mine
Valentine
Yes you can hold my hand if u want to
Cause I want to hold yours too
Well be playmates and lovers and share our secret worlds
But its time for me to go home
Its getting late, dark outside
I need to be with myself and center, clarity
Peace, Serenity
[CHORUS]
I hope you know, I hope you know
That this has nothing to do with you
It's personal, Myself and I
We've got some straightenin' out to do
And I'm gonna miss you like a child misses their blanket
But I've got to get a move on with my life
Its time to be a big girl now
And big girls don't cry
Don't cry
Don't cry
Don't cry

La Da Da Da Da Da

Sunday, June 24, 2007

Melalak di malam minggu

Eh, lamonyo mokcik tok gi karaoke... last skali bulan 7 taun lepas kot dengan Zura.

Last nite, kakak akak, makyang, laki bini, dengan anak dia 3 orang, acu, adik lelaki akak, laki bini (liza tengah sarat ngandung) dengan anak dia 2 orang, telah berpakat datang umah akak untuk menjadikan rumah akak pusat hiburan keluarga dengan muzik-muzik dan karaoke!

Apa lagi, akak amik peluanglah mengenengahkan bakat lalak akak tu. In fact, semua orang beri kerjasama dengan memberi peluang kepada diri sendiri untuk menunjukkan bakat lalak memasing, hik!

Dari lagu P.Ramlee, lagu 60an, 80an dan lagu-lagu currrent, semua kami terai nyanyi. Ah, pedulik haper, kan? Kalo tunggu sedap suara, baru nak nyanyi, maka rugilah kelab-kelab karaoke dan CD-CD karaoke tu semua kan?

I had fun... really, released my tense... a lot, man!

Kerja kerja kerja part 3


Dah aku kena OT hari Sabtu semalam, tetiba hari kanda cuti pulak, like today, Sunday, he has got to work.

Mmmm... banyakla kot kanda massyukkkk bulan ni OT. Aku je la kesunyian. Kanda keje, aku takde mood nak masak, nak berhias, nak berjalan dan sebagainyer. Semua jadi tak syiok dah!


Tapi, aku layannnnn kan jua. Demi menjalani hidup berumahtangga, aku amiklah peluang ni nak merapatkan lagi hubungan dengan Amal and Ameer.. how's that?


Kerja kerja kerja part 2

Tenshen tak kalo ari Sabtu selalunyer cuti, bangun ikut suka, pastu gi pasar minum teh ngan bebudak, beli barang dapur, masak2, makan dan akhir sekali tido.... tetiba kene pegi kerja?

Inilah yang macik nak kaborkan nih...
Semalam macik kena keje dari pagi ke petang ler jugak. Tinggei je bebudak kat umah! Sian anak-anak macik tu.

Apa penting sangat kena datang keje tu tak menyempat tunggu ari Senin?
Hentah, tak paham... Ada sorang manusia nih, request me to do OT just to finish up his work, boleh? Ala-ala penting sesangatla konon... so, dia assume semua kerja orang lain tu tak berapa nak penting, boleh?

Tapi.... aku memmmmmannnng banyak kerja! Oleh kerana macik sensorang jer buat semua keje2 tu, diharap semua dapatlah bersabar mengambil giliran, ahaks.. tak dapek nak nolong do!

Tuesday, June 19, 2007

Do you watch TV?

You know what i like on tuesday nite?


Get to watch my feveret tv siries - ugly betty & desperate housewives.




Ameer will always remind me that it's tuesday nite and betty will be on at 9.30pm. He's just like my talking alarm lah every tuesday! Shhhhaaayang Ameer! Yuol nak tau, at dinner tadi, he just said to me.."Mi, Ameer rasakan, Ameer nak bagi adiah "buzz lightyear" ni laa kat umi, untuk ari jadi umi.."


I asked him.."tima kasih adik, umi tak main buzz light year, adik tau ker bila besday umi?"


He said "tatau la mi, agaknya bulan lapan kot?"... Sian Ameer, belum tau date rupanyer dia!




Best sangat saat-saat tuh, rasa still terdengar-dengar dia nak bagi umi dia besday present!


Eh, ini dah lari dari tajuk kan? Layannnn....




Where were we?


Hmm..my other tv feverets are CSI's, Prison break, Destinasi Bajet, and lately, a new show at 8TV called Janice Dickinson's Modelling Agency. I also watch Ho chiak, Mmm, lazatnyer bersama ayamas etc.. etc..










Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...